Nuff

02 Julai 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak |

PROMOSI BUFFET RAMADHAN @ CASA OMBAK |
Ho2.. pasti ada yang terasa nak berbuka puasa di Casa Ombak ni kan? siapa yang taknak kan.. Hidangannya semua menyelerakan, dan pemandangan sekeliling yang ala2 Garden gitu memberi suasana tenang dan sejuk aja kan.. 

Haa..Kalau korang nak tahu, Buffet Ramadhan Casa Ombak turut menyediakan menu utama yang terdiri dari pelbagai hidangan kampung tau.. yang semestinya, menepati citarasa kita yang sukakan masakan kampung, aipp.. ulam-ulaman mesti ada la tu kan!? heeee.. 

Apa2 pun, sebelum tu teman nak kongsikan dulu  Sedikit Latar Belakang Syarikat event yang bertanggungjawab menganjurkan Buffet Ramadhan @ Casa Ombak ini.. iaitu Ombak Creative 

Dari apa yang teman baca, Ombak Creative bukanlah calang2 syarikat, Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd yang semakin dikenali ramai kerana kejayaan menganjurkan pelbagai event dengan jayanya.. dan pada pendapat teman, pada masa akan datang Ombak Creative mampu berdiri setanding dengan syarikat perunding perkahwinan yang sudah mempunyai nama.. Caiyok2! 


Dan ini terbukti lagi apabila beberapa bulan yang lepas Ombak Creative tercalon dalam Malaysia World Blogger And Social Award 2014 (MSMW2014) dan berjaya merangkul tempat ketiga terbaik dalam kategori Business BlogTop 3 tuuuuu.. cayalah!
Selain itu, apa yang teman ketahui Ombak Creative telah menjalankan pengurusan event lebih dari sepuluh (10) tahun. Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis korperat dan persendirian. 

Bersesuaian dengan Tagline " Your True Experience" Dengan Pakej yang berpatutan team Ombak Creative berupaya memberi sentuhan yang ekslusif agar memberi kelainan bagi setiap majlis..

Lokasi event ialah terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan lokasi event yang berkonsepkan ala garden.

Haaa.. itu sedikit pengenalan yang teman baca sikit2 tentang Ombak Creative dan latar belakang syarikat tersebut.. 

DAN Sekarang tibalah masanya teman nak citer lak apa yang best untuk teman kongsikan bersama korang semua.. hehe.. JOM BACA!

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Dengar cerita Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ombak Creative ada menyediakan promosi Buffet Ramadhan

Ia terbuka untuk sesiapa yang ingin membuat tempahan. jom kita pakat tengok iklan Buffet Ramadhan @ Casa Ombak ni, mana le tahu kan kot korang ada planning nak berbuka bersama keluarga dan duduk semeja disamping menikmati pemandangan ala garden di sana? 

haaa.. jom survey2 dulu harga dan cara nak hubungi untuk tempahan, tengok iklan kat bawah ni ha... siap teman tempek peta nak kesana lagi tu.. heee..

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●
IKLAN PROMOSI !!!
BUFFET RAMADHAN @ CASA OMBAK
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●
Buffet Ramadhan @ Casa Ombak

Sempena Ramadhan 1435H Ombak Creative menyediakan hidangan Buffet Ramadan di lokasi kami, Casa Ombak.


Casa Ombak menyediakan buffet stall terbuka untuk anda memilih pelbagai juadah dengan ala garden sambil menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana santai.

Menu utama buffet Ramadhan terdiri dari pelbagai hidangan kampung yang meriah. Tersedia juga instant cook stall corner.

Dengan harga yang berpatutan, kami pasti anda akan berpuas hati dengan hidangan juadah Buffet Ramadhan Casa Ombak.



Harga Buffet Ramadhan di Casa Ombak juga amatlah berpatutan.

Harga Buffet Ramadhan
Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )
Tempahan boleh dibuat untuk individu, group dan family atau syarikat.

Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi kami segera ditalian:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page


Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak

Casa Ombak Sdn Bhd,
No. 22, Jalan Damai Off, Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur.

Promosi Buffet Ramadan Casa Ombak. Dengan beraneka jenis juadah berbuka yang menyelerakan. Booking sekarang untuk tempahan #BuffetRamadan #Iftar1435H

Jommm kita ramai2 serbu sana jommm...!

Haaa.. nak share jugak, yang terbaru punya.. heee.. baru-baru ni Ombak Creative telah menganjurkan Majlis Amal DarwisyHetDarwisyah bersama Izzue Islam, Iqbal Ceria Pop Star & FaizDickieVp at Casa Ombak .. Jom cuci mata tengok gambar-gambarnya jom.. 
Ulam Ulaman @Casa Ombak.. perghh 
Nasi Kerabu @Casa Ombak .. kegemaranku.. 
Buah-Buahan dan Kuih Muih @Casa Ombak 
Suasana meriah dengan ramai pelanggan yang datang berbuka sama @Casa Ombak 
Konsep ala Garden yang menyamankan mata memandang @Casa Ombak
 
Buffet Ramdhan @Casa Ombak
Pelanggan2 yang begitu gembira menikmati juadah @Casa Ombak 
Sedapnya mata memandang... @Casa Ombak
 
 Kuih Muih yang menyelerakan.. @Casa Ombak
 
Majlis Amal DarwisyHetDarwisyah bersama Izzue Islam, Iqbal Ceria Pop Star & 
FaizDickieVp @Casa Ombak
 Izzue Islam @Casa Ombak
Wajah Ceria tersenyum girang @Casa Ombak 
hari yang bermakna buat mereka @Casa Ombak

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
CONTEST DUIT RAYA CASA OMBAK
Nak Join gak ke? meh Klik Banner atas ni yea! =)

HAHA.. CER KOMEN SIKITTT...

NORMAL | USUAL | RARE | IDEAL | Taktau nak letak gambo apa dah.. so, teman letak lea gambo ni.. bukan apa2.. bila terjumpa gambo ni.. teman rasa sukaaa sangatt.. suka kat lukisan ni.. teman kan minat katon.. hahahaha.. tapi apa yang teman nak korang buat sekarang ialah.. 

Sila komen apa kata korang lepas nengok gambo atas ni.. heeee.. please bagi pendapat ikut apa yang korang rasa tentang gambo ni.. sebab teman yang ebno nya tak faham citer disebalik gambo nih... heeeee.. komen cepattt.. =)

01 Julai 2014

DOA / TASBIH NABI YUNUS A.S

DOA NABI YUNUS a.s |

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. 

Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. 
Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)

JAWAPAN UNTUK EMOJI GAME : APO BONDO EH NI? : EPISOD 4

JAWAPAN EPISOD 4 - EDISI RAMADHAN 

JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 1 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 2 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 3 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 4 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 5: KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 6 : KLIK SINI


1.   KAMERA AES
2.   BENGKANG JAGUNG
3.   KUAT TIDUR
4.   PANASKAN LAUK
5.   PENGUMUMAN PUASA
6.   BUKU RESIPI
7.   THUNDERCLAP
8.   PUTERI MANDI
9.   MUSAFIR
10. TELAN AIR LIUR
11.  AYAM GOLEK
12.  ETS
13.  JAGA KEBERSIHAN
14.  STADIUM BATU KAWAN
15.  SEHARI SERINGGIT
16.  PENGAT PISANG
17.  TAU FU FA
18.  PENGANTIN MALAM
19.  KUDAPAN MANIS
20.  BUTANG BAJU MELAYU
21.  SIRAP ROS
22.  ZAKAT FITRAH
23.  KILAUAN EMAS
24.  YUSOF TAYOOB
25.  JADUAL IMSAK
26.  KESESAKAN
27.  TERLAJAK
28.  SIREN BERBUKA
29.  BAS DURIAN BURUNG
30.  BERSABAR
31.  NASI TOMATO
32.  JANGAN MENGATA
33.  JAGA MATA
34.  TERIK
35.  CHAT TIME
36.  INGAT MATI
37.  MALAM SERIBU BULAN
38.  NASI BUJANG
39.  SERI MUKA
40.  TEMBIKAI KUNING
41.  SENANDUNG MALAM
42.  TUJUH LIKUR
43.  MERIAM BULUH
44.  CUCUH MERCUN
45.  PUDING ROTI
46.  SIRAP SELASIH
47.  BERITA GEMBIRA
48.  PENGAT UBI
49.  TOLAK TEMPAHAN
50.  AYAM PERCIK
51.  ULAT TIKET
52.  SAMOSA AYAM
53.  TELUR NAGA
54.  MENJOLOK MATA
55.  BUNGA API
56.  BUFFET RAMADHAN
57.  TEROMPAH
58.  IKLAN JUS OREN
59.  PELITA BULUH
60.  HATI AYAM
61.  PUASA PENUH
62.  SEJUK MATA MEMANDANG
63.  ROTI ARAB
64.  SOYA CINCAU
65.  BAZAAR RAMADHAN
66.  LOMPAT TIKAM
67.  MAKRUH
68.  SERVIS KENDERAAN
69.  KALENDAR ISLAM
70.  JAGUNG REBUS
71.  FENG YI DAN FU WA
72.  SEL KERING
73.  TAPAU NASI
74.  WAKTU SAHUR
75.  SOGO
76.  SYAITAN DIIKAT
77.  MOREH
78.  BALIK KAMPUNG
79.  MUHASABAH DIRI
80.  EKSPRES MAHLIGAI
81.  PUDING KARAMEL
82.  SUBUH GAJAH
83.  MADU LEBAH ASLI
84.  TENGAH RAMADHAN
85.  SEPERTIGA MALAM
86.  LETIH TUNGGU
87.  KERACUNAN MAKANAN
88.  ADUAN KECEMASAN
89.  UZUR
90.  PAGI BUKA PERIUK
91.  PIZZA MAGGI
92.  SENGKANG MATA
93.  ANAK BULAN
94.  SUCIKAN JIWA
95.  NIAT DALAM HATI
96.  WAKTU BERBUKA
97.  ELAKKAN BERHUTANG
98.  RENDANG AYAM
99.  SETENGAH HARI
100.BERBUKA BERSAMA

JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 1 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 2 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 3 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 5 : KLIK SINI

Senarai dan Lokasi Bazaar Ramadhan di Kuala Lumpur 2014

Senarai Bazaar Ramadhan Kuala Lumpur, Malaysia 2014 |
Walaupun sekarang dengar citer mahal giler harga makanan yang dijual di sesetengah Bazar Ramadhan, tapi buat yang sibuk pasti takde masa nak masak sendiri kan, maka terpaksalah juga berbelanja di bazaar tersebut untuk berbuka puasa nanti.. 

Apa2 pun kena tau gak tempat/lokasi dimana Bazaar Ramadhan ni kan.. jom kita nengok2.. teman ni dah ngidam Nasi Kerabu dan Kuih Limas dari Bazaar Ramadhan Sentul.. tapi tempat tu dah takde.. semua dah pindah taktau pi mana.. ada yang kata pindah ke Dato Senu? taktau lea..

Bazaar Ramadan Batu KL
  1. Tapak Parking Pasar Selayang
  2. Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
  3. Sentul Pasar
  4. Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
  5. PPR Batu Muda
  6. Taman Wilayah Selayang Fasa 3
  7. Kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks, kawasan lapang di tepi Kompleks dan didalam Kompleks, Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
  8. Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
Bazaar Ramadan Wangsa Maju Kuala Lumpur
  1. Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
  2. Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
  3. Jalan Langkawi, Teratai Mewah
  4. Kaki lima Plaza Idaman
  5. Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
  6. Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
  7. Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
  8. Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
  9. Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
  10. Tapak Pasar Malam Taman Melati
Bazaar Ramadan Bukit Bintang Kuala Lumpur
  1. Siarkaki Leboh Pudu
  2. Jalan Masjid India
  3. Jalan Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
  4. Lorong Berangan
  5. Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
  6. No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendirian
  7. Jalan Haji Taib
  8. Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)
Bazaar Ramadan Cheras KL
  1. Taman Segar
  2. Jalan Susur Off Jln Pasar/Pudu
  3. KEPONG
  4. Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
Bazaar Ramadan Seputeh Kuala Lumpur
  1. Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
  2. Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
  3. Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama
Bazaar Ramadan Lembah Pantai KL
  1. Jalan Sri Jati 3
  2. Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
  3. Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
  4. Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
Bazaar Ramadan Segambut KL
  1. Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
  2. Jalan Cochrane
Bazaar Ramadan Titiwangsa KL
  1. Pasar Datuk Keramat
  2. Jalan Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
  3. Persimpangan Jalan Tar/ Jln Raja Alang
  4. Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang
Bazaar Ramadan Setiawangsa KL
  1. Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
  2. Jalan Wangsa Melawati 3
  3. Jalan Wangsa Delima
  4. Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
  5. Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kampung Semarak off Jalan Semarak
Bazaar Ramadan Bandar Tun Razak KL
  1. Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
  2. Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
  3. Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sungai Besi
  4. Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
  5. Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
  6. Taman Len Sen
  7. Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
  8. Parking Bersebelahan LRT Cheras
  9. Jalan Budiman 25, Taman Mulia
  10. Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
  11. Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
  12. Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak
P/S : Dulu masa kat ipoh, rajin le gi Bazaar Ramadhan ni, mak n abah kirim mintak belikan macam2.. ayam percik, air soya sudah semestinya, kuih limas (slurrrpp), mertabak (aiyoo.. hubby dah asik tanya ni) dan macam2 lagi.. cuma sekarang ni, lepas dah kawen, semua kena masak sendiri sebab hubby pandai masak.. hu3.. masa bulan puasa ni lah sebok cari resepi baru nak cuba.. ha2.. Nasib la dapat bini yang tak pandai masak ni.. tapi mujur apa kita leh masak hubby tak suka masak.. heeeee... nak tau apa dia? ada laaa... =P
sumber : Berita Semasa

Segmen 24 Jam : Saya nak kad raya daripada Pink Ummi

Segmen 24 Jam : Saya nak kad raya daripada Pink Ummi |
Segmen nih dibuka mulai 01/07/14 jam 12.30 malam sehingga 02/07/14 12.30 malam.

Heee.. tahun ni teman nak kumpul kad raya lah.. kad raya dari Blogger2.. hee.. so, gigih le cari kot mana2 blogger yang sudi bagi kad raya kat teman ni haaaa.. heee.. tapi ingat senang2 camtu ke? kena join Segmen ni dulu baru dapat....sape nak kad raya dari Pink Ummi? meh join, mana tau tersenarai dapat kad raya kan? hehehehe.. KLIK BANNER ATAS NI UNTUK JOIN!

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN ALMUBARAK |

"Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.
Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

WANITA SOLAT TARAWIH DI RUMAH LEBIH AFDHAL

WANITA SOLAT TARAWIH DI RUMAH LEBIH AFDHAL |

Wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..

Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bayangkan solat sunat terawih yang dikerjakan di surau atau masjid dilakukan tanpa rehat..kadang kadang laju..

Selalunya kita buat sunat terawih 10 rakaat dengan 5 salam dan diikuti dengan witir 3 rakaat 2 salam. Kalau buat kat rumah, buat 4 rakaat lepas tu boleh rehat rehat sekejap. Katalaa kita nak tengok Ustaz Don sekejap, lepas tu sambung lagi untuk menghabiskan lagi 6 rakaat. Lapar laa pulak, berhenti makan sekejap lepas tu sambung witir..3 rakaat..

Tetapi kalau dah bagi duduk..rasanya boleh direct habiskan jer 13 rakaat solat sunat tu.. takat 23 pun boleh.. sangatlah berehatnya.. jadi takda alasan penat.. kan kan..bagi yang ada anak kecil..kasi mereka tidur dahulu..jadi bolehlaa kita buat solat sunat tu..Subhanallah..

Terimakasih Ustazah Thaniah di atas ilmunya..i love you.. 



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SOLAT SUNAT TARAWIH

Cara Solat Sunat Tarawih Bersendirian Di Rumah

Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.


Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu. Kalau boleh buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA: Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Nota dari teman : teman setuju dengan artikel diatas, bagi teman tak ada masalah kalau solat dirumah pun.. 

Sebab kita ni wanita.. bermacam2 benda nak kena fikir untuk kesana.. macam teman dulu.. masa belum kawen, nak ke Surau pun jalan gelap, pastu kawasan umah teman tu memang hot dengan kes ragut.. (makcik pakai telekung pun kena ragut gak kome weh..)

Pastu dah sampai surau naik tangga lak, masa naik tangga ramai pulak le jejaka2 yang pandang2.. siap senyum2, kenyit2 mata.. haaaa.. tang situ pun dah nampak ketidaksesuaian nya kan.. 

Haa.. pastu sementara tunggu waktu, mokcik2 sibok bersembang citer itu ini, last2 deme bercerita bab orang lain a.k.a Mengumpat.. (i know tak semua yg mcm tu Ok.. tapi teman citer yang segelintir tu je )

adeh.. ingat datang surau nak solat berjemaah nak lea tambah pahala berjemaah, tapi ini idak.. tambah pahala mengumpat berjemaah le pulok.. Opssssss.. ok itu jeee.. ha2.. bye2

Jemput Baca :

nuffy2

GA New