2ND TIME SHOPPING DI LAZADA.COM.MY


ASOTV 49pcs Smart Pin Store Tupperware | 2ND TIME SHOPPING DI LAZADA.COM.MY |
Haiii.. entri ni lupa pula teman nak publish.. hahaha.. sebab hari tu marah kat Lazada punya pasal la.. tapi bila difikirkan balik.. nak marah Lazada pun tak boleh juga.. salah Kurier la nampaknya.. haha.. udah2 mencari siapa salah, yang penting teman dah dapat barang teman.. apa nak diheboh kan lagi ye! 

Ok lah.. meh teman share dengan korang apa barang yang teman kecoh sangat nak cepat tu.. hihihihi.. bukan nak cepat sebab apa, tapi sebab teman risau kalau barang tu sampai masa teman takda kat KL... kan susah macam tu nanti.. nak tuntut balik kat Lazada jadi satu kerja pula... pastu kalau nak minta refund balik, huihh.. belum tentu dapat kejap2 tu.. boleh jadi sebulan, dua bulan.. 3 bulan.. mana kita tau kan.. tengok pada sistem diorang la kann.. apa-apa pun... teman dah dapat barang2 teman.. teman kira OK dah.. tak marah Lazada dah.. hehehehe.. tak serik membeli lagi.. tapi kali ni kalau nak beli teman kena order awal seminggu supaya tak le mengharap barang sampai awal.. 

Ok lah.. Hari tu teman beli Beats Pill dan Character Doll (untuk besday en miaw), kali ni teman beli ni haaa.. ASOTV 49pcs Smart Pin Store Tupperware .. heee. terbeli kerana tengok video dia kat Youtube macam best je.. boleh pusing2.. hahahaha.. ingat apaa, buaian pusing kaaa.. 
Haaa.. ini le dia bekas2 nya.. Opsss.. sebelum korang pun berminat nak membeli.. meh teman citer sikit apa yang berlaku masa teman buka barang2 ni... Ok.. mula-mula masa order teman budget la ada 49 pcs tupperwarenya tau.. tapi bila dah buka dan kira.. ada 24 sahaja.. teman mula fikir.. tersilap hantar lagi ke Lazada ni.. pastu teman kira la penutup dia ada berapa.. ada 24 gak.. hemmm.. memang tupperware nya ada 24 biji je ke?? kata 49pcs? haaaaa.. lama-lama baru teman tau camne dikiranya jadi 49 pcs tu.. rupa-rupanya bekas tu 24 + Penutup 24 + Tempat Letak berpusing 1 = 49 pcs la semuanya.. adeh.. macam tu kira rupanya? sabo jelah.. macam tak patut je.. tapi nak buat camne.. dah beli.. ok ok jelah.. hahaha (banyak songeh)

Tupperware nya ada 3 size.. panjang, pendek sikit.. dan saiz paling kecik.. yang panjang tu teman target nak buat Overnight Oat hari tu.. tapi udah kuirer Lazada lambat sangat sampai barangnya.. maka mood nak membuat Overnight Oat (resepi Zareena Heney) terpaksa teman tangguhkan.. nanti mood dah ok baru buat.. ehehehehehhee... (ALASAN) !!

Kelebihan Smart Pin Store Tupperware ini terletak pada tempat penyimpanan tupperware yang kemas dan berpusing ini.. malah bila diletak dalam rak kabinet almari dapur, ia boleh ditarik kedepan dan ke belakang untuk memudahkan penyimpanan dan pengambilan... senang citer.. taip kat Youtube ASOTV 49pcs Smart Pin Store Tupperware , nanti keluar la iklan cara guna barangan ni.. pasti buat korang tertarik tau.. hahahaha.. terpedaya akhirnya membeli macam teman.. wakakaka
Yang ni yang teman order hari tu.. sib baik FREE DELIVERY
proses barang di bungkus...

yang ni untuk bagi dagu lentik macam keknis (Hanis Zalikha).. hahahaha.. tak mau nya wehhh.. teman ingat nak buang lemak double chin tu.. tapi macam susah aje.. makan tak hengat tapi ada hati nak kurus sana sini yea.. muahahaha.. gelak kat diri sendiri..


Haaa.. ok lah.. rumusan keseluruhan entri teman ni.. teman ucapkan terima kasih buat Lazada.com.my .. walaupun teman begitu marah dan tension hari tu masa membeli dengan Lazada.. tapi teman rasa lega dah bila barang dah terima.. so, no heart feeling.. Mungkin orang lain dapat servis yang terbaek.. cuma ada sesetengah nya aje problem.. bukan dari pihak Lazada, tapi dari pihak Kurier.. diharap akan datang.. teman akan puas hati dengan servis Lazada.. tq.. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

3 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama