Nity

Nuff

30 November 2019

BUANG LEMAK DAN SELULIT DENGAN ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM


BUANG LEMAK DAN SELULIT DENGAN
ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM 


Haii.. Hari ni TB nak share tentang cara nak buang lemak berlebihan di perut, bawah dagu, bawah lengan, bawah peha ke atau dimana-mana kawasan yang mok tu kan.. hehehehe.. ini dia produk yang boleh kita cuba, iaitu ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM haaa.. serum ni sangat efektif dan berkesan, hanya letakkan beberapa pump, sapu bagi rata dan boleh nampak kesan sepantas 10 minit hingga ke 1 jam. Bukan tu je tau, bahan asas utama yang ada dalam ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM sangat berkualiti dari ekstrak pokok gaharu dan sangat sesuai untuk kegunaan umum. Slimming serum yang pertama menggunakan ekstrak pokok gaharu, mempunyai khasiat yang terbaik. Bila pakai ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM terus meresap kedalam kulit, tak perlu untuk sapu terlalu lama, tak ada rasa melekit dan paling best berbau wangi ibarat pakai perfume. Paling best mudah dibawa kemana-mana.
KELEBIHAN ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM 
  1. Membantu Mendapatkan Bentuk Badan Ideal 
  2. Membantu Mengurangkan Kesan Selulit Degil Dan Tebal 
  3. Membantu Menguruskan Badan 
  4. Membantu Merampingkan Bahagian Pinggang 
  5. Membantu Mengurangkan Selulit Bahagian Pinggul 
  6. Membakar Lemak Berlebihan Pada Bahagian Perut, Lengan Dan Peha 
  7. Membantu Mengurangkan Kesan Rekahan Kulit 
  8. Mempunyai Bauan Aroma Yang Harum dan Wangi 
  9. Cepat Meresap 
  10. Boleh Disapu Seluruh Badan Kecuali Bahagian Luka dan Rongga Badan 
  11. Boleh Digunakan Bersama Bengkung/Korset Untuk Kesan Optimum 
  12. Tidak Sesuai Untuk Bayi 
  13. Hanya Digunakan Sekali Sehari . 


CARA PENGGUNAAN ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM 
  1. Pam 1 kali untuk 1 kawasan sasaran kecil seperti lengan, 2 kali untuk kawasan paha dan 3 kali untuk kawasan perut pada tapak tangan. Urut sehingga diserap sepenuhnya dan mula rasa panas . 
  2. Serum pelangsing ini berfungsi dengan baik apabila badan anda semakin hangat. Untuk kesan yang lebih baik, sapukan serum sebelum bersenam atau setidaknya melakukan beberapa gerakan lembut selepas sapuan. 
  3. Elakkan daripada terkena kawasan mata,hidung dan rongga badan. Basuh tangan dengan segera selepas menggunakan serum. 
  4. Gunakan pada waktu pagi, 1 kali setiap hari untuk hasil yang terbaik. Kesan seawal satu jam bergantung kepada individu. 
  5. Anda boleh menggandakan kuantiti serum untuk kesan pemanasan dan pemecahan lemak yang lebih pantas. 
  6. Untuk kesan optimum lakukan senaman ringan selepas pemakaian

Kandungan: Distilled Water, Agarcinoides™, Capsaicinoids, Glycerine, TEA, Tetrasodium EDTA, Perfume, Presevatives. 


Produk ini diperbuat daripada 👉 Ekstrak Gaharu 🌴. khusus untuk penurunan berat badan CEPAT dan TIADA kesan sampingan. Ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada lemak selamanya..

Untuk membeli sila klik  : 




14 November 2019

RAWAT MASALAH TONA KULIT TAK SEKATA / PIGMENTASI DENGAN PYNOCARE


RAWAT MASALAH TONA KULIT TAK SEKATA /
PIGMENTASI DENGAN PYNOCARE


Bintik gelap selalu menjadi masalah umum bagi wanita terutama untuk wanita Asia seperti kita yang sering terdedah di bawah cahaya matahari. Haaa hari ni TB nak share info tentang satu produk ni, ia bagus untuk mereka yang mengalami masalah bintik gelap di wajah, tona kulit tak sekata, pigmentasi yang hadir kerana kurang penjagaan kulit serta kulit kusam..



Ini dia produknya .. Pynocare namanya.. Pynocare ni dikeluarkan oleh MegaLife Sciences, sebuah syarikat pharamaceuticals kecantikan yang terkenal, Pynocare telah disahkan oleh ahli dermatologi terbukti berkesan untuk memerangi bintik gelap dan melasma. Setiap kapsul dibungkus dengan vitamin dan nutrien yang baik untuk kulit kita seperti Betacarotene dan asid Ascorbic.

Pynocare adalah antara produk Bio-Life yang terbaik..

Didatangkan dalam bentuk kapsul dengan MSCC Complex Actisome™ dan paling TB suka ialah?? Pynocare adalah 100% semulajadi dan hanya terdiri daripada bahan-bahan yang telah lama terbukti berkesan iaitu satu formula khas yang menggabungkan tumbuhan semulajadi dan ekstrak rumpai laut.

Ia juga mempunyai Kandungan Antioksidan yang tinggi dan dapat meningkatkan pertahanan terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari.

Ia juga mengandungi Ekstrak kulit kayu pain Perancis,  Vitamin C,  Ekstrak D. Salina dan Vitanin E.


Haa.. selain tu kalau korang nak tahu, Pynocare ni adalah kapsul penyerapan kulit yang pertama, selamat dan berkesan untuk pigmentasi kulit. Wahh.. sukanya TB tau.. dah lama TB cari suplemen untuk kulit masalah pigmentasi ni.. Then dah jumpa sekarang.. yeahhh.. 

PYNOCARE ni sesuai untuk semua jenis kulit, dan memberikan penyelesaian ideal untuk lelaki dan wanita untuk menguruskan masalah pigmentasi kulit mereka secara semulajadi dari dalam, terutamanya bagi mereka yang tidak suka idea meletakkan krim atau losyen di muka mereka

Selain itu, Pynocare mengandungi Kompleks MSCC (Melasma Skin Clear Complexion) yang merupakan gabungan antioksidan yang kuat. Dengan mengambil 2x sehari selepas makan, anda akan melihat hasil seawal dua bulan.

Haa.. untuk korang yang memang mencari produk suplemen untuk mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit tak sekata dan sebagainya, boleh lah try Pynocare ni.. apap-apa pun jom baca info sel;ebihnya dibawah ni ye.. 


Adakah PYNOCARE selamat?
  • Ya. PYNOCARE benar-benar selamat
  • Formulasi semulajadi 100% tanpa pengawet tambahan atau bahan berbahaya
  • Tiada pengumpulan sisa berbahaya dari pengambilan harian

Adakah PYNOCARE mempunyai apa-apa kesan sampingan?
  • Dalam kes-kes yang sangat jarang PYNOCARE boleh menyebabkan ketidakselesaan perut kecil
  • Ambil PYNOCARE dengan hidangan untuk mengelakkan masalah ini

Berapa lama saya boleh mengharapkan untuk melihat keputusan?

  • Dengan menggunakan PYNOCARE secara berterusan, mungkin untuk melihat hasil yang kelihatan dalam lapan minggu
  • Keputusan adalah berbeza untuk setiap orang

• Pigmentasi permukaan (jenis epidermis) bertindak balas dengan lebih baik, manakala pigmentasi yang lebih dalam (jenis dermal) akan mula berkurangan selepas beberapa bulan.

• Mereka yang mempunyai pigmentasi epiderma boleh mengharapkan untuk melihat hasil yang lebih cepat dan lebih nyata berbanding mereka yang mempunyai jenis kulit terutamanya .


Bolehkah saya mengambil PYNOCARE secara jangka panjang?

  • Pasti, PYNOCARE semuanya semulajadi dan selamat
  • Tiada kesan buruk yang serius telah dilaporkan dalam penggunaan jangka panjang PYNOCARE
  • Sebenarnya, semakin lama anda mengambil PYNOCARE, lebih banyak kulit anda akan mendapat manfaat darinya
  • Disebabkan sifat antioksidan yang kuat, PYNOCARE juga membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan.


Apabila mengambil PYNOCARE, adakah saya harus menggunakan produk pemutihan topikal?

  • PYNOCARE boleh digunakan dengan produk kecantikan yang lain
  • Sangat disyorkan untuk menggunakan produk penjagaan kulit PYNOCARE yang dirumuskan dengan MSC COMPLEX untuk melengkapkan rawatan lisan. Ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan secara keseluruhan apabila menggunakan bersama.
  • Rangkaian penjagaan kulit PYNOCARE termasuk Foam Muka, Essence Gel, Krim Cerah, dan Blok Matahari SPF25

Apabila mengambil PYNOCARE, adakah saya perlu memohon sunblock semasa keluar?

  • Pendedahan kepada matahari adalah penyumbang utama kepada pigmentasi kulit, jadi disarankan untuk mempunyai beberapa bentuk perlindungan matahari.
  • Blok matahari spektrum luas seperti PYNOCARE Sun Block SPF 25 memberikan perlindungan penting terhadap sinaran UV
  • Hanya satu hari pendedahan cahaya tanpa perlindungan boleh membatalkan bulan rawatan, terutama bagi mereka yang terdedah kepada pigmentasi kulit

Selepas mendapat keputusan yang memuaskan, saya harus berhenti menggunakan PYNOCARE?

  • Objektif utama merawat pigmentasi adalah untuk meringankannya dan mencegah pengulangannya
  • Pengulangan adalah perkara biasa, terutamanya selepas pendedahan semula kepada matahari
  • Kemerosotan boleh dicegah melalui:
  • Pengambilan kapsul PYNOCARE berterusan walaupun selepas keputusan yang memuaskan diperolehi.
  • Perlindungan matahari yang sensitif dengan mengelakkan pendedahan cahaya matahari dan menggunakan PYNOCARE Sun Block SPF 25
  • Manfaat tambahan penggunaan jangka panjang: PYNOCARE sebenarnya menangguhkan proses penuaan kulit semula jadi.

Bolehkah PYNOCARE diambil semasa mengandung?

  • Apabila pigmentasi berkembang semasa kehamilan, sebagai langkah berjaga-jaga umum ia tidak boleh diambil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan.
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk mengambil PYNOCARE dalam tempoh masa ini, anda mungkin hanya melihat sedikit peningkatan.
  • Adalah disyorkan bahawa PYNOCARE diambil selepas kelahiran untuk mencapai hasil yang ketara.


Bolehkah lelaki mengambil PYNOCARE?

  • Ya, PYNOCARE memenuhi semua jenis kulit
  • Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kira-kira 10% kes pigmentasi kulit berlaku pada lelaki
  • PYNOCARE menyediakan penyelesaian ideal untuk lelaki untuk menyelesaikan masalah pigmentasi kulit mereka
  • Satu titik tambah untuk lelaki: Kemudahan tidak perlu menggunakan krim atau losyen topikal.


Saya tidak mempunyai pigmentasi, sekiranya saya mengambil PYNOCARE?

Sudah tentu! Adalah dinasihatkan untuk mencegah daripada merawat pigmentasi. Mengambil PYNOCARE lebih awal, akan mengekalkan pigmentasi anda.



BAHAN-BAHAN

Setiap capsule softgel mengandungi:
Kompleks MSCC Terdiri daripada
Piwhite (French Maritime Pine Bark Extract) 40 mg
Lycoskin 25 mg
Memberi Lycopene 1.5mg
Vitamin C 60 mg
D. Salina Extract 20 mg
Lucent - P (Beras Ceramide) 15 mg
Vitamin E 15 IU
Memberi Lycopene 1.5mg

Pynocare suplemen dari Biolife ni telah disahkan HALAL dan telah terbukti secara klinikal. Korang boleh dapatkan ia di semua farmasi terkemuka, CARiNG dan Watsons.

Cara pengambilan Pynocare : 2 kapsul sehari selepas makan. 

Korang juga boleh dapatkan Pynocare secara online seperti di bawah :

Lazada: 
http://Biolife.2.vu/Lazada-Pynocare 

CARiNG: 
http://Biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare 

Watsons: 
http://Biolife.2.vu/Watsons-Pynocare







09 November 2019

20 Aneka Resepi Masakan Daging - Sheila Rusly | Ketuk-Ketuk Ramadhan


20 Aneka Resepi Masakan Daging
- Sheila Rusly | Ketuk-Ketuk Ramadhan

Alhamdulillah.. Jumpa jugak resepi Daging yang Tb cari Selama ni.. Thank You sangat Kak Sheila Rusly sebab share resepi-resepi ni.. boleh la TB try satu-satu ni.. Nak merasa kelainan cara masakan walaupun ada masakan yang TB biasa masak  tapi nak try gak masak ala-ala sifu Kak Sheila Rusly ni.. Sape tak kenal kan.. dah la cantik, pandai masak pulak tu.. untung betul kalau pandia masak macam kak Sheila Rusly ni kan..

Ni TB tepek resepi-resepi nya kat sini.. nanti dah pindah rumah baru.. hope pasar dekat la.. nak masak apa-apa bahan semua boleh beli sendiri... Aamiinn.. jom follow page Ketuk-Ketuk Ramadan


DENDENG DAGING

Bahan-Bahannya :

Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa

Bahan D
air rebusan daging

Cara-cara Penyediaan:

Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap

Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan

skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba



DAGING MASAK HALIA

Bahan-Bahannya :
- daging yang di rebus lembut dan di potong nipis-nipis (1 mangkuk)
- 4-5 biji bawang putih (potong kecil)
- 4 inci halia (hiris kecil memanjang) - macam batang mancis
- 1.5 biji bawang besar (hiris kasar)
- 1/3 sudu teh serbuk lada hitam
- 2-3 sudu teh kicap manis
- sedikit sos tiram
- sedikit minyak bijan
- sedikit sos sotong thai
- 3/4 cawan -1 cawan air
- tepung jagung 1/2 sudu makan (bancuh tepung jagung nie dengan air di atas)
-2 pokok daun bawang potong kasar
- kacang panjang (3-4 batang- potong panjang-panjang)
- cili padi (3-5 biji)

Cara-cara Penyediaan:

- tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan daging dan gaul sebati.

- masukkan semua bahan kecuali bawang besar, daun bawang, cili padi, kacang panjang

- sebatikan kuahnya, then masukkan bawang besar. rasakan garamnya.

- akhir sekali masukkan kacang panjang. Then, daun bawang, Terus matikan api.

- masak dengan api besar, dan masak dengan cepat




DAGING MASAK TOMYAM

Bahan-Bahannya :
Daging dihiris
1/2 biji bawang besar-dadu kecil
2 ulas bawang putih-cincang
1 biji tomato-dadu kecil
cili padi-hiris
1 cili merah-potong2
2SB Perencah Tomyam
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu teh brown sugar

Cara-cara Penyediaan:
Daging gaulkan bersama bawang putih, kedua2 jenis gula, sos ikan n perap sekejap.
Panaskan minyak, tumis bawang besar. masukkan daging tadi n kacau n biar hingga masak n lembut.. masukkan semua bahan perencah n perasa. gaul rata.




Daging Cincang Goreng

Bahan-Bahannya :
250gm.daging cincang(jenama Ramly)
1 labu bawang bombay-hiris nipis
2 biji lada merah/hijau-hiris nipis
3 sudu besar cili merah kisar
2 sudu bear bawang merah kisar
2 sudu teh bawang putih kisar
sedikit sos tiram,sos cili,sos plum
garam/gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Dalam mangkuk masukkan bawang dan cili kisar,semua sos dan biarkan sebentar.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan daging cincang perap tadi dan goreng.
Bila daging hampir masak tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan lada dan bawang bombay .Balik-balikkan daging hingga bergaul rata.
Bolehlah di angkat dan hidangkan.



ASAM PEDAS DAGING TETEL

Bahan-bahannya:
600g daging tetel - direbus hingga empuk

2 batang serai - dititik
1 kuntum bunga lawang
2 sudu teh halba campur
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh serbuk kari daging
3 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Bahan tumbuk lumat:
1 inci lengkuas
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Cara Masak:

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, serai, bahan tumbuk, halba campur dan cili kisar hingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan daging dan air rebusannya sekali.
Masukkan daun limau purut. Kacau rata.
Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Biarkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
Sedia untuk dihidangkan.



SEMUR DAGING

Bahan-Bahan:
500 gm daging stew (dipotong kecil-kecil)
600 ml air
2 helai daun pandan (disimpulkan)
5 labu sedang bawang besar (dihiris)
3 camca kicap cair
2 camca mentega/marjerin
Cuka atau air limau nipis secukup rasa Bahan Gilin:
½ camca lada sulah
3 batang lada merah
2.5 cm lengkuas
2.5 cm belacan (dibakar)
½ camca buah pala parut
2 camca garam

Cara:

Gaulkan bahan giling pada daging & perapkan selama 1-2 jam.Jerang hingga mendidih & masukkan daging. Biarkan ia terus mendidih selama 5 minit lagi. Masukkan bahan selebihnya kecuali cuka. Kecilakan api & didikan perlahan-lahan hingga dagingnya lembut.Masukkan cuka & sesuaikan rasanya. Angkat dari api. Buangkan daun pandan,hidangkan panas-panas dengan nasi putih, sayur-sayuran & sambal.



SERUNDING DAGING

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging- direbus dan disiat halus
100 gm serbuk kari
50 gm jintan manis
50 gm jintan putih
50 gm serbuk ketumbar
100 gm cili kering yang telah dikisar
200 ml santan
250 ml minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR
3 cm lengkuas
3 cm halia
100 gm bawang merah
60 gm bawang putih
5 batang serai
60 gm kunyit hidup

CARA MEMASAKNYA:
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
2. Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
3. Setelah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidang




Rendang Tok

Bahan-bahan
•1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
•2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
•1/2 cawan kerisik
•1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
•100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
•1 batang kulit kayu manis
•Garam secukup rasa

Bahan2 kisar:-
•2 sudu besar ketumbar
•1 sudu besar/teh lada hitam
•1 sudu teh serbuk kunyit
•1 sudu besar/teh jintan putih
•1 sudu besar/teh jintan manis
•3 biji buah keras
•3 kuntum bunga lawang
•25 biji cili kering
•5 batang serai
•5 cm halia
•20 biji bawang kecil

Cara-cara
1.Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
2.Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar
3.Masukkan daging yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.
4.Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.
5.Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.
6.Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
7.Perlahankan api dan kacau hingga kering.




DAGING GORENG NANAS

Bahan-bahan ( 4~5 org ):
✔500g daging dihiris
✔200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
✔1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
✔2 sd besar sos tomato
✔2 sd besar sos tiram
✔1 sd besar rempah kari daging
✔1 sd kecil lada hitam (dikisar)
✔1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih

Bahan Ditumbuk:
✔3ulas bwg putih dan 1 cm halia
✔minyak masak dan garam

Cara-cara:
panaskn minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.

masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.

masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.

Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang



DAGING MASAK LEMAK CILI API

Bahan-Bahan :
1/2 kg daging - dihiris nipis,basuh dan toskan
1 liter air
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugor/asam keping
1 helai daun kunyit - dicarikkan
garam secukupnya
2 biji ubi kentang - dibelah 4
Bahan Dikisar :
20 tangkai cili api - ikut kepedasan masing2
3 cm halia
2 ulas bawang merah
3 cm kunyit hidup

Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan daging yang telah dihiris nipis ke dalam periuk yang berisi air bersama serai yang telah dititik dan rebuskan sehingga daging menjadi empuk.
2. Masukkan santan, asam keping, garam,ubi kentang dan daun kunyit yang telah dicarikkan.
3. Masak sehingga kuah menjadi mendidih dan pekat.
4. Siap untuk dihidang.




Daging Panggang bersama Kentang Lenyek Cendawan

BAHAN BAHAN

DAGING PANGGANG
200g daging batang pinang
1 sudu kecil oregano kering
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada
2 sudu kecil minyak zaitun (virgin olive oil)
secubit garam
Tali untuk ikat daging (yg sesuai digunakan dlm oven)

SOS
1/2 biji bawang holland
1 biji bawang putih
2 batang daun rosemary
Jus Daging (jus dari daging after panggang)
200ml air panas + 1 kiub pati ayam
1/2 tin tomato cincang
1/2 sudu kecil tepung jagung + sedikit air

KENTANG CENDAWAN
1/4 biji bawang holland -didadu
6 batang cendawan butang -didadu
2 biji bawang putih -didadu
1 sudu kecil serbuk oregano
3 biji kentang -didadu
1 kuib pati ayam - dihancurkan
serbuk lada hitam -secukup rasa
2 sudu besar salad dressng (apa2 yg suka)
sedikit minyak

CARA CARA

daging panggang
1. Ikatkan daging. Perapkan daging dengan olive oil, lada hitam, oregano, serbuk lada, garam selama 1 jam.
2. Panaskan oven 180c.
3. Didalam frying pan / kuali panggang, panggangkan ayam seketika sehingga luaran daging kekuningan. Buat side by side. Kemudian, Letakkan didalam oven selama 15 minit.
(Kalau ikot cara ni, daging pada keadaan medium rare. Aku kurang minat. So, after aku potong daging, aku masak dalam pan jap.)

sos
1. Didalam saucepan, masukkan sedikit minyak. Kemudian, masukkan bawang holland dan putih. Masak sehingga keperangan. Kemudian, masukkan daun rosemary sehingga naik bau.
2. Masukkan jus daging, air pati ayam dan tomato cincang. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Masak sehingga kuah agak pekat. Tapiskan.

kentang cendawan
1. Masukkan kentang didalam periuk dan biarkan sehingga kentang lembut.
2. Sementara kentang lembut, Didalam kuali, masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang holland dan putih kemudian masukkan cendawan. Gaul sehingga masak.
3. Lenyekkan kentang dan letakkan serbuk pati ayam, tumisan cendawan, oregano, serbuk lada hitam dan salad dressing. Gaul guna spatula kayu sehingga sebati.

Siap! Bolehlah dihidang..



SINGGANG DAGING

Bahan-Bahan
500 gm daging
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
4 inc lengkuas ~ hiris
3 inc kunyit hidup ~ di hiris
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
10 biji cili padi ~ belah 2
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-Cara :
Daging di hiris nipis dan cuci bersih
Ketumbar dan jintan manis di tumbuk kasar
Masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk
Rebus hingga daging empuk
Masukkan cili padi dan perasakan dengan garam
Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan



DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN

Bahan-bahan :
600 gm daging
2 - 3 inci kunyit hidup ~ tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis ~ ita letak kacang peas
Cili merah ~ hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam

Cara-Cara :

Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!




DAGING MASAK KURMA

Bahan-Bahan:
1) 400gm daging - dipotong
2) 5 ulas bawang merah - dihiris
3) 3 ulas bawang putih - dihiris
4) 1/2 in halia - dihiris
5) 2 sudu besar rempah kurma
6) 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
7) 1 1/2 cawan air
8) 2/3 cawan santan fresh
9) 3 biji ubi kentang
10) 1 biji tomato
11) 3 - 5 biji cii hijau
12) Garam dan gula secukup rasa
13) Minyak

Cara Memasak:
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris.
2) Goreng hingga terbit bau.
3) Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau.
4) Biarkan pecah minyak dan masukkan daging. Kacau rata.
5) Masak seketika, kemudian masukkan air.
6) Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang.
7) Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau.
8) Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau hiasan yang dibelah dua.
9) Masak sehingga kepekatan kuah yang dikehendak dan bolehlah dihidangkan.



DAGING GORENG HITAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
500gm daging pejal | dihiris nipis
1 biji bawang besar |dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
5cm halia muda
3 biji cili merah | dihiris
2 biji tomato | dipotong
1 sudu makan lada hitam | ditumbuk kasar
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
100ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1 Perapkan daging bersama halia dan bawang putih selama 30 minit.
2 Kemudian pijarkan minyak dan goreng daging sehingga empuk.
3 Setelah itu masukkan lada hitam, kicap manis, sos tiram, bawang besar dan cili merah. Gaul mesra dan sebati.
4 Seterusnya masukkan air secukupnya dan tomato. Biarkan seketika.
5 Akhir sekali, perasakan. Sedia dihidang panas.



DAGING TUMIS PEDAS

Bahan-Bahan :
1 kg daging (rebus sampai empuk )
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Setengah sudu biji ketumbar
Cili api
Kunyit hidup
(Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )

Cara Membuatnya :
Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,
Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati. Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu. Sedia dihidang,

selamat mencuba



DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM OHSEM

Bahan-Bahan Daging:
1) 1 kg daging lembu
2) 50 gm bawang besar - dikisar halus
3) 20 gm bawang putih - dikisar halus
4) 10 gm serbuk kari
5) 10 gm halia - dikisar halus
6) Garam - secukup rasa
7) Serbuk perasa - secukup rasa

Cara Membuatnya:
1) Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.
2) Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
3) Perapkan daging selama 2 jam
4) Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak
5) Setelah masak, boleh dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing

Bahan Air Asam Jawa:
1) Air asam jawa
2) 1 biji bawang besar - dipotong kecil
3) 2 biji lada merah - dipotong kecil
4) 2 biji lada hijau - dipotong kecil
5) 1 biji tomato - dipotong kecil
6) 10 biji cili padi - dipotong kecil
7) 10 gm belacan - dibakar / digoreng
8) Garam - secukup rasa
9) Gula - secukup rasa
10) Limau nipis

Cara Membuatnya:

1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa.
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
3. Semua bahan digaul rata.
4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi.



Resepi Daging Kaprau

Bahan-bahannya:
Daging yg telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
Bwg besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
Cili api yang ditumbuk
Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
Daun limau purut (dihiris kasar)
Sedikit gula

Cara-cara membuatnya:
1. Tumis separuh bahagian bwg besar dan cili api sehingga garing.
2. Kemudian, masukkan daging yg telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering
3. Lepas tuh, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata
4. Masukkan sedikit gula.... Dah siap




DAGING MASAK MERAH

Hidangan utk 4 orang

Bahan-Bahan:
● 200 gram daging
● pewarna merah
● 1 senduk minyak masak
● 1 inci halia, hiris nipis
● 3 ulas bawang putih, diketuk
● 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
● 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
● 4 biji jagung muda, potong memanjang
● 1/4 cawan cili kisar
● 2 sudu besar sos tomato
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 sudu besar sos ikan
● 2 helai daun limau purut
● sedikit tepung jagung
● Karot, potong memanjang

Caranya :
1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.

2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.

3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.

4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.

5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.

7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

selamat mencuba


DAGING BLACK PEPPER


Untuk 4 - 5 org makan

Bahan-bahannya:
● 500gm daging batang pinang
● 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas
● 1 biji lada benggala hijau
● 1 biji lada merah
● 3 sb kicap manis
● 2 sb sos tiram
● 1 cawan air
● 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
● 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
● minyak utk menggoreng

Cara-caranya:
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.

2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada

3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.

4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram

5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.



Baca juga :
















GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2