PAGE RANK TU APA? MACAM MANA NAK CHECK PAGERANK WEBSITE/BLOG KITA?

Jom Kenal Maksud PageRank (PR)
ho2.. teman tak berapa reti bab PR ni, PR teman pun baru 1/10.. sikit bebeno kann... sebab tu teman saja nak godek2 apa maksud PR tu dan bagaimana PR yang tinggi memberi kelebihan kepada kita, tapi rasanya ramai dah tahu kot formula rahsia yang digunakan oleh Google untuk menentukan kedudukan laman web berdasarkan carian yang kita buat di laman mereka. Salah satu daripada formula tersebut adalah PageRank (PR).

Jom baca info pasal Pagerank ni lagi jom.. teman pun baru tahu.. heeee... (info from Google dan sumber lain)

PageRank (PR).
Secara ringkasnya PageRank ini diberikan sendiri oleh pihak Google dan mereka menggunakannya sebagai salah satu ‘signal’ penting dalam proses ‘saringan’ selepas laman web berjaya diindeks oleh robot mereka.

Daripada julat 0 hingga 10, laman web yang mempunyai autoriti yang tinggi dan relevan akan mempunyai PR yang lebih tinggi. Sebagai contoh, Facebook mempunyai PR9, YouTube – PR9 dan Twitter – PR10.

Kepentingan PageRank Kepada Laman Web & Blog

Antara kelebihan jika laman web dan blog kita mempunyai PR yang tinggi adalah, Google akan menghantar robot mereka dengan lebih kerap untuk mengindeks kandungan di laman web dan blog kita.Ini penting dan sangat bermanfaat bagi laman web dan blog seperti portal berita kerana maklumat terkini berita boleh diindeks dengan lebih pantas di Google. Jika laman web seperti ini lambat menerima lawatan robot Google, berita hari ini akan mula ‘masuk’ di Google pada hari esok atau lusa – bukan selepas 1-2 jam artikel berita ditulis dan diterbitkan.

Kelebihan lain mempunyai PR yang tinggi adalah, Google akan memberi penekanan kepada laman web dan blog kita jika seseorang pengguna membuat carian. Laman web dan blog kita berpotensi berada di kedudukan lebih tinggi jika kita mempunyai PR yang baik berbanding laman web dan blog yang tidak mempunyai PR.

Bagaimana Untuk Menyemak PageRank Laman Web & Blog?

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk menyemak dan melihat PR laman web dan blog kita kan?

Antara laman web yang boleh kita gunakan untuk melihat PR laman web dan blog kita adalah PR Checker. Masukkan URL laman web atau blog kita di kotak yang disediakan dan tekan butang ‘Check PR‘.

Jika mereka perlukan pengesahan seperti captcha (nombor dan tulisan secara rawak), taip sahaja semula apa yang kita nampak. Keputusan PageRank bagi laman web dan blog kita akan dipaparkan sejurus selepas kita masukkan captcha tersebut.

Kesimpulannya, PageRank merupakan salah satu daripada formula yang digunakan oleh Google sahaja. Jika laman web atau blog kita tidak mempunyai PR, kita tidak perlu risau. Masih terdapat 199 lagi formula lain yang boleh kita gunakan untuk mendominasi Google!
Jom Check Pagerank (PR) website/blog korang cepat.. =)
Check Page Rank of your Web site pages instantly:
This page rank checking tool is powered by PRChecker.info service

8 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama