adseng

Nuff

07 Mei 2019

RESEPI MUAH CHEE MUDAH DAN SEDAP!

RESEPI MUAH CHEE MUDAH DAN SEDAP!


Pada bulan puasa macam ni mata tu kalau dha terpandang something rasa macam sedap je semuanya.. haha.. ni tadi terpandang satu makanan yang pernah Viral dulu.. namanya Muah Chee.Pernah dengar tak? ni antara kuih traditional Cina ke Jepun (TB tak ingat) sejak dahulu lagi.

So.. macam biasa TB nak tepek resepi duulu.. nanti boleh try.. hehe.. TB akan up gambar Muah Chee TB nanti kat sini.. Buat sementara pakai dulu gambar yang ada ni yea.. gambar dari blog sumber resepi ni.. thank you yea.. mintak izin share.. 

Sekarang jarang ada orang jual. Jadi kenalah buat sendiri. Korang yang nak try tu boleh lah share resepi ni... Selamat Mencuba!

Bahan
3 sudu besar tepung pulut
9 sudu besar air
2 sudu besar kacang tanah (tumbuk)
1 sudu besar bijan goreng
2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak


Cara Membuatnya
1. Bancuh tepung pulut dengan air sehingga sebati.



2. Masukkan minyak masak



3. Gaulkan kacang tanah tumbuk, bijan goreng dan gula.

4. Masak bancuhan tepung pulut atas api yg perlahan hingga pekat tanpa berketul atau bergentel.

5. Tuang ke dalam loyang yg telah disapu minyak dan kukus adunan selama 10 minit atau sehingga masak.



6. Angkat dan keluarkan dari loyang. Sejukkan dan potong kecil-kecil seperti gambar di atas. Gaulkan dengan campuran kacang, bijan dan gula tadi.



7. Dah siap utk dimakan...


Credit Resepi & gambar:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ok.. yang atas ni resepi ringkas dan mudah sangat.. Boleh la cuba.. Tapi kalau nak rasa lebih umphh lagi boleh try resepi dibawah ni.. Kredit to tuan punya resepi,  Jes Tham


Resepi Muah Chee ( Kacang Tanah Bebola Tepung Pulut )

Bahan:
Untuk batter/adunan :
  • 200g tepung beras pulut
  • 225g air biasa
  • 1 sudu besar gula caster 
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar minyak bawang merah

Cara memasak :
Mix semua bahan sekali dan gaul sebati. Kemudian tuang ke dlm loyang 9" dan kukus selama 15 mins dgn api besar. Bila dah masak, keluarkan dan tunggu sejuk dulu baru di potong.

Untuk topping ( di mesin halus )
  • 75g Kacang Tanah ( goreng tanpa minyak sehingga naik bau dan sedikit garing. Buangkan kulit Kacang tersebut sebelum di mesin )
  • 30g gula Caster ( klu x ada gula caster, guna gula biasa dan mesin sampai halus ) 
  • Bila dah siap mesin, campurkan dua bahan sekali dan ketepikan .
  • Akhir sekali potong Kuih Muar Chee dan buat bentuk bulat bulat dan golek golek dlm Kacang Tanah yg di mesin tadi .. Siap dan sedia utk dihidangkan.
  • Sebagai hiasan boleh add Biji Bijan goreng atau Bawang Goreng sebelum dihidangkan . Selamat mencuba.











Related Posts

0 comments:

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile