KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR


KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR

Seronok je Harraz bila tengok botol Carrie Junior ni.. macam dia faham je botol ni la mandian yang selalu mama dia guna time mandikan dia tu.. Tapi paling dia suka ialah main dengan botol carrie junior ni.. suka sangat main botol kosong.. di lambung-lambung dan di ketuk-ketuk ke lantai.. hahaha.. sabar je la.. Tapi bukan itu yang TB nak ceritakan hari ni. Yang TB nak ceritakan sebenarnya ialah tentang Koleksi 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ dibawakan istimewa untuk kanak-kanak oleh CARRIE JUNIOR .


Masa mula-mula dapat parcel ni, TB yang suka lebih-lebih sebab TB memang sukakan design kartun / label botol Carrie Junior ni.. hahaha.. nampak tu ada macam bentuk kuku Gajah.. haha.. sweet kan..


Selain tu ada disertakan satu figura mainan comel pada ruang tersembunyi di botol carrie Junior ni.. 


Harraz pun masih menggunakan Carrie Junior baby bath sekarang ni.. nanti nak beli lagi yang untuk head to toe tu.. yang tu boleh syampu rambut sekali kan.. 


Dapat sekali Paper Bag dan mainan tu.. 


Apa-apa pun , jom kita baca apa kisahnya kali ni ..  

KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR

MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!

Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan.

Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja.

Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian .

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


7 Ulasan

  1. Dari dulu memang guna carrie junior untuk anak anak.tak pernah tukar lain pun.bau pun sedap dan wangi

    BalasPadam
  2. Wah ,Bestnya dapat mainan sebelum ni tak tau pun ada mainan kat belakang

    BalasPadam
  3. Kita minat carrie junior..sbb dlu pakai sabun & bedak dia... Wangi sgt...hehehe... Tp syg xpnh tau de mainan skli kt blkg sticker..huhu...lps ni lehlah tnjuk kt ank buah...

    BalasPadam
  4. masa mandi masa ceria..ank2 sy pun siap nyayi2 lagi klu mandi

    BalasPadam
  5. Carrie Junior ni wangiii sangat. Jangan kata budak2 je yang suka, makcik budak macam kita pun suka jugak haha

    BalasPadam
  6. Anak-anak akak masa baby2 dulu je beli mandian khas untuk kanak-kanak.Bila masing2 dah besar ni beli je yang boleh guna semua..ahahhaah...

    Tapi dulu tak de benda gini..beli tak de mainan pun..

    BalasPadam
  7. pandai carrie junior ni, tahu je budak2 suka mainan. hehehe Iday ada tengok video tu, seronok tengok reaksi diorang. hehehe

    carrie junior ni bagus sebab tak pedihkan mata, abang kakak semua guna carrie junior. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama