Nuff

12 Februari 2016

10 MANFAAT SOLAT TAHAJUD

10 MANFAAT SOLAT TAHAJUD |

Assalammualaikum.. hari ni nak share something yang teman jumpa di wall FB Rakan Blogger teman yang selalu share info ilmiah macam ni iaitu Zaza .. cadang nak bookmark aje.. tapi yelah.. selalunya kalau bookmark.. esok-esok ditenggelami dan hanyut terus dengan post-post yang baru kita kan.. so.. teman tepek kan kat sini.. untuk peringatan dan info diri sendiri .. Sementara tu, boleh share dengan rakan-rakan yang belum tahu Manfaat Solat Tahajud ni.. Jom kita baca sama-sama.. Sharing Is Caring .. teman share dari Facebook Butik Fitrah Al Hajj .

Cubalah TAHAJUD walaupun sekali dalam seminggu, 
nanti kita akan nampak perubahan dalam diri.

Bahagia, tenang, tawakal yang tinggi, menyembuhkan sakit dan tanpa sedar bantuan Allah datang mencurah-curah merupakan antara 1001 rahsia terkandung dalam TAHAJUD. Yakinlah, ia berhasil bagi mereka yang sudah lakukan.












Credit :



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



11 Februari 2016

KENA GIGIT DENGAN BUTANG | 1/2/2016 (ISNIN)

KENA GIGIT DENGAN BUTANG | 1/2/2016 (ISNIN)
Hemmm.. Belum hilang lagi sedih kehilangan Adik (28.1.2016--Khamis) tetiba masuk bulan Febuari (1.2.2016--Isnin) dapat kenangan baru lak.. hemm.. macam-macam..

Sedang dok bersila sambil mencuci telinga Oyen yang sedang berbaring depan teman.. Tak perasan rupanya Butang tengah mengendap Oyen dari belakang teman..  Butang ni memang seteru Oyen.. bukan boleh dekat.. kalau dekat memang bergaduh sakan.. sampai calar balar..

Masa teman cuci telinga Oyen.. memang tak tahu lansung yang Butang tengah ready nak terkam Oyen.. Menurut cerita dari hubby, Masa tu ekor Oyen terjulur ke belakang.. hubby nampak Butang dah Nganga mulut nak gigit ekor Oyen (ye! ini lucu!) dengan gaya sekali hubby buat nganga mulut macam Butang (Ye! ini pun lucu!).. 

Hubby yang tengah berbaring, baru perasan Butang kat belakang teman sedang cuba nak terkam ekor Oyen, tapi malangnya hubby tak sempat nak bagi tahu teman agar mengelak atau lari..


Butang terus gigit ekor Oyen dan Oyen terkejut dan lari.. Masa Oyen lari tu lah Butang terus gigit dan cakar tangan teman, mungkin dia nak tangkap ekor Oyen tapi tergigit tangan teman sebab ekor Oyen panjang.. dan masa Oyen lari, ekor oyen tu melibas-libas ke tangan teman.. So, Butang main Ngap je tangan teman yang disangkanya Ekor Oyen.. yea.. teman imagine macam tu je.. sebab teman tahu.. bukan salah Butang.. 

Butang takkan gigit tanpa sebab.. ini kes pertama dengan teman.. dulu dengan hubby dah kena sekali.. masa tu hubby tersalah cara nak leraikan Butang dan Oyen yang  sedang bergaduh.. 

Hubby terpegang Butang, Butang gigit tangan hubby.. mujur lah hubby penyabar orangnya.. kalau tak.. memang teruk Butang dikerjakan.. Sebab hubby kata Kucing mana tahu apa-apa.. kalau kita marah/pukul pun belum tentu dia faham..
Masa kena mula-mula tu.. memang tak rasa apa Butang gigit.. Rasa terkejut dan takut je masa tu.. Teman pun biar je Butang gigit masa tu.. nak tarik tangan memang tak la sebab nanti kesan koyakan lagi besar.. bahaya.. so.. teman biarkan aje.. sambil tu menangis.. (Ye! teman menangis.. bukan sebab sakit, tapi sebab risau sangat Butang bertindak lebih agresif dan risau Butang taknak lepaskan aje.. sebab dia gigit dah macam makan daging.. Nauzubillah minzalik... 

Masa tu hubby dah marah sangat kat Butang.. hubby nak pukul Butang tapi teman larang.. sebab bukan salah Butang.. dia nak terkam Oyen sebenarnya.. Mujurlah hubby faham dan reda .. masa tu memang dia risau tengok tangan teman.. teman cepat-cepat bangun dan pergi cuci tangan dengan sabun..

Gambar diatas tu gambar selepas dah cuci.. darah keluar balik.. teman cuci lagi sampai rasa yakin dah bersih.. Hubby ajak pergi klinik, ambil cucuk ATT ( untuk elak Kancing Gigi/Sawan).. 
Malam tu bengkak pulak .. 
Tapi teman yang PENAKUT JARUM ni bagi alasan nanti dulu.. tengok macam mana.. sapu minyak gamat dulu OK kot.. So, takde lah pergi klinik tu.. tapi lepas tu rasa macam tangan pedih-pedih dan mula bengkak.. hubby paksa gak pergi klinik.. teman pun ada rasa risau gak masa tu.. tu yang ikut je arahan hubby.. kami pergi klinik.. 

Dah sampai depan klinik.. errrrr.. depan pintu klinik dah tu kome wehhh.. teman boleh cakap tak nak masuk.. teman cakap sakit ni still OK lagi.. hubby pun dah bising-bising cakap suruh masuk.. teman kata.. "OK kot ni.. tak pun petang ni tengok macam mana.. kalau bengkak kuat lagi kita pergi klinik ni balik.." Hubby dah ngomel-ngomel "kalau jadi apa-apa jangan salahkan orang, dah bagi tahu kan..." ... 

Kami terus pi kerja macam biasa.. dan balik rumah malam tu.. teman terbaca something dekat komen Group Kucen, sebab petang tu ada post pasal kena gigit kucen ni.. semua suruh pergi klinik.. cucuk Kancing Gigi tu.. dan teman masih OK lagi baca, tapi ada satu komen yang buat teman takottt.. dia kata kena potong tangan kalau kuman dah melarat.. Alamakkkk..

Terus ajak hubby pergi klinik malam tu jugak.. dalam pukul 9.45 .. selalunya klinik tu tutup lewat.. tu yang ajak hubby.. tapi bila sampai sana, semua staff klinik dah bungkus2 barang.. dah nak tutup.. doktor pun takde masa tu.. maka nya.. takdelah cucuk.. (tak pasti perasaan masa ni lega atau risau pasal komen tangan kena potong tu) .. 

Hubby bebel lagi.. #$@#$%&^*()))*(*^%$#@%$%^ (bukan mencarut ye)

Haa.. Pagi esoknya 2.2.2016 (Selasa) .. Setelah di beri AMARAN KERAS dari encik hubby, teman pun dengan berat hati pergi klinik tu sendiri.. Hubby nak tolong hantarkan tak boleh, sebab dia kena pergi kerja.. Kang teman suruh hantarkan jugak, mula la dia pot-pet pot-pet balik.. hahaha.. OK.. baik jangan cari pasal kann.. 

So, dah pi klinik dengan perasaan berdebar.. dan giler-giler dah ready nak beri lengan untuk dicucuk ATT tu.. sekali doktor cakap TAK PERLU kerana tempoh untuk KANCING GIGI adalah dalam 24 jam start dari kena gigit kucing tu.. Tapi disebabkan teman dah melebihi tempoh 24 jam tu, kebarangkalian untuk kena Kancing Gigi dah lepas.. lebih kurang macam tu lah doktor tu sebut.. 

Lepas tu.. Teman frust tak kena cucuk, siap boleh tanya lagi.. "kalau saya nak cucuk jugak boleh ke Doktor?" then doktor jawab "tak perlu.. membazir duit je nanti sebab ia dah tak berfungsi sebab tempoh 24 jam dah lepas" 

Haaaa.. bila dah selesai.. dan puas hati dengan jawapan Doktor.. teman pun lega la.. doktor bagi ubat dan antibiotik yang kena habiskan ikut waktu.. Alhamdulillah.. sekarang 11.2.2016 (Khamis).. tangan pun dah OK .. luka dah semakin kering.. cuma ada parut kenangan je dari Butang.. Udah macam gangster aje teman ni.. tangan berparut.. heeee..

Nasihat dari teman : kalau korang kena gigit atau cakar kucing.. pergi je klinik.. kalau taknak cucuk, mintak doktor bagi ubat.. sekurang-kurangnya korang dapat ubat antibiotik untuk lawan kuman dari merebak.. bahaya sebenarnya cakar kucing ni.. teman hari tu punya takut dengan jarum, boleh pulak taknak pergi klinik.. walhal.. risiko kena jangkitan kuman tu bahaya sangat.. So, korang jangan ikut macam teman yea..

Pengajaran Buat Teman :
Selepas ni kena hati-hati bila nak pegang Oyen, kena pandang sekeliling dulu.. cari mana Butang duduk.. kalau dah line clear baru leh nak usap-usap Oyen ke, nak cuci telinga Oyen ke, nak belai-belai Oyen ke.. Atau pun macam sekarang ni teman akan letakkan Butang dalam bilik dulu.. sementara nak cuci telinga Oyen.. nak belai dan manjakan Oyen pun kena buat cara yang sama.. teman dah FOBIA nak pegang Oyen depan Butang.. Risauuuu... 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



10 Februari 2016

Kisah Adik.. Buah Hati Oyen Dan Butang (repost)

Shiro a.k.a Adik (sebab dia paling kecik daripada kucen2 lain dalam umah)
(gambar hari 1st dibela 7/2/2014)

Entri ini 2 tahun yang lepas semasa mula pelihara Adik.. Sengaja teman repost di sini kerana entri yang ni sebenarnya ada di blog kucen teman iaitu Kucen Kucen Belog tu.. Teman taknak terlepas pandang entri yang ni, maka eloklah teman letak entri tentang Adik ni di blog tengkubutang juga.. moga jadi kenangan buat teman sampai bila-bila..  jemput baca entri ini sewaktu teman mula-mula pelihara Adik.. 

Hai.. hari ni teman nak citer pasal kucen baru teman ni, baru tak baru la jugak.. Start bela Shiro a.k.a Adik pada 7.2.2014 .. Masa tu my kakak ipar buat mee kari kat umah dia, so, dia jemput makan .. Chef nya di import dari Taiping, Perak.. hihihi.. sape lagi.. my lovely mother in law (MIL) la yang memasak mee kari special tu.. sedappp... haaa.. pada hari tersebut gak lah.. 

Thah day my SIL tunjuk kucen ni.. masa tu kucen ni taktau gi mana.. dah menghilang kata my SIL.. cari punya cari pastu baru jumpa.. ada kat dalam kotak luar beranda rupanya.. lor.. kesian sangat2.. kesejukan dia..tak aktif (seperti gambaran my SIL sebelum tu yang kucen tu suka lompat2)..  tapi lain pulak masa kami jumpa dia dalam kesejukan hari tu.. memang keras semacam je badan dia,ingatkan dah mati.. Alhamdulillah.. kami sempat selamatkan dia dari mati kesejukan..
Pastu teman amik kucen ni bagi dia tuala dan balut badan dia.. sambil tu letak celah peha nak bagi dia rasa kepanasan haba ibarat dipeluk la kann.. kesian sgt2.. menggeletar dia.. 
Tau ke nape dia basah kuyup tu? hu3.. sebab anak SIL mandikan kucen waktu malam tu.. dua kali dia mandikan kucen yang kecik sangat masa tu.. niat dia sebab nak buang kutu2 kat badan kucen tu.. tapi dia tak keringkan bulu kucen tu.. kucen tu pulak tak pandai lagi nak jilat2 bulu dia.. maka dibiarkan macam tu jea dalam kotak.. kesejukan diluar beranda.. huk3.. 
Bukan salah anak SIL la kan.. sebab dia budak lagi.. dia mana tau menda2 camni kan.. teman pun pernah lakukan perkara yang sama gak masa budak2 dulu.. yelah.. niat kita baik, tapi cara kita tu kita tak tau apa kesannya... anak SIL tu sayang sangat kat kucen.. cadangnya diorang nak bela kucen ni, tapi disebabkan SIL teman takut kucen (fobia sebab pernah kena cako) maka kucen tu diberi ke kami.. 
hihihi.. maka bertambahlea kucen kami.. sekarang dah jadi 3 ekor.. ngeh3.. takpe..kami suka kucen.. haaaa.. lagi satuu.. teman masa mula2 nak terima tu agak keberatan gak tau, sebab teman ni just terima kucen jantan aje.. yg betina takmau.. sebab nanti beranak kang jenuh lak nak cari tuan kucen untuk anak kucen tu.. umah kami pun umah apartment .. tak sesuai kot bela ramei2.. kang berbau asyemm umah ni.. hu3.. 
Lagi satu nak citer ni, teman cukup risau masa mula2 bela tu, sebab taktau lagi jantina dia.. sebab kecik lagi kan.. tapi lepas dah semakin membesar.. baru teman tau jantina dia.. yess.. kucen jantan rupanya.. 

heee.. hari tu ada tanya kat blogger Aby kucen teman ni jenis apa.. teman pun baru tau ni jenis siamese.. err.. betul ke Aby? hu3.. 
Apa2 pun teman happy dengan Shiro ni, sebab dia pandai berak kat tempat yg disediakan.. tak kencing merata dan manjaaa sangat2.. tiap2 malam tido atas kepala teman.. mcm gambo atas ni.. hahahaha.. 
Punya banyak tmpt luas.. tmpat sempit tu jugak dia nk masuk.. kan dah tersepittt.. aigooo
Gelagat Shiro a.k.a Adik bersama si Oyen..
Gambar Shiro Terkini.. udah gemokssss

Sekiann... Note disini.. ada Setengah Gambo-->extract from Google

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Adik Kucen Kesayangan Yang Pergi Dengan Hikmah


Assalammualaikum.. Hemm.. pagi ni baru terasa nak bercerita dan meluahkan sesuatu selepas kehilangan kucing kami yang sangat kami sayang iaitu ADIK a.k.a SHIRO pada 28 Febuari 2016 (Khamis) ..



Setelah 2 minggu berlalu.. Hari-hari yang kami lalui semakin kembali ke asal.. namun sedikit kesedihan dan kecewa atas kehilangan adik masih terasa.. kerana bagi kami Adik adalah antara kucing terbaik yang pernah kami pelihara .

Tak terfikir akan berpisah dengan Adik dalam waktu yang begitu awal.. usia Adik baru setahun lebih ketika dia pergi.. dan sepatutnya dalam bulan ni (Febuari 2016) usia adik dah genap 2 tahun.. Ya Allah.. kami belum puas pelihara Adik.. Kami belum puas beri kasih sayang pada Adik.. Terasa baru sahaja Adik membesar depan mata kami..

Si Hidung Hitam

Gelaran yang biasa teman sebut apabila terbayangkan Adik dimana saja kami berada.. Teringat kalau balik je rumah.. Adik dah sedia menunggu depan pintu rumah.. sambut kepulangan kami.. Adik akan mengiau-ngiau seolah-olah rindu sangat kat kami..

Suara dia membuatkan rumah kami tidak sunyi.. Gelagat Adik yang aktif dan suka bermain.. membuatkan kepenatan kami terubat.. Ya Allah.. teman memang tak boleh nak bercerita tentang Adik.. Air mata pasti akan gugur terkenangkan telatah Adik yang comel dan membahagiakan..

A video posted by πŸ‡ΉπŸ‡ͺπŸ‡³πŸ‡¬πŸ‡°πŸ‡ΊπŸ‡§πŸ‡ΊπŸ‡ΉπŸ‡¦πŸ‡³πŸ‡¬ (ღ˘⌣˘αƒ¦) (@tengkubutang) on

A video posted by πŸ‡ΉπŸ‡ͺπŸ‡³πŸ‡¬πŸ‡°πŸ‡ΊπŸ‡§πŸ‡ΊπŸ‡ΉπŸ‡¦πŸ‡³πŸ‡¬ (ღ˘⌣˘αƒ¦) (@tengkubutang) on


Berhari-hari kami menangis teringatkan Adik.. Lebih-Lebih lagi disaat-saat akhir adik pergi kami tiada disisi Adik.. dan pada mulanya agak sukar teman menerima pemergian Adik buat selama-lamanya kerana Adik terlalu muda untuk tinggalkan kami.. kami belum puas bermain dengan Adik.. Ya Allah.. Hanya Pecinta Kucing akan faham situasi kami pada masa tu.. Kami dah sayang Adik macam anak sendiri..

Sebenarnya teman kesal kerana Adik tak dapat apa yang teman dah buat untuk Butang pada masa Butang kena Batu Karang dulu ..Baca Sini kisah Butang kena Batu Karang--> Doakan Butang Cepat Sembuh , Butang kena Flutd (Batu Karang), Butang Kena Flutd (part 2)

Maksud teman, Masa Butang sakit, teman buat macam-macam.. teman akan search kenapa Butang sakit macam tu.. Kenapa Butang buat macam tu..betinggung banyak tempat seolah-olah nak kencing tapi tak boleh kencing.. dan teman akan survey klinik-klinik yang terdekat yang boleh selamatkan Butang.. Teman post di wall FB Tengkubutang Miaw dan Group Kucing-kucing untuk tanya pendapat rakan-rakan yang mungkin tahu tentang sakit Butang.. dan teman sanggup jaga Butang, duduk dan perhatikan Butang setiap masa..

Tapi masa Adik.... Teman pelik kenapa teman jadi macam tu sekali.. cepat buntu.. dan tak jaga Adik macam teman jaga Butang.. demi Allah.. teman sayang semua kucing-kucing teman.. tak ada pilih kasih.. teman memang samarata beri kasih sayang pada kucen-kucen teman tak kira kucing baru datang atau kucen yang dah lama teman bela.. lebih-lebih lagi kucing yang tida masalah lansung macam Adik.. Kekasalan itu yang membuatkan teman rasa berat didada dan sukar nak lepaskan rasa beban itu.. rasa bersalah sangat-sangt dengan Adik..

Antara Kekesalan Teman Setelah pemergian Adik Buat Selama-lamanya..
1.) Sedih kerana tiada disisi adik semasa Adik sakit.. kerana menganggap Adik OK.. Luaran Adik yang masih cergas boleh jalan ke depan dan ke dapur membuatkan teman tak nampak lansung Adik sakit.. Ya Allah.. Rupanya Adik sedang menyembunyikan kesakitan dia.. Kenapa aku tak sedar pasal tu..

2.) Tetap keluar bekerja walau sepatutnya teman berada dirumah utnuk pantau kesihatan Adik sebelum dibawa ke klinik esoknya..

3.) Tak usaha nak bawak Adik guna apa cara sekali pun ( sebab Adik memang tak nampak kritikal, cuma dia tak aktif macam selalu je) .. dan menjangkakan sakit telinga tu tak serius.. 

4.) Tak Usaha cari info pasal sakit Adik.. sedangkan time Butang dulu.. teman usaha cari punca.. dan usaha bawa ke klinik .. Tapi kali ni, Hanya hubby yang carikan info tentang penyakit Adik.. 

Teman tertanya-tanya kenapa teman jadi begitu careless dengan Adik.. Teman tak boleh terima sikap teman sendiri.. kerana teman sendiri pelik teman tak buat apa-apa untuk Adik kali ni.. Sedangkan sebelum ni kalau Oyen atau Butang atau Adik sakit apa-apa teman dah perasan depa sakit.. kalau ada kecacingan teman dah tau 3 ekor tu memang patut dapat rawatan.. teman belikan ubat cacing dan bagi 3 ekora bulus teman makan.. Namun kali ni.. teman terlepas pandang.. kesian Adik.. 

teringat sekali tu, Kes Oyen ekor berdarah dan berlubang sebab tersangkut dekat besi.. walaupun teman takut darah, teman tetap jugak usaha letak ubat dekat ekor Oyen sampailah Oyen sembuh sepenuhnya.. Tapi.. tiba giliran Adik.. Teman tak buat apa-apa .. sedihnya.. 

hemm.. dah tak boleh nak patah balik.. semua dah berlalu.. teman terpaksa redha Adik dah tiada.. Adik begitu istimewa di mata kami kerana... 

Antara Kenangan Adik :
1.) Sejak dari kecil lagi Adik pandai guna Toilet (pasir) dia, tak perlu ajar.. dia memang bijak.. tak pernah berak atau kencing merata-rata ..

2.) Selalu hantar kami sampai ke pintu sebelum kami gi kerja.. Balik kerja.. Adik akan sambut kami depan pintu sambil ngiau2.. Allahuakbar.. sayu bila teringat balik..

3.) Suka Main.. Setiap kali kami belikan mainan apa-apa sahaja untuk Adik, Adik tak pernah menghampakan kami.. dia akan bermain dengan mainan tersebut.. Hilang rasa penat kami bila tengok telatah Adik yang mencuit hati..

4.) Adik Manja.. suka tidur atas beg kerja hubby.. sampaikan dah lusuh beg tu.. akhirnya hubby beli beg lain dan beg tu bagi pada Adik untuk dijadikan katil Adik.. Tiap malam dia akan datang dan tidur sebelah hubby.. Adik manja dengan hubby teman..

5.) Adik pandai gerak kami bangun tidur.. Adik pun pandai jugak ajak kami tidur.. Apabila dah lewat malam Adik akan menjerit mengiau supaya kami tidur cepat.. berehat ..

6.) Adik kuat makan.. Adik makan macam Vacum.. kejap je letak, dah habis.. sampaikan makanan abang-abang dia pun dia sapu.. dann.. Selagi tak dapat apa yang dia nak iaitu Wetfood.. dia akan mengiau2 sampai dapat.. walaupun kadang terpaksa menunggu sehari atau 2 hari.. Tapi hubby tak pernah menghampakan Adik.. hubby akan belikan untuk Adik..

7.) Adik suka Gesel-gesel hidung yang basah dia kat ibu jari kaki kami.. kadang terasa gigi dia sekali di gesel pada kaki kami.. yang ni memang perangai Adik yang dia selalu buat.

8.) Adik Suka Main Getah Rambut teman.. Dia suka sangattt.. bukan suka biasa-biasa.. dia akan mengiau kalau nampak teman tunjuk getah rambut teman, smapai bergetar2 mulut dia mengiau.. dan kalau dah dapat.. dia akan melambung-lambung getah rambut teman tu.. akhirnya.. setiap kali pasti terjumpa gertah rambut dalam besen air minuman Adik.. hemm.. itu memang pasti.. Adik suka buat macam tu..

9.) Adik Suka Angkut Barang dari Balconi dan bawak masuk ke dalam rumah..  hemm.. Bila time menyapu rumah, mesti terjumpa plastik bungkusan keropok ke, Coklat ke.. entah dari mana.. dan seiingat kami tak pernah beli pun keropok atau coklat tu.. dan akhirnya terkantoi.. rupanya adik yang gigit bawak masuk dalam rumah.. so, tahulah siapa punya kerja..

10.) Adik Boleh Angkut Plastik yang berisi 3 tin wetfood bawak turun dari atas meja sampai ke lantai, punya kuatnya dia..  semata-mata nak bagi isyarat suruh kita buka tin dan bagi dia makan wetfood tu.. bijak kan..

Kalau ikutkan.. banyak sangat perangai Adik yang buat kami rasa kehilangan sangat-sangat.. tapi tak apalah.. biar kami simpan buat kenangan.. Adik tetap dalam ingatan sampai bila-bila..

Hikmah Yang Terlihat Selepas Pemergian Adik :
Sejak adik pergi.. teman dan hubby rasa kesunyian sangat-sangat, kerana dahulu rumah kami riuh dengan suara Adik yang suka mengiau manja... mengiau yang panjang bagai berlagu je rupa dia.. kucen-kucen lain dalam rumah kami tak mengiau seperti Adik.. sebab itu terasa sangat rumah ni sunyi tanpa Adik..

Dari sehari ke sehari teman sudah mula menerima takdir ini.. dan sedikit demi sedikit hikmah yang teman dapat dari pemergian Adik.. Teman dapat banyak ilmu dari kejadian yang terjadi.. Banyak perkara yang teman tak tahu, telah teman tahu melalui pengajaran ini..  Adik mungkin nak bagitahu kami supaya jaga saudara-saudaranya yang lain elok-elok.. jangan ambil ringan sakit-sakit diorang.. yes.. i got it Adik..

Sejak hari Adik pergi.. Apabila dah mengetahui bahaya Earmites tu yang boleh menyebabkan Kucing Demam dan boleh membawa mati.. teman dah mula bersihkan telinga Butang, Oyen dan Nyiau2.. dan belikan ubat titis telinga untuk bunuh earmites tu..

dan teman dapat banyak info tentang bagaimana nak menjaga kucen yang dalam keadaan demam.. teman join pelbagai group kucing.. untuk sama-sama belajar tentang kesihatan kucing.. ternyata Allah dah tunjukkan semua hikmah kenapa Adik pergi.. Alhamdulillah.. Mama dah redha Adik pergi.. Mama doakan Adik gembira dimana saja Adik berada.. kami tetap akan sayang Adik sampai bila-bila.. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



08 Februari 2016

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2016 | Sin Nian Kuai Le

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2016 | Sin Nian Kuai Le | Tahun Monyet yea Tahun ni.. 

Happy Chinese Year buat rakan-rakan yang berbangsa Cina dan Selamat bercuti kepada semua yang sedang holiday tu yea.. Kalau ikutkan teman nak publish entri tentang adik hari ni.. tapi memandangkan sempena Chinese New Year 2016 ni teman belum wish apa-apa di blog untuk rakan berbangsa cina teman, maka di kesempatan ini.. teman nak ucapkan Happy New Year yea buat rakan berbangsa cina semua.. dan selamat bercuti buat yang lain-lain.. 

Terima kasih buat Mrs Lim dan Husband kerana bermurah hati beri kami sekotak limau yang manis dan sedap.. thanks yea.. moga hari-hari you all akan bertambah manis seperti limau Mandarin yang kami terima dari you all.. dan harap-harap tahun 2016 ni u all bertambah-tambah Ong la ya! hehe.. Ong bagi kami yang beragama Islam pula.. adalah Rezeki dari Allah .. moga berlipat kali ganda di tahun-tahun yang mendatang.. Aamiinn.. 

Thank You ! Limau ni manis dan sedap-sedap rasa.. kami suka.. thanx again.. 

Buat Mr Alex , Mr Liew , Mr. Lee , Ah Boon, Ah Soon, Ah Seng .. 
hehe.. Gong Xi Fa Cai yea... (^____^)

Teman tak tahu nak wish apa kat you all semua.. So, teman senaraikan semua wish yang best-best untuk you all.. boleh pilih yea.. hehe.. Ok.. bye-nye.. Smile Always ..

= Chinese New Year Greetings =

“Hope the rising sun will bring with it bundles of joy, happiness and luck. Happy Chinese New Year!”

“Light the lanterns and usher in another great year with new hopes and aspirations. Happy Chinese New Year!”

“Let this Chinese New Year see you in the best personal as well as professional form.”

“Get rid of the demons of the year gone by and embrace the positives to lead a fulfilling and pleasurable lif

“Wishing you and your family the best of the world in this Chinese New Year!”

“Another year gone by, another year about to start and another set of opportunities being provided to you for realizing all your unfulfilled dreams in this Chinese New Year.”

“Cheers to a brand new start and a brand new year.”

“Wish your good fortune on the Chinese New Year.”

“Hope the days ahead are filled with immense joy and prosperity. Happy Chinese New Year.”


“Bid Adieu to the celestial year of snake with elegance and embrace the year of horse.”


“I pray that the year of horse brings with it the fortune and good health for you and your family members.”

“Hope you are met with desired success at every step you take in the Chinese New Year.”

“Have an enriching and pleasant Chinese New Year of The horse. Happy New Year.”

“Try to leave behind memories of the unpleasant incidents of the past year and move on with free spirit and good attitude to embrace the Chinese New Year of horse with sheer optimism.”

“Here’s a Chinese New Year wish of seeing you happy, joyous, prosperous, successful, and merry throughout the year of the horse.”

“Raise a toast to the year of the horse.”

“May the year of the horse helps your fulfill all your dreams.”

“My heartfelt wishes are with you and your family members throughout this Chinese New Year.”

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



04 Februari 2016

PROMOSI BUKU MURAH-MURAH !!

 Klik Banner Untuk Membeli atau klik SINI !!

Klik Banner utnuk membeli atau klik SINI !!!

 Klik Banner untuk membeli!! atau Klik SINI !!!

 Klik Banner untuk order!! atau Klik SINI !!!

DISKAUN 50% - 500 TAJUK !!! 
KLIK BANNER UNTUK MEMBELI!! ATAU KLIK SINI

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New