MAKANAN UNTUK MATA SIHAT

MAKANAN UNTUK MATA SIHAT

MAKANAN UNTUK MATA SIHAT


Alohaaa! selamat pagi semua rakan blogger!! he2.. hari ni mood teman nak share tentang Makanan Untuk Mata lah.. saja buat entri ni untuk simpan dalam blog teman.. kalau ada masa or terlupa ke apa leh rujuk balik kat sini kan.. he2.. untung jugak ber blog ni yea.. udah macam diari jea senang nak semak balik.. Okeh lah.. jom sama2 baca info ni.. mungkin berguna gak untuk korang kan.. sape tak sayang mata kannn..!

Mata merupakan organ tubuh yang penting dan bernilai bagi setiap insan. Oleh itu, jagalah mata sebaiknya. Berikut adalah beberapa fakta pemakanan khas untuk mata sebagai hadiah daripada ibu bapa untuk anak tersayang.
Penjagaan mata sangat penting terutamanya pada peringkat awal perkembangan deria penglihatan. Atas alasan inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dan bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya. Penjagaan mata bermula dengan makanan untuknya. Sajikan hanya yang terbaik untuk anak anda.

Vitamin-vitamin yang diperlukan oleh mata

Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.  

Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan ocular. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.

Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.

Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.

Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.

Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.

Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.

Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi:
  • Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya terutamanya pada waktu malam.
  • Mata rasa kering, gatal, panas dan berwarna merah.
  • Bermasalah untuk memfokus.
  • Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti yang tercatat di atas, perlulah segera dibawa berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.

Makanan khas untuk mata:
  • Ikan
  • Hati
  • Labu
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Brokoli
  • Tomato
  • Telur
  • Kekacang
  • Air yang banyak
  • Bijirin

Info penting
  1. ‘Xerophthalmia’ ialah masalah penglihatan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A dan boleh dielakkan dengan memakan sayur-sayuran segar, lemak dan protein.
  2. Dua jenis antioksida yang dikenali sebagai ‘carotenoids’ yang dipanggil ‘Lutein’ dan ‘Zeaxanthin’ mampu menyihatkan mata. ‘Lutein’ ada dalam mangga, ‘bilberries’, dan sayuran berdaun hijau. ‘Zeaxanthin’ pula ada dalam brokoli, jagung, salad (kecuali ‘iceberg’), oren, dan telur.
  3. Memasak sayur-sayuran dengan sedikit minyak dalam tempoh yang singkat membantu tubuh menghasilkan Retinol. Retinol ialah vitamin yang penting untuk perkembangan penglihatan dan tulang.
  4. Untuk mata yang sihat, hadkan pengambilan gula, minuman berkarbonat, makanan bergoreng, roti putih, kek, dan coklat.

Bagi korang yang ada masalah mata yang tidak boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan atau sebagainya, pilihan terbaik ialah membuat temujanji di mana-mana klinik mata untuk mendapatkan maklumat dan info serta berjumpa doktor sendiri untuk mengetahui tahap perkembangan kesihatan mata korang. 


22 Ulasan

  1. bagus..ikan mmg baik untuk mata kan3x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha a.. tp teman x suka ikaaannn.. aaaa.. camne ni.. hi3

      Padam
  2. tengs atas perkongsian ini yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. =) thanx singgah sini.. nti teman singgah lik yea..

      Padam
  3. entry yg berguna nih.. thanks sebab sharing.. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. thanx jugak sudi singgah n komen.. nti teman singgahbalas yea..

      Padam
  4. nak makan carrot tue yg liat sikit hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan baby carrot sedappp.. kecik n rangupp tau.. nyum2..

      Padam
  5. Nice sharing.....
    Tapi bila sebut pasal kesihatan mata..
    yang paling AJ ingat kan..
    "Carrot baik untuk mata.."
    Hehhehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa.. betui2.. jom mkn carrott.. he3.. klu gi minu kat luar selalu j order carrot susu.. =)

      Padam
  6. mmg betul tu specially karot tu !

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum...

    Terima kasih info nie... makanan utk kesihatan mata, kalau dulu x tahu main bedal aje..makan... makanan untuk mata nie penting kalu x cepat rabun pulak kang...

    mselim3

    BalasPadam
  8. mknn utk mata n kna ambl brat kan..anugerah yg tak ternilai ;-)

    BalasPadam
  9. entry yg sangat menarik. mata sangat penting dan sy jenis yg tak suka guna spec. In Shaa Allah, akan diamalkan :D

    BalasPadam
  10. salam kenal
    jom follow ena "D

    http://zarenaheeney.blogspot.com/2013/04/pendaftaran-murid-darjah-satu-lahir.html

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. salam..jemput datang join segmen kathy http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/04/1st-segmen-selamat-hari-lahir-by-kathy.html

    BalasPadam
  13. info yg bermanfaat...terima kasih sebab berkongsi... :)

    BalasPadam
  14. info kesihatan yang menarik..

    BalasPadam
  15. bagus entri ni.. ada tak tips untuk mata nampak cun? ahaks gurau :D

    BalasPadam
  16. nice info..
    thanks sebab share info bermanfaat ini utk org yg rabun macam sy....ehehee..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama