Nuff

16 Mei 2016

10 Khasiat dan Kelebihan Minum Air Barli




10 Khasiat dan Kelebihan Minum  Air Barli |

Hari tu hubby ada beli air barli.. katanya sedap.. teman pun rasa sikit.. memang sedap.. Biasalah.. kalau dah asik kerap minum air barli.. mulalah rasa nak tahu apa kebaikna-kebaikan minum air barli ni kan.. Tak lupa juga nak tahu jugak kot ada kesan-kesan sampingan kalau diminum kerap sangat.. So, 'meng' google la dan terjumpalah 10 Khasiat dan Kelebihan Minum Air Barli ni.. hehehe.. jom kita baca sama-sama yea.. moga bermanfaat untuk perkongsian kita semua .. 


Berikut adalah khasiat-khasiat air barli dari pelbagai sudut kesihatan (dan kulit juga):

1. Merawat UTI
UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Dengan pengamalan air barli, anda boleh merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini.

Beras barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.

Pada masa yang sama, air barli juga boleh membantu mencuci buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem urinari. Oleh sebab itu, air barli ini sesuai untuk merawat penyakit seperti cystitis, batu karang dan tahap kreatinin yang tinggi. Ia juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing.
Beras barli kaya dengan magnesium, yang mana boleh mencegah penghasilan batu karang – selain daripada membantu anda menyahtoksinkan badan.
Untuk merawat UTI, anda perlu minum beberapa cawan air barli setiap hari sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.

2. Membantu Mengurangkan Berat Badan
Air barli adalah satu sumber minuman kesihatan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ianya tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan (dan tidak perlu).

Tambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.

3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Air barli ini dikatakan sebagai satu minuman yang baik untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, lantas mengurangkan risiko masalah sakit jangtung. Serat yang terdapat di dalam beras barli juga tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.

Beta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadr kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida.

4. Jantung Yang Lebih Sihat
Selain berperanan merendahkan kadar kolestrol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri (saluran darah) disekat dengan gumpalan lemak – condisi ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.

Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan stok.

5. Membantu Sistem Penghadaman
Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.

Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dan elektolit anda.

6. Mengawal Kencing Manis (Diabetes)
Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.

Terdapat banyak kajian telah menjumpai bahwa beta-glucan boleh memperelok pengawalan kadar gluosa darah dan insulin. Ianya juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan) – penyumbang utama kepada kencing manis tahap 2.

Tambahan lagi, beras barli dianggap sebagai salah satu makanan yang mengandungi kadar glycemic yang rendah. Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah. Manakala, phytochemicals yang terdapat di dalam beras barli pula bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser.

7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah
Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan – ini boleh memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.

Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat.

Tambahan lagi, antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas. Ini boleh melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet mudah untuk jangka masa yang lebih lama.

Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada permukaan muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan kaedah ini untuk beberapa kali seminggu.

8. Menyejukkan Tubuh
Air barli adalah satu air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan.

Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli – ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.

Anda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.

9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Mengandung
Dengan kebaikannya yang banyak, air barli ini boleh dikatakan sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tambahan lagi, ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.

Air barli boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada ederma.

Para ibu yang menyusu anak juga boleh mengambil manfaat air barli ini untuk meningkatkan kadar penghasilan susu badan mereka. Anda boleh campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.

10. Meningkatkan Sistem Pertahanan Badan
Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium – semua ini memainkan peranan di dalam sistem pertahan badan kita. Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.

Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Selain itu, air barli turut mengandungi zat besi, ini mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).

Bagaimana Membuat Air Barli? (Resipi)

Membuat air barli sendiri di rumah adalah lebih baik daripada membelinya di gerai-gerai. Hal ini kerana anda boleh mengawal sendiri kadar penggunaan gula di dalam air tersebut.

Lagipun, anda boleh dapatkan beras barli dengan mudah di kedai-kedai ataupun pasar raya berdekatan, dengan harga yang murah.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan beras barli
  • 5 cawan air
  • Perahan limau (pilihan, untuk rasa)
  • 1 sudu teh madu (pilihan, untuk rasa)
  • 1 kayu manis (pilihan)
  • 1 akar halia (pilihan, untuk rasa)

Cara-Caranya:

1. Bilas beras barli dengan air bersih yang mengalir, kemudian rendam di dalam air sekurang-kurangnya sejam.

2. Keluarkan air tersebut, dan campurkan 1 cawan beras barli yang basah itu dengan 3-4 cawan air, halia dan kayu manis.

3. Rebus, kemudian reneh selama 45 minit sehingga 1 jam, sehingga beras tersebut masak sepenuhnya dan lembut

4. Biarkannya sejuk.

5. Tuangkan air tersebut ke dalam gelas/cawan.

6. Minum 1-2 cawan air barli setiap hari untuk mengekalkan tahap kesihatan. Anda boleh menambah limau ataupun madu untuk menaikkan rasa.

7. Simpan air barli yang lebih itu di dalam peti ais. Boleh bertahan selama 3 hari.

Nota
Jangan buang beras barli yang direbus itu tadi, anda boleh memakannya jika mahu.
Tips Tambahan

Lebihan beras barli boleh digunakan semula:
  • masukkan di dalam salad
  • blend dan jadikan bahan tambahan kepada smoothie
  • masukkan di dalam bubur

Amaran:
1. Air barli ini adalah diuretik, membawa maksud ia akan mencepatkan proses pengeluaran air dari badan. Oleh itu, jangan minum melebihi 6 gelas air barli setiap hari.

2. Air barli mengandungi gluten, tidak disarankan kepada orang yang mempunyai alahan pada gluten.

Berikut adalah video youtube oleh Dorothy dari FaveDiets, beliau berkongsikan bagaimana cara membuat air barli.


Kesimpulan
Air barli ini tidak dinafikan banyak memberikan manfaat kepada kita, terutama dalam aspek kesihatan dan kecantikan kulit. Memandangkan cara penyediaannya yang mudah dan harganya yang murah, apa kata anda mula amalkan minum air barli mulai hari ini.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!


Related Posts

6 ulasan:

  1. hritu dah beli barli. belum buat lagi. ada buat sekali, tp barli tak betul2 kmbng. tak berapa sedap la pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. teman pun baru buat malam tadi.. dah rendam 2 hari.. pastu rebus baru nampak kembang.. tapi macam tak cukup kembang lagi.. heee.. kena rebus lagi la gamaknya..

      Padam
  2. akk zaza rjin minum..tp zaza xleh telan rasa... tp klu barli campur2 dalam minuman lain ok pulak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap zazaaa.. try laa.. minum macam tu lagi elok tau untuk kencing yang lancar je.. heee

      Padam
  3. mmg selalu minum pagi2....boleh cuci perut...thanx for the info

    BalasPadam
  4. walaupun sy kurang minat air barli...tpi tahu khasiat nya sngat byk...tq sharing!

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2