Nity

Nuff

08 Disember 2018

Resepi Sambal Toktok / Cabai Ikan Bilis Sedap dan Mudah!


Resepi Sambal Toktok Sedap dan Mudah!

Hai.. Kalau dah hubby share resepi kat wall dia.. memang kena copy dan paste la nampaknya kat blog TB ni.. kang dia request kita dah jumpa resepinya kan.. Resepi kali ni dari Sis Yanie Cintahati ni.. TB tau resepi dan bahan-bahannya simple je.. tapi TB nak teepk gak kat sini sebab kalau hubby komen tak OK atleast TB ada bukti dah follow resepi yang betul.. wakakaka.. 

Actually TB memang dah lama tak buat sambal macam ni kat rumah.. sebab faham-faham jelah.. perut hubby sekarang ni bukan tahan sangat makan pedas-pedas ni.. selalu je memerut dan cirit birit kalau makan pedas.. So, TB memang tak pernah buat sambal pun.. Tapi ada satu sambal tu.. hubby memang suka sangat.. sambal tempoyak .. haaa.. yang tu elok pulak perut dia makan walaupun buat pedas2.. hemm.. pelik gak.. huhu.. kalau makan sambal tempoyak.. gerenti bertambah-tambah makannya.. 
   
Oh ya.. Sambal Toktok @ cabai ikan bilis kalau nak tahu, kena masak dulu tau.. sebab tu kalau makan perut tak meragam kot.. sebab kalau sambal belacan biasa.. tak masak kat atas api.. so, mungkin disebabkan tu la perut boleh meragam kalau makan tu.. So, TB nak try lah resepi ni nanti.. InsyaAllah perut hubby tak meragam.. Gu pulak dengan sayur lemak / kari / masak kicap ..  Terbaekk

Owner resepi kata boleh di makan dengan nasi panas2 / ketupat / lemang / cokodok pun okeyy..

BAHAN-BAHAN
Bawang Besar 2 Biji
Ikan Bilis 2 Genggam
Cabai Burung Hijau (TB guna Cabai Burung Merah 3 Biji)
Cabai Masak
Limau Nipis ( TB guna Limau Kasturi)
TB tambah air asam jawa sikit
Gula
Garam
Minyak



Persediaan MULA2 SEKALI :

Goreng Ikan Bilis Dulu yea.. minyak goreng ikan bilis tu simpan untuk tumis bahan2 yang ditumbuk nanti.. 

Tumbuk Asing2..
Bawang / Cabai Burung / Cabai Muda dan Ikan Bilis  (yang dah digoreng dulu) ditumbuk kasar .. 



CARA-CARA :

1. Masukkan bawang.. reneh sekejap
2. Masukkan cabai tumbuk... reneh jugak
3. Masukkan Ikan Bilis Yang Dah Digoreng dan Ditumbuk Tadi
4. Perasakan dengan garam,gula,air asam limau @ asam jawa pun boleh
5. Reneh@ tumis bagi pecah minyak...
6. Siap



Inilah rupanya .. sedapnya alahai.. nanti nak try ..


Tadaaa.. Siang Tadi up resepi.. malam terus cuba.. ni dia versi TB.. ikut resepi asal tapi di olah sikit ikut citarasa hubby.. heee..  Lega.  Hubby kata Ok.. Alhamdulillah.. Cuma Kalau Ada Cabai Burung Hijau Lagi menyerlah kaler dia kot.. heee




05 Disember 2018

LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM) DARI MIU LASH


LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM)
DARI MIU LASH


Yuhuuu.. hari tu Tb ada buat video baru lepas unboxing satu barang besttt! Iaitu LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM)!! Haa.. hari ni baru ada masa nak up kat blog.. Tapi tak boleh nak bagi result lagi sebab kena tunggu 14 hari.. TB baru pakai beberapa hari je.. hehehe.. nantikan selepas 14 hari.. kot bulu mata panjang dan lentik macam Zaza Iman.. hehehehe.. 




SWIPE untuk Next Photo.. . . Yuhuuu.. Baru lepas unboxing satu barang besttt! Iaitu LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM)!! . . Nak Tahu Apa Fungsi LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM) Ni?? . . Haa.. Fungsinya ialah untuk: ✔ Memanjangkan dan Menguatkan Bulu Mata . ✔ Mengaktifkan Faktor Dalaman Bulu Mata . ✔ Membaiki folikel Bulu Mata yang rosak . . LASH BOOST dari MIULASH.COM ini menawarkan pelbagai nutrien, secara intensif menyuburkan akar rambut dan boleh mix dengan mudah diserap molekul kecil Buat bulu mata kita lebih tebal dan lebih lama . . CARA GUNA : Buang Kotoran dan Bersihkan Bahagian Kelopak Mata Dan Bahagian Bulu Mata Dengan Tisu Basah.. Lepas Tu Baru Apply LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM) ni ke akar bulu mata korang . . Harga : rm168 sahaja.. Boleh guna promo code ni masa checkout nanti : TB3131 . . Nantikan Review TB di blog www.tengkubutang.com selepas guna selama 14 hari. . . Untuk Order.. Jom layari : https://www.miulash.com/lashboost . . #eyelashgrowthserum #miulash #lashboostgrowserum #lashboost @miulash
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Nak Tahu Apa Fungsi LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM) Ni?? .


Haa.. Fungsinya ialah untuk:
Memanjangkan dan Menguatkan Bulu Mata 
Mengaktifkan Faktor Dalaman Bulu Mata
Membaiki folikel Bulu Mata yang rosak

LASH BOOST dari MIULASH.COM ini menawarkan pelbagai nutrien, secara intensif menyuburkan akar rambut dan boleh mix dengan mudah diserap molekul kecil Buat bulu mata kita lebih tebal dan lebih lama .

Nak Lebatkan kening pun boleh!!

CARA GUNA :
Buang Kotoran dan Bersihkan Bahagian Kelopak Mata Dan Bahagian Bulu Mata Dengan Tisu Basah.. Lepas Tu Baru Apply LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM) ni ke akar bulu mata korang .

Harga : rm168 sahaja.. Boleh dapatkan dengan promo code : TB3131 ( masukkan code ketika checkout nanti )



Nantikan Review TB di blog www.tengkubutang.com selepas guna selama 14 hari.

Untuk Order.. Jom layari :

#eyelashgrowthserum #miulash #lashboostgrowserum #lashboost






03 Disember 2018

HAPPY BIRTHDAY HARRAZ! HARRAZ TURN 2!


HAPPY BIRTHDAY HARRAZ! HARRAZ TURN 2!


Syukur Alhamdulillah.. Dapat juga Mama tengok Harraz sambut birthday kali ni.. Alhamdulillah.. Thanks to Papa sebab rupanya ada merancang nak bawa Harraz jalan-jalan di hari birthday harraz ni.. TB rasa happy sangat-sangat kali ni.. Apataha lagi Harraz.. MasyaAllah.. tak tahu nak gambarkan betapa muka sukanya dia.. siap nyanyi-nyanyi lagi masa sebelum keluar rumah, masa dalam kereta pun nyanyi lagi.. sambil kira 1-10, ABC, Color Shape semua dia sebut.. adoi.. yang kelakar tu.. bila suruh kira taknak kira.. bila tak suruh.. amboi.. bukan 1 to 10 tapi 1-20 terus.. cuma sebutan tu tang 17 to 20 tu macam samar-samar aje.. hahaha..

Kali ni hubby taknak cakap bawak kami pi mana.. dah sampai baru tau rupanya bawa kami ke IKEA dan My Town.. Amboih.. mentang-mentang dia tau mama dia suka gi IKEA.. lama giler tak pi.. sekalai birthday Harraz dia bawak kita.. wahh sangatlah kan.. heee.. Rindu Meatball, Karipap dan Ice Cream IKEA tu.. hahaha..

So, Bila sampai IKEA memang senyum sampai ke telinga la kan.. yang Harraz pulak.. lagi suka laaa.. berlari-lari dia kat showroom2 IKEA tu..

Bila bawak pi main-main kat playground dalam mall dekat MyTown tu lagi la.. punya excited dia.. huhu.. Sebenarnya mesti kornag pelik kan Harraz dah Happy sangat walau main tu je.. Sebab kami ni sebenarnya jarang bawak Harraz keluar.. Kalau keluar pun sebab ada hal, pi kedai.. pi checkup klinik.. pi beli barang.. tu yang bila sekali bawak tempat playground macam tu.. Harraz jadi Jakun sikit.. hahahaha..

Actually TB pun taknak la Harraz jakun macam tu kan.. hahaha.. Saja nak bagi dia merasa dan melatih dia main permainan yang lain dari biasa dia pernah main.. Tapi keselamatan tu tetap lah kami kena pantau kan.. risau kot kalau dah bermain ramai-ramai tu.. takut tertolak-tolak..

























































































































27 November 2018

KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT ANJURAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ)


KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT Anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) 


Di Penghujung bulan terakhir tahun 2018 (Disember), Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) telah mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum.

Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham.

Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat

Sejajar dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu ' memudahkan anda berzakat' melalui saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar adalah melalui:

Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM

Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember: 8.15 pagi - 4.45 petang

Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP :


  1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
  2. Plaza RAH, Kampung baru
  3. Masjid Negara
  4. LSC Wangsa Maju
  5. UTC KL, Pudu Sentral
  6. Presint 9, Putrajaya
  7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
  8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
  9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong 
  11. Labuan Times Square

Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.

2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://WWW.ZAKAT.COM.MY

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?


  1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
  2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
  3. Melakukan pembayan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
  4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
  5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
  6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
  7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.

Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin. 

3. PERBANKAN INTERNET. 

Dengan kosep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP.

Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 



Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.

4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000.00 ke atas.

Perkhidmatan ini membolehkan pihak kami ke lokasi anda. Hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. 


Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri

5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakan.

PU Azman atara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan. 

Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan. 

Kempen ' Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya. 

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'

KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT @pusatpungutanzakat

#ppzmaiwp #zakatakhirtahun #yearendzakat

___________¥¥¥¥¥¥¥¥___________




KARNIVAL YEAR END ZAKAT (YEZ) BAKAL MENEMUI ANDA

Jumpa Di Masjid Usamah Bin Zaid, Sek 2,Wangsa Maju 

Pada 1 & 2 Disember 2018 (Sabtu & Ahad)

Pelbagai aturcara disajikan buat santapan rohani kita😊

Kerjasama hebat PPZ - MAIWP bersama Baitulmal MAIWP, Karnival Geng Masjid serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI

23 November 2018

The Milk Peel Cream Mask From Althea | First Time Guna Dah Jatuh Cinta!


The Milk Peel Cream Mask From Althea |
First Time Guna Dah Jatuh Cinta!


Wahh.. TB rasa macam dah jadi peminat sejati produk K-Beauty je sekarang ni.. huhuhu.. produk-produk Korea ni semua best-best dan packaging pun comel pulak tu.. Sekarang dah melekat kat jenama yang paling TB percayai, Althea Korea

Sepanjang mengenali Althea selama 3 tahun ni.. dah bermacam-macam produk TB try.. Ada yang TB dah share di blog.. dan ada juga yang TB tak sempat nak up kat blog ni lagi.. Memang banyak sangat produk beli di Althea yang sangat-sangat best dan TB sentiasa order kalau berkesempatan.. huhu.. 

Nah! Terbaruuuu!! lagi produk eksklusif baru Althea, iaitu The Milk Peel Cream Mask atau dalam Bahasa Melayu nya.. "Masker Krim Kulit Susu". Kalau korang nak tau.. ia adalah sejenis masker yang menyegarkan untuk membuang sel-sel kulit mati secara perlahan-lahan..


Inilah dia The Milk Peel Cream Mask , Comel kan packaging dia! 
Yang replica kotak susu tu pun comel! hahaha.. 
Althea pun comel! haha.. ops.. bukan bodek aaa.. 


TB dah try pakai hari tu.. MasyaAllah.. terkejut TB tau.. rasa best sangat sebab masa mula-mula pakai tu rasa macam krim biasa.. lepas tu TB rasa tak puas hati sebab sapu nipis je.. then TB sapu kali kedua.. terasa seperti sapuan pertama tu berbuih lembut.. wowwww.. TB pergi kat cermin dan lihat sendiri.. buih2 tu sedang mengelembung.. wow lagi! haha.. jakun sekejap.. sebab ini 1st time guna masker yang keluar buih kat muka.. hahaha..

Bau dia pulak .. best.. takde bau yang menyakitkan hidung.. rasa macam nak pakai terus tidur je tau.. hahaha.. Tapi kena bersihkan jugak..

So, Lepas bersihkan muka.. TB rasa muka sangat-sangat fresh dan rasa macam minyak-minyak pun dah berkurang.. rasa sedikit kesat kat muka dan lama-lama jadi ok macam normal balik.. syok guna.. nanti nak guna lagi.. hehehehe.. 

Ops.. jom kita korek-korek apa bahan-bahan yang terkandung dalam The Milk Peel Cream Mask


Kandungan

Bahan aktifnya adalah AHA & BHA yang membantu proses pengelupasan sel kulit mati secara lembut tetapi efektif  untuk kulit yang lebih licin.

Ia mengandungi Protein Casein (susu) untuk memberikan kelembapan dan membantu merangsang semula kulit untuk terus lembap sepanjang hari.

Ia mempunyai tekstur lembut seperti tanah liat yang gelembung apabila dipijat pada kulit lembap untuk membersihkan liang-liang yang mendalam.

Ia juga bebas kezaliman! mean tidak di uji pada haiwan yea.. 


Bagaimana untuk menggunakannya?

Sapukan produk pada kulit yang lembap dan urut dengan perlahan sehingga ia keluar menjadi buih.

Biarkan selama 30-60 saat sebelum membilasnya dengan air suam.

Dengan The Milk Peel Cream Mask ini dapat memberikan kulit kita satu ruang penghidratan besar dengan kekuatan meransang kulit agar lebih segar.




Sentiasa mahu mencuba tetapi tidak pernah beli? Untuk mendapatkan masa yang terhad. PENGHANTARAN PERCUMA pada semua ALTHEA Exclusives dengan CODE: PBSHIP

Dibuat dengan kepercayaan bahawa anda layak mendapat kualiti terbaik, dengan harga yang berpatutan.. Cewahhhh.. Ayat Skema betui kan.. hahah..


Comel kan!

TB tidak pernah melihat pembersih dengan pembungkusan comel macam ni! Dan TB suka betapa mudah sangat dengan menggunakan satu produk untuk membersihkan dan perlahan-lahan mengelupaskan kulit untuk membuang sel kulit mati dalam satu amsa.. best kan!

Dah la baunya.. alahai.. Ada aroma yang sangat ringan dan buih barbusa dia tu sangat TB suka.. Disamping tu TB boleh lakukan urutan ringan semasa membersihkan wajah. Aaah.. taknak cerita panjang.. kalau korang nak rasa macam mana.. boleh la order kat Althea.. tengok link bawah ni..

Oh ya.. terlupa nak bagi tahu.. The Milk Peel Cream Mask ni kini boleh didapati di my.Althea.kr pada harga RM36.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, 
sila lawati halaman produk SINI.


Untuk info lanjut tentang Althea 

boleh klik link2 dibawah :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 



22 November 2018

BEAUBELLE ANTI FATIGUE EYE CONTOUR GEL MELEGAKAN MATA YANG LETIH


BEAUBELLE ANTI FATIGUE EYE CONTOUR GEL
MELEGAKAN MATA YANG LETIH


Huwarghh.. Mata TB Sekarang Dah Lebam dan Tak Bermaya Sebab Tak Cukup Tidur Gara-Gara Harraz Yang Suka Tidur Lewat.. Dengan Mamanya Sekali Ikut Tidur Lewat Sebab Nak Teman Dia Main.. Adoii.. .

Kalau tiap-tiap malam gini.. jenuh lah TB.. Mau macam Panda dah mata ni.. Tapi Mujurlah ada Anti Fatigue Eye Contour Gel - Beaubelle ni.. Dah boleh cover dark circles TB ni.. hehe.. 

Giler comel je TB tengok bintik2 bulat dalam botol ni.. Rasa sayang pulak nak guna.. haa kalau korang nak tau.. itu la dia mutiara yang mengandungi formula hebat untuk buat mata kita kelihatan segar dan muda! 'repair' kulit bawah mata kita agar nampak lebih anjal dan muda.. cewah!


High-tech pearlized instant rescue eye gel ni boleh membantu tanda awal penuaan seperti bengkak pada mata (eyebeg) sallow skin, dark circles dan lingkaran hitam disebabkan stress, kurang tidur dan juga kesan terlalu terdedah dengan alam sekitar yang kurang sihat..

Anti Fatigue Eye Contour Gel - Beaubelle ni memberikan pengguna kelebihan tepat pada masanya dalam usaha untuk mencegah penampilan lingkaran hitam bawah mata dan eye bag yang mengganggu penampilan.. Fungsi Anti Fatigue Eye Contour Gel - Beaubelle ialah menarik dan memperkuatkan/menganjalkan Tisu di sekeliling mata kita . Ia decongests, menenangkan dan melegakan bengkak bawah mata, memperbaiki kontur mata dan mengurangkan lingkaran mata gelap.

Haa.. buat rakan-rakan yang suka dok depan PC 24 jam tu.. krim ni sesuai untuk korang sebab Ia melegakan mata yang letih, terutama bagi mereka yang sentiasa terdedah kepada komputer, TV dan sinar elektronik yang lain. 

Gel yang bertekstur smooth and silky ni dirumus secara unik untuk merangkumi gel yang melembapkan kontur mata.

Anti Fatigue Eye Contour Gel ni kalau korang nak tahu.. ia ideal for all. Lelaki/ Perempuan Pun Boleh Pakai tauu.. .



Haa.. jom tengok Key Ingrediant yang terkandung dalam BEAUBELLE ANTI FATIGUE EYE CONTOUR GEL ni.. 

Centella Asiatica: Centella Asiatica (juga dikenali sebagai gotu kola, India Pennywort dan Mandookaparni) telah digunakan selama berabad-abad sebagai herba perubatan dan dirujuk di farmakopoeia Perancis pada tahun 1884, serta tradisional Cina Shennong Herbal kuno sekitar 2,000 tahun yang lalu , dan juga ubat Ayurveda India sekitar 3,000 tahun yang lalu.

Ia digunakan di sini untuk peredaran mikro yang lebih baik, detoksifikasi kontur mata, merevitalisasi tisu penghubung. Membersihkan edema & menguatkan urat.

Sodium Hyaluronate: Ia adalah komponen semula jadi dan meluas yang terdapat di dalam ruang ekstra selular di dalam kulit, terutama di muka. Atribut yang mengikat air dan menarik airnya mengisi ruang antara kolagen serabut dan elastin pada dermis. Ia menghidrat kulit, dan menjadikan wajah montok dan menarik.

Persea Gratissima Oil: Ia adalah minyak tetap yang diperoleh dengan menekan daging yang dihiris dehidrasi pir avokado untuk digunakan untuk kulit berkhasiat dan pelembab.

Bisabolol: Bisabolol adalah salah satu komponen utama minyak penting Chamomile (Matricaria) (antara 10% dan 20%). Berkat kuasa anti-keradangan yang sangat baik, ia digunakan dalam produk, seperti persediaan untuk kulit sensitif, untuk bayi, untuk penjagaan rambut, atau terhadap erytema dan kulit yang tertakluk kepada kemerahan.

Methylsilanol Mannuronate: Ia adalah derivatif organik rumpai laut yang mengikat kelembapan dalam epidermis oleh itu mengukuhkan dan menguatkan kulit. Ekstrak alga laut yang terdapat di Methylsilanol Mannuronate mempunyai sifat pelembab yang tahan lama yang membantu memerangi kemerosotan serat kolagen dan elastin, memberikannya sifat pengukuhan kulit; ia juga dikenali untuk melawan radikal bebas.

Methylsilanol Mannuronate juga dikenali sebagai antioksidan untuk secara aktif mencegah penuaan pramatang. Kajian in vitro menunjukkan bahawa Methylsilanol Manurronate menormalkan metabolisme selular, adalah penjanaan semula tisu dan juga telah menunjukkan sifat-sifat detoksifikasi.

Oryzanol: Ia adalah bahan yang terdapat dalam biji-bijian. Ia digunakan untuk mengurangkan kolesterol (lemak) dalam darah dan merawat ruam kulit. Telah didapati bahawa Oryzanol mempunyai sifat anti-oksidan untuk melambatkan proses penuaan kulit.

Tips Cara Guna :
Sapu Anti Fatigue Eye Contour Gel secara membulat di area eye contours, dan tepuk-tepuk lembut di kawasan bawah mata untuk kesan penyerapan yang optima.. itu juga cara untuk urut bahagian bawah mata kita tau.. hehehe.. Korang boleh guna siang atau malam atau bila-bila masa pun .. 

Oh ya.. ia Ideal juga untuk semua jenis kulit.. so untuk kulit Normal, Dry or Oily pun boleh guna.. layari website untuk order :


Harga : 
Anti-Fatigue Eye Contour Gel (15g)
RM198.00


JOM FOLLOW & LIKE :

WEBSITE :

INSTAGRAM : 

FACEBOOK : 


#beaubelleskincare #swissskincare #beaubellegroup #AntiFatigueEyeContourGel #BeaubelleAntiFatigueEyeContourGel #pearls #youthfulskin #fresheyes #eyeskincare



GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2