Nuff

01 Mei 2013

LUPUS Awareness Month

NAK JOIN SEGMEN NI?? KLIK BANNER PURPLE ATAS NI.. 

SLE ---> Systemic Lupus Erythematosus
(ini banner hasil kreativiti teman seperti yg DENO kehendaki..)

Alohaa.. tido ka? mentang2 cotiii yea! Coti Hari Pekerja/Buruh... Okeylah, pagi ni teman bw ke blog rakan2.. tiba2 ternampak pulak segmen DENO ni.. hemm.. siyes.. teman baru hari ni nak tau lebih lanjut tentang SLE.. selama ni teman cuma baca jea tajuk header DENO, teman tak baca sepenuhnya entri2 DENO tentang SLE sebelum ni.. tapi tiba2 hari ni teman terasa nak singgah lama kat blog DENO.. alangkah sebak baca entri DENO yg tabah and sentiasa POSITIF melawan penyakit SLE yg kini sudah 14 tahun DENO tempuhi.. SYABAS DENO!! walaupun Doktor beri DENO hanya 5 tahun untuk hidup.. tapi disebabkan semangat yg kuat DENO berjaya atasi tempoh yg doktor beri tu..

Benarlah sudah termaktub yg ajal dan maut di tangan Tuhan, bukan manusia yg tentukan.. dan untuk teruskan hidup perlu set mind agar diberi KEKUATAN SEMANGAT dan SENTIASA POSITIF atas apa jua penyakit/masalah yg dihadapi.. baiklah disini teman nak share sedikit sebanyak tentang penyakit SLE/LUPUS ni.. teman just COPY dari DENO sebab kalau nak taip sendiri teman takut tersalah INFO, hope DENO tak marah teman COPY entri DENO yea.. 

Lagi satu nk gitau teman x padam satu pun yg DENO letak note pada setiap baris ayat dalam entri tersebut yg menceritakan simpstom2 yg DENO alami.. teman sengaja buat begitu sebab nak rakan2 blogger tahu SLE DENO tahap yg mcm mana dan nak blogger2 lain tahu macam mana kuatnya DENO melawan penyakit.. macam mana POSITIFnya DENO mengharungi dan 
menikmati hidup yang berkualiti seperti mereka2 yang sihat... teman respect DENO.. im impress! rasa nak menangis baca entri DENO.. hope satu hari nanti DENO akan sembuh sepenuhnya dan tak perlu makan ubat banyak2 dah yea.. sekarang pun dah nampak perubahan yang ubat DENO dah mula kurang kan? good luck dear! i hope Allah give U a colourfull life after this.. Aminn.. Apa2 pun jom baca apa itu LUPUS.. 

LUPUS

Apakah lupus?
Lupus ialah penyakit autoimun yang kronil di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui. Anyibodi ini mula bertindak balas terhadap tisu badan pesakit.

Sistem imun adalah sistem pertahanan diri yang kompleks untuk melindungi  tubuh dari agen-agen penyakit berjangkit  seperti bakteria dan organisma asing yang lain. Jika seseorang menghadapi penyakit autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu  badan sendiri dan bukan agen-agen penyakit berjangkit.
Ada tiga jenis lupus :-

1. Discoid Lupus Erythematosus ( DLE )
    - Hanya melibtkan kulit
    - Jarang merebak ke organ lain

2. Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE ) <-- DENO sle class IV attack kidney
    - Boleh melibatkan organ-organ lain seperti kulit, jantung, 
      paru-paru, buah pinggang, sendi atau saraf ..
    - Boleh membawa maut

3. Lupus akibat perubatan <-- kesan ubat pun bole??.. O.. baru tau..
  - Berlaku sebagai kesan sampingan akibat perubatan untuk
    penyakit.
  - Hanya melibatkan 5% kes-kes lupus

Kadar kelaziman
90% pesakit SLE adalah kaum wanita dan 10% adalah lelaki. Dipercayai 10,000 orang mengidap SLE di Malaysia. Penyakit ini jarang dihidapi oleh orang ramai.

Kenapa ia berlaku?
Sistem imun tidak berfungsi dengan sempurna kerana pelbagai faktor, sama ada keturunan, virus sinaran cahaya ultra ungu atau perubatan.

Simpton-simpton lupus <<<--- perhatian!!
Setiap pesakit simptomnya berbeza. sesetengah pesakit mengalami simptom yang lebih, ada pesakit mengalami simptom yang kurang.
  • Ruam merah atau perubahan warna pada muka, biasanya dalam bentuk rama-rama melintasi hidung dan pipi. <<<--- simptom DENO
  • Sendi yang sakit dan bengkak <<<---simptom DENO
  • Demam tanpa sebab <<<---simptom DENO
  • Sakit dada bila bernafas panjang 
  • Kelenjar yang bengkak
  • Keletihan yang melampau <<<---simptom DENO
  • Keguguran rambut yang luar biasa
  • Jari tangan dan kaki pucat membiru bila dalam keadaan tertekan
  • Sensitiviti terhadap cahaya matahari
  • Bilangan sel darah berkurangan
  • banyak ulser di dalam mulut

Rawatan
Walaupun penyakit lupus tak dapat disembuhkan, cara-cara pengurusan boleh memastikan pesakit tetap menikmati hidup yang berkualiti. Matlamat rawatan adalah untuk melegakan simptom dan melindungi organ dari kerosakan.

Bagi korang yang ada sle, kena buat nie :-
Perubahan gaya hidup
- sentiasa gunakan krim penghalang cahaya matahari (sekurang-kurangnya SSPF 45)
- elakkan keluar dan berlindung di tempat teduh jika berada di luar
- gunakan payung, topi atau pakai baju berlengan panjang setiap masa untuk melindungi daripada terkena
  cahaya matahari

Tekanan
- elakkan dalam keadaan bertekanan tinggi kerana ia menyebabkan
  ia kembali teruk
- selalu berfikiran positif

Rehat dan tidur
- dapatkan tidur dan rehat yang cukup
 berhenti beraksi apabila letih

Bersenam
- pesakit perlu bersenam tapi hanya yang ringan yang mampu
  dilakukan oleh badan pesakit

Pemakanan
- makan makan yang seimbang
- kurangkan gula, garam dan lemak

Sokongan sosial
- jangan segan minta pertolongan dan sokongan
- elakkan kemurungan dan kesepian


Haa.... da siap baca? Jangan amik mudah tau kalau ada salah satu tanda2 kat atas... memang doc cakap sle takde ubat, pesakit just survive dengan ubat pil yg doc beri... tapi tu kata doc, tak mustahil kita boleh sembuh kan... mula-mula sakit pun doc cakap deno just bleh hidup 5 tahun.. tapi alhamdulillah umur deno panjang... betullah orang cakap, kalau selalu positif, badan yang sakit pun sihat.. betul tak?

deno ada masuk persatuan nie


Buat kawan2 di luar sana yang baru didignosis sle, cepat-cepatlah daftar dengan persatuan nie ya.... :)


apa yang penting??

POSITIVE +


*Baca Lanjut tentang Apakah SLE? : 

Related Posts

22 ulasan:

  1. hai.. hai..
    melawat sini balik.
    SLE ni biasa ye orang pompan yang kena. ada seorang kawan blogger kite pun menghidap SLE.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho.. yeke.. majoriti popuan lea byk kena yea? hemm.. itulah yg sedang teman share ni.. tentang rakan blogger kita ni DENO.. kagum dgn semangat dia..

      Padam
  2. Info yg baik....baru saya ketahui apa tu LUPUS.
    Deno tu memang seorang yg tabah.....
    Saya singgah sebentar ke blog Deno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx.. sudi singgah n baca entri ni..
      memang teman pun xtau apa2 lansung pasal SLE ni, pernah dngar tapi x pernah nk ambil tahu apa penyakit yg dipanggil SLE/LUPUS ni..

      Padam
  3. saya dah baca SLE di blog DENO . respect la kat dia nih . mmg seorg yg kuat semangat dan tabah lalui ujian Allah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. memang amat2 respect kat DENO.. moga Allah beri dia lebih kekuatan untuk sembuh sepenuhnya.. Aminn..

      Padam
  4. salam awak... singgah semula. minta maaf kalau lmbat follow n balas kunjungan. sibuk sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe awk.. teman faham.. heee.. thanx sebab sudi jugak singgah sini dan follow sini yea.. =)

      Padam
  5. bloglist dlm exlipse fot bella.. di bawah.... :-p salam perkenalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanz leeza.. salam perkenalan jugak.. jap lagi teman bw ke blog leeza n kawan2 yg dh komen sini yea.. =)

      Padam
  6. terharunya deno dengan entri ni.. :')terima kasih awak kerana support LUPUS awareness!! diharap dengan penyertaan awak, SLE akan lebih dikenali ramai dan ramai orang yang akan lebih peka dengan tanda-tandanya yang sukar dikesan .. terima kasih! :) nama SLE supporters akan diupdate dari semasa ke semasa ya.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx jugak kat DENO sebab jadi sumber inspirasi buat pesakit2 SLE yg lain.. respect dengan DENO.. xde kata yg boleh diluahkan melainkan kagum dgn semangat DENO.. teman sentiasa doakan DENO cepat sembuh sepenuhnya.. AMinn..

      Padam
  7. Balasan
    1. sama2.. ilmu memang elok dipanjangkan kan.. =)

      Padam
  8. banyak maklumat yang saya dapat... tQ=)

    saya datang dari segmen yg sama..jejalan kat blog..
    http://iedyaabdullah.blogspot.com/2013/05/segmen-lupus-awareness-month.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome dear.. nak tau lebih lagi tentang SLE bole bw ke blog DENO yea.. ada mcm2 lagi yg kita x tahu tentang SLE ni..

      Padam
  9. Balasan
    1. wslm.. thanx bunda.. sudi singgah sini.. jap lagi teman bw sana lak yea..

      Padam
  10. Singgah sini. Support !!:D
    http://youismysoul.blogspot.com/2013/05/segmen-lupus-awareness-month.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx dear.. jap lg teman bw lik yea. =)

      Padam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2