MESTI BACA!!

02 April 2017

WD-40 | ADA LEBIH 2000 KEGUNAAN!

WD-40 | ADA LEBIH 2000 KEGUNAAN! 


RAMAI YANG TAK TAHU WD-40 ADA LEBIH 2000 KEGUNAAN !!
Dahulu, WD-40 ni orang selalu gunakan untuk melincirkan apa-apa dari logam yang berkarat seperti engsel pintu, rantai basikal/motor, bolt kereta dan pelbagai jenis barang yang diperbuat daripada logam untuk memastikan daripada tidak berkarat.

Kalau TB lak, TB dengan hubby selalu gunakan ni di kedai, macam pintu grill kami tu.. Dah lama-lama kena tempias hujan, jadi berkarat dan terlalu susah nak tarik grill tu.. Tapi lepas sembur WD-40 ni terus laju mengelongsor aje pintu grill tu bila ditarik atau diturunkan..

Satu lagi.. Masa mula-mula buka kedai dulu, kedai tu dah ditinggalkan lama jugak tanpa penyewa baru. So, masa kami nak buka pintu grill tu, mangganya dah berkarat.. So kami spray aje mangga tu.  Terus boleh dibuka dah mangga tu..

Dirumah pulak.. Kipas siling asik la berbunyi-bunyi karat.. Huhu.. Sembur dengan WD-40 terus tak bunyi dah.. Tidur pun lena tanpa ada bunyi kipas yang merunsingkan tu..

Haaa.. Tu dia mukadimah.. Haha.  Ok lah.. Hari ini nak citer pasal WD-40 pulak yea.. Mungkin ramai yang mengenali produk ini. Bagi yang belum mengenali, sebenarnya banyak produk yang menyerupai WD-40 dari segi fungsi serta pelbagai kegunaannya, tetapi memandangkan WD-40 lebih awal dalam pasaran dan banyak dijual di pasaraya, minimarket, 7-eleven, hypermarket, kedai accessories, maka eloklah kita beli satu.

Sebenarnyanya WD-40 ini sering digunakan oleh mekanik. Pergilah kedai mekanik mana pun kita akan lihat jenama ni. Namun rupanya WD-40 ni bukan untuk mekanik sahaja, siapa-siapa pun perlu ada benda ni sebab ia banyak kegunaannya dalam kehidupan seharian kita tau.. Pendek kata dengan WD-40 ni bermacam benda jadi mudah.. Oh ya, WD-40 ni ada 2000 lebih kegunaannya tau.. Tapi TB share aje 30 kegunaannya dulu.. TB google dan nampak senarai kegunaan WD-40 ni.. Jom kita baca.. 

Kegunaan WD-40 dalam kehidupan seharian kita:-

1) Kasut kulit yang baru dibeli, jika di semburkan dengan WD-40 akan membantu mengelakkan kulitnya daripada cepat pecah/merekah.Jangan spray banyak2.Lepas spray polish dengan kain lembut)

2) Semburkan WD-40 pada gelas minuman yang melekat. Tunggu agak 10 saat. Goncang2 sikit, pusing sikit, anda boleh buka dengan mudah saja. Pastikan anda basuh gelas-gelas tersebut dengan sabun sebelum digunakan/disimpan.

3) Melekangkan alat permainan kanak-kanak yang melekat. Sembur saja WD-40. Ia mudah menanggalkan alat permainan kanak-kanak yang terlekat tu.

4) Anda tidak cermat semasa menggunakan gam UHU/gam gajah atau mana-mana gam yang cepat bertindak. Sebahagian daripada gam melekat di tangan/jari. Nak buang memangnya sukar. Sembur saja WD-40./ Dalam lima minit semua beres.) gosok2 la sikit)

5) Cincin terlekat di jari sukar nak tanggalkan? Semburkan sedikit WD-40. Lepas tu basuh dengan sabun. Tolak cincin ke atas dan ke bawah. Nah. mudah saja tertanggal.

6) Jari cucu anda terlekat pada botol bermulut kecil. Sembur sedikit WD-40. Biarkan 10 saat. Tarik jari secara perlahan-lahan..

7) Zip seluar atau baju atau jaket atau beg tangan ke, jika terlekat jangan panik. Guna WD-40.

8) Banyak lipas? Sembur WD-40.

9) Banyak semut/serangga lain masuk dalam rumah. Mudah . sembur WD-40 di frem pintu/tingkap.

10) Hulu cangkul, tukul, pahat, parang yang diperbuat daripada kayu sebenarnya boleh tahan lebih lama jika kita kerap sembur WD-40. Lepas sembur kita gosok dengan kain supaya rata.

11) Kanak-kanak memang suka makan chewing gum. Mak bapak memang tak gemar. Apa tidaknya. Kesan peninggalan chewing gum ada di merata-rata. Yang tak seronoknya melekat di rambut budak-budak tu! Tapi jangan tuan-tuan bimbang, sembur sahaja WD-40 di rambut yang kena chewing gum. Gosok-gosok dan guna sikat yang keras. Getah tersebut mudah tertanggal. ( jangan sembur banyak sangat)

12) Kesan kotoran yang melekat di permaidani pun tak menjadi masalah. gunakan WD-40. Kemudian ambil air sabun yang suam-suam, cuci menggunakan kain.

13) Begitu juga dengan kesan air teh yang tidak mahu tanggal di atas meja makan/kabinet dapur. Guna WD-40.

14) Stiker di kereta anda yang amat degil. ( cukai jalan lama, stiker masa zaman U tahan 70an tu).Cuba sembur WD-40. Tunggu 20-30 saat. Cuci dengan kain. Lihat kesannya!

15) Tangan yang bergris/minyak hitam selepas mencuba membaiki kereta kita sendiri, boleh dengan mudah dicuci dengan menggunakan WD-40

16) Kesan sos tomato/sos cili yang degil dengan mudah ditanggalkan dengan menyembur WD-40. Selepas menyembur dengan WD-40, tunggu sekejap, kemudian basuh macam selalu!

17) Kalau kucing anda suka melepas di tempat-tempat yang anda/isteri anda memang tak gemar sangat,cuba sembur WD-40 di tempat yang ia sering melepas. Haiwan memang tak suka dengan bau WD-40. Ini akan sedikit sebanyak membantu mendisiplinkan kucing kesayangan anda!

18) Puas mop lantai dapur anda,masih tak hilang kesan bertompok-tompok. Cuba sembur WD-40. Biarkan seketika. Gosok dengan berus lantai. Kemudian mop!

19) Nak cuci kesan gam yang dah kering. mudah sembur WD-40. Tunggu 30-40 saat. Cuci dengan kain yang kesat.

20) Kesan marker atau crayon yang degil. guna WD-40!

21) Baju/pakaian anda terkena darah, sembur dengan WD-40. Biarkan seketika. Basuh seperti biasa menggunakan mesi basuh atau cuci tangan.

22) Buat apa buang duit banyak-banyak beli cecair tulah ,inilah, mahal-mahal pulak tu,hanya kerana nak cuci mangkuk tandas! gunakan WD-40. Mudah.( cuma dia tak wangi, yg baiknya dia tidak mengandungi asid!)

23) Tak tahan dengan burung-burung yang suka beretenggek di balkoni rumah anda? sembur saja WD-40 di tempat yang sang burung tu suka hinggap. Jamin burung tu tak hinggap lagi kerana mungkin taktahan dengan bau WD-40!

24) Kadang-kadang lenguh-lenguh sendi/di pelipat bawah lutut atau di pergelangan kaki ke mudah hilang dengan menyembur WD-40 dan dituruti dengan urut! Cubalah.

25) Sakit gigitan penyengat/tebuan/lebah. Cuba sembur dengan WD-40 di tempat yang kenan sengat tu. Lihat kesannya.

26) Bekas serangga yang melekat di gril kereta kita bila memandu pada waktu malam memang susah nak dicuci. Cuba sembur gril sebelum memandu pada waktu malam,anada akan dapati tak banyak lagi serangga yang melekat di gril kereta anda.

27) Ini pasal kereta lama yang di 'parking ' di bawah porch tu. Kesan minyak hitam yang menitik di lantai porch tu memang tidak menyenangkan. Tak payah susah-susah nak gosok teruk2. Semburkan WD-40. biarkan agak-agak 5 minit. Kemudian sembur pula air paip. Tentu mudah nak cuci.

28) Kereta anda warna putih. Pulang dari shopping, ada pulak tompok cat merah baru di bumper anda. Tak seronokkan. Mudah. Sembur WD-40. cuci dengan kain lembut.

29) Susah nak start engin kereta waktu pagi. Ambil WD-40. Sembur wayar plag termasuk pangkal plag. Start semula. Mudah.

30) Rantai basikal/motor berkarat? Boleh sembur WD-40 ni.. Nanti karat pun hilang.. Basikal/motor boleh dibawa dengan lancar..

( kesemua petua di atas ada yang berkesan/ada yang kurang ). Tak berani nak jamin.


Haaa...  Tu dia sikit punya banyak kegunaan wd40 #wd-40 ni kan.. Kita je tak tau.. Yang atas ni baru 30 kegunaan.. Yang selebihnya? Haaa.. Boleh tengok kat senarai bawah ni.. TB pun tak sangka ia ada lebih 2000 kegunaan sebenarnya..  Kena ada satu kat rumah korang ni..  Multipupose punya produk ni.. Terbaiklah wd-40.  Berbaloi beli.. #wd-40 #WD40 

Nak tahu 2000 kegunaan WD-40 ni dalam kehidupan seharian kita?? Boleh download kat sini yea.. Klik link dibawah ni.. Lepas ni boleh la satu rumah satu WD-40 yea!

download kat sini: 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page
Reactions:

4 ulasan:

  1. Sentiasa ada dalam rumah ni, banyak sgt kegunaannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus.. memang kadang kita tak sedar kita perlukan benda ni kan..

      Padam
  2. Balasan
    1. TB pun baru tau banyak kegunaannya rupanya

      Padam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥