Nuff

17 November 2017

COMEL BLOGGER CONTEST

COMEL BLOGGER CONTEST

Contest ini di adakan bersempena dengan ulangtahun kelahiran KakNoor pada 26 November nanti dan tanpa perlu membuang masa, meh sini aku terangkan hadiah dan syarat-syarat ringkas yang perlu di patuhi untuk join contest ni. 

Nak join tak? 
Klik SINI

16 November 2017

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUME MUDAH DIBAWA KEMANA SAHAJA

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUME MUDAH DIBAWA KEMANA SAHAJA


Seperti sebelum-sebelum ini yang pernah TB nyatakan bahawa TB sememangnya sukaaa sangat-sangat haruman dari range Enchanteur ni tauuu.. Tambahan pula setiap tahun ada je wangian dari Enchanteur yang ditambahbaikkan lagi. TB suka juga haruman dari ENCHANTEUR Paris Fragrances yang sudah semestinya ramai yang tahu ia terhasil oleh pelbagai aroma buah dan aroma bunga yang diilhamkan oleh Perancis yang sempurna untuk melengkapi keperibadian, masa dan suasana yang berbeza.. Cewah.. TB sebenarnya tak suka bau buah-buah ni.. Tapi Enchanteur punya bau TB tak boleh nak kata tak suka.. sebab baunya segar dan fresh.. wangi je bila kena di badan kita..


Ok lah.. sebenarnya TB nak cerita pasal minyak wangi yang mudah dibawa kemana-mana yang didatangkan dalam botol kecil yang comel dan ringan. So, lepas ni tiada masalah lagi nak bawa perfume besar-besar gedabak tu, bawa je Enchanteur Paris Petite Parfume ni dalam beg tangan korang atau sumbat aje dalam poket seluar ke poket baju ke.. mudah giler.. sebab ia sangat comel dan jimatkan ruang nak simpan barang.. Haaa.. penutup botol pun kuat, ketat, so tiada lagi kerisauan perfume korang tertumpah atau bocor sebab penutup terbuka... ha.. kan.. nampak tak disitu.. heee..
Lepas tu kan korang.. dia punya kotak dengan design kotak dia lawa giler.. lembuttt je.. soft gituuu.. Haa.. selepas ni pastinya Enchanteur Paris Petite Parfume akan menemaniku kemana sahaja.. Hah.. nak baca lebih lanjut.. silalah scroll dan baca sampai habis yea.. thank you semua.. =)

Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja

Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar.

Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari.

Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar.

Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan.  

ENCHANTEUR sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.




ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa solat tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.
  
Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah.

Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.


 ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
– Jolie (Lovely)
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
– Cheri (Darling)
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
– Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.  

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
– Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.   



Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari 

Website :

Facebook :

Instagram :


14 November 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

TB nak bercerita pasal shopping online plak lah.. hehehe.. TB sejak ada baby ni banyak giler survey barang mainan Harraz dekat website-website.. Haa.. antara website yang selalu TB terjah ialah lazada.. sebab dah pernah shopping dengan lazada dan belum pernah ada pengalaman tak OK semasa shopping online di Lazada (kecuali masalah kelewatan, itupun disebabkan curier yang slow bukan pihak Lazada.. haa.. so boleh dimaafkan lah kan..)

Oh ya.. barang yang TB beli hari tu ialah barang mainan yang harraz boleh guna untuk mengembangkan motorskill nya.. cewah.. haha.. barang mainan yang meransang deria sentuhannya gitu.. hehe..

Oh ya.. sebelum ni TB pernah beli barang dekat Lazada juga tau.. banyak sangat-sangat dah tak ingat barang apa dah.. tapi salah satunya ialah :

Barang Pertama Beli dengan Lazada dan Pengalaman Membelinya 
TB beli Powerband yang 20000 mhz . Masa ni TB baru 1st time shopping di Lazada.. dan bagi TB memang mudah snagat nak shopping online di lazada ni, sebab tak susah mana pun step-stepnya.. order barang, bayar melalui maybank2u dan tunggu barang terima.. Barang pun diterima dengan selamat dan elok pakackgingnya.. Alhamdulillah.. sampai kini masih sihat lagi powerbank tu.. hehehe

Jenis Barang Yang Bagaimana Dibeli Secara Online
Dulu shopping barang sendiri, tapi sekarang banyak yang TB beli online ialah barang-barang kegunaan baby harraz, antaranya pampers, botol susu, mainan harraz, toys atauapun pencuci botol susu harraz dan macam-macam lagilah.. Dan macam biasa sebelum membeli TB akan baca review dulu sebelum buat sebarang pembelian sebab melalui review-review pembeli sebelum itulah Tb jadikan panduan dan buat TB berasa yakin nak beli barang tersebut dari selller tu.. 

Perkara Yang TB Suka Tentang Online Shopping
Bagi TB lah kan, kelebihan online shopping ni ialah ia memudahkan untuk membeli belah di talian, disamping dapat jimatkan masa, tenaga dan minyak kenderaan kita, betul tak? Nak membeli pun mudah, boleh tengok review, tengok list barang yang patut kita dapat dari apa yang kita order tu,  Pilih barang, buat bayaran dan tunggu barang sampai.. Mudah giler kan! Nak pulak part paling best bila seller di Lazada ada tawarkan baucer, promosi dan free shipping .. lagi lah.. syok sangat2! haha


Barang atau Produk daripada Lazada yang rancang untuk dibeli Semasa Lazada Online Revolution

hemm.. kalau nak suruh senaraikan barang apa yang TB mengidam nak beli di Lazada.. semestinya banyak sangat-sangat korang weh.. hahaha.. rasa nak beli semua barang di Lazada tau! hehe.. Tapi TB senarai 2 je lah yea..


TB teringin nak belikan harraz benda ni.. tapi tak beli-beli pun lagi.. rasanya harraz dah sesuai naik benda ni.. bagi di merasa kan.. alahai.. tunggu yea harraz.. kot-kot ada sale, mama belikan utnuk harraz je.. sabar tau.. TB tengok melalui review diatas banyak yang kata seller ni ok.. so, InsyaAllah akan beli kat sini je nanti.. Doakan TB murah rezeki yea..

Ke yang ni ek.. 

yang ni pun cantik gop.. hahaha.. mamanya.. ish3..

Hahahaha.. kan.. dah meroyan mamanya kalau buka Lazada punya website.. huhu.. alahai.. kalau ada duit.. mau mama beli semua diatas.. kui3.. tapi mama kena pilih satu je kalau tak nanti papa bising.. rumah dh la penuh barang.. nanti mana nak letak mainan-mainan ni semua yea? Eh! tapi kalau memang Contest Lazada, Mama beli je tiga-tiga ni haaa... heee.. 

Atas ni kira satu barang je.. sebab kategori yang sama kan.. TB saja tepek gambar-gambar atas ni sebab TB memang nak shopping annti.. takut terlupa.. kalau korang nak membeli.. atas tu TB dah letak backlinknya.. kornag klik je gambo tu yea..

Oh ya.. satu lagi barang yang Tb sedang fikri nak beli ialah camera.. huhu.. Camera hubby dha rosak, so nak ambil gambar produk untuk review blog terpaksalah guna camera henfon.. kalau cukup pencahayaan lawa la gambar.. kalau tak.. hemm..



Haa.. inilah kamera idaman TB.. termasuk dalam list yang TB teringin nak memilikinya.. haha.. sebab dia mirrorless.. ada camera untuk selfie lak tu, ada wifi, leh transfer gambar atau video dari kamera ke henfon.. canggih tak canggih.. haha.. hope Allah murahkan rezeki TB utnuk kumpul duit beli ni.. (eh.. tengok-tengok ada duit beli barang harraz.. ye! haha.. mak2 punya simptom..)

Fuh.. Cukuplah setakat dua barang ni TB nyatakan teringin nak beli nanti kan.. Kalau nak diikutkan banyak lagi sebenarnya. Apa-apa pun TB nak gitau.. sekarang iaitu bermula dari 11 November baru-baru ni sehingga 14 Diember sedang berlansung Online Revolution Sales di Lazada tauuu.. So, jangan lupa yea.. jenguk-jenguk sikit.. kot barang idaman korang tengah mood on sale.. haha.. jom shopping di Lazada! yeay! 

Lazada Online Revolution Blogger Contest dari dari 11 November hingga 14 Disember 2017, So apa tunggu lagi wahai blogger-blogger sekalian.. jom join ramei2!


13 November 2017

Resepi Ayam Tempoyak + Kentang + Jering Tua



Ayam Masak Tempoyak + Kentang + Jering Tua


Bahan-Bahan :
Ayam-bersihkn n d goreng garam kunyit
3 biji kentang- belah n d rebus empuk
Jering tua/petai-belah 2 n buang kulit
2 btng serai-ketuk
2 helai daun kunyit-hiris
1 kpng asam keping
1 kotak kecik santan
*20 tangkai cilipadi
*1 biji bwng besar
*1/2 sudu kecil serbuk kunyit
*sedikit belacan
4@5 sudu mkn tempoyak
Garam,perasa n sedikit gula


Cara-Cara:
Mesin bhn bertanda * hingga hancurdan kemudian masukkan tempoyak..mesin sebati
Masukkan bhn mesin dlm periukbersana kentang,ayam,serai dan santan
Masukkan asam keping,garam,perasa n gula
Biar mendidih dan akhir skali masukkan daun kunyit


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Resepi Istimewa dan Sedap Ni 
Adalah dari Kak Mazliza Ahmad
Thank You sebab bagi idea nak masak nanti..
Moga Allah murahkan rezeki Kak Sekeluarga.. Aamiin






02 November 2017

TOYS HANDMADE YANG CUTE DAN UNIK DARI PEBBLE MALAYSIA

TOYS HANDMADE YANG CUTE DAN UNIK DARI PEBBLE MALAYSIA

Haii.. haha.. TB nak share tentang toys/mainan yang sangat comel dan unik ni dekat korang. TB suka sangat toys dari Pebble ni.. eh.. TB pulak.. Baby Harraz lah yang suka toys ni.. haha.. Mamanya suka toys jugak.. so, tumpang sekaki sekali la main.. wakakaka.. Sebab toys ni lembut dan gebu dan cute! Bila goncang-goncang rupanya ada loceng kat dalamnya.. hehe.. tu yang baby Harraz suka kot.. Sampai tertidur-tidur dia main toys tu.. 


Ni haa toys yang Baby harraz dapat tu.. comel kan.. yang ni namanya Blue Rabitt - Skinny Bunny Baby Harraz panggil.. eh.. hahaha.. mamanya yang baca kat detail katanya toys ni namanya Skinny Bunny.. Suka giler Baby harraz dapat main Skinny Bunny ni.. Tapi kalau mama lak.. mama suka yang Fox oren tu.. alalalala.. super cute sangat.. Harraz pun suka oren gak.. tapi takpelah.. nanti mama belikan untuk harraz.. tengok pada kewangan gak yea.. haha.. 



Mengenai Pebble - Hathay Bunano
Mainan buatan tangan, mainan dan hadiah untuk kanak-kanak dan kanak-kanak Malaysia, yang dibuat oleh artisan wanita yang miskin dan tidak bekerja di Bangladesh.


Cerita disebalik Pebble 
Hathay Bunano, yang bermaksud "Buatan Tangan" di Bangla, ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Briton Samantha Morshed, yang berpindah dari United Kingdom bersama suaminya British Bangladesh. Samantha sedar bahawa dia mempunyai kewajipan moral untuk apa sahaja kemahiran yang dia gunakan, untuk membantu dalam apa jua cara.


Wanita-wanita Bangladesh membuat perkara-perkara yang indah sebagai sebahagian daripada budaya dan warisan mereka, jadi itu bukan perkara besar untuk mengajar mereka menggunakan alat pengait bersama kemahiran mengait mereka - mewujudkan pilihan pekerjaan yang lestari dan fleksibel untuk wanita luar bandar yang kurang bernasib baik.


UNIQUE & HANDMADE
Every Toys is Unique & Only Exist once! All Pebble toys are made from 100% Natural Cotton by the hands of talented & trained artisans.

SAFE FOR YOUR BABY
All Pebble toys are quality controlled, labotary tested & certified. They are save for babies and toddlers to chew on.

HIGH QUALITY
You receive a 6 months warranty on any Pebbles Toys. The Natural Organic cotton & excellent workmanship guarantee lasting joy for your child.


Produk Pebble dibuat oleh Hathay Bunano, iaitu organisasi fairtrade yang bukan fokus untuk mencari keuntungan di Bangladesh. Hathay Bunano bermakna 'dibuat' atau 'dirajut' di Bangla.

Misinya adalah untuk mewujudkan, ruang bekerja dengan baik, berkualiti, fleksibel dan tempatan untuk wanita luar bandar, yang prospek pekerjaannya adalah minima.

Suami Samantha menyertai beliau dalam menubuhkan pusat pengeluaran luar bandar dan mengatur kursus latihan sebagai Hathay Bunano yang kini telah berkembang. Ia kini mempunyai lebih daripada 12000 orang - kebanyakannya wanita - dalam 202 unit pengeluaran luar bandar. Produk Pebble Child boleh didapati di beratus-ratus butik dan kedai-kedai hadiah di seluruh dunia, ia benar-benar telah menyokong wanita Bangladesh untuk berdikari dan menyediakan keperluan untuk keluarga mereka.


Apabila anda memutuskan untuk membeli mainan Pebble, anda sebenarnya sedang turut bersama-sama membantu memperbaiki keadaan di Bangladesh, dengan:

Membuktikan keupayaan wanita ( women empowerment)
Mengurangkan perpindahan keluarga
Menghentikan buruh kanak-kanak
Mengurangkan perkahwinan awal
Kemudahan prasekolah & penjagaan
Mengurangkan keganasan terhadap wanita
Meningkatkan kadar pendidikan wanita


Produk Pebble Child diperbuat daripada 100% kapas dan ia pastinya akan menjadi hadiah yang sempurna untuk bayi yang baru dilahirkan, hari lahir, perayaan Malaysia sekitar tahun dan majlis-majlis khas lain. Koleksi Pebble termasuk pelbagai kapas organik, menjadikannya lebih lembut pada kulit kelahiran baru.

Rattles, selimut bayi dan mainan dicipta dengan penuh kasih sayang oleh wanita yang memerlukan pekerjaan di Bangladesh . Hasilnya sungguh kemas dan menakjubkan.. 

Tudiaaa.. ada Fox Oren kat situuuu.. alaaa.. comeynyeee!!

Harraz suka main dengan Skinny Bunny ni sebab dia ringan untuk dipegang, lembut dan selamat untuk baby, material yang digunakan pula adalah 100% organik sebab tu TB pun tak risau harraz dok peluk-peluk Skinny Bunny ni.. heeeee.. 


Haa.. berminat untuk order dan baca info lebih lanjut tentang 
Pebble Toys ni? Jom klik link dibawah ini.. 

Website :
https://www.pebblechild.com/

Facebook :

#pebblemalaysia #fairtrade #handmade #motherhood #pebblechild #motherhood.com.my

30 Oktober 2017

DKNY FRESH BLOSSOM BY HM PERFUME

DKNY FRESH BLOSSOM BY HM PERFUME

hai.. TB nak citer tentang minyak wangi yang semestinya lah wangi dari HM Perfume ni.. Fuh.. wanginya tahan lama juga tau.. tak payah nak sembur berkali-kali.. TB suka sangat.. kalau tau TB nak try Escada dengan Estee Lauder .. huhu.. tapi sebab dapat random je.. TB tak kisah.. tengok-tengok dapat yang TB suka juga.. DKNY Fresh Blossem, wangi dan best giler bau.. Ok lah.. bagi korang yang baru dengar dan baru mengenali tentang HM Perfume ni.. meh teman nak citer info sikit.. HM perfume ni adalah diusahakan oleh Blogger Masturina.my tau.. wah.. tak sangka, ramai juga Blogger yang pandai berbisnes yea! cayalah! 

Minyak wangi dari HM ni punya kualiti tersendiri.. Jom baca apa kelebihan perfume ini utnuk korang miliki .. 

Apa yang best :

❤️ Kepekatan pati 60%-80% 
❤️ Tahan sehingga 8 jam 
❤️ Harga mampu milik 
❤️ Terdapat 2 saiz iaitu 20ml dan 8ml
❤️ Lebih dari 130 variasi bauan 
❤️ Ada readystock dan preorder 

Oh ya.. Perfume dari HM Perfume ni ada khas untuk lelaki dan ada juga untuk perempuan.. Korang boleh pilih mana-mana minyak wangi antarabangsa yang ada dipasaran.. InsyaAllah ada je dalam list HM Perfume sebab HM Perfume ni minyak wangi dia adalah Inspired by perfume yang popular di pasaran yea... ha.. jom kita tengok.. 

HM PERFUME FOR WOMEN

Avril Lavigne Forbidden Rose
Britney Spears Fantasy
Britney Spears Midnight Fantasy
Bvlgari Omnia Amethyste
Chanel Chance
Chanel Coco Mademoiselle
Dkny Be Delicious
Dkny Fresh Blossom
D&G Rose The One
Dior Addict 2
Dior Hypnotic Poison
Dior Jadore
Estee Lauder Pleasure
Escada Cherry In The Air
Escada Moon Sparkle
Estee Lauder Modern Muse
Gucci Bamboo
Gucci Rush
Gucci Flora
Hugo Boss Ma Vie
Jo Malone English Pear
Justin Bieber Someday
Lancome Miracle
Lancome Miracle Blossom
Lancome Lavie Est Belle
Lancome Hypnose
Lady Million
Miss Dior Cherie Blooming Bouquet
My Burberry
Marc Jacobs Daisy
Olympea
Paris Hilton 
Polo Pony No.2
Roses De Chloe
Sf Incanto Shine
Salena Gomez
Still Jo
Tommg Girl
The Bodu Shop Strawberry
The Body Shop Vanilla
The Body Shop Honeydew
The Body Shop White Musk
Vercase Bbright Crystal
Viva La Juice
Vs Bombshell
Vs Love Me Noir
Guess Pink
Ralph Lauren Romance
Burberry Brit Women
Coco Chanel
HM PERFUME FOR MEN

Armani Code
Aqua Di Gio
Bvlgari Aqva Marine
Ck One
Ck Eternity
Clinique Happy Men
Chanel Allure Homme Sport
Dunhill
Dunhill Desire Red
Dunhill Desire Blue
D&G The One Sport
Dior Sauvage
Diesel Bad Boy
David Bechkam Red
Davidoff Cool Water
Ferrari Black
Hugo Boss
Hugo Boss Orange
Hugo Boss Energise
Jean Paul Gaultier
Jaguar
Mont Blanc Legend
Mont Blanc Lagend Spirit
Mont Blanc Starwalker
Mr. Burberry
Paco Rabanne Invictus
Paco Rabanne 1 Million
Polo Red
Polo Blue
Tomford Blue
Vercase Eros

haaa.. ada banyak kan?? kalau korang nak order boleh je order dekat info yang TB sertakan dibawah ni yea.. ok byeee.. heee.. selamat berwangi-wangian yea.. besttt!!


"HM Perfume by Hanis Masturina"



No Tel: 019-3140559 / 011-1010 0559


nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New