adseng

Innity 1

Nuff

12 November 2018

Althea's Petal Velvet Sunaway Produk Baru Dari Rangkaian Produk Althea Velvet!


Althea's Petal Velvet Sunaway Produk Baru
Dari Rangkaian Produk Althea Velvet! 


Haiiii.. Hari Ni TB nak share tentang the new baby Althea!! iaitu adik beradik juga dengan rangkaian Petal Velvet Powder yang baru release beberapa bulan lalu... Haaa.. bermula dari produk pertama Althea brand iaitu Althea Bare Essentials, kemudian keluar pula Althea Real Fresh Skin Detoxers 10 Seconds Daily Wash Off Mask, Lepas tu..  Althea Petal Velvet Powders dan kini yang terbaru Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ dan PA++++ pulaaaaa.. wahhhh.. Bestnya.. 




Woweeee Althea Keluarkan satu lagi produk terbaruuu.. Petal Velvet Sunaway SPF50 + PA ++dengan wangian aroma damask rose yang dapat membantu melindungi kulit kita dari sinaran UV merbahaya serta ia juga bertindak sebagai agen melembapkan kulit dan mengawal sebum yang berlebihan. . . Haaa.. macam menarik je kan! memang menarik pun .. Jom dapatkan Petal Velvet Sunaway bersama satu lagi produk Althea .. Petal Velvet Powders dengan 3 variasi code warna iaitu : 💟Translucent 🧡Warm Beige dan .. 💜Special Edition Pink Lavendar . . Boleh layari website my.Althea.kr yea untuk order. Oh ya.. Ada Diskaun 10% untuk pembelian PV Sunaway .. link disini -->> http://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway dan Diskaun 20% untuk Set Petal Velvet ( PV Powders + PV Sunaway ) Link disini --->> http://my.althea.kr/petal-velvet-set #Altheakorea #AltheaPetalVelvetSunaway #AltheaPetalVelvetSet #AltheaPetal #AltheaSunaway #AltheaAngels #tengkubutangdotcom #Altheahauls #AltheaAngel #kbeauty
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on



Anyway, Sebelum tu TB nak ucap terima kasih kepada Althea Korea Angels kerana menghantar Petal Velvet Sunaway Kit yang juga mengandungi  :

x1  Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
x3  Petal Velvet Powders 
Code #0 Translucent, 
Code #23 Warm Beige &
Code #Pink Lavender
x1  Beg Hologram Althea Yang Sangat Comel!

Haaa.. Untuk pengetahuan korang semua, baru-baru ni Althea telah melancarkan produk baru mereka iaitu pelindung matahari yang dikenali sebagai 'Petal Velvet Sunaway' yang mempunyai kemasan yang licin dan ringan semasa sapuan.



Perlindungan matahari adalah penting dan perlindungan matahari yang berkuasa sehingga SPF 50+ PA ++++ melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

Bahan-bahan utama dalam produk ini ialah Damask Rose yang merupakan pelembap yang baik yang melancarkan kulit pada masa yang sama. Saya mendapati bahawa ia hanya mempunyai wangian lembut dan aroma itu tidak terlalu kuat.

PENTING KE PAKAI PELINDUNG MATAHARI / SUNSCREEN?

Haaaa.. bagi yang menjaga kecantikan tu... Mesti tahu betapa pentingnya Sunscreen untuk wajah kita kerana sunscreen berfungsi untuk mengelakkan pigmentation atau jeragat, hemm.. cerita pasal jeragat, TB sendiri pun dah ada jeragat tau.. semua gara-gara tak jaga muka.. tak pakai sunscreen bila keluar rumah.. dan terkini baru TB tahu.. even kita tak keluar rumah pun.. Kita still kena pakai sunscreen sebab kita tak perasan cahaya matahari atau cahaya UVA/UVB yang masuk melalui tingkap rumah kita.. dan kalau keluar sekejap pun kita tetap terdedah dengan sinaran UVA/UVB yang tak elok untuk kulit kita.. 

Selain tu, penggunaan Sunscreen ni elok bagi mencegah kanser kulit, yelah.. kalau tak jaga kulit muka dan biar aje.. memang boleh terdedah dengan kanser kulti tau.. TB pun dah mula pakai sunscreen untuk engelakkan sunburn atau kulit terbakar


Disamping itu juga TB sedang usaha mengurangkan kedutan kulit dengan cara disiplinkan diri guna sunscreen setiap hari .. Almakulumlah.. bila umur semakin tak remaja dah, kulit muka pun ikut sekali lah tak remaja dah.. miahahaha.. kena jaga tuuu.. 

So.. Mujur lah TB jumpa produk yang sesuai dengan kulit TB yang sensitif ni.. Produk Sunscreen yang TB maksudkan tu ialah  PETAL VELVET SUNAWAY 


KENAPA TB SUKA PETAL VELVET SUNAWAY?

Sebab ia dihasilkan dari bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia berbahaya, dan paling best bahan utamanya adalah DAMASK ROSE! Petal Velvet Sunaway mengandungi Damask rose ekstrak untuk melembapkan dan melicinkan kulit.


Damask rose mempunyai nanomolecular semulajadi komposisi yang kaya dengan vitamin untuk menembusi jauh ke dalam kulit, mempunyai sensitiviti menenangkan dan membuatkan kulit lebih berseri-seri .

Selain tu TB suka sebab teksturnya yang sangat ringan dan tak tebal bila disapu ke wajah/kulit! so.. takdelah nampak macam topeng aje bila sapu ke muka kan.. dan tekstur dia tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah kita.. sebab dia mudah serap ke dalam kulit.. bau pun TB suka.. wangi.. 

Dan apa yang TB boleh katakan, selepas penggunaan, selain dapat melindungi kulit dari matahari, PETAL VELVET SUNAWAY bantu TB melembabkan kulit muka dan pastinya  SPF 50+ PA ++++ yang ada dalamnya juga menjalankan peranan.. oh wowww.. huhu


HYDRATING, FRESH FORMULA


Selain tu antara ciri-ciri lain yang TB suka tentang PETAL VELVET SUNAWAY ni ialah ia tiada white cast sebab tu TB kata tadi bila pakai kat muka memang tak perasan pun kita pakai sunscreen tu.. hehe.. selamat lah kan.. so, nak tepek Petal Velvet Powder lepas tu pun takpe.. tak nampak tebal bedak kita pakai kan.. 


Haaa.. lagi satu TB suka tentang PETAL VELVET SUNAWAY ni ialah ia juga punya fungsi Sebum Control ( sangat sesuai dengan kulit wajah TB.. best guna!). Dengan VELVETY FINISH, FORMULA HYDRATING ia dapat mengendalikan sebum yang berlebihan pada kulit dengan sistem serbuk mikro sementara Asid hyaluronik pula memastikan kulit disimpan terhidrasi sepanjang hari. Haa.. bukan kata sesuai untuk kulit TB je.. sesiapa pun boleh guna sebab PETAL VELVET SUNAWAY  ni  sesuai untuk semua jenis kulit!


CARA GUNA PETAL VELVET SUNAWAY :

Cara nak guna mudah je, goncang-goncang dulu botol tu sebelum apply ke kulit, sebab nak bagi kandungan tu sekata dalam botol tu sebab tu kena goncang-goncang dulu tau..then lepas tu terus boleh apply kat muka! kita.. 

MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA

Sejak ada beg tambahan sekarang ni (beg harraz maksud TB) huhu..  kalau boleh TB nak bawak pek travel je semua, sebab beg harraz pun dah penuh barang dia kan.. botol susu, pampers bagai.. hahaha.. so kalau boleh barang-barang TB tu TB nak minima kan.. saiz barang tu biar kecil .. hahaha.. dan PETAL VELVET SUNAWAY ni menepati apa yang TB mahukan.. saiz yang comel yang mudah nak bawak pi mana-mana.. jimat ruang beg dah.. hehehe..




CIRI-CIRI LAIN YANG ADA PADA PETAL VELVET SUNAWAY :
Power Micro
Barriertm
Advanced
Non-Kimia
Filter-UV

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PETAL VELVET POWDER


Haaa.. Satu Lagi produk dari range Petal Velvet yang TB suka ialah Petal Velvet Powder, Suka sangat-sangat tau! Petal Velvet Powder ni adalah sejenis Loose Powder yang sangat ringan teksturnya.. So, bila apply kat muka ia tak buat muka nampak fake.. maksud TB muka taklah penuh bedak macam pakai bedak satu tong orang kata.. hahahaha.. Nampak Natural je bila pakai bedak ni sebab tu ia dipanggil translucent powder.. 

Althea Petal Velvet Powder adalah diperbuat daripada bahan-bahan murni dan semulajadi yang seakan-akan memberikan kemasan sutera pada kulit wajah. Salah satu ramuan utamanya adalah flower seed extract, yang dikenali sebagai antioksidannya yang melindungi kulit dari dehidrasi dan membantu kulit untuk kulit yang lebih cantik. Ia dihasilkan dengan zarah mikro halus yang membantu meminimumkan penampilan liang roma dan garis halus untuk sempurna .




Petal Velvet Powder ni ada 3 jenis code iaitu :-

-  Code  0 Translucent
-  Code 23 Warm Beige
-  Code Pink Lavender

DARI PENGALAMAN TB SENDIRI :
TB mempunyai kulit yang ada masalah dehidrasi yang tak berapa teruk dan pastinya TB masih usaha mencari penyelesaian masalah ni.. Tapi sekarang TB macam rasa Petal Velvet Powder ni sedang membantu kulit TB agar lebih terhidrasi kerana ia diperbuat dari ekstrak biji bunga yang diketahui mengekalkan kulit daripada dehidrasi.

TB juga memang ada masalah zon T-berminyak dan Petal Velvet Powder membantu mengawal lebihan minyak di minyak wajah TB terutama sekali di kawasan Zon T .


Bila pakai Petal Velvet Powder ni muka TB rasa macam kelihatan natural je.. Sebak ia ringan. Terasa muka boleh bernafas kalau pakai bedak ringan ni.. Bila sapu pada muka ia elok je menyerap dengan pantas. Bau pulak.. sedap je.. Bau kelopak bunga ros.. hehehe..

Paling Best.. saiz dia tu.. alahai.. kan TB kata tadi.. TB suka saiz yang comel-comel ni.. senang nak bawak pi mana-mana.. so.. sesuai sangat la bila ada set Petal Velvet Powder dengan Petal Velvet Sunaway .. kelasss..!



TB SUKA PETAL VELVET POWDER SEBAB :
Bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan produk ni menggunakan natural ingredients dimana ia juga sesuai untuk semua jenis kulit. 

Selain tu TB suka sangat pakackging dia yang bulat dan comel tu.. kaler packaging pun alahai.. soft dan lembut je sama lembut dengan tekstur powdernya yang ringan dan berbau harum.. Satu lagi sebab yang buat TB suka Petal Velvet Powder ni ialah ia ada fungsi Sebum Control, so muka akan terjaga dari 

Jom terjah laman web Althea sekarang untuk mendapatkan sendiri Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder korang.. TB dengar ada diskaun yang berterusan, jadi lepaskan peluang ni!


Untuk Belian :

Althea Petal Velvet Set 
RM 47.20 
KLIK (SINI)

Althea Petal Velvet Sunaway 
RM 38.70 
KLIK  (SINI

Althea Petal Velvet Powder 
RM 16.00
KLIK  (SINI

Althea Petal Velvet Powder 
#Pink Lavender
RM 17.00
KLIK  (SINI)


Jumlah Singgah / Follow / LIKE : 



12 Ogos 2017

Terpesona Dengan Wangian ENCHANTEUR STUNNING Eau de Toilette

Terpesona Dengan Wangian
ENCHANTEUR STUNNING Eau de Toilette

Huuu.. tak tahu nak cerita macam mana masa buka parcel dan nampak satu kotak yang cantik berisi produk Enchanteur! TB memang suka sangat dengan produk dari brand Enchanteur ni tauu! Sebelum ni TB selalu beli lotion dan mandiannya, sangat-sangat wangi.. TB berasa teruja bila pakai produk Enchanteur ni.. Oh ya, sebelum ni TB ada juga buat entri tentang Enchanteur , korang boleh baca kat SINI dan SINI yea.. ada banyak lagi produk Enchanteur yang TB rasa terpesona nak mencuba. Seriuss semuanya wangi-wangi dan wangian tu tahan lama..

TB suka buat macam mana tau.. TB suka pakai mandian Enchanteur masa mandi (Romantic/Charming antara yang TB selalu guna dulu), lepas tu selepas mandi TB akan sapu hand and body lotion pada seluruh badan.. wangi dan segar je rasa badan tau.. sebab lotion tu sangat senang obserb dan sangat melembapkan kulit..  Nak pulak pakai sebelum tidur, fuh.. lena sampai ke pagi korang tau.. haha..

Ok lah.. nak tengok apa yang TB dapat masa buka parcel kelmarin? jom tengok .. hehehe.. Alhamdulillah wangian Enchanteur sentiasa menjadi pilihan nombor satu TB hingga kini..
   
Lawa kotaknya.. Baldu gitu.. 


Warna box dia pun kaler kegemaran TB.. yeay!! 


Siap ada cermin lagi tuu.. 


fuh.. ada 5 produk didalamnya.. 


TB memang melompat suka bila tengok produk Enchanteur ni.. TB happy sangat-sangat.. wangian kegemaran katakan.. dulu kini dan selamanya.. 

Haa.. jom kita baca tentang  satu haruman baharu  dari produk Enchanteur  yang sangat menarik untuk diperkenalkan iaitu, Stunning! TB suka sangat konsep untuk haruman terbaru ni.. sangat elegan dan sangat sedap mata TB memandangnya.. TB suka botol wangian EDT nya.. sebab ada bentuk curve badan wanita dan penutupnya ala-ala bunga ros sedang kembang gitu.. selain tu TB suka warna tema packaging botol nya.. sangat fuyooo.. haha.. Selain tu kan, TB suka sangat bau dia.. alahai.. lembut dan wangi.. rasa macam segar je bau dia.. Selain tu, Lotion dia seperti sebelum ni, mudah absorb, melembapkan dan melembutkan kulit kita.. TB suka sangat-sangat.. haaa..

Haa.. ini komen TB tentang haruman terbaru ni, untuk baca info yang lain tentang haruman terbaru ni, jom baca info seterusnya kat bawah ni yea.. 


Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona 
“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

ENCHANTEUR Eau De Toilette
boleh didapati pada harga runcit RM28.20
(termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. 


Losyen Enchanteur 
( boleh didapati dalam pelbagai saiz )
berharga dari RM5.40 hingga RM17.60

Deodoran Enchanteur
( hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan )
berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 

Bedak Enchanteur
( didapati dalam saiz Besar dan Kecil )
berharga dari RM4.40 hingga RM11.80

Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.


Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, 

sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau 

lawati laman Facebook ENCHANTEUR 





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



18 Mac 2017

MENSTRUHEAT | PRODUK DARI PS|LOVE MEMBANTU MELEGAKAN SENGGUGUT

MENSTRUHEAT | PRODUK DARI PS|LOVE 
MEMBANTU MELEGAKAN SENGGUGUT

Hai semua.. apa khabar? tengah buat apa petang-petang Sabtu ni? hehe.. sedang menonton tv bersama keluarga ke atau sedang bekerja? TB lak ada dirumah aje, tak ke mana-mana pun.. Baby TB pun sedang tidur lagi tu, Sebelum dia terjaga TB pun jenguk-jenguk blog TB ni.. heheh.. 

So, alang-alang ada masa free sikit ni TB nak share dengan korang tentang produk keluaran ps|Love ni iaitu MenstruHeat patch, produk dari ps|Love yang semakin dikenali ramai. MenstruHeat ni datangnya dari the ps|Love Singapore. 

Dengar cerita ps|Love MenstruHeat dah mula menembusi pasaran Malaysia, dan terbaru patch terapi haba untuk sakit belakang dan sakit leher / bahu pun telah dikeluarkan iaitu BackHeat dan NeckHeat.

Hemm.. Bila tekan-tekan plastiknya dari luar tu, macam terasa something yang tebal-tebal gitu, bila buka macam pacth buang toksin tu je.. So, bila tengok isinya macam tu, dah boleh agak macam mana nak guna.. hehe..

Oh ya.. kalau ada yang berminat nak beli, boleh terjah website pslove.co dan beli ! Info selebihnya sila baca detail dibawah ni yea :

MenstruHeat - Menstrual Cramp Relief
ps|Love MenstruHeat adalah Produk patch terapi haba 100% semula jadi yang direka khas untuk memberi kelegaan kepada wanita yang selalu kekejangan haid, senggugut/period pain atau PMS ketika datang bulan. Mempunyai kepanasan haba yang sederhana dan suam-suam, melegakan kawasan belakang pinggang dan bahu tanpa perlu bersusah payah bertungku, mengurut ataupun makan ubat/panadol.

TB paling nak cuba yang ni tapi masanya belum sesuai, kena tunggu dah tiba time senggugut baru leh guna dan tahu keberkesanannya macam mana kan.. So, TB try yang lain dulu la nampaknya.. Ok, cerita pasal MenstruHeat, 

Terapi haba ni memang terbukti melegakan senggugut secara klinikal. Selain itu MenstruHeat direka dalam bentuk ergonomik untuk disesuaikan dengan kawasan yang ingin ditampal dan ia juga cepat mengeluarkan haba pada tahap yang optimum bagi merehatkan otot rahim yang kekejangan.


Dengan MenstruHeat segalanya mudah, kerana dalam satu patch itu mempunyai point yang berfungsi memanaskan secara semulajadi. Caranya mudah sangat, hanya buka pelekat dan tampal dikawasan yang sakit.. 

Cara Pakai MenstruHeat :
1) Buka plastik MenstruHeat,biarkan ia terdedah di udara sebentar. Jangan terkejut yea dalam masa 5-10 minit ia akan panas sendiri.
2) Cabut tempat plastik pelekat di belakang MenstruHeat ni.
3) Tampal di bawah pusat korang, di mana letaknya rahim kita. Pastikan kawasan tersebut betul-betul kering dan tidak berminyak/berpeluh/berair (kalau baru lepas mandi) lap betul2 tau!

Ada 3 cara nak letak mengikut kadar kepanasan yang dikehendaki iaitu:-
- Lekat di baju / seluar   : Warm
- Lekat di seluar dalam : Hot (Recommended)
- Lekat terus pada kulit  : Hottest

4) Lepas sejam lekat kat badan, buka MenstruHeat selama 5 minit untuk mengelakkan kulit menjadi terbakar. Lepas tu, boleh letak semula. Boleh guna on off selama 12 jam / hari.

Kelebihan MenstruHeat : 
-Lebih selesa .
-Reka bentuk yang lebih ergonomik yang lebih baik sesuai dengan badan anda.
-Pelekat lebih selesa yang lembut pada kulit
-New Packing !
Haa... Jom tengok Video kat bawah ni pulak..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SAKIT BELAKANG BERKURANGAN DENGAN
BACKHEAT DARI PS LOVE

BackHeat - Back Pain Relief
Haa.. ni TB nak cerita, TB kalau time Period memang pakej.. sakitnya perut sebab senggugut kuat sangat, dibelakang badan/lower backache pun selalu sangat kena. Bila senggugut dan sakit belakang mai sekali, mulalah kepala pun join pening juga.. aduh.. memang TB ni bab senggugut surrender.. Kalau time kerja dulu memang TB akan baring di surau atau pun MC aje sebab senggugut TB tahap yang guling-guling tu.. 

TB dah try guna yang BackHeat patch ni, wah.. memang kepanasan dia tu sedap-sedap dan suam-suam gitu.. Tapi TB tersilap.. sebelum tampal BackHeat ni, TB dah terlupa nak lap kering-kering kawasan belakang TB tu, Sebelum tu TB ada sapu krim Mustajab tu, So.. permukaan belakang TB agak lembap dan berminyak.. apabila tampal BackHeat ni Stickernya tak berapa kuat dan akhirnya tanggal dan jatuh.. huhuhu.. So, TB rasa korang kena pastikan kawasan tempat korang nak tampal tu kering dan tak berminyak yea.. 

fungsi dan bagaimana BackHeat bekerja
Dalamnya begini. Ada Instruction cara nak guna.. 
Yang ni lah TB kata macam Pacth buang toksin tu.. hehehe.. 
Buka Pelekat belakang ni, dan tampal pada belakang badan bermula dari tengah-tengah pacth dan urut sticker tu kekiri dan kekanan bagi ia melekat betul-betul dan tak tertanggal.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SAKIT BELAKANG BERKURANGAN DENGAN
BACKHEAT DARI PS LOVE

NeckHeat - Neck & Shoulder Pain Relief
NeckHeat pula dicipta khas untuk melegakan bahagian leher dan bahu. Kadang-kadang duduk terlalu lama di depan pc ni TB selalu sahaja berasa sakit di belakang bahu ni. Mungkin terlampau fokus sangat buat kerja sampai tak sedar berjam-jam duduk dengan postur yang statik tanpa bangun untuk relakskan otot bahu. Haa.. bila dah selesai buat kerja baru sedar bahu terasa macam keras menegang.. sakit oii.. huhuhu.. Sebelum ni teman biar je baik sendiri tapi ambil masa jugaklah kan.. 
Tapi bila dah ada sesuatu yang memudahkan seperti NeckHeat ni, TB suka je nak guna selalu.. haha.. Sebab suka denagn rasa suam-suam yang beri kesan relaks dan selesa giler bila ditampal ke bahu.. Yang jenis NeckHeat ni design dia macam dalam gambar atas ni tau.. cara nak pakai samada korang nak pakai secara V-shape macam dalam gambar ni ke atau korang nak potong dah pakai sebelah kiri dan sebelah kanan bahu korang? itu terpulang lah ye.. ikut mana yang selesa.. 

Ok lah.. itu saja review TB kali ni.. kalau korang nak membeli boleh lah order terus ke website atau laman sosial dibawah ni.. TB ada letakkan link-link yang berkenaan.. jemput LIKE dan follow ye! 

Terima kasih juga TB nak ucapkan kepada ps|Love  kerana beri peluang TB mencuba produk ini. Terima kasih juga kerana mebantu wanita mengatasi kekejangan haid / senggugut dan PMS dengan produk you all.. tahniah yea..  


WEBSITE:

FACEBOOK: 

INSTAGRAM: 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


CODE 20% PROMOTION:
"tenkuoff"
(Pembelian valid pada website link kat atas ni.
Exp: 31/4/2017)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

20 Februari 2017

BABYNEST 4 in 1 YANG COMEL DARI CEKEBUM!

BABYNEST 4 in 1 YANG  COMEL DARI CEKEBUM! 

Psstttt... Nak cerita tentang Babynest dari CEKEBUM ni.. Tapi macam tak cukup masa je.. huhu.. so, TB tepek kat sini dulu gambar Babynest yang TB dapat semasa penghujung mengandung 2016 tahun lepas. Masa tu murah betul rezeki baby, walau belum keluar dari perut.. bermacam-macam rezeki baby dapat.. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. moga rezeki baby semakin murah walaupun dah bersalin ni.. heeeee.. Aamiinn.. 

Apa-apa pun.. terima kasih CEKEBUM.. TB suka babynest ni, sangat kemas jahitannya.. sangat comel coraknya.. baby pun suka duduk dalam tu.. macam teman kata bagai dipeluk aje.. Tapi rasanya baby New born yang berkaki panjang atau bakal tinggi orangnya mungkin akan terkeluar sikit kakinya.. hehe.. macam baby TB jugak la..

Sebenarnya babynest ni patutnya dah guna masa baby new born lagi.. tapi disebabkan TB bersalin di Kg.. maka babynest ni tertinggal di KL.. huhu.. makanya.. tak dapatlah nak pakai masa new born.. actually masa babynest ni sampai, TB tak tengok lagi.. hubby TB yang terima parcel.. So, TB tak tau ukuran besar mana.. ingatkan sampai besar boleh pakai.. hehehe.. rupanya khas untuk newborn dan selagi baby boleh duduk dalam tu (yang tak berkaki panjang) . 

walau apa pun.. TB sangat suka Babynest.. sangat comel tau.. jahitan kemas.. i loikeee... tQ Cekebum! nanti detail TB cerita lagi ye.. K bye.. 




Jom baca info tentang 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Innity Mobile