Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

09 November 2019

20 Aneka Resepi Masakan Daging - Sheila Rusly | Ketuk-Ketuk Ramadhan


20 Aneka Resepi Masakan Daging
- Sheila Rusly | Ketuk-Ketuk Ramadhan

Alhamdulillah.. Jumpa jugak resepi Daging yang Tb cari Selama ni.. Thank You sangat Kak Sheila Rusly sebab share resepi-resepi ni.. boleh la TB try satu-satu ni.. Nak merasa kelainan cara masakan walaupun ada masakan yang TB biasa masak  tapi nak try gak masak ala-ala sifu Kak Sheila Rusly ni.. Sape tak kenal kan.. dah la cantik, pandai masak pulak tu.. untung betul kalau pandia masak macam kak Sheila Rusly ni kan..

Ni TB tepek resepi-resepi nya kat sini.. nanti dah pindah rumah baru.. hope pasar dekat la.. nak masak apa-apa bahan semua boleh beli sendiri... Aamiinn.. jom follow page Ketuk-Ketuk Ramadan


DENDENG DAGING

Bahan-Bahannya :

Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa

Bahan D
air rebusan daging

Cara-cara Penyediaan:

Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap

Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan

skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba



DAGING MASAK HALIA

Bahan-Bahannya :
- daging yang di rebus lembut dan di potong nipis-nipis (1 mangkuk)
- 4-5 biji bawang putih (potong kecil)
- 4 inci halia (hiris kecil memanjang) - macam batang mancis
- 1.5 biji bawang besar (hiris kasar)
- 1/3 sudu teh serbuk lada hitam
- 2-3 sudu teh kicap manis
- sedikit sos tiram
- sedikit minyak bijan
- sedikit sos sotong thai
- 3/4 cawan -1 cawan air
- tepung jagung 1/2 sudu makan (bancuh tepung jagung nie dengan air di atas)
-2 pokok daun bawang potong kasar
- kacang panjang (3-4 batang- potong panjang-panjang)
- cili padi (3-5 biji)

Cara-cara Penyediaan:

- tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan daging dan gaul sebati.

- masukkan semua bahan kecuali bawang besar, daun bawang, cili padi, kacang panjang

- sebatikan kuahnya, then masukkan bawang besar. rasakan garamnya.

- akhir sekali masukkan kacang panjang. Then, daun bawang, Terus matikan api.

- masak dengan api besar, dan masak dengan cepat




DAGING MASAK TOMYAM

Bahan-Bahannya :
Daging dihiris
1/2 biji bawang besar-dadu kecil
2 ulas bawang putih-cincang
1 biji tomato-dadu kecil
cili padi-hiris
1 cili merah-potong2
2SB Perencah Tomyam
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu teh brown sugar

Cara-cara Penyediaan:
Daging gaulkan bersama bawang putih, kedua2 jenis gula, sos ikan n perap sekejap.
Panaskan minyak, tumis bawang besar. masukkan daging tadi n kacau n biar hingga masak n lembut.. masukkan semua bahan perencah n perasa. gaul rata.




Daging Cincang Goreng

Bahan-Bahannya :
250gm.daging cincang(jenama Ramly)
1 labu bawang bombay-hiris nipis
2 biji lada merah/hijau-hiris nipis
3 sudu besar cili merah kisar
2 sudu bear bawang merah kisar
2 sudu teh bawang putih kisar
sedikit sos tiram,sos cili,sos plum
garam/gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Dalam mangkuk masukkan bawang dan cili kisar,semua sos dan biarkan sebentar.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan daging cincang perap tadi dan goreng.
Bila daging hampir masak tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan lada dan bawang bombay .Balik-balikkan daging hingga bergaul rata.
Bolehlah di angkat dan hidangkan.



ASAM PEDAS DAGING TETEL

Bahan-bahannya:
600g daging tetel - direbus hingga empuk

2 batang serai - dititik
1 kuntum bunga lawang
2 sudu teh halba campur
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh serbuk kari daging
3 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Bahan tumbuk lumat:
1 inci lengkuas
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Cara Masak:

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, serai, bahan tumbuk, halba campur dan cili kisar hingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan daging dan air rebusannya sekali.
Masukkan daun limau purut. Kacau rata.
Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Biarkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
Sedia untuk dihidangkan.



SEMUR DAGING

Bahan-Bahan:
500 gm daging stew (dipotong kecil-kecil)
600 ml air
2 helai daun pandan (disimpulkan)
5 labu sedang bawang besar (dihiris)
3 camca kicap cair
2 camca mentega/marjerin
Cuka atau air limau nipis secukup rasa Bahan Gilin:
½ camca lada sulah
3 batang lada merah
2.5 cm lengkuas
2.5 cm belacan (dibakar)
½ camca buah pala parut
2 camca garam

Cara:

Gaulkan bahan giling pada daging & perapkan selama 1-2 jam.Jerang hingga mendidih & masukkan daging. Biarkan ia terus mendidih selama 5 minit lagi. Masukkan bahan selebihnya kecuali cuka. Kecilakan api & didikan perlahan-lahan hingga dagingnya lembut.Masukkan cuka & sesuaikan rasanya. Angkat dari api. Buangkan daun pandan,hidangkan panas-panas dengan nasi putih, sayur-sayuran & sambal.



SERUNDING DAGING

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging- direbus dan disiat halus
100 gm serbuk kari
50 gm jintan manis
50 gm jintan putih
50 gm serbuk ketumbar
100 gm cili kering yang telah dikisar
200 ml santan
250 ml minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR
3 cm lengkuas
3 cm halia
100 gm bawang merah
60 gm bawang putih
5 batang serai
60 gm kunyit hidup

CARA MEMASAKNYA:
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
2. Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
3. Setelah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidang




Rendang Tok

Bahan-bahan
•1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
•2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
•1/2 cawan kerisik
•1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
•100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
•1 batang kulit kayu manis
•Garam secukup rasa

Bahan2 kisar:-
•2 sudu besar ketumbar
•1 sudu besar/teh lada hitam
•1 sudu teh serbuk kunyit
•1 sudu besar/teh jintan putih
•1 sudu besar/teh jintan manis
•3 biji buah keras
•3 kuntum bunga lawang
•25 biji cili kering
•5 batang serai
•5 cm halia
•20 biji bawang kecil

Cara-cara
1.Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
2.Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar
3.Masukkan daging yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.
4.Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.
5.Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.
6.Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
7.Perlahankan api dan kacau hingga kering.




DAGING GORENG NANAS

Bahan-bahan ( 4~5 org ):
✔500g daging dihiris
✔200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
✔1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
✔2 sd besar sos tomato
✔2 sd besar sos tiram
✔1 sd besar rempah kari daging
✔1 sd kecil lada hitam (dikisar)
✔1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih

Bahan Ditumbuk:
✔3ulas bwg putih dan 1 cm halia
✔minyak masak dan garam

Cara-cara:
panaskn minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.

masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.

masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.

Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang



DAGING MASAK LEMAK CILI API

Bahan-Bahan :
1/2 kg daging - dihiris nipis,basuh dan toskan
1 liter air
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugor/asam keping
1 helai daun kunyit - dicarikkan
garam secukupnya
2 biji ubi kentang - dibelah 4
Bahan Dikisar :
20 tangkai cili api - ikut kepedasan masing2
3 cm halia
2 ulas bawang merah
3 cm kunyit hidup

Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan daging yang telah dihiris nipis ke dalam periuk yang berisi air bersama serai yang telah dititik dan rebuskan sehingga daging menjadi empuk.
2. Masukkan santan, asam keping, garam,ubi kentang dan daun kunyit yang telah dicarikkan.
3. Masak sehingga kuah menjadi mendidih dan pekat.
4. Siap untuk dihidang.




Daging Panggang bersama Kentang Lenyek Cendawan

BAHAN BAHAN

DAGING PANGGANG
200g daging batang pinang
1 sudu kecil oregano kering
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada
2 sudu kecil minyak zaitun (virgin olive oil)
secubit garam
Tali untuk ikat daging (yg sesuai digunakan dlm oven)

SOS
1/2 biji bawang holland
1 biji bawang putih
2 batang daun rosemary
Jus Daging (jus dari daging after panggang)
200ml air panas + 1 kiub pati ayam
1/2 tin tomato cincang
1/2 sudu kecil tepung jagung + sedikit air

KENTANG CENDAWAN
1/4 biji bawang holland -didadu
6 batang cendawan butang -didadu
2 biji bawang putih -didadu
1 sudu kecil serbuk oregano
3 biji kentang -didadu
1 kuib pati ayam - dihancurkan
serbuk lada hitam -secukup rasa
2 sudu besar salad dressng (apa2 yg suka)
sedikit minyak

CARA CARA

daging panggang
1. Ikatkan daging. Perapkan daging dengan olive oil, lada hitam, oregano, serbuk lada, garam selama 1 jam.
2. Panaskan oven 180c.
3. Didalam frying pan / kuali panggang, panggangkan ayam seketika sehingga luaran daging kekuningan. Buat side by side. Kemudian, Letakkan didalam oven selama 15 minit.
(Kalau ikot cara ni, daging pada keadaan medium rare. Aku kurang minat. So, after aku potong daging, aku masak dalam pan jap.)

sos
1. Didalam saucepan, masukkan sedikit minyak. Kemudian, masukkan bawang holland dan putih. Masak sehingga keperangan. Kemudian, masukkan daun rosemary sehingga naik bau.
2. Masukkan jus daging, air pati ayam dan tomato cincang. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Masak sehingga kuah agak pekat. Tapiskan.

kentang cendawan
1. Masukkan kentang didalam periuk dan biarkan sehingga kentang lembut.
2. Sementara kentang lembut, Didalam kuali, masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang holland dan putih kemudian masukkan cendawan. Gaul sehingga masak.
3. Lenyekkan kentang dan letakkan serbuk pati ayam, tumisan cendawan, oregano, serbuk lada hitam dan salad dressing. Gaul guna spatula kayu sehingga sebati.

Siap! Bolehlah dihidang..



SINGGANG DAGING

Bahan-Bahan
500 gm daging
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
4 inc lengkuas ~ hiris
3 inc kunyit hidup ~ di hiris
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
10 biji cili padi ~ belah 2
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-Cara :
Daging di hiris nipis dan cuci bersih
Ketumbar dan jintan manis di tumbuk kasar
Masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk
Rebus hingga daging empuk
Masukkan cili padi dan perasakan dengan garam
Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan



DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN

Bahan-bahan :
600 gm daging
2 - 3 inci kunyit hidup ~ tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis ~ ita letak kacang peas
Cili merah ~ hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam

Cara-Cara :

Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!




DAGING MASAK KURMA

Bahan-Bahan:
1) 400gm daging - dipotong
2) 5 ulas bawang merah - dihiris
3) 3 ulas bawang putih - dihiris
4) 1/2 in halia - dihiris
5) 2 sudu besar rempah kurma
6) 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
7) 1 1/2 cawan air
8) 2/3 cawan santan fresh
9) 3 biji ubi kentang
10) 1 biji tomato
11) 3 - 5 biji cii hijau
12) Garam dan gula secukup rasa
13) Minyak

Cara Memasak:
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris.
2) Goreng hingga terbit bau.
3) Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau.
4) Biarkan pecah minyak dan masukkan daging. Kacau rata.
5) Masak seketika, kemudian masukkan air.
6) Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang.
7) Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau.
8) Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau hiasan yang dibelah dua.
9) Masak sehingga kepekatan kuah yang dikehendak dan bolehlah dihidangkan.



DAGING GORENG HITAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
500gm daging pejal | dihiris nipis
1 biji bawang besar |dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
5cm halia muda
3 biji cili merah | dihiris
2 biji tomato | dipotong
1 sudu makan lada hitam | ditumbuk kasar
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
100ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1 Perapkan daging bersama halia dan bawang putih selama 30 minit.
2 Kemudian pijarkan minyak dan goreng daging sehingga empuk.
3 Setelah itu masukkan lada hitam, kicap manis, sos tiram, bawang besar dan cili merah. Gaul mesra dan sebati.
4 Seterusnya masukkan air secukupnya dan tomato. Biarkan seketika.
5 Akhir sekali, perasakan. Sedia dihidang panas.



DAGING TUMIS PEDAS

Bahan-Bahan :
1 kg daging (rebus sampai empuk )
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Setengah sudu biji ketumbar
Cili api
Kunyit hidup
(Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )

Cara Membuatnya :
Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,
Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati. Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu. Sedia dihidang,

selamat mencuba



DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM OHSEM

Bahan-Bahan Daging:
1) 1 kg daging lembu
2) 50 gm bawang besar - dikisar halus
3) 20 gm bawang putih - dikisar halus
4) 10 gm serbuk kari
5) 10 gm halia - dikisar halus
6) Garam - secukup rasa
7) Serbuk perasa - secukup rasa

Cara Membuatnya:
1) Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.
2) Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
3) Perapkan daging selama 2 jam
4) Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak
5) Setelah masak, boleh dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing

Bahan Air Asam Jawa:
1) Air asam jawa
2) 1 biji bawang besar - dipotong kecil
3) 2 biji lada merah - dipotong kecil
4) 2 biji lada hijau - dipotong kecil
5) 1 biji tomato - dipotong kecil
6) 10 biji cili padi - dipotong kecil
7) 10 gm belacan - dibakar / digoreng
8) Garam - secukup rasa
9) Gula - secukup rasa
10) Limau nipis

Cara Membuatnya:

1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa.
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
3. Semua bahan digaul rata.
4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi.



Resepi Daging Kaprau

Bahan-bahannya:
Daging yg telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
Bwg besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
Cili api yang ditumbuk
Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
Daun limau purut (dihiris kasar)
Sedikit gula

Cara-cara membuatnya:
1. Tumis separuh bahagian bwg besar dan cili api sehingga garing.
2. Kemudian, masukkan daging yg telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering
3. Lepas tuh, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata
4. Masukkan sedikit gula.... Dah siap




DAGING MASAK MERAH

Hidangan utk 4 orang

Bahan-Bahan:
● 200 gram daging
● pewarna merah
● 1 senduk minyak masak
● 1 inci halia, hiris nipis
● 3 ulas bawang putih, diketuk
● 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
● 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
● 4 biji jagung muda, potong memanjang
● 1/4 cawan cili kisar
● 2 sudu besar sos tomato
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 sudu besar sos ikan
● 2 helai daun limau purut
● sedikit tepung jagung
● Karot, potong memanjang

Caranya :
1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.

2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.

3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.

4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.

5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.

7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

selamat mencuba


DAGING BLACK PEPPER


Untuk 4 - 5 org makan

Bahan-bahannya:
● 500gm daging batang pinang
● 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas
● 1 biji lada benggala hijau
● 1 biji lada merah
● 3 sb kicap manis
● 2 sb sos tiram
● 1 cawan air
● 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
● 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
● minyak utk menggoreng

Cara-caranya:
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.

2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada

3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.

4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram

5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.



Baca juga :
















07 November 2019

AYAM HARUM THAI



AYAM HARUM THAI



BAHAN²:
👉1/2 ekor ayam (dipotong kecil/bersihkan)
👉2 batang serai (dititik)
👉4 helai daun limau purut
👉2 biji lada benggala (belah 4)
👉Sedikit gula dan garam
👉4 sudu besar minyak untuk menumis

BAHAN A (dihiris nipis/ditumbuk):-
👉1 biji bawang besar
👉4 ulas bawang putih
👉1 inci halia

BAHAN B:-
👉3 sudu besar sos cili
👉1 sudu besar sos tomato
👉2 sudu besar pes tomyam
👉2 sudu besar kicap cair
👉2 sudu besar kicap manis
👉1 biji limau nipis (ambil jusnya)
👉daun sup (dihiris halus²)

CARA MEMASAK:-

💢Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
💢Tumiskan bahan A sampai wangi.
💢Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
💢Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
💢Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
💢Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.


Lemang Periuk Kera


Lemang Periuk Kera

Hari raya tahun lepas (2018) Kak Ipar (kak intan namanya) ada buat Lemang Periuk Kera... Lemaknya nampak unik sebab ia dimasak dalam kelongsong periuk kera.. bukan guna buluh lemang macam mak mak kita buat tu yea.. 

Lemang periuk kera ni lain dari segi segi bentuknya. Cara pembuatannya pun berbeza dari lemang biasa.

Lemang periuk kera sebenarnya menggunakan kelongsong periuk kera, lalu dimasukkan beras pulut dan santan. Ia menggunakan proses mengukus untuk memasaknya.

Imej via facebook

Kalau nak tau, hidangan lemang periuk kera memang rare lah kalau ada time raya sebab bukan semua orang akan buat ni.. salah satu sebab ialah sebab kelongsong periuk kera ni boleh tahan mahal harganya jugak kata kak ipar yang buat Lemang Periuk Kera ni..

Pada mulanya TB macam takut-takut nak rasa lemang ni tau.. hehehe.. tapi lepas share separuh-separuh dengan anak sedara hubby (ita jae) TB pun rasa macam sedap la pulak.. hahaha.. terus ambil lagi satu.. hehehehe.. Tu laa.. tak cuma maka tak tahu.. dah cuba.. baru tahuu.. hihihi..

Kalau korang nak tahu.. Sebenarnya penggunaan kelongsong periuk kera ini memberi rasa yang agak unik, maka tak hairanlah kalau ramai yang ingin menikmatinya.



Makan dengan Petai sedap jugak ni.. hahaha..






DOA TIAP KALI SELESAI BACA / KHATAM ALQURAN



DOA TIAP KALI SELESAI BACA /
KHATAM ALQURAN


Sebelum ni masa zaman TB remaja dulu, TB memang tak tahu pun kena baca doa ni lepas je baca Al-Quran, Tapi lepas TB selalu dengar adik perempuan TB selalu baca ni lepas dia selesai baca Al-Quran, TB baru tahu rupanya ini ayat / doa setelah selesai baca Al-Quran atau Khatam Al-Quran..  Dan sejak itu TB dah start baca doa ni .. 

Munkin ramai yang tahu pasal ni .. Tapi TB just share je untuk siapa yang tak tahu lagi tu.. supaya kita rasa lebih puas hati sebab ikut kaedah dan caranya.. kan.. ok itu je.. kalau ada salah mohon perbetulkan ye.. tq.. 



Doa Khatam Al-Quran



Doa Khatam Al-Quran


Assalammualaikum.. TB saja nak share Doa Khatam AlQuran ni kat sini sebab suka baca tulisan yang tebal gini.. Nanti kalau save kat tempat lain mesti tak jumpa dah.. Mata rasa segar bugar je kalau nampak tulisan yang terang dan jelas macam ni.. =) ..

Sharing Is caring.. 


بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ 

وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.


اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ 

التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ 

الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا 

وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. 

وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ 

الْعَالَمِينَ.


اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ 

الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. 

وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.



اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا. وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى 

الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا. وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا. وَمِنَ النَّارِ 

سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ 

وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.



اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. 

وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. 

يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ.



رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار 

.وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ 

رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ 

الْعَالِمِيْنَ.


Maksudnya :

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.


Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.


Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.


Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.


Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.



Nota Tambahan : 

Digalakkan khatam dalam solat jika dia membaca Al-Quran seorang diri. Jika dibaca secara beramai-ramai, buat majlis meraikan khatam Al-Quran.

Cara bacaan ialah dengan memisahkan antara surah dengan surah lain (daripada surah Waddhuha sampai An-Nas) dengan sebutan ‘Allahu Akbar’. Jika berjemaah, gilirkan bacaan surah antara peserta dan dibaca Allahu Akbar di antaranya.

Bila sudah siap membaca surah An-Nas, disunatkan membaca surah Al-Fatihah, sebagai isyarat untuk meneruskan lagi bacaan Al-Quran atau dengan kata lain berpusing kembali untuk memulakan bacaan. Ini penting sebagai isyarat yang tidak akan tinggal membaca Al-Quran. Setiap kali membaca Al-Quran, pemahaman seseorang akan bertambah.

Baca surah Fatihah, dan 5 ayat pertama surah Al-Baqarah. Kemudian baca doa (ada juga yang membaca ayat Kursi atau 2 ayat akhir surah Al-Quran).

Dalam satu hadis daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik amalan ialah membuka Al-Quran dan mengkhatamkannya”.

Maknanya selepas mengkhatam Al-Quran, buka semula dan, sambung dengan bacaan Fatihah.



8/11/2019 (Jumaat)
Khatam Quran 


KALKULATOR KEHAMILAN | CHECK USIA KEHAMILAN DAN BILA JANGKAAN BERSALIN


KALKULATOR KEHAMILAN |
CHECK USIA KEHAMILAN
DAN BILA JANGKAAN BERSALIN


Hai.. Assalammualaikum.. Petang-petang gini saja check entri yang dalam draft banyak sangat tu.. ternampaklah entri yang satu ni yang TB nak share sangat dulu time pregnant harraz tapi tak dapat nak share sebab mood ber blog kelaut sangat masa tu.. lagi pun TB tak cerita pun kat sape-sape TB pregnant kan harraz masa tu.. Bukan saja nak rahsiakan.. tapi sebab nak jaga hati kawan-kawan yang belum ada rezeki tu.. TB faham apa yang diorang rasa.. sebab TB pernah jadi macam diorang dulu.. So, better TB dan orang terdekat je yang tahu pasal pregnant ni kan.. 

Haaa... Ni dah alang-alang terjumpa balik entri ni.. Saja TB nak share untuk korang yang baru dapat tahu sedang pregnant dan belum jumpa doktor lagi tu.. Kalau nak Tahu usia kehamilan dah berapa week ke.. berapa bulan ke.. boleh la try kalkulator kehamilan ni ..

kot la saja nak check bila due date korang nak melahirkan tu, boleh lah try guna kalkulator kehamilan..

Yang penting korang ingat tarikh last period korang tau.. Tarikh last period tu bukan tarikh last hari period korang ye.. Tapi Tarikh Hari pertama period mai, dalam bulan last korang period.
Haa.. Masukkan tarikh bila.. dan tengok lah due korang bila.. hehehehehe.. 

Klik sini :

05 November 2019

BUANG LEMAK DAN SELULIT DENGAN ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM


BUANG LEMAK DAN SELULIT DENGAN
ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM 


Haii.. Hari ni TB nak share tentang cara nak buang lemak berlebihan di perut, bawah dagu, bawah lengan, bawah peha ke atau dimana-mana kawasan yang mok tu kan.. hehehehe.. ini dia produk yang boleh kita cuba, iaitu ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM haaa.. serum ni sangat efektif dan berkesan, hanya letakkan beberapa pump, sapu bagi rata dan boleh nampak kesan sepantas 10 minit hingga ke 1 jam. Bukan tu je tau, bahan asas utama yang ada dalam ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM sangat berkualiti dari ekstrak pokok gaharu dan sangat sesuai untuk kegunaan umum. Slimming serum yang pertama menggunakan ekstrak pokok gaharu, mempunyai khasiat yang terbaik. Bila pakai ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM terus meresap kedalam kulit, tak perlu untuk sapu terlalu lama, tak ada rasa melekit dan paling best berbau wangi ibarat pakai perfume. Paling best mudah dibawa kemana-mana.
KELEBIHAN ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM 
  1. Membantu Mendapatkan Bentuk Badan Ideal 
  2. Membantu Mengurangkan Kesan Selulit Degil Dan Tebal 
  3. Membantu Menguruskan Badan 
  4. Membantu Merampingkan Bahagian Pinggang 
  5. Membantu Mengurangkan Selulit Bahagian Pinggul 
  6. Membakar Lemak Berlebihan Pada Bahagian Perut, Lengan Dan Peha 
  7. Membantu Mengurangkan Kesan Rekahan Kulit 
  8. Mempunyai Bauan Aroma Yang Harum dan Wangi 
  9. Cepat Meresap 
  10. Boleh Disapu Seluruh Badan Kecuali Bahagian Luka dan Rongga Badan 
  11. Boleh Digunakan Bersama Bengkung/Korset Untuk Kesan Optimum 
  12. Tidak Sesuai Untuk Bayi 
  13. Hanya Digunakan Sekali Sehari . 


CARA PENGGUNAAN ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM 
  1. Pam 1 kali untuk 1 kawasan sasaran kecil seperti lengan, 2 kali untuk kawasan paha dan 3 kali untuk kawasan perut pada tapak tangan. Urut sehingga diserap sepenuhnya dan mula rasa panas . 
  2. Serum pelangsing ini berfungsi dengan baik apabila badan anda semakin hangat. Untuk kesan yang lebih baik, sapukan serum sebelum bersenam atau setidaknya melakukan beberapa gerakan lembut selepas sapuan. 
  3. Elakkan daripada terkena kawasan mata,hidung dan rongga badan. Basuh tangan dengan segera selepas menggunakan serum. 
  4. Gunakan pada waktu pagi, 1 kali setiap hari untuk hasil yang terbaik. Kesan seawal satu jam bergantung kepada individu. 
  5. Anda boleh menggandakan kuantiti serum untuk kesan pemanasan dan pemecahan lemak yang lebih pantas. 
  6. Untuk kesan optimum lakukan senaman ringan selepas pemakaian

Kandungan: Distilled Water, Agarcinoides™, Capsaicinoids, Glycerine, TEA, Tetrasodium EDTA, Perfume, Presevatives. 


Produk ini diperbuat daripada 👉 Ekstrak Gaharu 🌴. khusus untuk penurunan berat badan CEPAT dan TIADA kesan sampingan. Ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada lemak selamanya..

Untuk membeli sila klik  : 




04 November 2019

KUSANGKAKAN BESAR.. RUPANYA... KECIKK.. HAHA


KUSANGKAKAN BESAR..
RUPANYA... KECIKK.. HAHA

Haha.. gelihati sampai ke hari ni bila teringat balik reaksi TB dan Harraz masa dapat block ni.. hahaha.. ku ingatkan besar.. rupanya kecik.. alahai.. rasa macam tertipu tapi sendiri yang salah sebab tak baca saiz dan tak baca review pembeli.. Hari tu TB malas nak fikir apa sebab date untuk cashback wallet lazada tu nak expired dah, so TB beli je apa nampak depan mata.. sekali tengok terbeli yang kecik.. Ingatkan besar macam anak adik main tu.. rupanya.. haha.. malas citer.. redha ajelah.. Nanti beli lain.. adik kata rm10 je kat Tesco.. nanti cari lah..



Hehehe.. boleh agak tak harraz kata apa tu.. hehehe.. agaknya harraz pun pelik awat kecik tak sama macam yang dia main masa kat umah atok dia ritu.. hahaha.. terkedu kawan tu.. 



Tapi sebab kaler warni warni.. boleh laaa.. harga pun padan la pun.. rm5 satu.. TB beli 2 jadi RM10.. nanti balik kampung cari kat Tesco lah.. rm10 je pun.. harraz suka ni.. dia suka susun-susun bagi tinggi dan suka sebut gambar apa yang dia nampak dekat block tu..


Besar gini lah saiz nya uiii.. boleh laaa.. hahahaha


Dalam terkejut tu.. main jugak la dia kan.. tapi udah jemu macam biasa.. di campak ke mana2-mana.. mamanya tengok terus kutip dan simpan dalam stor.. kih3.. 



PERKEMBANGAN JANIN PADA TRIMESTER KETIGA


PERKEMBANGAN JANIN
PADA TRIMESTER KETIGA


Perkembangan Janin memasuki usia 7 Bulan. Lemak mulai menumpuk, dan lapisan yang disebut Vernix Caseosa menutupi kulit janin, sehingga janin tidak basah di dalam cairan Amnionnya dan tubuhnya merasa hangat.

Fungsi otak janin pada periode ini sudah mulai berkembang dengan sangat pesat. Permukaan otak menjadi berkerut-kerut, yang berguna bagi perkembangan selanjutnya. Sekitar lima hari setelah proses pengerutan dimulai, sel-sel syaraf akan dilapisi oleh lapisan lemak yang membuat proses penyampaian rangsangan dari ujung-ujung sel syaraf menjadi lebih cepat, mudah, dan lebih efisien.

Perlu diketahui, otak manusia akan mengalami masa keemasan pada saat janin berusia 7 bulan dalam kandungan hingga berusia 5 tahun.

Berikut luvizhea.com ulas tahapan-tahapan perkembangan janin selanjutnya dari minggu keminggu pada trimester yang ke tiga:


Perkembangan Janin Minggu ke-25

Berat janin kini mencapai sekitar 700 gram dengan panjang dari puncak kepala sampai bokong kira-kira 22 cm. Sementara jarak dari puncak rahim ke Simfisis Pubis (Tulang kemaluan) sekitar 25 cm.

Apabila ada indikasi medis, umumnya akan dilakukan USG yang dilakukan seminggu 2 kali untuk melihat apakah perkembangan janin terganggu atau tidak. Yang termasuk indikasi medis di antaranya Hipertensi ataupun Pre-Eklampsia pada saat hamil.



Perkembangan Janin Minggu ke -26

Pembuluh darah kapiler dibawah jaringan kulit janin mulai di aliri darah. Permukaan kulit yang tadinya keriput perlahan-lahan menjadi semakin halus dan licin. Mata telah terbentuk dengan sempurna. Begitu pula telinga yang telah mampu mendengarkan. Kepala janin menjadi lebih kecil ketimbang tubuhnya (kepala telah proporsional dengan ukuran tubuh).

Pada usia ini berat janin diperkirakan hampir mencapai 850 gram dengan panjang dari bokong dan puncak kepala sekitar 23 cm. Denyut jantung sudah jelas-jelas terdengar, normalnya 120-160 denyut per menit.


Sementara rasa tidak nyaman berupa keluhan nyeri pinggang, kram kaki dan sakit kepala akan lebih sering dirasakan Ibu pada periode ini. Begitu juga keluhan nyeri di bawah tulang rusuk dan perut bagian bawah, terutama saat janin bergerak. Sebab, rahim menjadi semakin besar dan akan memberi tekanan pada semua organ tubuh. Termasuk usus kecil, kantung kemih dan rektum. Dan ini yang tidak jarang membuat ibu hamil terpaksa bolak-balik ke kamar mandi karena “Beser” atau sering “Buang Air Kecil”.


Perkembangan Janin Minggu ke-27


Janin terlihat seperti bernafas tetapi sebenarnya janin mengambil air bukan udara. Ini merupakan latihan yang baik untuk paru-parunya. Janin kini beratnya melebihi 1000 gram. Panjang totalnya mencapai 34 cm dengan panjang bokong ke puncak kepala sekitar 24 cm.

Pada minggu ini kelopak mata mulai membuka. Matanya sudah terbuka dan melihat sekelilingnya untuk pertama kalinya. Sementara retina yang berada di bagian belakang mata, membentuk lapisan-lapisan yang berfungsi menerima cahaya dan informasi mengenai pencahayaan itu sekaligus meneruskannya ke otak.



Perkembangan Janin Minggu ke-28

Pada usia janin ke 28 minggu ini, Testis janin laki-laki akan turun ke kantung Skrotum. Puncak rahim berada kira-kira 8 cm di atas pusar. Gerakan janin makin kuat dengan intensitas yang makin sering, sementara denyut jantungnya pun kian mudah didengar.

Tubuhnya masih terlihat kurus meski mencapai berat sekitar 1100 gram dengan kisaran panjang 35 sampai 38 cm. Kendati demikian dibanding minggu-minggu sebelumnya, lebih berisi dengan bertambah jumlah lemak di bawah kulitnya yang terlihat kemerahan.

Jaringan otak berkembang dan meningkat pada usia kehamilan 28 minggu ini, serta sekarang janin Ibu dapat bermimpi. Begitu juga rambut kepalanya terus bertumbuh makin panjang. Alis dan kelopak matanya pun terbentuk, sementara selaput yang semula menutupi bola matanya sekarang sudah hilang.

Catatan:
Periksakan kehamilan minimal 1 kali dengan USG pada bulan ke 7 dengan tujuan untuk mengetahui posisi kepala janin apakah sudah benar atau tidak.
Memperhatikan asupan gizi dalam makanan sehingga Ibu dan janin mencapai berat badan yang Ideal.
Ibu mulai berlatih teknik pernapasan maupun teknik mengejan dengan benar.



Perkembangan Janin Minggu ke-29

Posisi janin pada saat ini mempersiapkan diri seperti posisi lahir dengan kepala ke arah bawah. Jaringan lemak terus terbentuk. Beratnya bertambah menjadi sekitar 1250 gram dengan panjang rata-rata 37 cm.

Kelahiran prematur mesti diwaspadai pada saat-saat ini karena umumnya dapat meningkatkan keterlambatan perkembangan fisik maupun mentalnya dikemudian hari. Apabila janin dilahirkan pada minggu ini, ia mampu bernapas meski dengan susah payah. Ia pun bisa menangis, walaupun masih terdengar lirih. Kemampuannya bertahan untuk hidup pun masih tipis karena perkembangan paru-parunya belum sempurna. Akan tetapi apabila dilakukan perawatan yang baik dan terkoordinasi dengan oleh para ahli medis yang terkait, kemungkinan hidup janin prematur pun akan cukup besar.



Perkembangan Janin Minggu ke-30

Pada usia janin ke 30 minggu, beratnya mencapai 1400 gram dengan kisaran panjang tubuh 38 cm. Puncak rahim yang berada sekitar 10 cm di atas pusar memperbesar rasa tidak nyaman yang dirasakan Ibu hamil, terutama pada panggul dan perut seiring bertambah besarnya kehamilan tersebut.

Saat ini suami juga sudah bisa ikut merasakan gerakan janin saat meraba dan mengelus perut Ibu. Mulai dari denyutan halus, sikutan, tendangan sampai gerak cepat meliuk-liuk dapat dirasakan dan memberi sensasi tersendiri sebagai calon Ibu dan ayah. Janin mengisi hampir seluruh ruang di rahim. Ketika janin menendang atau mendorong, maka Ibu dapat melihat kaki atau tangannya bergerak di bawah kulit perut Ibu.

Yang perlu diwaspadai, aktifnya gerakan ini dapat membentuk “simpul-simpul” pada tali pusat. Bila sampai membentuk “simpul mati” tentu sangat berbahaya karena suplai gizi dan oksigen dari ibu ke janin akan terhenti atau paling tidak bisa terhambat.



Perkembangan Janin Minggu ke-31

Pada usia janin ke 31 minggu ini, janin makin bertumbuh besar, berat janin sekitar 1600 gram dengan taksiran panjang tubuh 40 cm. Jadi ruangan rahim menjadi lebih sedikit, sehingga gerakan Janin berkurang saat Ibu memasuki masa hamil tua. Janin pada kondisi seperti ini kemungkinan dalam posisi melengkungkan badan dengan dengkul dilipat, dagu didadanya serta tangan dan kaki saling bersilang.

Waspadai apabila muncul gejala nyeri di bawah tulang iga sebelah kanan, sakit kepala maupun penglihatan yang berkunang-kunang. Terutama apabila disertai tekanan darah tinggi. Karena bisa jadi itu merupakan gejala dari Eklampsia. Maka dari itu pentingnya pemeriksaan tekanan darah yang rutin dilakukan pada setiap kunjungan ke Bidan atau Dokter.

Cermati pula gangguan aliran darah ke anggota tubuh bawah yang membuat kaki menjadi bengkak (Sembab). Pada gangguan ringan, anjuran untuk lebih banyak beristirahat dengan berbaring miring sekaligus mengurangi aktivitas, bisa membantu. Dan apabila Ibu mengalami kaki sembab, sebaiknya Ibu juga mengurangi makanan tinggi garam (asin).


Perkembangan Janin Minggu ke-32

Pada minggu ke 32 ini, janin berada dalam posisi kepala di bawah sampai nanti ia lahir. Janin akan tetap menendang, gerakannya rata-rata sehari meningkat hingga 375 kali per hari, tetapi Ibu tidak akan merasakan semuanya ini. Sepuluh gerakan yang Ibu rasakan dalam sehari sudah normal.

Pada usia ini berat janin harus berkisar 1800-2000 gram dengan panjang tubuh 42 cm. Mulai minggu ini biasanya kunjungan rutin lebih di intensifkan dari sebulan sekali menjadi 2 minggu sekali. Karena umumnya Hemodilusi atau pengenceran darah mengalami puncaknya pada minggu-minggu ini. Untuk itu Ibu hamil dengan kelainan jantung, Hipertensi dan Pre-Eklampsia, harus ekstra hati-hati. Sebab dengan jumlah darah yang makin banyak, beban kerja jantung pun meningkat. Pada mereka yang mengalami gangguan jantung dan tekanan darah, tentu makin besar pula peluang terjadi penyempitan pada pembuluh-pembuluh darah. Dampak lebih lanjut adalah tekanan darah meningkat.

Gangguan semacam ini tidak hanya berbahaya pada Ibu yang mengandung, akan tetapi juga berbahaya bagi janinnya. Apabila ini terjadi diluar kontrol, biasanya dipertimbangkan untuk janin segera dilahirkan. Terlebih saat terjadi perburukan kondisi, semisal tekanan darah tidak kunjung turun dan dapat menimbulkan komplikasi.


Perkembangan janin minggu ke-33

Pada perkembangan janin ke 33 minggu, jari jemari janin mulai terbentuk dengan sempurna. Ukuran panjang janin sekarang mencapai 43 cm dengan berat sekitar 2 kg.



Perkembangan janin minggu ke-34


Berat janin saat usia kehamilan 8 bulan dapat bertambah semakin pesat, yaitu mencapai 2,2 kg dengan panjang tubuh sekitar 44 cm. Dahi dan bulu matanya sudah berkembang sempurna dan matanya sudah pintar berkedip-kedip.

Apabila janin yang Ibu kandung berjenis kelamin laki-laki, testiskalnya mulai terbentuk dengan sempurna pada minggu ke-34 ini.



Perkembangan janin minggu ke-35

Janin terus bertumbuh dan menempati hampir seluruh ruang di rahim Ibu. Gerakannya semakin berkurang karena ruang gerak yang terbatas. Perkembangan berat badan janin 35 minggu mencapai sekitar 2.4 kg dengan panjang tubuh 45 cm. Pada periode ini fungsi paru-paru janin sudah matang. Sehingga apabila terjadi kelahiran pada minggu ini, janin sudah siap dan bisa bernafas dengan baik.


Perkembangan janin minggu ke-36

Pada usia kehamilan ke-36 minggu, berat badan janin dalam kandungan Ibu telah mencapai sekitar 2,5 kg dengan panjang sekitar 46 cm, dan ia mulai belajar mengisap dan menelan untuk mempersiapkan diri dalam proses menyusu setelah ia dilahirkan.

Ibu mungkin mulai merasakan kontraksi palsu sekarang. Apabila persalinan Ibu tepat waktu, janin mungkin akan berputar ke posisi persalinan normal “kepala di bawah” pada minggu ke-36 perkembangan janin ini. Apabila Ibu melahirkan dalam beberapa minggu ke depan, maka usia kehamilan Ibu termasuk kategori rata-rata.


Perkembangan janin minggu ke-37

Bulu pada tubuh janin usia 9 bulan dalam kandungan Ibu mulai berkurang. Janin mulai mengeluarkan hormon yang dinamakan Cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Panjang janin mencapai 47.5 cm dengan berat badan 3 kg. Pada periode ini janin sudah benar-benar siap lahir karena organ tubuhnya sudah matang dan bisa bekerja sendiri.





Perkembangan janin minggu ke-38

Pada minggu ke-38, apabila Ibu belum melahirkan, berat badan janin akan mencapai sekitar 3,1 kg dengan panjang 48 cm. Rambutnya semakin panjang mencapai 5 cm. Begitu juga kukunya. Kulitnya juga sudah mulai berwarna sedikit merah jambu.

Sekarang setelah janin berusia 9 bulan dalam kandungan, ia sudah menyimpan lemak yang cukup di tubuhnya, sehingga suhu tubuhnya akan bisa bertahan stabil pada saat ia dilahirkan. Dan antibodi yang ia terima melalui plasenta akan membantunya melewati beberapa bulan awal kehidupannya dalam kondisi kesehatan yang baik.


Perkembangan janin minggu ke-39

Pada minggu ini, pertumbuhan janin sudah sempurna. Berat badannya sekarang mencapai 3,2 kg dengan panjang tubuh 49 cm.

Pada minggu ke-39 dari perkembangan janin 9 bulan ini, ibu dan suami harus siap siaga karena setiap saat bisa melahirkan.


Perkembangan janin Minggu ke-40

Pada usia janin 40 minggu, apabila Ibu belum melahirkan, berat badan janin dalam kandungan mungkin sudah mencapai sekitar 3,3 kg dengan panjang sekitar 50 cm. Jangan terlalu khawatir apabila Ibu melewati Hari Perkiraan Lahir. Hanya sekitar 5% dari wanita hamil yang melahirkan tepat pada HPL nya.

Dan biasanya Dokter yang menangani Ibu, kemungkinan belum akan merekomendasikan induksi atau caesar kedepan, kecuali apabila Ibu atau janin berada dalam kondisi yang berbahaya.


credit to:
LUVIZHEA



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers