19 Mei 2014

Solekan Bagi Kulit Kering

Mempunyai kulit kering membuatkan wanita tidak yakin untuk berdepan dengan seseorang. Kadang-kala golongan yang memiliki kuit wajah kering akan sibuk mencari produk yang mampu melembapkan wajah mereka, sehingga sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Punca utama yang menyebabkan kulit wajah menjadi kering adalah sering terdedah dengan cahaya matahari dan kurang pengambilan air putih. Ada juga diantara kita yang mengamalkan cara pemakanan yang salah, dan sekali gus mengurangkan vitamin E yang menyebabkan kulit wajah kering. Ini juga mengakibatkan sesetengah wanita jadi takut untuk terus menggunakan alat solek.

mari kita berkongsikan beberapa panduan untuk mengatasi masalah yang dihadapi ketika bersolek.

Pastikan cara bersolek dengan cara yang lebih berhati-hati. Elakkan membersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. 

Gunakan tisu penanggal kotoran mahupun pembersih khas untuk membuang solekan yang ada.Kemudian, cucikan wajah dengan menggunakan pembersih muka.

Bersihkan solekan mata dengan teliti. Jika tidak ia boleh mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.

Pilih skrub tanpa biji. Menggunakan skrub berbiji akan menggalakkan pengelupasan dan merangsang rasa sakit.

Pilih produk yang melindungi kulit daripada sinar UVB dan UVA.

Gunakan pelembap setiap malam dan serum dua kali seminggu.

Sebaik-baiknya, ambillah suplemen yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. 
Reactions:

5 ulasan:

  1. akk dah lama tak pakai mekap... kulit akk kombinasi...

    BalasPadam
  2. nice sharing!
    kdg2 kita terlupa je step2 yg penting dalam penjagaan kulit wajah ni kan..

    BalasPadam
  3. Boleh amalkan supplemen seperti Vitamin E untuk melembap dan mencantikkan kulit. Saya jual Vitamin E Shaklee..kalau ada yang berminat, boleh hubungi saya di prettymommieshop@gmail.com

    Atau ke blog saya www.safe-and-green.blogspot.com

    Tq TenkuButang...

    BalasPadam
  4. kulit sy lagi lah..pandai kring, pandai lembap pandai sederhana ahaha

    BalasPadam
  5. Semua suka kecantikan. Ianya tak kekal...tapi Kalau dijaga insyaallah ianya amat berguna untuk a set diri.

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥