25 Disember 2016

7 DOA MUSTAJAB IBU UNTUK ANAK

7 DOA MUSTAJAB IBU UNTUK ANAK

Tahniah buat rakan Blogger Syamimj Saad yang telah selamat melahirkan seorang baby boy yang sangat comel pada pagi Khamis baru-baru ni (22/12/2016). Semoga baby dan mimi sihat walafiat dan selamat menjalani tempoh berpantang selama 44 hari dan 100 hari.. Ok lah, khas untuk mimi dan ibu-ibu yang lain.. TB kongsikan antara doa2 yang sangat mustajab dibacakan oleh ibu untuk anak-anak.. Semoga bermanfaat yea.. 








------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


24 Disember 2016

Meriahnya Jualan Sempena Krismas Dari Althea Korea!!

Meriahnya Jualan Sempena Krismas
Dari Althea Korea!!


Hai.. Hari ni nak cerita pasal shoppinggg.. Kalau bab shopping perempuan mana la yang boleh pejam mata aje kan. Pastinya apabila terdengar je Jualan Murah Atau Sale dimana-mana baik Shopping di Pasaraya mahupun membeli belah secara online, semua wanita semestinya takkan melepaskan peluang untuk grab' semua barangan yang sedang ada offer yang betul-betul murah dan berbaloi.. 

Begitu juga Althea Korea, iaitu sebuah laman web luar negara yang menjadi pilihan ramai peminat barangan dan produk dari Korea. Sempena sambutan Krismas pada tahun ini, pihak Althea Korea telah mengadakan offer' Jualan Murah dimana pelanggan Althea akan diberi kod promosi eksklusif untuk digunakan untuk mereka yang membuat pembelian kali pertama menggunakan aplikasi mudah alih.

Haaa. tau macam mana nak shopping di website Althea Korea |Malaysia ni? begini caranya yea! senang sangat-sangat tau.. Macam online shopping lain gak.. seperti Lazada, Zalora, Shopee dan banyak lagi, syarat nak shopping adalah mesti daftar jadi members dulu kan? Haaa.. samalah macam Althea ni jugak.. Korang daftar sebagai ahli/members lepas tu jangan terkejut korang automatik akan dapat RM30 sebagai Welcome Gift..

So, lepas tu boleh lah terus guna semasa buat belian nanti.. pihak Althea akan beri COUPON CODE : WELCOME-MY dan korang hanya perlu key in code number ini semasa checkout nanti.. dan automatik diskaun sebanyak RM30 akan dipotong dari total jumlah barangan yang korang beli.



Ok lah.. kalau korang nak jadi member klik SINI atau klik banner diatas, register/daftar kemudian nikmati diskaun sebanyak RM30 (tertakluk terma dan syarat) .

Sebelum tu, bagi yang baru mengenali Althea Korea, mari baca serba sedikit tentang Althea Korea ni yea.. 

Mengenai Althea Korea 
Althea Korea is Southeast Asia’s leading destination for all things K-Beauty. Althea works to bridge the gap between SEAsians and Korean Beauty, solving the challenge of easily obtaining Korean beauty products at an affordable rate. Althea promises 100% authenticity of products, offers the best price in Southeast Asia, gives a 30-day unconditional refund and provides free shipping straight from Korea for qualifying orders.



GET RM30 OFF RM100 on your first Mobile order! Code:MOBFIRST30 (Mobile Only)

Sempena pelancaran aplikasi mereka, Althea akan memberikan kod promosi eksklusif untuk pelanggan yang kali pertama shopping menggunakan aplikasi. Dan ini dia kod diskaun MOBFIRST30 untuk diskaun RM30 dengan pembelian minimum RM100. 

TAHNIAH ALTHEA!!!
Haa.. Buat yang belum tahu tu.. Terbaru Althea Korea telah melancarkan Althea App aplikasi mudah alih yang dinanti-nantikan mereka untuk memudahkan pelanggan membeli-belah di mana sahaja dengan menggunakan platform utama di Asia Tenggara untuk semua barangan dan produk dari K-Beauty.

Pelanggan Althea akan diberi kod promosi eksklusif untuk digunakan untuk mereka yang pertama kali membuat pembelian yang dibuat menggunakan aplikasi mudah alih. 

Pada 15 Disember 2016 - Althea telah melancarkan aplikasi mudah alih mereka yang sangat dinantikan, Sebagai Penutup tahun 2016 dimana K-Beauty yang berjaya menjadi destinasi No.1 Asia Tenggara. 

Tahun ini sahaja, Althea diperluaskan ke 3 lagi negara baru  (Filipina, Indonesia dan Thailand) selepas Malaysia dan Singapura pada tahun 2015. 

Oh ya.. Aplikasi mudah alih ini boleh didapati di kedua-dua IOS dan sistem Android. aplikasi mudah alih Althea bukan sahaja membolehkan pengguna membeli-belah di mana-mana tetapi juga telah ditambahbaikkan dengan ciri-ciri seperti pelanggan akan dapat mengikuti jenama kegemaran mereka, dan menambah barangan untuk wishlist mereka dengan mengklik butang tengah-tengah di atas produk. 

Ini membolehkan pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai produk baru, jualan dan promosi semasa serta mendapatkan cadangan berdasarkan produk yang mereka suka atau telah dibeli sebelum ini. 

Ia jugak amat menarik apabila pelanggan juga boleh menyemak imbas mudah produk dan jenama, mempamerkan yang bersih dan mudah difahami antara muka yang membolehkan pelanggan untuk membuat pembelian dalam fesyen mudah sambil menjaga sehingga tarikh dengan yang terbaru dan terbaik dari K-Beauty dari Korea Selatan. 

CFO Althea itu, Jae Kim mengulas: "Aplikasi mudah alih Althea adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan yang paling mudah dan paling cara yang mudah untuk melayari, mencari dan membeli produk K-Beauty kegemaran mereka.

Aplikasi ini adalah khusus direka untuk menjadi cepat, mudah, dan mudah untuk mengemudi.

Melalui ini, kami berharap dapat memenuhi semakin on-the-go gaya hidup pengguna kami supaya mereka boleh membeli-belah bila-bila masa, di mana sahaja. 

Dalam masa terdekat, kami akan memperkenalkan baru dan ciri-ciri menarik seperti cadangan yang diperibadikan, video dan lain-lain kandungan yang berkualiti tinggi dan unik interaksi sosial." Althea App boleh didapati di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand. 







http://my.althea.kr/althea-box-homme-box

Haaa.. Apa lagi.. Bagi peminat barangan dan produk dari Korea.. Boleh la layari Website Althe Korea sekarang yea!  Boleh klik link-link dibawah ni yea! Dan kalau nak buat belian dan dapat offer code MOBFIRST30  boleh la install app Althea di Android ataupun Google Play ye.. Selamat bershopping yea! 


#altheakorea #altheaxmas 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


15 Disember 2016

SIARAN LANGSUNG AJL 31| ANUGERAH JUARA LAGU 2017

SIARAN LANGSUNG AJL 31 | ANUGERAH JUARA LAGU 2017



Senarai Lagu Masuk Final --> 
Klik Senarai Lagu Masuk Final AJL 31 / 2017|

Anugerah Juara Lagu bakal bergema dengan memartabatkan penulis lirik, komposer dan penyanyi, sekali gus menobatkan mereka sebagai juara. AJL31 2017 yang akan berlangsung pada 22 Januari 2017 bertempat di PWTC dengan meneampilkan 12 lagu yang akan berentap di pentas AJL31


Kepada semua yang tidak berpeluang menonton di kaca televisyen, jangan risau..  korang jugak boleh menonton melalui online atau internet. Selamat menonton secara live streaming pentas akhir AJL 31

Nak tonton Online? 
Klik Website Rasmi AJL 31 : SINI 

Atau 
Tonton melalui
(guna fb login)

Atau
Tonton Melalui


Saksikan Live Streaming / Tonton Online AJL 31 Tahun 2017 pada malam esok, Ahad 22 Januari 2017 Jam 9.00 malam bertempat di PWTC dengan menampilkan 12 lagu yang akan berentap di pentas AJL31, bersiaran secara langsung melalui TV3. 

Nak dengar kat Radio pun boleh... 
Dengar siaran langsung melalui 
radio rasmi AJL 31 iaitu 
HOT FM (klik)


Website Rasmi AJL 31 : SINI   | Fanpage : AJL 31 | Instagram : AJL 31 | Hot FM

Live Streaming AJL 31 Anugerah Juara Lagu 2017. Kemuncak Anugerah Juara Lagu 31 (Final AJL31) bakal berlangsung pada Ahad, 22 Januari 2017 secara langsung jam 9 malam dari PWTC. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

12 Disember 2016

WANGIAN SYAHIRAH VITALIS HARUM MEMPERSONA


WANGIAN SYAHIRAH VITALIS HARUM MEMPERSONA


Hai.. Hari ni TB nak berkongsi cerita tentang haruman yang mempesonakan dari Syahirah Vitalis ni.. Haruman ini sangat memikat hati TB kerana baunya yang variasi dan aroma harumannya yang lembut dan tidak menyakitkan hidung membuatkan TB berasa selesa dan tenang apabila menyemburkan wangian ini ke badan.. 

Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. 

Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona mu raih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:
1. Haute Couture

Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan.
Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
2. Femme Chic

Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.
3.Celebrite

Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.
4.Glam Star

Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti.
Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.

Disebabkan wangian ini sangat wangi.. Dan botol nya yang cantik.  Emak TB sudah menyatakan ingin memiliki salah satu daripada wangian yang TB ada ni.. Hehe.. Tak sempat nak guna dah ada orang berkenan nak sebotol.. Tak mengapa.. Mak punya pasal.. Itu tandanya wangian Syahirah Vitalus ni memang wangi sangat-sangat sampaikan emak TB pun tersenyum mahukan sebotol.. Hehe..

Ok lah.  Kalau korang nak membeli jugak.. Boleh la dapatkan di Pasaraya terdekat.. Wangi sangat tau..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


30 November 2016

12 RESEPI SIHAT UNTUK ANAK BERUSIA SETAHUN BY IBUZARITH.COM


12 RESEPI SIHAT UNTUK ANAK BERUSIA SETAHUN
BY IBUZARITH.COM

Assalammualaikum.. petang-petang ni macam selalu TB nak share tentang Resepi-resepi yang TB tertarik nak share di blog TB ni.. Kali ni TB nak share tentang Resepi Sihat Untuk Anak Berusia Setahun yang disediakan oleh Blogger Zarith dari blog Diari Ibu Zarith .

Sesungguhnya TB sangat-sangat suka dan kagum dengan Zarith kerana begitu mengambil berat tentang pemakanan sihat anak-anaknya.. Sampaikan travel pun still beri makanan yang sihat untuk anak-anaknya walaupun terpaksa bawa slow cooker sekalipun, kalau keluar shopping pula ada juga bekal untuk anak-anaknya, Ibu kepada dua orang anak ini yang juga seorang Jurutera tetap usaha mengelakkan dari memberi makanan yang tidak sesuai untuk anak-anaknya selagi belum tiba waktunya.. kata Zarith..

Ibu-ibu semua tahu kan, anak di bawah 2 tahun tak boleh diberi makanan yang ada gula dan garam? Baby hanya perlukan kurang dari 1 g (0.4 g sodium) sehari sehingga 2 tahun. Buah pinggang baby tak dapat menampung garam yang lagi banyak dari ni. Sebelum baby kita berusia 6 bulan, keperluan garam ditampung dalam susu ibu.


Sayuran yang kaya dengan sodium


Bila baby kita mula makan solid food, kita tak perlu nak tambah garam walau sedikit pun. Selepas berumur 1 tahun sehingga 3 tahun, anak kita memerlukan cuma 2g sehari (0.8g sodium). Ini boleh didapati dari sumber-sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.


Buah-buahan yang kaya dengan sodium


Resepi Anak 1 tahun Yang Sihat, 
Mudah dan Sedap 



1.) Nasi goreng ikan bilis

Bahan-bahan:
Nasi yang telah masak
Ikan bilis yang telah dibuang kepala,najis dan tulangnya. Rendam dalam air.
Bawang putih
Bawang merah
Sayur yang digemari anak
Minyak zaitun

Cara memasak:
Tumbuk ikan bilis, bawang putih dan merah sehingga lumat.
Tumis dengan sedikit minyak zaitun.
Dah wangi dan keperangan, boleh masukkan nasi.
Kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan tutup api


2.) Jemput-jemput ikan bilis

Bahan-bahan:
Bawang merah dicincang halus
Daun sup dicincang halus
Kentang dipotong dadu
Ikan bilis dibuang kepala, najis dan tulangnya, direndam dalam air.
Tepung unbleached
Air yang telah ditapis
Minyak Zaitun

Cara memasak:
Tumbuk ikan bilis sehingga lumat
Masukkan ikan bilis, bawang, kentang dan daun sup dalam tepung.
Tambahkan air agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair. Gaul sehingga sebati.
Gorengkan dalam minyak zaitun sehingga keperangan.


3.) Marcaroni Goreng

Bahan-bahan:
Sedikit udang kering (pastikan anak anda tidak alah dengan udang). Basuh dan rendam dalam air.
Bawang putih
Bawang merah
Unsalted butter
Marcaroni yang telah direbus dengan air dan sedikit minyak zaitun dan ditoskan

Cara memasak:
Kisarkan udang kering, bawang merah dan putih.
Cairkan sedikit unsalted butter, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga wangi dan keperangan.
Masukkan marcaroni dan gaul sebati


4.) Chicken pie

Bahan-bahan:
2 biji kentang
1 cawan isi ayam
2 oz susu ibu/ formula milk
Sayur apa pun boleh (Zarith buat tomato+daun sup)
1 sudu unsalted butter
sedikit serbuk kayu manis
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Minyak Zaitun untuk menumis
Sedikit cheese

Cara memasak:
Rebus kentang sampai empuk
Rebus isi ayam sampai lembut
Lenyekkan kentang dengan susu dan unsalted butter
Tumis bawang merah & putih sampai wangi
Masukkan sedikit air (jangan banyak sangat nanti pie berair)
Masukkan isi ayam yang diracik halus
Masukkan tomato, daun sup dan serbuk kayu manis
Didihkan sampai agak-agak kering
Gaul sebati hasil tumisan dengan kentang yang telah dilenyek
Masukkan ke dalam bekas aluminium kecil untuk membuat pie
Parutkan sedikit cheese dan taburkan
Bakar 130 Celcius selama 45 minit


5.) Sup Ayam Kampung

Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Ayam kampung
Tomato
Daun sup
Cellery
Kentang belah 4
Air yang telah ditapis

Cara memasak:
Halia dan bawang putih ditumbuk.
Bawang merah di hiris halus dan digoreng dengan minyak zaitun (bawang goreng)
Tumiskan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Masak sampai wangi
Masukkan ayam, masak sekejap sehingga tiada darah.
Masukkan air tapis. Renehkan dengan api kecil. Masukkan kentang.
Sebelum tutup api, masukkan sayur-sayuran.
Hidangkan bersama daun bawang dan daun sup


6.) Pancake Kurma

Bahan-bahan:
Tepung unbleached
Sedikit soda bikarbonat
Telur (pastikan anak anda dah lepas ujian telur)
Unsalted butter
Kurma yang telah dijadikan puree
Madu

Cara memasak:
Pukul telur sehingga kembang
Masukkan tepung dan soda bikarbonat
Masukkan sedikit puree kurma
Gaulkan sehingga sebati
Panaskan kuali dan cairkan unsalted butter.
Masukkan satu senduk bancuhan tadi. Masak dengan api yang kecil
Dah siap, boleh dimakan juga dengan madu


7.) Biskut melt in mouth

Bahan-bahan:
1/2 cawan unsalted butter
1/8 cawan tepung jagung
3/4 – 1 cawan tepung unbleached

Cara memasak:
Pre-heat Oven 190 Celcius
Pukul unsalted butter sampai kembang
Masukkan tepung, gaul sebati.
Cara tambah perisa, sama ada:
1/3 adunan ditambah dengan 1 sudu besar puree kurma
1/3 adunan ditambah dengan susu ibu
1/3 adunan ditambah 1 sudu kecil cream cheese dan 2 sudu kecil puree kurma


8.) Ikan tenggiri panggang butter

Bahan-bahan:
Ikan tenggiri potong dibasuh dengan air asam jawa
Bawang putih dan kunyit yang telah ditumbuk
Unsalted butter

Cara memasak:
Lumurkan potongan ikan tenggiri tu dengan bawang putih dan kunyit.
Perapkan.
Panaskan kuali dengan butter, masak ikan sehingga keperangan.


9.) Nugget Ayam

Bahan-bahan:
Isi ayam
Oat
Tepung unbleached
Telur (pastikan anak dah lepas ujian alahan telur)
Minyak Zaitun

Cara memasak:
Kisarkan ayam dengan sedikit air masak (jangan banyak nanti susah nak kepal)
Campurkan sedikit tepung sampai boleh kepal, jangan banyak sangat nanti rasa tepung tu lebih dominan
Celup dalam telur
Golekkan dalam mangkuk berisi oat
Goreng dengan minyak zaitun


10.) Creamy Cheezy Chicken pasta

Bahan-bahan:
Bawang merah, bawang putih
Marcaroni/ pasta lain
Isi Ayam
Stok ayam homemade
Lobak merah/cendawan/brokoli
Cheddar cheese (grated)
Pepper/ black pepper (letak sedikit je takut perut anak tak tahan)
Pelbagai herba itali
Unsalted butter/ minyak zaitun
tepung unbleached

Cara memasak:
Rebus marcaroni dengan air dan sedikit minyak zaitun
Tumis semua bawang dengan unsalted butter.
Masukkan isi ayam
Masukkan air/stok ayam
Tambah tepung dan kacau sehingga tidak berketul
Masukkan sayur
Bila dah mendidih, masukkan cheese, pepper dan mixed herbs tadi
Tutup api bila cheese dah cair


11.) Kentang bakar

Bahan-bahan:
Kentang
Unsalted butter
Pepper
Chopped garlic

Cara memasak:
Bersihkan kentang
potong ikut suka
Gaul dengan sedikit pepper, chopped garlic dan unsalted butter
Bakar dalam oven. Sekiranya tiada oven, boleh bakar atas kuali tapi kena steamkan dulu, 
biar kentang menjadi lembut



12.) Biskut kering

Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Pencetak kuih raya

Cara memasak:
Terap roti gardenia mengikut bentuk yang anda suka
Bakar pada suhu 110 celcius selama 10 minit
Bakar sehingga keperangan (semua air dah keluar dari roti)
Sejukkan


ENTRI LAIN YANG MENARIK 
UNTUK DIBACA :



27 November 2016

RESEPI MUSHROOM SUP HOMEMADE SEDAP & MUDAH!

  • RESEPI MUSHROOM SUP HOMEMADE SEDAP & MUDAH!

    Teringin nak makan Mushroom Soup? Tapi taknak yang versi instant di dalam tin tu? Kalau boleh nak guna cendawan segar dan bahan-bahan segar je? Haaa. Ni ada RESEPI MUSHROOM SUP HOMEMADE SEDAP & MUDAH!

    Memang terasa keenakan cendawan yang ditumis bersama mentega dikisar pula menjadi sup lemak berkrim. Nak cuba? Begini caranya:

  • Bahan-bahan:
    - 200g cendawan 
    - 2 sudu besar mentega
    - 1 biji bawang Holland
    - 2 ulas bawang putih 
    - 1 sudu besar tepung gandum 
    - 1 sudu besar daun thyme 
    - 2 cawan stok ayam 
    - ½ cawan krim 
    - Lada hitam 
    - Garam 

    Cara-cara:
    1. Cairkan mentega. Masukkan cendawan dan garam (½ sudu kecil), masak lebih kurang 10 minit. 
    2. Masukkan bawang Holland, bawang putih, 1 sudu kecil thyme, dan masak 5 minit. 
    3. Masukkan tepung gandum dan kacau selama 2 minit. 
    4. Masukkan stok ayam, biar masak lebih kurang 15 minit. 
    5. Blend sup hingga halus. 
    6. Masukkan sup kembali ke dalam periuk; masukkan krim. 
    7. Masukkan garam (½ sudu kecil) dan lada hitam (½ sudu kecil).
    8. Hidang

    Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan
TB tepek kan kat sini Video nya sekali.. Heee.. Lagi cerah biji mata melihatnya.. Heeee.. Tengok video ninlagi bersemangat nak buat Mushroom Sup Homemade sendiri.. Heee..


    • Credit : 
    • Says Seismik Makan
    • ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page