Nuff

25 Mei 2019

EmrysHome & Flexwarm Heat Belt Melegakan Kekejangan Perut / Senggugut Semasa Haid ( Menstrual Cramp )


EmrysHome & Flexwarm Heat Belt
Melegakan Kekejangan Perut / Senggugut
Semasa Haid ( Menst8rual Cramp )


Sebagai wanita, ketika datang haid korang pernah tak mengalami kekejangan/senggugut di bahagian perut seperti yang TB alami.. Pastinya korang juga begitu kan? walaupun tak semua wanita yang akil baligh akan merasai kekejangan dibahagian perut ketika haid,

namun TB yakin beberapa peratus daripada semua wanita di luar sana mempunyai pengalaman yang sama.

Sakit tu datang berbeza-beza, tak sama.. Sesetengah wanita mengalami kesakitan dan kekejangan / senggugut pada permulaan haid dan ada pula yang dipertengahan haid serta ada jugak seminggu sebelum haid  disebabkan oleh kontraksi rahim yang tidak normal dan penyempitan blok dalam myometrium.

Ia menyebabkan TB jadi rasa lemah sangat dan tak boleh nak bergerak bebas, kesakitan itu juga akan menjejaskan abdomen bahagian bawah TB yang terasa macam berdenyut-denyut seolah-olah macam  rahim tu kena perah tau..  Nak pulak sakit tu datang sekali dengan pakej.. maksud TB lengkap dengan sakit belakang belakang, mual dan sakit kepala. 

Apa yang TB akan lakukan sebelum tiba haid, TB akan segera minum air suam banyak-banyak (sampai rasa nak termuntah dah) dan rasa nak terkucil sesaja.. dan Kadang cara itu (minum air) berkesan kurangkan senggugut tapi adakalanya tak menjadi pun..

So TB terpaksa mencari solusi lain untuk memastikan senggugut tak teruk sangat.

Apa yang boleh TB lakukan apabila mengalami senggugut adalah dengan menuam perut dengan menggunakan botol air panas dimana TB akan perlahan-lahan letak botol panas tu diatas perut sambil ubah-ubah kedudukan botol itu ke seluruh bahagian perut yang sakit..

Selain itu TB ada juga terbaca yang kita juga boleh mengurangkan kesakitan senggugut tu dengan cara melakukan senaman ringan, mandi air suam, ataupun jalan terakhirnya makan ubat..

huhu..TB pernah sekali tu tak tahan sangat sakit, dan kebetulan pula pada hari raya.. so, TB akan telan je 2 biji Panadol Active Fast , kebetulan TB pun tengah sakit kepala masa tu.. elok je telan 2 biji panadol dalam 1-2 jam TB dah rasa lega sikit.. Kalau tak melepek je atas katil tahan sakit.. Itu je cara yang TB buat untuk kurangkan sakit..

Haaa,, terbaru Di samping semua kaedah kat atas ni, TB terbaca tentang satu alat yang boleh melegakan simptom senggugut semasa haid ni.. Alatnya sangat unik dan TB betul-betul tertarik nak cuba.. Mungkin alat ni boleh bantu melegakan senggugut TB tiap bulan siapa tahu kan?

So, TB pun mendapatkan alat tu..Nak tahu apa nama alat tu? Alat tu namanya  Flexwarm Heat Belt  dari EmrysHome,




Kebetulan TB memang sedang haid ketika itu, so TB dapatlah test buat pertama kalinya. Flexwarm Heat Belt by EmresHome  ini dapat membantu mengurangkan kesakitan TB ketika senggugut melanda waktu haid. Oh ya.. Flexwarm Heat Belt by EmresHome  bukan hanya digunakan untuk sakit senggugut haid je tau,kalau korang rasa perut takselesa pun boleh try pakai Flexwarm Heat Belt by EmresHome ni, mesti akan rasa perut lega sedikit..

Flexwarm Heat Belt by EmresHome ni juga bukan sahaja boleh digunakan di bahagian perut kita je, malah boleh juga digunakan pada leher atau kaki kita kalau kita merasa sakit disitu. TB saja try letak pada kawasan selain daripada tu, seperti bahagian bahu dan belakang badan.. rasa lega sangat korang uii..

Senang citer korang boleh letak dimana-mana bahagian yang korang rasa sengal-sengal or sakit selama sekurang-kurangnya 20 minit, InsyaAllah ia akan mengurangkan rasa sakit tu.. cubalah.. 

Flexwarm Heat Belt by EmresHome ni ciri-cirinya sangat mudah digunakan dan mudah alih. Reka bentuk ultra tipis dan ringan menjadikannya sangat mudah dan sesuai untuk masa rehat kita. Material dia yang jenis lembut dan selesa di pakai di bahagian perut buat TB rasa syok je memiliki produk ni..








Lembutnya alahaii.. Syok pakai #flexwarm dari @EMRYSHOME ni... Kepanasannya terasa macam pakai lotion panas kat perut.. Lepas ni tak perlu nak tuam perut guna botol panas dah.. sebab pakai tali pinggang panas ni selesa sangattt.. rasa macam bertungku lakkk.. tunggu review tb di blog tentang hot belt ni.. memang syokk . . Oh ya.. dari hari tu TB tunjuk gambar je kan.. korang mesti tertanya2 apa benda ni.. haha . . Ini namanya Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt dari @emryshome iaitu tali pinggang panas yang mudah alih dan fleksible sangat digunakan dimana2 saja.. . . Boleh lipat, boleh basuh dan cara nak pakai pun mudah sangat. Korang hanya perlu sambungkan kabel pada belt ini dengan powerbank & masukkan powerbank di poket yang disediakan. . . Tekan suis ON selama 3 saat & dalam masa 5 saat kepanasan tu akan terasa. Pastu yang bestnya korang boleh pilih tahap kepanasan yang korang nak.. . . Lampu bewarna biru kepanasan tahap biasa,warna kuning panas sedikit, warna merah kepanasan paling tinggi.. tapi taklah panas lebur tu.. panas ala2 sedap gitu.. macam panas bertunku tuu. . Mana nak dapatkan #FlexwarmMenstrualPainReliefHeatBelt 👉🏻 www.emryshome.com 👉🏻 www.emryshome.com 👉🏻 www.emryshome.com Haa kalau beli sekarang untung tau sebab ada diskaun 18% . . . So, beli sekarang dan guna kod :::: TM18 ::: ni masa checkout tu. . . #emryshome #emryshomeflexwarm #flexwarm #flexwarm #dntaddlatez
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Kita hanya perlu ikatnya di belakang, pinggang, perut, bahu dan lutut atau mana-mana bahagian badan kita yang kita rasa tidak selesa untuk memberi kita kelegaan dari  kesakitan.

Haaa.. nak kata mudah alih tu macam mana? hehe.. ia sangat mudah dipakai dan kita boleh memakainya tak kira masa, tak kira dimana-mana.. nak pakai time pergi membeli-belah, pakai kat rumah, pakai semasa berjalan ke ataupun pakai time nak tidur pun boleh .. Best kan..

Dengan teknologi aeroangkasa, Flexwarm Heat Belt by EmresHome mempunyai fius suhu tinggi yang boleh mengalihkan suhu secara tiba-tiba untuk melindungi perut kita tanpa rasa bimbang. Sabuk laras dengan baldi sesuai dengan saiz badan.

Terapi Inframerah Jauh ("Terapi FIR") terbukti secara saintifik untuk menjadi lebih berkesan daripada terapi haba konvensional kerana ia menembusi lebih jauh ke dalam kulit kita tanpa menyebabkan kecederaan kulit. Graphene menghasilkan inframerah panjang gelombang dari 6-14um apabila menghasilkan pemanasan, yang dapat diserap dengan mudah oleh tubuh manusia kita.

Powerbank (Pelabuhan Pengecasan Magnetik) berfungsi dengan kabel pengecas USB dan ia serasi dengan kebanyakan telefon mudah alih. Caranya mudah, hanya sambungkannya tali pinggang panas dengan powerbank korang untuk mendapatkan sumber kuasa. Oh ya ada disediakan Poket kecil pada tali pinggang tu untuk korang kita letak powerbank korang.

Teknologi pemanasan Flexwarm mencapai kedalaman perut bawah kita yang membuat kita berasa hangat. Suhu rendah ialah 40 ° C, sederhana pada 50 ° C dan suhu tinggi pada 65 ° C. Biasanya TB akan pilih suhu sederhana 50 ° C dengan haba yang selesa sesuai dengan ketahanan perut TB ni.. heheh..


Lampu Bewarna Biru Bermaksud Suhu Paling Rendah



Lampu Bewarna Oren Bermakna Suhu Sederhana



Lampu Berwarna Merah Bermakna Suhu Maksimum

Bahan pemanasannya diperbuat daripada serat karbon, yang selamat, lembut dan lebih sihat daripada kaedah asal. Ia dibuat dari lycra dupont yang paling mahal, yang tipis dan bernafas untuk memastikan keselesaan, ketahanan dan penampilan. Ia juga diuji oleh data radiasi keamatan gelombang elektromagnet dan ujian itu berada dalam lingkungan yang selamat, yang boleh digunakan dengan selamat oleh orang tua dan kanak-kanak.



Tekan bulatan seperti di atas 
untuk MULAKAN pemanasan


Flexwarm Heat Belt by EmresHome sangat mudah digunakan. Hanya letakkan tali pinggang di bahagian rahim korang dan letak powerbank korang ke dalam beg kecil yang disediakan. Pasangkan kabel kuasa USB ke powerbank dan tekan untuk menghidupkan kuasa. Tekan dan tahan selama 1.5 saat untuk menghidupkan atau mematikan, kemudian pilih suhu yang korang mahu. Warna biru mempunyai suhu yang paling rendah, mengikut warna kuning dan merah jika korang mahu berasa lebih panas.

Terapi Flexwarm Heat Belt by EmresHome sangat bagus sangat apabila TB pakai ketika Menstruasi. Paling best ia berfungsi untuk sehingga 100,0000 jam, yang bermaksud bahawa kita boleh menggunakannya untuk 4,166 hari atau lebih daripada 10 tahun.

Kalau alat ini boleh melegakan kesakitan kita maka tak rugilah kita melabur duit membeli alat ini kan ,sekurang-kurangnya setiap bulan kita takkan merasa kesakitan / senggugut yang teruk sampai membataskan aktiviti harian kita, betul tak?


Harga tali pinggang panas ni ialah hanya RM199 dan kalau korang beli pada masa sekarang ni, korang akan dapat powerbank secara PERCUMA.



Dan korang boleh dapatkan harga diskaun sebanyak 18g off discount. Cuma isi je kod TM18 semasa checkout nanti..  Haa.. Apa lagi, jom daftar cepat..

Kalau korang daftar sebagai pembeli baru korang pun boleh menikmati diskaun sebanyak 18%.

Apa yang TB suka dengan  Flexwarm Heat Belt by EmresHome   ialah :


  1. Materialnya ringan dan lembut
  2. Mudah dibawa kemana-mana
  3. Fabrik yang selesa dipakai di badan
  4. Design tempat letak powerbank yang menarik
  5. Memanaskan perut tidak kira masa, diamana saja berada
  6. Selesa dipakai, nakpakai sendiri pun senang tanpa bantuan orang lain
  7. Tempoh warmup cepat, dalam masa 3 minit dah start panas
  8. Belt bersaiz sederhana tetapi mampu cover bahagian perut dengan sepenuhnya 
  9. Rasa tenang dan selesa sangat semasa memakai belt ni..
  10. Selepas dah guna boleh lipat dan juga boleh dicuci juga tau..
  11. Selamat tinggal senggugut...

Untuk Info lanjut sila layari laman web di bawah:



EmrysHome Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt; EmrysHome & Flexwarm Therapy Menstrual Cramp Warming Belt.


Facebook/Instagram:

Webiste: 





Related Posts

10 ulasan:

  1. Bagus ni utk yg selalu dapat senggugut. Memang kalau kena senggugut selalunya carik benda2 panas utk legakan sakit. Dah ada produk cam ni senang lah utk dibawa kemana mana

    BalasPadam
  2. Ini memang sesuai digunakan oleh semua lapisan wanita.
    Rawlins nak rekomen kat kawan yang selalu travel and selalu ada masalah senggugut.
    Dah pernah minta dia beli Premium Beautiful Corset tapi tak cukup bajet katanya. Hehe

    BalasPadam
  3. Orang perempuan punya produk yang kena ada nak jaga kesihatan hehehe orang laki boleh belikan untuk isteri tersayang agak tak sentiasa moody jer wakakakkaka ...

    BalasPadam
  4. Need this one!!! Bagus sangat kalau dapat redakan period cramp. Syira boleh tahan la kalau sakitnya. Nanti nak beli juga sbb mak pun boleh guna utk sakit leher.

    BalasPadam
  5. Bestnya lahai ada benda ni. nak satu pleaseee. sekarang ni tak tahan la bila perut bloating atau piyet. Mesti nak kena tuam. Ruby pakai pek air panas je untuk kurangkan sakit.

    BalasPadam
  6. bestnya ada benda nie sebab dapat melegakan perut cramp semasa datang bulan. saya boleh recommend alat nie pada mak dan adik-beradik sy. dorg mesti suka.

    BalasPadam
  7. bestla ada ni..sedap ni kalau pakai time pinggang sakit ke,period ke..mesti lega sangatt..nak cari la..guna letrik je erk..cantik pulak tu design dia

    BalasPadam
  8. Wah bestnya pakai belt n . Lepas ni kalau period dan senggugut boleh pakai. Macam Mimi kalau period selalu sakit pinggang .Memang efek mood terus ta . Design belt pun canti . Warna pun cantik

    BalasPadam
  9. Kawan kita baru jugak try hari ni dan kita ikut pakai sekali. Serious besttttttt. Memang rasa signifikan kepanasan dia tu. Suka sangat jugak! Senang pakai!

    BalasPadam
  10. aduh, inovasi yang ditunggu tunggu oleh para wanita yang mengalami period pain. masyaAllah yang mengalami sahaja tahu bagaimana. sakit nak beranak, lepas keluar anak dah tak sakit. tapi kalau period pain, selagi tak habis dia punya tempoh 24 hingga 48 jam, takkan hilang oiii. nasib ada alat ni membantu.

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New