PENANTIAN SELAMA 4 TAHUN - ALHAMDULILLAH AKHIRNYA ALLAH KABULKAN PERMINTAAN KAMI



PENANTIAN SELAMA 4 TAHUN
ALHAMDULILLAH AKHIRNYA ALLAH KABULKAN PERMINTAAN KAMI.. (ENTRI THROWBACK)

Assalammualaikum.. Alhamdulillah.. Baby dah masuk umur 4 bulan lebih baru TB berkesempatan nak share dengan korang kisah throwback TB semasa pregnant dan bersalin bulan November 2016 tahun lepas. TB tahun dah lama sangat pun bersalin, anak pun dah besar. Orang kata dah basi kot cerita nya.. 

huhu.. Tapi TB nak up jugak story tu disini untuk tatapan TB nanti. Boleh jugak Baby TB baca nanti kisah macam mana mamanya melahirkan dia.. betul tak? Mesti baby pun suka dapat baca perjalanan kisah mamanya mengandungkan dia 9 bulan dan bersalinkan dia.. 

Tapi bila TB up story tu disini.. jangan la pula ada yang kata, itu la.. ini la.. pengalaman manusia ni lain-lain.. tak kira dari segi apa pun.. mahupun dari segi alahan mengandung, dari segi simptom-simpstom yang dialami semasa mengandung, ragam mengidam, tahap kesihatan terjejas atau lebih baik ke, time bersalin lancar ke tidak?... Dapat boy ke girl? bersalin normal atau czer? bagi anak breastfeeding ke atau susu botol? 

haaa.. yang ni semua akan terbangkit jugak isunya nanti .. betul tak.. so, kepada siapa-siapa yang alergik baca entri orang lepas tu ada je yang tak kena tu, sila jangan baca lah yea.. ini pengalaman dari TB sendiri. 

Untuk TB share dengan yang ingin baca dan untuk TB sematkan dalam blog ni sebagai kenangan / perjalanan TB semasa mengandungkan baby TB dan semasa TB bersalinkan baby.. 


PENANTIAN SELAMA 4 TAHUN AKHIRNYA 


Alhamdulillah..  Akhirnya setelah 4 tahun penantian.. Kami bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan benih zuriat buat kami suami isteri.. Alhamdulillah..

Pada hari Rabu (30.3.2016), jam 1.52 am teman tergerak hati nak mencuba Pregnancy Test HCG yang dibeli daripada theshopAblog tahun lepas. Antara sebab nak test tu sebab terasa perut dan bahagian ari2 seperti lain dari lain.. Dan teman tak tahu kenapa tiba-tiba je rasa nak test..

Sebenarnya dah 2 bulan period teman tak teratur.. Gelonggg...

Terfikir mengandung kah aku? Tetapi macam biasa.. Taknak berharap apa2.. Sebab takut kecewa dengan harapan sendiri..

So.. Malam tu.. teman pun try pregnancy test tu.. Pakai yang jenis cassette tu sebab ramai yang kata bacaan guna cassette tu lagi accurate (tepat) / cepat dan boleh dipercayai..

Mula-mula tu nampak satu line je.. Teman dah start sedih dan bercakap sorang-sorang sedih dan sebak..

Teman letak upt test tu dekat atas almari.. Malas nk tengok dah.. Kemudian buat kerja sikit.. Lepas tu rasa nak tengok balik upt test tu.. Dan terkejut.. Dah keluar 2 line jelassss.. Ya Allah..happy sangat teman malam tu.. Rasa nak kejutkan hubby je..  Tapi bila fikir hubby dah tidur nyenyak dan esok dia nak kerja.. Teman pun bersabar hingga esok pagi..

Pagi tu teman test lagi.. Jam 7.40 am..  Teman test upt yang jenis strip tu.. Yea!! Keluar 2 line jugak.. Kali ni pekat.  Aduh.. Seronok tak terkira.. Tapi punya nak tengok lagi berul ke tak.. Teman test lagi satu.. Dan... Yea! Memang 2 line jugak yang naik.. Ya Allah.. Bersyukur tak terhingga teman..

SNAP UPT TEST GUNA HENFON HUBBY
Pastu berkira2 nak gitau hubby pagi tu ke atau tunggu dia balik? Aaaahh.. Macam tak sabar je nak share story happy ni dengan hubby.  So, masa hubby mandi.. Teman snap gambar 3 upt yang teman test tadi.. Teman snap gambar tu guna henfon hubby..

Lepas hubby gi kerja.. Lepas sejam macam tu teman pm facebook hubby.. Dan suruh dia ambil henfon dan buka galeri gambar..

Hubby terkejut.. Dan berkata "mengandung ke?" "serius??" "betul ke ni"??

Teman mengiyakan tapi agak confused sebab rasa nak jumpa doktor dulu untuk sahkan betul ke pregnant.. Kadang result lain2 kan.. Tapi kami berharap sangat berita gembira itu confirm sah!

PERIOD GELONG
Teman confused jugak bila fikir tarikh last period.. Sebab period dah gelong.. Teman x tau dah tarikh yang betul yang teman last period tu..

So.. Teman tak tahu berapa usia kandungan tu..

Pada 2hb April 2016 (Sabtu) Teman dan hubby buat keputusan nak ke klinik untuk scan dan pastikan kandungan tersebut.. sebenarnya walaupun dah test upt sebanyak 3 kali, teman masih ragu-ragu dan nak jugak buat ultrasound utnuk pastikan teman benar-benar pregnant.. yea..

so, pagi tu teman menunggu giliran dari jam 10.00 hingga 12.30.. memang agak menduga kesabaran .. dengan perut lapar masa tu.. dengan ramai oramg.. dengan risau kedai tak buka lagi.. dengan stress risau kandungan ni macam mana lah bila di scan nanti.. macam2 bermain difikiran ..

Dah tiba giliran, teman berasa berdebar pulak.. risau je resultnya mengecewakan. Doktor scan perut dan tiba-tiba doktor kata "ada sejarah kembar ke dalam family"? TB dan hubby saling berpandang..

Kami kata takde sejarah kembar pun.. Doktor kata nampak macam ada DUA. dan kalau betul kembar maknanya kembar tak seiras, boleh jadi lelaki dan perempuan atau sama jantina tapi wajah lain-lain.

Huhu. masa tu punya la happy sangat TB tau.. hubby pun happy sangat bila doktor kata macam kembar. Tapi doktor kata tunggu sebulan lagi.. secan tengok betul ke tak. Kami pun mulalah berharap yang kandungan tu kembar.. huhuhu.. yelah,.. dah 4 tahun menunggu, kalau mengandung kembar satu bonus tu.. hehehehe.. nak pulak sepasang, boy n gurl.. memang TB pencen beranak terus kot masa tu.. hahaha.


So, kami pun sabar menunggu lagi sebulan nak scan, Start dapat tahu TB pregnant ni, hubby dah start belikan TB Susu Anmum untuk bagi zat baby membesar dalam perut mamanya, TB pun dah Start makan Acid Folic . Doktor bagi Acid Folic ni untuk 12 minggu pertama . lepas tu doktor akan tukarkan kepada Vitamin Obimin.. 

Apa pentingnya acid folic ni? Acid folic :-
- diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel baru.
- membaiki DNA yang rosak dalam sel.
- mengurangkan masalah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect
- mengurangkan kebarangkalian mendapat anak mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah
- mengelakkan kecacatan jantung dan risiko kelahiran pramatang untuk bayi
- mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi
- meningkatkan sel darah merah dalam badan ibu mengandung (pembekalan oksigen) 

Pengambilan acid folic penting untuk awal kehamilan (12 minggu pertama) kerana perkembangan sistem saraf dan otak bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Acid folic boleh diberhentikan ketika usia kehamilan menjangkau 2nd trimester iaitu pada 13 minggu kehamilan tapi tidak menjadi masalah jika ianya diteruskan.

Akibat kekurangan acid folic:
- boleh menyebabkan peningkatan kandungan homocysteine dalam darah dan akan menyebabkan keguguran secara tiba-tiba
- komplikasi pada kehamilan seperti pendarahan disebabkan oleh placental abruption atau sawan ketika hamil. 





23 Ulasan

  1. Wah bestnya TB :) Iday nak masuk 3 tahun dah kahwin, belum ada rezeki lagi. Insyaallah doakan Iday jugak ye. hehehe

    Semoga TB and baby sentiasa sihat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah .. akan tiba jugak hari bahagia tu Iday.. jangan fikir sangat, nanti dia akan datang sendiri pada kita..

      Padam
  2. Klau ada twin, x menang tgn dibuatnya kn kak.. 😂😂

    BalasPadam
  3. Tahniah wlaupon org kata BASI tp inilah pengalaman yg paling bernilai.

    Akak hr tu ms mengandungkn Aqil pon period gelong gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. pengalaman yang takkan boleh diulang, walaupun mengandung kali kedua ketiga

      Padam
  4. Congrats on your baby. It is a blessing from God!

    BalasPadam
  5. wahh..congrats! seronoknya kalo dpt twins... take care tao..

    BalasPadam
  6. congratulation dear! I wish you a safe and healthy pregnancy journey.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq my dear.. actually this my throwback entri for my pregnancy moment last year

      Padam
  7. Seronok plak baca - next please! Tak sabar haha

    BalasPadam
  8. wahh tahniah tb.. ekin pun dah dekat masuk 3 tahun kahwin belum ada rezeki lagi... doakan ekin gak deh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. jangan stress-stress.. itu yang paling penting

      Padam
  9. Balasan
    1. thank you.. I've already delivered in November last year

      Padam
  10. Congratulations. Wish you all the best and enjoy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeay.. tq.. hehe.. this is just entri throwback for my precious moment (pregnant n be in labor ) I've already delivered in November last year

      Padam
  11. Alhamdulillahh happy for you. Cant wait for my turn!

    BalasPadam
  12. Wow Congrats for having a twins! Twins of luckiness!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama