WWE - TABLES, LADDERS & CHAIRS MATCH

Pautan-pautan 'live streaming' untuk menonton:


1. WWE Tables, Ladders & Chairs (TLC) ...and Stairs 2014 Kickoff (Pra-acara, jam 8 pagi ini):



2. WWE Tables, Ladders & Chairs (TLC) ...and Stairs 2014 (jam 9 pagi ini):


Berikut merupakan senarai perlawanan yang telah dimuktamadkan bagi acara WWE Tables, Ladders & Chairs (TLC)… and Stairs 2014, yang bakal bersiaran secara langsung dari Quicken Loans Arena, Cleveland, Ohio. Acara akan berlangsung hari ini. Ditampilkan secara langsung di Astro Box Office Sport, saluran 971. Klik pada pautan ini untuk melanggan: https://www.astro.com.my/premium_channel/abos-articles/wwe-tlc-2014.html


1. Perlawanan Pra-acara: The New Day melawan Gold & Stardust
Semenjak ketibaan mereka, trio yang dikenali sebagai The New Day telah mencuba untuk menyebarkan mesej positif kepada WWE Universe. Malangnya, Big E, Kofi Kingston & Xavier Woods telah menyedari bahawa mereka telah 'melekat' kepada tarikan graviti dari pasangan regu Gold & Stardust, di mana misi mereka adalah untuk memastikan kegelapan terjadi pada hari baru.

2. Perlawanan Kejuaraan Divas WWE: Nikki Bella (juara) menentang AJ Lee
Setelah tewas dalam masa singkat di Survivor Series bulan lepas, mampukah AJ Lee merampas kembali Kejuaraan Divas WWE daripada Nikki Bella atau Nikki akan membuktikan bahawasanya bakat tidak dipindahkan melalui batin?

3. Perlawanan Kejuaraan Amerika Syarikat WWE: Rusev (juara – ditemani oleh Lana) bertemu Jack Swagger
Adakah Jack Swagger akan membuat Zeb Colter bangga apabila berjaya membuat Rusev mengalah kepada gerakan Patriot Lock, atau Rusev akan meneruskan rekod tanpa kalahnya yang dominan?

4. Perlawanan Tangga untuk Kejuaraan Antarabenua WWE: Luke Harper (juara) melawan Dolph ZIggler
Setelah menjadi 'Sole Survivor' di acara Survivor Series lalu menyingkirkan The Authority dari tampuk pemerintahan WWE, dapatkah Ziggler meneruskan momentum itu dengan merangkul kembali Kejuaraan Antarabenua WWE yang kini dimiliki oleh Luke Harper setelah menewaskan Ziggler seminggu sebelum acara Survivor Series atau Harper akan menghancurkan segala momentum yang Ziggler ada?

5. Perlawanan Tangga Besi: Erick Rowan menentang Big Show
Buat pertama kali dalam sejarah acara TLC ini, perlawanan tangga besi akan mengambil tempat menampilkan Erick Rowan dengan Atlet Terbesar Dunia, Big Show. Apakah Erick Rowan boleh mengajar Big Show supaya jangan menjadi pengkhianat, atau Big Show memberi tunjuk ajar yang berguna kepada Rowan agar hidup ini tidak selamanya senang dan kadangkala memerlukan sedikit pengorbanan & pengkhianatan untuk meneruskan hidup?

6. Perlawanan Kejuaraan Beregu WWE: The Miz & Damien Mizdow (juara) bertemu The Usos (Jimmy & Jey Uso)
The Miz cuba untuk memancing Naomi untuk berlakon di Hollywood, namun hal ini ditegah oleh suami Naomi, Jimmy Uso sehingga timbul pertelingkahan di antara Naomi & Jimmy Uso. Adakah fokus Jimmy Uso akan terganggu akibat taktik The Miz ini? Adakah The Miz bersama pelakon lagak ngerinya, Damien Mizdow akan berjaya mempengaruhi pemikiran Uso lalu mengekalkan sabuk kejuaraan yang dimenangi bulan lalu, di Survivor Series?

7. Perlawanan Kerusi: Ryback melawan Kane
Setelah The Authority ditumbangkan, Kane telah bertukar jawatan dari Pengarah Operasi kepada Pengarah Makanan & Minuman ketika bekas rakan regunya, Daniel Bryan yang berkuasa di Raw sehari pasca Survivor Series. Hal ini disenangi Ryback yang cuba membuli Kane namun Kane tidak gentar dengan ancaman Ryback. Mampukah Ryback mengeroyok Kane cukup-cukup atau Kane akan membuktikan, tanpa The Authority, Kane masih mampu membuat orang menderita?

8. Perlawanan Meja: John Cena menentang Seth Rollins. *Stipulasi perlawanan: Sekiranya John Cena tewas perlawanan ini, Cena akan dilucutkan hak menjadi Pencabar Nombor 1 Kejuaraan Heavyweight Dunia WWE
Adakah John Cena akan menghantar Seth Rollins ke atas meja untuk membuktikan bahawa Cena bersedia untuk mengekalkan hak mencabar Juara Heavyweight Dunia WWE, Brock Lesnar nanti, atau Seth Rollins akan meleburkan hasrat Cena itu lalu menguatkan dakwaan Rollins bahawa beliau adalah penggusti masa hadapan WWE?

9. Perlawanan Meja, Tangga & Kerusi: Dean Ambrose bertemu Bray Wyatt
Selepas perlawanan Survivor Series mereka berakhir dengan Dean Ambrose menganyang Bray Wyatt lalu perlawanan itu dimenangi Wyatt menerusi pembatalan perlawanan, dengan elemen meja, tangga & kerusi kali ini, adakah kita akan melihat suatu sisi Ambrose yang lebih gila-gila, atau Wyatt akan membalas dendam akibat apa yang berlaku di Survivor Series?

Maklumat dan gambar :
Credit to : 
http://www.peminatgustimalaysia.com/


5 Ulasan

  1. dh lam tak tgk dulu masa budak2 suka berebut tv dgn ayah n abg huhuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. teman n hubby suka tengok wwe ni.. heee.. tak berebut tv.. tapi mulut teman bising klu tengok wwe ni.. kekekeke

      Padam
  2. peminat gusti lah ni . Dulu zmn sekolah rajin lah join tgk bila arwah abah tgk , sekrg dah byk channel , keutamaan tu x de la ...

    BalasPadam
  3. sialam TB ..
    aby tk tengok, hari tu exam day ..
    cuma tengok result dari google jer ..
    seronok juga baca roman reign masuk membantu ..

    BalasPadam
  4. errr.. cepat2 skroll kat bawah. dari dulu gerun je nak tengok. dala pakai cawat, keluar pentas buat muka poyo macam dialah paling hensem kat dunia, pastu hentak2 orang. yg ni plak, ada tangga2 besi pulak. haihh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama