HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ALL MY CHINESE FRIEND!


HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ALL
MY CHINESE FRIEND!

Hehe.. Teringat pula time zaman kerja dulu TB tak pernah lupa wish Gong Xi Fa Cai pada rakan-rakan chinese yang dah 10 tahun lebih TB kenal.. huhu.. hubungan kami agak rapat dan saling bergurau kasar juga.. hahaha.. Antara yang TB masih sembang macam dulu dan tak berubah lansung ialah Liew, Lee.. haha.. dua-dua ni mulut boleh tahan tau.. cakap lepas je.. tapi kelakar sangat diorang ni.. happy tau sembang dengan diorang ni..  Diorang ada Kedai Foto di silibin Ipoh Perak. Kalau stress ke apa.. TB selalu je pi Kedai Foto diorang saja nak sembang-sembang dengan diorang.. gaduh-gaduh dengan diorang.. hahaha.. hilang stress sekejap.. hehehe.. 

Liew la paling pandai mengusik pun.. hahaha.. Tahun lepas masa balik Ipoh, TB sempat la singgah Kedai Foto Maju iaitu kedai milik Lee dan Liew ni. Saja nak jumpa diorang dan nak kenalkan dengan baby Harraz ni.. macam biasa.. ayat-ayat mengusik tu ada je.. still Lee dan Liew yang dulu.. haha.. terharu diorang ingat pada TB .


So.. Ucapan Happy Chinese New year ni ditujukan buat Lee dan Liew serta semua rakan-rakan Chinese yang berbangsa Cina yang mengenali TB .. Semoga korang punya ONG bertambah tahun ni yea.. lepas tu boleh lah kita share2 kan! hahahaha..

Alaaa.. dah lama tak dapat limau sekotak dan Angpao dari Lee dan Liew.. hihihi.. tak layak pun.. TB dah kawen dan ada anak.. anpao untuk yang belum kawen je kan? kih3..

Tapi masa TB melawat diorang tahun lepas.. baru habis Chinese New Year.. diorang bagi angpao dekat harraz.. alahai.. baiknya Lee dan Liew ni.. Thank You sebab still remember me..

Apa-apa pun.. Hope persahabatan kita berpanjangan sampai bila-bila yea.. Selain tu TB nak tujukan ucapan ni pada rakan chines lain yang TB kenal semasa zaman kerja dulu iaitu Ah Boon, Ah Seng, sape lagi.. haha.. tak ingat sangat dah.. 6 tahun berlalu kot.. huhuhu..

Tak lupa juga nak tuju gak kat Mr dan Mrs Lim .. thank you sebab sporting ..

To all those celebrating both here and around the world, we wish you a very happy Chinese New Year! #HappyChineseNewYear #CNY #Yearofthedog 

4 Ulasan

  1. Semoga ikatan persahabatan semakin kukuh antara kaum di negara kita ni

    BalasPadam
  2. selamat tahun baru buat semua yang menyambut

    BalasPadam
  3. seronok dapat berkawan dengan kawan-kawan yang berbangsa lain kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama