adseng

Innity 1

Nuff

05 April 2018

RESEPI CHOC CHIC COOKIES MUDAH DAN SEDAP!


RESEPI CHOC CHIC COOKIES MUDAH DAN SEDAP!

Hemm.. desebabkan bulan Ramadhan pun dikira-kira bukan jauh lagi.. dan Syawal pun akan menyusul lepas tu, So.. TB pun sibuk nak sediakan resepi siap-siap untuk raya tahun ni.. hope tahun ni TB dapat lah buat satu jenis biskut raya ke.. atau 2 jenis biskut ke kan.. sebab nak buat banyak-banyak takut jenuh nak bawak balik kampung nanti.. kami balik naik ktm.. hahaha.. 

So, Ni selagi jumpa resepi biskut yang sedap dan mudah tu, TB tepek siap-siap kat sini.. kalau korang nak try pun boleh.. tuan resepi kata kalau dah gigit satu, nak gigit lagi dan lagi.. ngap ngap ngap.. kruk kruk kruk.. hahahahaa..

RESEPI CHOC CHIC COOKIES MUDAH DAN SEDAP!

BAHAN A
1cawan butter
1cawan gula perang
1cawan minyak masak
1/2 cawan gula halus
1sudu besar susu cair/susu segar
(saya guna susu full cream 2 sudu besar)
1 biji telur
1sudu kecil esen vanilla
Secubit garam


BAHAN B
4cawan tepung gandum
1sudu kecil cream of tartar
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil berkarbonat soda
2 cawan choc chip
(saya guna 1 cawan choc chip + 1cawan choc rice)
1 cawan kekacang tak kira jenis apa pun

CARA-CARA
Pukul bahan A hingga sebati.. jangan pukul lama..
Dalam 1 minit je..
Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..
Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..
Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit


Sumber resepi : 
Shahila Hanim


03 Jun 2016

RESEPI MUDAH 4 BISKUT COKLAT CHIP TANPA TELUR


RESEPI 4 BISKUT COKLAT CHIP TANPA TELUR |
Haii.. sekarang ni nampak dah semua dok sibuk-sibuk mencari resepi untuk buat biskut raya kan.. macam teman ni tak tahu lah buat ke tidak.. maybe beli ja kot.. macam tak lalu je nak buat.. Actually masa raya pun family pun tak makan biskut sangat. Semua suka yang kudap-kudap macam keropok-keropok ubi dan kacang-kacang tu je kan.. So, nak membuat pun malas alkisahnya.. itu yang benarnya.. kih3.. Tapi kot tiba-tiba terajin la pulak.. teman tepek dulu resepinya kat sini.. heee.. nak juga buat biskut hasil dari air tangan sendiri kan.. walau sendiri tak makan, leh hidang untuk tamu ke.. atau leh bagi family ke kan.. dulu masa kat kg teman la yang rajin membuat biskut.. tapi la' ni sejak dah kahwin dan dok kl.. macam, dah tak rajin je nak buat biskut raya.. sebab kedai bahan kek pun jauh.. malasss!

Apa-apa pun.. jom tengok resepi mudah untuk 4 biskut ni haaa.. Tadi baru terjumpa sat ni haa resepi ni.. macam boleh cuba buat je ni.. senang je tengok.. cuma bahan-bahan kenalah cukupkan dulu.. huhuhu.. Resepi ni dari Facebook Kak Nor Izan Mustapa , Nama biskut-biskut ni Choc chip Stoberi, Choc Chip Pandan dan Choc Chip Biasa.. jom tengok resepi mudah ni.. thank you kepada Kak Nor Izan Mustapa  ni sebab sudi share Resepi Biskut simple ni..  

Bahan-Bahan diperlukan 

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat Adunan 4 biskut ni sama sahaja, Cuma perasa sahaja lain-lain


1/2 cwn butter
1/3 cwn gula halus
1 sudu kecik esen vanila/strawberi emulco/pandan emulco
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
1/3 cawan choc chip (guna yg kurang manis)
1/4 cawan badam cincang / kelapa parut (sangai sekejap)
Pewarna

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biskut Choc Chip Biasa

Cara-Caranya :

Mula-mula sebatikan butter dan gula...sampai gula hancur skit...
nak guna whisk boleh...senduk ke spatula pun boleh..
Masuk esen vanila, sebatikan lagi
Masuk tepung, baking powder dan baking soda. Gaul sebati
Masuk coklat chip...gaul rata
Simpan sekejap dalam peti ais sejuk biasa selama 15 minit
Scoop guna sudu kecik dalam loyang....bagi jarak skit...bakar 170° 20 minit 
(adjust ikut oven masing-masing yer)
Hasilnya selepas bakar
Cadangan : Bole jugak kalau nak campur badam cincang

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Biskut Choc Chip Perasa Stoberi 
Yang ni buat perasa stoberi pulak...Guna adunan yang sama gak tapi skip esen vanila
dan gantikan dengan stoberi emulco dan pewarna
Yang dah siap campur tepung, baking powder dan soda, choc chip dan badam cincang
Sebelum bakar
Sesudah bakar
Hasilnya

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Biskut Choc Chip Perasa Pandan
Yang ni perasa pandan... Guna Adunan yang sama jugak tapi campur pandan emulco...
dan badam pulak gantikan dengan kelapa parut
Sebelum dibakar
Sesudah dibakar

Nampak macam mudah je kan? boleh lah try buat ni.. kalau bahan-bahannya mudah dicari kat tempat teman ni.. boelh je try.. hemm.. kalau larat.. ngeeeeeee.. hahahaha.. Sekali lagi tq buat Kak Nor Izan Mustapa jom singgah FB Kak Kak Nor Izan Mustapa .. ada banyak lagi resepi hasil air tangan akak ni.. perghh kagummmmm!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

Innity Mobile