Nity

Nuff

20 Julai 2017

Menang Natural / Homemade Balm dari Contest Must Love Giveaway by Auroma Scents

Menang Natural / Homemade Balm dari
Contest Must Love Giveaway by Auroma Scents

Hai.. Assalammualaikum.. TB lupa nak review tentang hadiah yang TB dapat lselepas raya hari tu.. TB ada join Giveaway dekat blog blogger ZAHIRAH guna blog contest TB iaitu BLOG OYEKE tu.. tak sangka pulak boleh jadi salah seorang pemenang daripada 5 orang yang tersenarai tu.. Alhamdulillah.. tapi TB ni join je Giveaway tu, tak tahu pulak hadiahnya balm..TB ingatkan minyak wangi.. hehehehe.. sebab nama dia Auroma Scents kan.. Bila dapat hari tu.. TB buka dan baru tahu ianya sejenis balm.. ada 5 jenis balm yang TB dapat.. bekasnya alahai comey giler.. suka TB tauu! 

Yang Tb dapat ni TRAVEL PACK #auromascents yang ade 5 mini balm (bedtime,vapour,skin soothe,itch no more & happy Tummy) dan saja TB tinjau-tinjau harga untuk Travel Pack ni berapa sebenarnya.. rupa-rupanya murah aje.. 5 balm ni boleh dapat dengan harga RM55 (FREE postage).. Eh.. Tapi harga rm55 ni masa promosi raya ritu tau.. harga sekarang ni TB tak pasti.. kalau nak tahu korang kenalah terjah link Auroma Scents dibawah ni atau nak senang whatsapp je terus no tertera dibawah tu ye!


Pastu TB bacalah kegunaan untuk semua balm tu.. wah.. bestnya.. macam-macam ada.. Tapi TB baru guna 2 aje iaitu Vapor Rub dan Happy Tummy Rub sebab hari tu kebetulan minyak telon yang TB gunakan untuk sapu perut baby tu dah kehabisan, so TB pun try la Happy Tummy Rub tu dan kebetulan juga baby TB masa tu sedang demam dan selsema sebab tumbuh gigi, dah belajar duduk dan beralih bulan ( masuk 7 bulan dah). 

TB terima barang ni pada awal bulan Julai 2017 (saja nak tepek sini) . dan 5 jenis balm yang TB terima tu ialah, sila lihat dibawah ni yea.. mungkin sticker nya telah diperbaharui .. yang TB dapat ni design sticker yang lama kot.. apa-apa pun ia tetap produk yang sama dari Auroma Scents ye!

1) Bedtime Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)

Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil 

Gabungan Lavender essential oil, Cedarwood essential oil, Lime essential oil, Vanilla essential oil, Orange essential oil dan beberapa essential oils lagi membantu si kecil tidur lebih lena dan mendapat qualiti tidur yang baik supaya mereka kurang meragam & bau yang menenangkan membantu mengurangkan hyper & tantrum si kecil. Sesuai digunakan sebagai stress relief dan mengurangkan migrain akibat stress.

Cara Penggunaan :
Sapukan pada sekitar dahi (temple head, between kening,brain stem tengkuk) bahu dan betis setiap malam/kegunaan harian/bila perlu.

Kalau ibu-ibu atau siapa sajalah yang terasa badan seram-seram sejuk, badan sakit-sakit mungkin sebab restlest. Kepala denyut-denyut, tengkuk rasa sengal-sengal...Haa.. Bed Time Rub ni seuai untuk korang.. cara-cara nak sapu mudah je.. Lumur 1 badan dengan #bedtimerubbyauromascents pastu hidu bau balm ni memang membantu kurangkan mood swing sebab sakit2 badan.
.
Mommy yang morning sickness pon boleh gunakan bedtimerub ni utk kurangkan rasa loya dan sakit2 badan . 

2) Vapour Rub
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)

Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil 

Gabungan Lavender,Peppermint,Myrtle,lemon essential oil dan beberapa lagi essential oil yang effective membantu mengurangkan simptop-simptom selsema, sinus, batuk, dan membantu menurunkan suhu demam dan mengurangkan kesesakkan nafas (asthma) dan blocked nose akibat selsema.

Cara Penggunaan :
Sapukan pada dada,belakang badan dan tapak kaki. Boleh disapu pada batang hidung untuk mengurangkan blocked nose dan sinus. Untuk batuk dan selsema TB sapukan Vapor Rub ni pada dada baby dan belakang baby.. Cara TB sapu, TB sapu pada tapak tangan TB dulu pastu ratakan di belakang baby.. dan calitkan sedikit ke hidung baby.. sikit je tau.. kang baby sapu hidung plak kalau dia rasa runsing ada minyak kat hidung dia.. huhuhu..

Kenapa sapu dekat tapak kaki ? Selain dari sapu dekat sekitar badan & kepala. Boleh refer gambar Dekat tapak kaki ni ade point2 vitaflex. Semua organ kita ade dekat tapak kaki.. Auroma scents tu boleh guna hari-hari sapu dekat tapak kaki anak / korang yang tengah demam atau tak sihat setiap malam. InsyaAllah cepat sihat dengan izin Allah.

3) Happy Tummy Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)

Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil 

Gabungan Lavender,Peppermint, lemon essential oil dan beberapa lagi essential oil yang membantu melegakan simptop-simptom stomach discomfort seperti kembung perut, sakit perut, sembelit, dan cirit-birit. Juga bantu melegakan period pain.

Cara Penggunaan :
Sapukan pada bahagian perut mengikut ARAH JAM jika kembung/sembelit & LAWAN JAM jika sakit perut/cirit birit. 

So, untuk perut TB gunakan Happy Tummy Rub ni .. sapu di perut dan dibahagian tapak kaki Baby, Sapu di betis dan paha sikit..  

4) Itch No More Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)

Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil 

Mengandungi Lavender, Lemongrass essential oil dan beberapa lagi jenis essential oil digunakan sebagai "insect repellent" juga bantu mengurangkan bengkak dan gatal akibat gigitan serangga.

Cara Penggunaan :
Sapukan pada kulit yang terdedah (lengan,kaki,muka) sebagai insect repellent dan sapu pada gigitan nyamuk/serangga untuk kurangkan kegatalan & bengkak.

5) Skin Soothe Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)

Mengandungi Sheabutter,beeswax,7 jenis carrier oil.

Mengandungi Lavender essential oil, frankincense (kemenyam arab) essential oil, Geranium, Tea tree oil membantu melembabkan kulit kering sesuai untuk ekzema,ruam lampin, PSO dan membantu mengecutkan jerawat & melembabkan bibir yang kering & tumit merekah.

Cara Penggunaan :
Sapukan pada kulit yang kering seperti tumit kaki & bibir. Sapu nipis pada kulit yang ruam,ekzema atau jerawat dengan kerap.
Setiap balm/rub diperbuat dengan bahan-bahan semulajadi,organik dengan campuran 100% natural therapeutic grade essential oils (pure oil) dan sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur kerana tidak panas/hangat bila disapu pada kulit, insyaAllah

Review JUJUR dari TB :
TB baru guna dua balm.. iaitu Happy Tummy Rub dan Vapor Rub. TB dah try sapu ke baby selama 2 hari .. dan apa yang TB boleh katakan.. memang ianya semulajadi sebab tiada bau bahan kimia, bau lembut macam bunga segar adalah tau.. lepas tu ada bau peppermint yang fresh sangat dan TB tengok lepas sapu balm Vapor Rub tu baby TB lena je tidr dan rasanya bila sapu sikit kat batang hidung dia, berkesan untuk redakan hidung tersumbat dia.. hemm.. korang patut ada semua ni di rumah.. senang nak bawa, kecil je.. comel je.. lepas tu tak berbau chemical.. sure lah kan! sebab 100% chemical FREE.. haa.. kalau nak tengok lebih jelas boleh video video TB kat bawha ni yea! jangan lupa LIKE dan Follow link Auroma Scents kat bawha ni tau! Ok.. byeee.. 



Follow Blog dan Google + Celoteh Mamy Si Kekris 
Follow Instagram (ig) Auroma_Scents_Hq
Follow Instagram (ig) Fa_Zahirah
Like/follow Facebook Auroma Scents Hq


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



19 Julai 2017

REVIEW SAMSUNG GALAXY J3 PRO 2017



REVIEW SAMSUNG GALAXY J3 PRO 2017 

Hai.. saja nak simpan sini story pasal hubby belanja henfon Samsung Galaxy J3 Pro ni, hubby belikan pada 17/7/2017 (Isnin) kerana henfon TB yang Sony C3 tu dah jammed.. Hanggg.. tek boleh nak on dah.. huwaaa.. sedih kotttt.. Banyak sangat gambar dan video dalam tu.. lagipun emmory tu.. hadiah dari hubby miaw.. agak terkilan sikit sebab tak save kan semua file2 bergambar dalam tu masuk ke pc.. tangguh punya tangguh.. jahanam terus henfon TB tu.. Lepas tu mati kutu bila henfon tak ada.. yelah.. bila jadi Blogger ni, macama-macam nak buat menggunakan henfon tu.. nak shoutout instagram salah satunya.. sebab instagram tak boleh buka melalui pc.. hemm.. boleh kot tapi TB buat tak boleh ponnn.. huhuhu.. apa-apa pun jom cuci mata tengok gambar dulu.. nanti TB update spesifikasi Samsung Galaxy J3 Pro ni.. 


















Samsung Galaxy J3 2017 paparan skrinnya Super AMOLED bersaiz 5.0 inci resolusi p20 x 1280 piksel. Tanpa Screen Protector.. TB pun takut nak guna lagi sebab risau calar atau terjatuh ke retak ke.. nak beli screen protectornya tak ada jual lagi sebab henfon ni baru sangat-sangat, so.. susah nak cari accessories dia.. kena tunggu la nampaknya.. TB nak beli screen protector dengan casing dia.. kali ni nak jaga betul-betul.. hehehehe.. Ok jom tengok spec lain lak .. 

- Samsung Galaxy J3 2017 -  
CPU Exynos 7570 Quad Core 1.4 GHz, 
RAM - 2GB 
Internal Memori -  16GB. 
Kamera Utama Samsung Galaxy J3 2017 beresolusi 13 MP, 
lengkap dengan Autofous dan LED Flash 
dan kamera depan beresolusi 5 MP + LED Flash. 
Kapasiti bateri mempunyai kapasiti 2400 mAh.


HargaRM 699
SPESIFIKASI
Jaringan3G, HSPA, EDGE, 4G LTE
4G LTE Cat 4
SIMDual SIM, Nano SIM
Dimensi143.2 x 70.3 x 7.9 mm
Berat148 gram
LED NotifikasiTidak Ada
LayarLayar 5.0 Super AMOLED capacitive
Resolusi 720 x 1280 pixels
Kerapatan ~294 ppi
2.5 D Curved Glass
Sistem OperasiOS Android v 7.0 Nougat
ChipsetChipset Exynos 7570 Quad
CPU Quad-core 1.4 GHz Cortex-A53
GPU Mali 400
MemoriRAM 2 GB
Memori Internal 16 GB
Memori Eksternal up to 256 GB ( Hybrid )
KameraKamera Utama 13 MP, f/1.9, Autofocus, LED flash
Video : 1080p@30fps
Kamera Depan 5 MP, LED Flash
KonektifitasWIFI, 802 .11 a/ b/g/nt
WI-FI hotspot
Bluetooth v4.0 ,A2DP
GPS – A GPS
Micro USB v 2.0
USB OTG
SensorAcelerometer
proximity
Ambient Light
Compass
BateraiLi-Ion 2400 mAh
Non-Removable
WarnaWhite, Black, Gold, Blue
Sumber : GSMArena







------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Ukuran Foto 4R, 3R, 2R, 10R dalam cm, inci, dan pixel

Ukuran Foto 4R, 3R, 2R, 10R dalam cm, inci, dan pixel

Haii.. tadi TB tengah nak print gambar atas ni, tapi nak setting saiz tu susah pulak sebab dekat setting printer tu tak ada pun tulis 3R, 4R ke.. sebab TB tahu saiz macam tu je.. Sebab semua orang pun akan guna saiz tu utnuk menyatakan saiz gambar diorang. Saiz dalam R tu adalah saiz yang telah ditetapkan oleh standard antarabangsa ISO untuk melambangkan saiz foto atau saiz yang berkaitan dengan cetakan foto.

Namun ramai jugak yang belum mengetahui ukuran tepat untuk jenis saiz R ini termasuklah TB, kerana memang jarang sekali digunakan kecuali hanya untuk saiz kertas foto. Haa.. sebab tu juga TB nak tepek entri Ukuran Foto 4R, 3R, 2R, 10R dalam cm, inci, dan pixel ni kat sini.. Nanti senang TB nak cari balik saiz-saiz nya.. Jom kita tengok saiz gambar yang TB maksudkan tu.. 


Saiz Gambar 4R, 3R, 2R, 10R dalam cm

2R -> 6 cm x 9 cm

3R -> 8.9 cm x 12.7 cm

4R -> 10.2 cm x 15.2 cm

5R -> 12.7 cm x 17.8 cm

6R -> 15.2 cm x 20.3 cm

8R -> 20.3 cm x 25.4 cm

8R (+) -> 20.3 cm x 30.5 cm

10R -> 25.4 cm x 30.5 cm

10R (+) -> 25.4 cm x 38.1 cm

12R -> 30,48 cm x 39.37 cm

16R -> 40,64 cm x 50.8 cm

20R -> 50.8 cm x 60,96 cm

24R -> 60,96 cm x 80 cm

30R -> 75 cm x 100 cm


Saiz Gambar 4R, 3R, 2R, 10R dalam inci

3R = 3.5 inci x 5 inci

4R = 4 inci x 6 inci

5R = 5 inci x 7 inci

8R = 8 inci x 10 inci

10R = 10 inci x 12 inci

12R = 12 inci x 15.5 inci

16R = 16 inci x 20 inci

20R = 20 inci x 24 inci

24R = 24 inci x 31.5 inci

30R = 30 inci x 40 inci

Untuk print gambar sebaiknya resolusi yang digunakan adalah sesuai dengan standard cetak foto iaitu 300 dpi. Namun jika kamera yang digunakan menggunakan saiz yang lebih kecil dari standard print foto maka sebaiknya saiz cetak pun perlu disesuaikan agar boleh menghasilkan cetakan yang maksimum.

Saiz maksimum KERTAS GAMBAR UNTUK KAMERA

Kamera 0.1 mega pixel (352 × 228), maksimum saiz cetakan foto = 2 × 3 cm

Kamera 0.3 mega pixel (640 × 480), maksimum saiz cetakan foto = 4 × 6 cm

Kamera 1.0, 1.2, 1.3 mega pixel, maksimum saiz cetakan foto = 2R

3R = 1051 pixel × 1500 pixel

4R = 1205 pixel × 1795 pixel

5R = 1500 pixel × 2102 pixel

6R = 1795 pixel × 2551 pixel

8R = 2398 pixel × 3000 pixel

8R Plus = 2398 pixel × 3602 pixel

10R = 3000 pixel × 3602 pixel

10R Plus = 3000 pixel x 4500 pixel

Haa.. lepas ni dah tak pening-pening nak ingat saiz Foto/Gambar yang nak di print.. itu kalau print sendiri la kan.. kalau hantar kedai suruh print sebut ajelah saiz 3R, 4R tu semua yea! Ok.. sekian.. semoga bermanfaat buat semua yang membaca.. 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



RESEPI AYAM GORENG MELETOP LETOP POM! POM! POM!

 RESEPI AYAM GORENG MELETOP LETOP
POM! POM! POM!

Haii.. saja TB nak share resepi lagi satu ni kat sini... Tapi resepi ni macam sama je dengan resepi yang TB pernah masak sebelum ni.. mungkin ada beza dari segi bahan-bahan dia kot.. Tapi rupa hasilnya macam serupa sangat dengan AYAM GORENG BEREMPAH TB ni ha.. cer korang tengok.. serupa kan? Tapi TB nak jugak letak resepi yang ni sebab mana tau ada penambahan rasa ke.. kan.. sedap tau.. makan simple-simple je kalau ada lauk ni.. Nasi panas-panas dengan "kari bodo",  kari yang tak payah letak apa-apa, hanya buat kuah kari je.. ikan, daging ke tak payah.. Pastu buat la sambal belacan sikit.. sedap wooo... 




AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP

Bahan-bahan:

Bahan A (dikisar):
Serai
Lengkuas
Halia
Lada kering

Bahan B:
Telur ayam
Garam
Gula
Biji ketumbar
Daun kari
Tepung jagung

* Lebihkan bahan kisar untuk lebih sedap.

Cara-cara:
1. Sediakan ayam yang dipotong kepada 16 bahagian dan ditoskan airnya.
2. Masukkan bahan A dan b dan digaul sebati.
3. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti ais.
4. Goreng dalam minyak yang banyak untuk masak sepenuhnya dan lebih rangup.
5. Siap dan boleh dimakan bersama lauk lain.




Credit to :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



18 Julai 2017

Resepi Ayam Sambal Asam Pedas




Ayam Masak Sambal Asam Pedas

Bahan-Bahan :
7@8 ketul Ayam-poyong kecik..bersihkan dan goreng garam kunyit
*4 biji lada besar @ cili masak
*10-15 biji cili padi
*1biji bwng besar
*3ulas bwng putih
*sedikit belacan
1 pkt perencah asam pedas adabi
2 btng serai
5@6 keping daun limau purut
1 biji tomato-hiris nipis
Garam n perasa
Sedikit gula
1 biji terung-potong dan goreng 
1 biji bwng besar-hiris bulat


Cara-Cara:
Mesin bhn bertanda *
Tumis bhn mesin hingga garing..
Masukkan daun limau purut dan serai
Masukkan tomato hiris
Masukkan pes asam pedas
Masukkan garam,perasa n gula
Masukkan ayam yg siap d goreng td
Kacau rata n masukkan bwng hiris dan terung goreng tadi
Siap!!!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Resepi Istimewa dan Sedap Ni 
Adalah dari Kak Mazliza Ahmad
Thank You sebab bagi idea nak masak nanti..
Moga Allah murahkan rezeki Kak Sekeluarga.. Aamiin






GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2