Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

14 April 2017

BILA PAPA SHOPPING BAJU BABY | REZEKI BABY

BILA PAPA SHOPPING BAJU BABY | REZEKI BABY

Assalammualaikum.. Salam Jumaat buat semua.. Semoga hari ini hidup kita lebih tenang, redha dan bahagia dari sebelum-sebelum nya.. Aamiinn.. entri kali ni TB nak up pasal rezeki baby lagi.. 

Alhamdulillah, Baby TB dapat baju baru. Sebelum ni baju-baju baru dia dah banyak dipakaikan kat rumah sebab baby tak keluar mana-mana pun. Kalau tak guna nanti tak muat pulak sebab baby ni kan cepat membesar.

So, hari tu bila balik kampung baby tak ada baju baru atau baju untuk pergi berjalan, pakai baju yang ada je.. huhu.. Bukan takde baju tapi dah order cuma barangnya je tak sampai-sampai lagi.. biasalah.. order online.. macam tu la kan..Maka nya pakailah baju yang sedia ada. 

Tak kisah la kan.. janji baby selesa dengan baju yang dipakaikan tu.. jangan pulak ada baju baru/ baju jalan tapi semata-mata nak gayakan anak supaya nampak ada style, anak pulak tak selesa. Yang tu tak nak la kan.. kita kena pentingkan keselesaan anak tu dulu.. 

Papa beli baju ni pada 12/4/2017 (Rabu) .. Patut la balik lewat.. pastu senyap lak tu.. TB dah risau macam-macam sebab fikir hari baru lepas hujan. Bila call tak dapat. Tu bila dia sampai rumah, kita pun membebel risau. Sekali dia buat surprise beli baju baby siap ada Dinosaur Comel yang kitorang nak beli hari tu tapi masa tu ada kaler pink je.. duit pun tak cukup ritu.. tu yang tak beli.. pink kotttt.. tak mauuu... 

Apa-apa pun.. TB boleh katakan.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.. rezeki baby murah sangat kali ni.. Papa kata, mama dan papa pun beli baju bundle Gombak, anak dapat baju baru.. heee.. takpe.. rezeki anak.. kita ni nak melawa pun nak pi mana kan.. TB kalau balik kampung pun pakai baju yang sama gak.. sebab memang tak nak membazir.. Tapi untuk anak ni.. biarlah dia merasa semua tu.. Cuma jangan la sampai harga satu-satu barang tu tak masuk akal pulak kan.. Pandai-pandailah ye!

K BYE


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


13 April 2017

SHOP ONLINE, EARN CASHBACK WITH SHOPBACK! JOMMM!!

SHOP ONLINE, EARN CASHBACK
WITH SHOPBACK! JOMMM!!

Haa.. pernah dengar tak tentang Shopback ni? Kalau tak pernah dengar mari TB terangkan apa itu Shopback ni. Bercakap tentang pulangan semula wang pembelian atau CASHBACK, Shopback adalah satu aplikasi yang berkonsepkan Affiliated Platform yang menghimpunkan lebih kurang 500 merchant / barisan e-commerce players kegemaran ramai. Nama-nama besar dan terkenal seperti ZALORA, LAZADA, ALTHEA,  merupakan antara affiliated partners kita akan temui di laman web rasmi Shopback Malaysia. 

Apa yang bestnya, Shopback bagi kita pulangan semula wang atau CASHBACK bagi setiap pembelian kita tau.. Contohnya la kan, kalau kita buat pembelian di mana-mana affiliated partners (dengan syarat harus melalui laman web rasmi Shopback Malaysia), cashback tu akan terus dikreditkan ke dalam akaun Shopback kita berdasarkan peratusan cashback yang ditawarkan. Ingat yea.. sebelum shopping tu mesti terus buka website Shopback dulu ok.. Jangan jadi macam TB asyik terlupa je, terus shopping dekat Lazada/Althea.. So, taka dapatlah Cashback balik.. sayang sangat-sangat.. huhuhu.. 

Haaa.. cuba tengok gambar dibawah ni. Yang ni TB punya tau.. dari 'zero' amaun dah jadi RM15.65, Lepas tu TB shopping lagi melalui laman web Shopback ni, TB dapat lagi.. sekarang dah berubah amaun RM17.97 jadinya.. Haaa.. Dah boleh cashout dah tu tau.. sebab dah lebih dari RM10 tapi TB nak kumpul banyak-banyak dulu baru cashout.. hehehehe..
So, Korang taknak ke join dan shopping dengan happy macam TB ni? meh DAFTAR PERCUMA / FREE REGISTER KAT SINI . Lepas tu dah boleh shopping dengan Happy dan dapat Cashback balik.. yeayyyy..

Haaa.. apa lagi.. dah boleh mula menyimpan wang untuk membeli-belah dalam talian melalui ShopBack, dan dapatkan sehingga 30% rebat tunai! Pendaftaran Percuma!! Ada Lebih 500 Kedai Online tersenarai didalam website Shopback ni. Dan tak lupa juga nak bagi tahu.. kalau nak Cashback, kita boleh dapat Cashback Dalam masa 24 Jam je tau! ..

Tak Faham jugak? meh tengok gambar-gambar dibawah ni.. dan fahamkan sendiri.. Tak faham gak? sila lihat Video dibawah ye! Selamat bershopping dengan happy!

Sebelum 


Selepas




Bagaimanakah Cashback berfungsi?
Peniaga kami memberi ganjaran kepada kami dengan komisen untuk merujuk anda untuk membeli-belah di laman mereka. Bukannya menjaga ganjaran untuk diri kita sendiri, kita berkongsi dengan anda!

Penjimatan tidak terhad di kedai-kedai kegemaran anda

Cara Kira - Tengok Betapa Untungnya kita!







Penjimatan tidak terhad di kedai-kedai kegemaran anda

JOM  DAFTAR SINI !!! PERCUMA SAHAJA!! 



#shopback #cashback #shopandearncashback
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

SHOP ONLINE, 
EARN CASHBACK WITH SHOPBACK 

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


12 April 2017

Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan' - RM300 Untuk Tekaan Tepat!

Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan' -
RM300 Untuk Tekaan Tepat!

TB terasa nak join plak Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan" ni.. heee.. Sifu pun dapat baby baru ye! tahniah tau.. Baby boy ni mesti bijak macam anak-anak Sifu HH yang lain kan! hemm.. tetiba TB rasa tertarik nak join tau pasaipa? Sebab TB ternampak satu komen kat Google plus hari tu..  

TB dah blur nak jawab apa.. bila godeh2 google semua macam nak jawab Hasif Najmi tapi tengok semua jawap Hasif Najmi, dan TB rasa macam tertarik dengan jawapan Blogger Shark iaitu Hasif Jauza.. dan rasa sedap bebeno nama tu.. huhuhu.. mungkinkah itu jawapannya? huhu.. Tapi TB taknak la nak niru orang kan.. 

TB join jugaklah dan bagi jawpan yang TB rasa lari sangat sebab Sifu HH ada bagi klu nama perempuan dan lelaki, So.. TB bagi jugak lah.. kang bagi serupa dnegan orang lain kata niru, lagipun sifu HH ada kalau ramai jawap betul dan serupa, sifu HH pilih yang paling awal jawab.. So. TB nak jawab

HASIF FALAK

HASIF | FALAK
KEMAS   |  BINTANG


Rujukan pelayar dilautan, kalau ikut TB kalau guna alatan terkini, kompas lah.. tapi kalau tiada kompas maka pelayar akan guna kan ilmu falak iaitu menjadikan kedudukan bintang sebagai petunjuk arah..  so, bintang jawpaannya.. 



Buat sifu HH, Tahniah sebab dapat baby boy.. semoga baby sifu HH membesar menjadi anak yang soleh, yang beriman, bijak dan sangat taat kepada perintah Allah, Ibu bapa dan guru-gurunya.. Aaminnn.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


10 Cara / Usaha / Alternatif Merawat Psoriasis di Rumah

10 Cara / Usaha / Alternatif Merawat Psoriasis di Rumah

Hai.. Assalammualaikum semua. Pagi ni TB nak bercerita tentang Psoriasis iaitu masalah kulit yang TB sedang hadapi ketika ini. TB pun tak tahu kenapa semakin teruk pulak kulit TB sekarang ni, gatal-gatal makin menjadi-jadi.. nak pulak masa balik taiping baru-baru ni pi makan ayam KFC pulak.. haa.. ambil kau.. tergaru-garu macam dalam gambar atas ni.. huhuhu.. salah sendiri..

Oh ya.. TB alami Psoriasis ni dah lama tapi masa tu TB tak tahu yang ia adalah Psoriasis. TB hanya ingat ia hanyalah alahan pemakanan. Sebab TB suka makan seafood dan macam-macam lagi makanan laut, So TB rasa mungkin TB alergik pada seafood.


Rupa-rupanya TB ada Psoriasis iaitu sejenis alahan atau masalah kulit yang tidak diketahui punca dan tiada ubat untuk memberhentikan masalah ini. 

Tentu ramai diantara kita yang macam TB, tak sedar kegatalan atau masalah kulit yang merengsakan yang korang hadapi itu rupa-rupanya bukan masalah kulti biasa.. Mungkin ia ekzema atau mungkin ia Psoriasis atau mungkin masalah kulit yang lain seperti kurap atau kudis

Walau apapun masalahnya, korang jangan biarkan yea.. kerana masalah kulit juga bahaya tau.. kalau dibiarkan ia akan merebak. Kalau dibadan boleh disorok sebab kita berpakaian, kalau di wajah? macam mana nak sorok? betul tak? 

Tapi TB bersyukur sangat TB tidak seserius penghidap Psoriasis yang lain. TB masih di kategori yang rendah, iaitu pada level yang boleh dikatakan tahap 1. Tapi TB tetap nak cari juga penawar untuk masalah ni. Sebab bila dah ada baby ni, TB banyak mengendalikan baby dan TB taknak ia boleh berpindah ke baby pulak (Nauzubillahminzalik). 


So, TB harus cari jalan penyelesaian dan baru-baru ni TB terjumpa satu produk tu, produk suplemen semulajadi yang ramai dah cuba dan berkesan katanya, So TB mencubanya dan sedang menunggu kesan posotif dari produk tersebut. Nanti TB akan share apa nama produk tu di entri akan datang.

Dari pembacaan juga TB tahu Psoriasis ni sebenarnya adalah gangguan autoimun yang tidak stabil dan sentiasa akan berulang membuatkan kulit menjadi seperti kerak kering, dan menjadi merah apabila digaru atau berada dalam keadaan cuaca panas, 

dan TB terbaca lagi tentang Psoriasis ini ialah walaupun ia memberi kesan kepada kulit, psoriasis sebenarnya bermula jauh di dalam, dalam sistem imun seseorang penghidap itu.

Ia datang daripada sel-sel T manusia, sejenis sel darah putih. sel-sel T yang direka untuk melindungi tubuh daripada jangkitan dan penyakit. Apabila sel-sel menjadi aktif tersilap dan menolak tindak balas imun yang lain, ia boleh membawa kepada gejala psoriasis.

Impian TB nak sembuh sepenuhnya dari masalah Psoriasis ini. 


Oh ya.. kenapa TB sebut 'masalah' Psoriasis? kenapa bukan 'Penyakit' Psoriasis? Kerana Psoriasis ini bukan sejenis penyakit tetapi ia hanyalah gangguan autoimun dalam sistem tubuh badan seseorang yang lemah. Apa yang TB tahu bagi mereka yang menghidapinya perlu jaga pemakanan, kebersihan diri dan tubuh badan, 


Sentiasa sapu pelembap di kawasan terlibat (TB sapu dengan gel Aloe Vera je.. ) , jangan terlalu terdedah dengan cuaca panas kerana ia akan menyebabkan kegatalan pada kulit dan seterusnya menyebabkan kemerahan dan merengsakan kulit. dan paling penting.. harus berpantang makan semua makanan yang menyebabkan masalah semakin teruk. TB nasihatkan, tinggal semua makanan seafood, ayam, daging (boleh makan sikit2), dan yang paling penting untuk Penghidap psoriasis.. 

JANGAN MAKAN 5 BENDA INI :
1.) Ayam 
(semua penyakit kulit tak boleh makan Ayam)
2.) Kacang Bendi
3.) Terung 
4.) Ikan Masin / Ikan Bilis 
( akan buat gatal lebih teruk)
5.) Soya

Say No pada ubat-ubatan Hospital/Klinik tak kira ubat sapu atau pun ubat makan. Sebab semuanya ada kesan untuk jangkamasa panjang. Ubat-Ubatan dan ubat sapu tersebut mempunyai kandungan Steroid yang tidak elok untuk sistem tubuh badan kita di masa hadapan kelak.

Kalau boleh gunakan cara tradisional sahaja atau pilih sesuatu suplemen yang secara semulajadi membaiki sel dalam tubuh badan secara alami... Ubatan seperti pil-pil di Klinik atau Hospital memang akan meredakan kegatalan atau mengurangkan kerengsaan pada kulit penghidap Psoriasis tetapi keadaan itu hanya sementara dan penghidap Psoriasis terpaksa menghadapi ubatan tersebut utnuk suatu tempoh masa yang lama dan tidak tahu bila agaknya akan berakhir kerana mengikut kajian, masalah Psoriasis ini tiada ubatnya.. hanya boleh meredakan dan mengurangkan sahaja.. So, pandai-pandailah pilih ubat-ubatan atau sapuan untuk kes ini.. 


Walaupun tidak ada ubat, banyak rawatan wujud untuk meringankan gejala psoriasis

Berikut adalah 10 cara untuk menguruskan gejala ringan dari keselesaan rumah untuk penghidap Psoriasis.

1. Makanan tambahan
Makanan tambahan boleh membantu mengurangkan gejala psoriasis dari dalam. Minyak ikan, vitamin D, milk thistle, aloe vera, anggur Oregon, dan minyak evening primrose telah dilaporkan untuk membantu meringankan gejala ringan psoriasis, menurut Yayasan Psoriasis Kebangsaan. Adalah penting untuk hanya mengambil makanan tambahan yang tidak mengganggu dengan keadaan sedia ada lain yang anda mungkin ada.

2. Mencegah kulit kering
Gunakan humidifier/pembersih udara untuk menjaga udara di dalam rumah atau pejabat. Ia boleh mencegah kulit dari kering sebelum ia bermula. Gunkan juga pelembap kulit sensitif untuk menjaga kulit agar lembut dan bebas daripada membentuk plak.

3. Wangian Elakkan
Sabun dan minyak wangi mempunyai pewarna dan bahan kimia lain didalamnya dan boleh merengsakan kulit. Pasti, ia boleh membuat kita berbau yang hebat tetapi ia juga boleh membakar psoriasis. kalau boleh seeloknya elakkan produk itu , atau memilih produk yang khas untuk "kulit sensitif".

4. Makan sihat
Diet boleh memainkan peranan dalam menguruskan psoriasis. Menghapuskan daging dan lemak merah makanan ringan boleh membantu mengurangkan flare-up yang boleh dicetuskan oleh makanan tersebut. ikan air sejuk, benih, kacang, dan omega-3 asid lemak yang terkenal dengan keupayaan mereka untuk mengurangkan keradangan. Ini boleh membantu untuk menguruskan gejala psoriasis. 

Minyak zaitun juga mungkin mempunyai manfaat menenangkan apabila disapu pada kulit. Cuba mengurut beberapa sudu pada kulit kepala anda untuk membantu melonggarkan plak menyusahkan semasa mandi anda yang seterusnya.

5. Mandi hangat untuk melegakan gatal
Air panas boleh menjadi perengsa untuk kulit anda. Walau bagaimanapun, mandian suam dengan Epsom garam, minyak mineral, susu, atau minyak zaitun boleh melegakan gatal-gatal dan menyusup masuk ke skala dan plak. Melembapkan serta-merta selepas mandi anda untuk manfaat berganda.

6. Terapi cahaya
Semasa terapi cahaya, doktor akan bersinar cahaya ultraungu pada kulit. Ini jenis terapi sering memerlukan sesi konsisten dan kerap. Perlu diingatkan bahawa katil penyamakan tidak satu cara untuk mencapai terapi cahaya. Terlalu banyak cahaya matahari sebenarnya boleh memburukkan psoriasis. Prosedur ini sentiasa perlu dilakukan di bawah pengawasan doktor.


7. Mengurangkan tekanan
Apa-apa masalah atau penyakit kronik mahupun yang biasa seperti psoriasis boleh menjadi punca tekanan/Stress. Ini selalunya boleh menjadi satu kitaran ganas apabila tekanan itu sendiri boleh memburukkan lagi gejala psoriasis. Selain mengurangkan tekanan apabila mungkin, pertimbangkan menggabungkan amalan mengurangkan tekanan seperti yoga dan meditasi.

8. Elakkan alkohol
Alkohol adalah pencetus untuk ramai orang yang mempunyai psoriasis. Satu kajian dari Brigham dan Hospital Wanita dan Sekolah Perubatan Harvard mendapati peningkatan risiko psoriasis di kalangan wanita yang minum bir nonlight. Mereka yang minum sekurang-kurangnya lima bir nonlight seminggu hampir dua kali lebih berkemungkinan untuk membangunkan psoriasis, jika dibandingkan dengan wanita yang tidak minum.

9. Cuba kunyit
Herba yang biasa digunakan untuk merawat pelbagai keadaan. Kunyit telah didapati membantu mengurangkan psoriasis. Ia boleh diambil dalam pil atau makanan tambahan bentuk atau ditaburkan pada makanan anda. Berbincang dengan doktor dahulu mengenai manfaat yang berpotensi untuk penghidap Psoriasis. Dos yang diluluskan oleh FDA kunyit adalah 1,5-3,0 gram sehari.

10. Berhenti merokok
Elakkan tembakau. Merokok boleh meningkatkan risiko anda mendapat psoriasis. Jika anda sudah mempunyai psoriasis, ia juga boleh membuat gejala-gejala anda lebih teruk.

Akhir sekali, kepada penghidapa Psoriasis atau Ekzema tu, jangan stress-stress ya.. jangan sedih-sedih.. kawal emosi korang kerana ia juga salah satu cara untuk menangani masalah Psoriasis ini daripada merebak lebih teruk.. TB harap entri ini dapat memberi manfaat buat semua.. Nanti kita sambung lagi ye bab ni.. K bye.. 

Baca juga semua dibawah berkaitan :










------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


11 April 2017

RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP




RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP

Satu lagi resepi ikan yang boleh dicuba. Ikan Tongkol ni sedap ke? TB rasa macam pernah makan, yang keras tu ke? hahahaha.. maaf sebab TB tak berapa kenal ikan sangat.. jarang makan ikan.. selalu makan ayam dan daging je.. pasal tu rupa ikan pun tak berapa nak kenal.. sejak tak boleh makan ayam dan daging berlebihan ni, TB dah start nak makan ikan.. Tapi ada jugak lah ikan yang TB tak makan.. macam keli, bawal, ikan jaket, ikan tongkol ni tak pasti la pulak.. hahaha.. Dah tak leh makan ayam dan daging pun masih nak memilih makan ye.. adoiii

Bahan-Bahan :• 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepastu goreng)
• 8 biji bawang merah (kisar)
• 3 biji cili hijau (hiris)
• ½ labu bawang besar (hiris)
• 4 ulas bawang putih (kisar)
• 2 sudu besar cili (kisar)
• 1 inci halia (kisar)
• Sos tiram
• Sos tomato
• Sedikit cuka
• Kicap
• Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak :
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² kisar tadi sampai harum dan garing
2.Selepas itu masukan sos tomato, sos tiram,kicap, cuka dan sedikit air dan masak hingga mendidih
3.Akhir sekali,masukan cili hiris dan bawang
4.Masukkan gula dan garam secukup rasa
5.Masukan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.Tutup api
6.Angkat dan hindangkan dengan nasi panas












04 April 2017

CARRIE JUNIOR KINI DALAM PEK ISIAN SEMULA | JIMAT DAN MUDAH GUNA!

CARRIE JUNIOR KINI DALAM PEK ISIAN SEMULA | JIMAT DAN MUDAH GUNA!

Wah.. TB memang tak boleh lupa bau Carrie Jnunior ni sejak TB terbau anak kakak yang sulung selalu mandikan anak-anaknya dengan mandian Carrie Junior ni. semasa TB memasuki Bilik air, TB tertanya-tanya bau apa yang wangi ni. Lepas tu ternampak botol mandian kanak-kanak yang comel sangat label nya.. warna botol pun berwarna warni.. ada lukisan kartun gajah pada botol tu. Wahh.. rupa-rupanya Carrie Junior namanya.. TB rasa macam nak makan je syampu dan baby bath tu.. hahaha.. sedap betul baunya..


Lepas tu TB pun memang pasang angan-angan kalau ada anak nanti nak mandikan diorang dengan mandian dari seleksi Carrie Junior ni jugak.. hehehe.. dan sekarang memang TB guna Carrie Junior pun. Mujurlah mandian dan syampu tu serasi denagn baby TB.. Alhamdulillah.. Hemm.. daripada TB melalut panjang-panjang.. mari kita baca serba sedikit info tentang Carrie Junior ni..


CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi selama lebih daripada 20 tahun,.Lama kan! Macam tak percaya je dah 20 tahun rupanya..

Sebagai jenama yang dipercayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud kita perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja kita.


Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.

Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.
Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) ,

Manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak)

Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.

*Harga termasuk GST.

Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.


Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers