EmrysHome & Flexwarm Heat Belt Melegakan Kekejangan Perut / Senggugut Semasa Haid ( Menstrual Cramp )
EmrysHome & Flexwarm Heat Belt Melegakan Kekejangan Perut / Senggugut Semasa Haid ( Menst8rual Cramp ) Sebagai wanita, ketika datang haid korang pernah tak mengalami kekejangan/senggugut di bahagian perut seperti yang TB alami.. Pastinya korang juga begitu kan? walaupun tak semua wanita yang akil baligh akan merasai kekejangan dibahagian perut ketika haid, namun TB yakin beberapa peratus daripada semua wanita di luar sana mempunyai pengalaman yang sama. Sakit tu datang berbeza-beza , tak sama.. Sesetengah wanita mengalami kesakitan dan kekejangan / senggugut pada permulaan haid dan ada pula yang dipertengahan haid serta ada jugak seminggu sebelum haid disebabkan oleh kontraksi rahim yang tidak normal dan penyempitan blok dalam myometrium. Ia menyebabkan TB jadi rasa lemah sangat dan tak boleh nak bergerak bebas, kesakitan itu juga akan menjejaskan abdomen bahagian bawah TB yang terasa macam berdenyut-denyut seolah-olah macam rahim tu kena perah tau.....