5 Produk GKB Probiotics Untuk Kesihatan Usus dan Perut Masalah sembelit, pedih ulu hati, perut kembang biasa berlaku berpunca dari pemakanan dan corak pemakanan kita. sebelum ini TB selalu hadapi masalah kembung perut dan pedih ulu hati sebab TB pernah ada gastrik sampaikan berpuasa pun rasa tak selesa perut. Mujur masih boleh bertahan sampai waktu berbuka puasa. Namun selepas itu perut akan kembung dan rasa tak selesa.. simptom Gastritis tu datang pula selepas waktu berbuka puasa. Bila TB baca tentang gastrik, perut kembung, pedih ulu hati, cirit-birit, dan bermacam-macam lagi masalah yang berkaitan dengan perut TB baru tahu yang semua itu berpunca dari usus yang tidak sihat. Ia berpunca dari dalaman rupanya. Kalau kita tidak usaha baiki usus kita, perkara yang sama pasti akan berulang. Kalau rasa ok nak hadapi kembung perut dan gastrik, teruskan je tapi TB tetap mencari penyelesaian untuk hilangkan masalah perut ni. Baru-baru ni TB terjumpa info tentang produk yang bagus u...