RESEPI IKAN SARDIN TIN YANG MUDAH DAN SEDAP!

RESEPI IKAN SARDIN TIN YANG MUDAH DAN SEDAP! 

Hai Assalammualaikum.. tengah buat apa tu? dah makan ke? masak apa hari ni? huu.. TB masak Ikan Sardin Tin dengan Telur Dadar dan Papedem je.. huhuhu.. nasib baik la masak yang simple hari ni.. Kebetulan minyak gas habis di penghujung masak lauk sardin tadi.. 

Aiyoo.. Sib baik la sempat masak.. kalau tak.. jenuh pulak nak tunggu Anei kedai gas tu hantar gas. Kadang sampai ke petang baru dia nak hantar.. bestu kami ni kebuluq la tengahari sampai ke petang tak makan apa ye? hahahaha.. Eh! sebenarnya nak citer pasal resepi Ikan sardin versi TB jke hari ni.. sorry termelalut terlampau plak yea.. kih3.. 

Ok lah.. TB saja nak selit resipi masak ikan sardin dalam tin kat blog TB sebab stail lain TB dah buat tapi macam ada rasa kureng... Tapi yang ni TB rasa TB suka dan kena dengan tekak TB dan hubbymiaw.. heee.. So, sebelum hilang ingatan.. TB tempek resepi tu kat sini ye.. Selamat membaca dan mencuba.. sedap wooo!

Bahan-Bahan
Ikan Sardin Tin Kecik Cap Ayam Brand
3 Chili Blend ( cili kering,bawang merah, bawang putih yang dah siap blend)
2 Cilipadi (yang merah pedas tu)
Air Asam Jawa (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
1 Bawang Merah (hiris nipis)
2 Bawang Putih (hiris nipis)
1 Bawang besar (di potong bulat)
Ubi Kentang (potong sederhana dan goreng dulu)
Cili Merah/Masak

Cara-Cara
1.)  Tuang Ikan Sardin dalam mangkuk
2.)  Asingkan Ikan dan Kuahnya tu, 
3.)  Goreng Ikan Sardin garing-garing, angkat dan asingkan dulu.
4.)  Goreng Ubi Kentang yang dipotong sederhana tadi. samapai lembut tau! angkat dan asingkan.
5.)  Tumis Bawang Putih dan Bawang Merah bersama Cilipadi tadi. Tumis sampai naik bau..
6.)  Masukkan Chili Blend dan biar sampai cili benar2 masak
7.)  Masukkan Kuah Sardin Tin tadi
8.)  Masukkan Ubi Kentang
9.)  Masukkan Ikan Sardin yang telah digoreng tu tadi
10.) Masukkan Air Asam jawa
11.)  Masukkan Cili Merah/Masak
12.)  Masukkan Bawang Besar

Dah siap! hidangkan panas-panas, makan dengan nasi panas dan Telur Dadar, jangan lupa Papedem nyum-nyum.. hahahaha.. Simple kan.. janji perut kenyang.. apa-apa makanan atau masakan pun tak kira sedap ke tidak, kena hargai.. semua tu datang dari Allah SWT.. haaa.. gituuuu!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


21 Ulasan

  1. tiba tiba craving ikan sardin pula...haduiii..

    BalasPadam
  2. Cheers to sharing the recipe- will try it out.

    BalasPadam
  3. this is how i love my sardin fish to be cooked. thanks for sharing!

    BalasPadam
  4. I actually eat a lot of canned sardines. Now I have some options with my dish, thanks to you!

    BalasPadam
  5. oh wow... ada ubi kentang lagi.... my husband memang makan cara macam tu tapi minus ubi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Ubi kentang bagi nampak lebih umpph.. Hehe

      Padam
    2. Yup.. Ubi kentang bagi nampak lebih umpph.. Hehe

      Padam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama