Nuff

30 November 2016

12 RESEPI SIHAT UNTUK ANAK BERUSIA SETAHUN BY IBUZARITH.COM


12 RESEPI SIHAT UNTUK ANAK BERUSIA SETAHUN
BY IBUZARITH.COM

Assalammualaikum.. petang-petang ni macam selalu TB nak share tentang Resepi-resepi yang TB tertarik nak share di blog TB ni.. Kali ni TB nak share tentang Resepi Sihat Untuk Anak Berusia Setahun yang disediakan oleh Blogger Zarith dari blog Diari Ibu Zarith .

Sesungguhnya TB sangat-sangat suka dan kagum dengan Zarith kerana begitu mengambil berat tentang pemakanan sihat anak-anaknya.. Sampaikan travel pun still beri makanan yang sihat untuk anak-anaknya walaupun terpaksa bawa slow cooker sekalipun, kalau keluar shopping pula ada juga bekal untuk anak-anaknya, Ibu kepada dua orang anak ini yang juga seorang Jurutera tetap usaha mengelakkan dari memberi makanan yang tidak sesuai untuk anak-anaknya selagi belum tiba waktunya.. kata Zarith..

Ibu-ibu semua tahu kan, anak di bawah 2 tahun tak boleh diberi makanan yang ada gula dan garam? Baby hanya perlukan kurang dari 1 g (0.4 g sodium) sehari sehingga 2 tahun. Buah pinggang baby tak dapat menampung garam yang lagi banyak dari ni. Sebelum baby kita berusia 6 bulan, keperluan garam ditampung dalam susu ibu.


Sayuran yang kaya dengan sodium


Bila baby kita mula makan solid food, kita tak perlu nak tambah garam walau sedikit pun. Selepas berumur 1 tahun sehingga 3 tahun, anak kita memerlukan cuma 2g sehari (0.8g sodium). Ini boleh didapati dari sumber-sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.


Buah-buahan yang kaya dengan sodium


Resepi Anak 1 tahun Yang Sihat, 
Mudah dan Sedap 



1.) Nasi goreng ikan bilis

Bahan-bahan:
Nasi yang telah masak
Ikan bilis yang telah dibuang kepala,najis dan tulangnya. Rendam dalam air.
Bawang putih
Bawang merah
Sayur yang digemari anak
Minyak zaitun

Cara memasak:
Tumbuk ikan bilis, bawang putih dan merah sehingga lumat.
Tumis dengan sedikit minyak zaitun.
Dah wangi dan keperangan, boleh masukkan nasi.
Kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan tutup api


2.) Jemput-jemput ikan bilis

Bahan-bahan:
Bawang merah dicincang halus
Daun sup dicincang halus
Kentang dipotong dadu
Ikan bilis dibuang kepala, najis dan tulangnya, direndam dalam air.
Tepung unbleached
Air yang telah ditapis
Minyak Zaitun

Cara memasak:
Tumbuk ikan bilis sehingga lumat
Masukkan ikan bilis, bawang, kentang dan daun sup dalam tepung.
Tambahkan air agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair. Gaul sehingga sebati.
Gorengkan dalam minyak zaitun sehingga keperangan.


3.) Marcaroni Goreng

Bahan-bahan:
Sedikit udang kering (pastikan anak anda tidak alah dengan udang). Basuh dan rendam dalam air.
Bawang putih
Bawang merah
Unsalted butter
Marcaroni yang telah direbus dengan air dan sedikit minyak zaitun dan ditoskan

Cara memasak:
Kisarkan udang kering, bawang merah dan putih.
Cairkan sedikit unsalted butter, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga wangi dan keperangan.
Masukkan marcaroni dan gaul sebati


4.) Chicken pie

Bahan-bahan:
2 biji kentang
1 cawan isi ayam
2 oz susu ibu/ formula milk
Sayur apa pun boleh (Zarith buat tomato+daun sup)
1 sudu unsalted butter
sedikit serbuk kayu manis
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Minyak Zaitun untuk menumis
Sedikit cheese

Cara memasak:
Rebus kentang sampai empuk
Rebus isi ayam sampai lembut
Lenyekkan kentang dengan susu dan unsalted butter
Tumis bawang merah & putih sampai wangi
Masukkan sedikit air (jangan banyak sangat nanti pie berair)
Masukkan isi ayam yang diracik halus
Masukkan tomato, daun sup dan serbuk kayu manis
Didihkan sampai agak-agak kering
Gaul sebati hasil tumisan dengan kentang yang telah dilenyek
Masukkan ke dalam bekas aluminium kecil untuk membuat pie
Parutkan sedikit cheese dan taburkan
Bakar 130 Celcius selama 45 minit


5.) Sup Ayam Kampung

Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Ayam kampung
Tomato
Daun sup
Cellery
Kentang belah 4
Air yang telah ditapis

Cara memasak:
Halia dan bawang putih ditumbuk.
Bawang merah di hiris halus dan digoreng dengan minyak zaitun (bawang goreng)
Tumiskan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Masak sampai wangi
Masukkan ayam, masak sekejap sehingga tiada darah.
Masukkan air tapis. Renehkan dengan api kecil. Masukkan kentang.
Sebelum tutup api, masukkan sayur-sayuran.
Hidangkan bersama daun bawang dan daun sup


6.) Pancake Kurma

Bahan-bahan:
Tepung unbleached
Sedikit soda bikarbonat
Telur (pastikan anak anda dah lepas ujian telur)
Unsalted butter
Kurma yang telah dijadikan puree
Madu

Cara memasak:
Pukul telur sehingga kembang
Masukkan tepung dan soda bikarbonat
Masukkan sedikit puree kurma
Gaulkan sehingga sebati
Panaskan kuali dan cairkan unsalted butter.
Masukkan satu senduk bancuhan tadi. Masak dengan api yang kecil
Dah siap, boleh dimakan juga dengan madu


7.) Biskut melt in mouth

Bahan-bahan:
1/2 cawan unsalted butter
1/8 cawan tepung jagung
3/4 – 1 cawan tepung unbleached

Cara memasak:
Pre-heat Oven 190 Celcius
Pukul unsalted butter sampai kembang
Masukkan tepung, gaul sebati.
Cara tambah perisa, sama ada:
1/3 adunan ditambah dengan 1 sudu besar puree kurma
1/3 adunan ditambah dengan susu ibu
1/3 adunan ditambah 1 sudu kecil cream cheese dan 2 sudu kecil puree kurma


8.) Ikan tenggiri panggang butter

Bahan-bahan:
Ikan tenggiri potong dibasuh dengan air asam jawa
Bawang putih dan kunyit yang telah ditumbuk
Unsalted butter

Cara memasak:
Lumurkan potongan ikan tenggiri tu dengan bawang putih dan kunyit.
Perapkan.
Panaskan kuali dengan butter, masak ikan sehingga keperangan.


9.) Nugget Ayam

Bahan-bahan:
Isi ayam
Oat
Tepung unbleached
Telur (pastikan anak dah lepas ujian alahan telur)
Minyak Zaitun

Cara memasak:
Kisarkan ayam dengan sedikit air masak (jangan banyak nanti susah nak kepal)
Campurkan sedikit tepung sampai boleh kepal, jangan banyak sangat nanti rasa tepung tu lebih dominan
Celup dalam telur
Golekkan dalam mangkuk berisi oat
Goreng dengan minyak zaitun


10.) Creamy Cheezy Chicken pasta

Bahan-bahan:
Bawang merah, bawang putih
Marcaroni/ pasta lain
Isi Ayam
Stok ayam homemade
Lobak merah/cendawan/brokoli
Cheddar cheese (grated)
Pepper/ black pepper (letak sedikit je takut perut anak tak tahan)
Pelbagai herba itali
Unsalted butter/ minyak zaitun
tepung unbleached

Cara memasak:
Rebus marcaroni dengan air dan sedikit minyak zaitun
Tumis semua bawang dengan unsalted butter.
Masukkan isi ayam
Masukkan air/stok ayam
Tambah tepung dan kacau sehingga tidak berketul
Masukkan sayur
Bila dah mendidih, masukkan cheese, pepper dan mixed herbs tadi
Tutup api bila cheese dah cair


11.) Kentang bakar

Bahan-bahan:
Kentang
Unsalted butter
Pepper
Chopped garlic

Cara memasak:
Bersihkan kentang
potong ikut suka
Gaul dengan sedikit pepper, chopped garlic dan unsalted butter
Bakar dalam oven. Sekiranya tiada oven, boleh bakar atas kuali tapi kena steamkan dulu, 
biar kentang menjadi lembut



12.) Biskut kering

Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Pencetak kuih raya

Cara memasak:
Terap roti gardenia mengikut bentuk yang anda suka
Bakar pada suhu 110 celcius selama 10 minit
Bakar sehingga keperangan (semua air dah keluar dari roti)
Sejukkan


ENTRI LAIN YANG MENARIK 
UNTUK DIBACA :




Related Posts

0 comments:

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New