Memaparkan catatan dengan label RESEPI SUP TULANG PALING SEDAP!. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI SUP TULANG PALING SEDAP!. Papar semua catatan

30 Jun 2016

RESEPI SUP TULANG LEMBU SEDAP DAN MUDAH!

RESEPI SUP TULANG LEMBU SEDAP DAN MUDAH!

Hai.. ini cerita sup tulang lembu yang teman masak hari Isnin hari tu.. heee.. saja nak tepek kat sini resepi ni.. teman share dari blogger Lyana .. dan hasil dari resepi tersebut.. teman suka sangat rasa sup tu.. yang palign penting hubby pun suka, Alhamdulillah.. itu yang paling teman harapkan.. (almaklumlah.. hubby teman ni masterchef dalam rumah kami.. so, nak masak apa-apa kena ikut selera dan menepati citarasa dia kan.. )

Ok lah.. sebenarnya teman belum pernah masak sup tulang.. sebab memang tak terasa pun nak memasak sup tulang.. hehehehe.. kebetulan selepas kahwin pun memang tak buat sup kat rumah kami ni sebab hubby teman memang tak suka sup sebelum ni, Cuma.. sejak akhir-akhir ni je lah, entah kenapa dia suka sangat dengan sup.. hahahaha..

Teman dari suka, dah jadi kurang suka sangat pulak.. dah terbalik pulak.. hahahaha.. Hubby tiap-tiap kali asik sebut sup sedap.. teman pulak naik pelik.. asik sup.. sup sup.. start dari last bulan Mei 2016 ni lah sampailah ke hari ni.. dok cakap suka sup..

So, bermula lah kat rumah kami ada bau-bau sup, hahaha.. siap ada spare sup bunjut lagi tu.. standby untuk buat sup lagi.. hehehe..

Maybe lepas ni akan buat lagi sup tulang ni.. dah hubby suka.. Alhamdulillah.. leh buat lagi.. walaupun nak masak tulang tu macam lama giler.nak tunggu empuk. nak dekat 2 jam kottt.. liat beno.. hahaha.. baru teman tauuu.. tu tengah fikir kalau ada rezeki nanti nak beli pressure cooker lah.. senang nak rebus daging kan.. cepat empuk.. leh buat sup hari-hari.. haha

Oh ya.. termembebel ke lain la pulak yea.. entri asal nak share pasal RESEPI SUP TULANG LEMBU SEDAP DAN MUDAH!

haa.. apa lagi.. jom terjah !!! thank You buat blogger Lyana sebab resepi awak memang best!


RESEPI SUP TULANG LEMBU SEDAP DAN MUDAH!

Bahan-Bahan:
1 kilo tulang lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (diketuk)
2cm halia (dihiris)
Cili api (diketuk sikit supaya lebih pedas)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 paket sup bunjut Adabi (khas untuk sup tulang)
Sebiji ubi kentang (dibelah empat)
Carrot (potong memanjang)
Tomato (potong dadu)
Daun sup + Daun bawang
dan.. tak lupa.. nin diaaaaa...

Ok.. dua benda ni MESTI ada tau!!

Perencah Sup Siam Adabi.. Yang ni memang khas untuk sup tulang..
Sedap tau.. Rasa macam makan sup versi Thailand.. Cubalah..


Cara-Cara Memasak :

1.) Tumiskan sebiji bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga wangi. 

2.) Masukkan tulang lembu yang telah dibasuh bersih bersama air 

3.) Bila kuah telah mendidih, boleh masukkan ubi kentang dan carrot (yang ni kena masuk awal sebab lambat nak empuk) 

4.) Masukkan juga Perencah Sup Siam dan Sup Bunjut (Sup Tulang) Adabi 

5.) Masak sehingga daging empuk. Sebaiknya, masak hingga daging terlerai sedikit dari tulangnya. 

6.) Setelah daging empuk, bolehlah masukkan tomato, cili api, daun sup + daun bawang 

7.) Di kuali lain, tumiskan sebiji bawang besar yang telah dihiris. Setelah garing, masukkan ke dalam sup. Jangan lupa perasakan dengan garam + gula 

Ok, dah siap... Kalau sape yang suka masam-masam sikit, boleh perahkan air limau ke dalamnya. 

Sup tulang sedap dihidangkan dengan nasi panas-panas dan juga sambal kicap.. dibawah ni boleh tengok Resepi Sambal Kicap pedas dan Sedap!


Bahan-bahan utnuk sambal kicap

Bahan-Bahan Untuk Sambal Kicap
6 ulas cili api (kalau nak lagi pedas, boleh tambahkan)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Kicap manis
Gula

Cara-caranya:
1. Tumbuk cili api, bawang merah, bwang putih dan belacan
2. Masukkan kicap ke dalam bahan yang ditumbuk tadi
3. Masukkan gula dan gaul rata
4. SIAP!!
Ni ha dia rupa sambal kicap teman.. hehehehe.. sedap gak!

Lupa pulak.. bagi sesiapa yang nak tambah meatball or kentang ke.. boleh je.. lagi sedap woo.. Tapi teman rebus asing2, tak campur dengan tulang tu, sebab taknak kacau tulang tu .. sebab nanti lambat empuk lak.. hehehehe... 

Teman makan dengan Kuehteow Sup yang benonya.. hehehe... Hubby yang request!


 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!