Nuff

11 Februari 2016

KENA GIGIT DENGAN BUTANG | 1/2/2016 (ISNIN)

KENA GIGIT DENGAN BUTANG | 1/2/2016 (ISNIN)
Hemmm.. Belum hilang lagi sedih kehilangan Adik (28.1.2016--Khamis) tetiba masuk bulan Febuari (1.2.2016--Isnin) dapat kenangan baru lak.. hemm.. macam-macam..

Sedang dok bersila sambil mencuci telinga Oyen yang sedang berbaring depan teman.. Tak perasan rupanya Butang tengah mengendap Oyen dari belakang teman..  Butang ni memang seteru Oyen.. bukan boleh dekat.. kalau dekat memang bergaduh sakan.. sampai calar balar..

Masa teman cuci telinga Oyen.. memang tak tahu lansung yang Butang tengah ready nak terkam Oyen.. Menurut cerita dari hubby, Masa tu ekor Oyen terjulur ke belakang.. hubby nampak Butang dah Nganga mulut nak gigit ekor Oyen (ye! ini lucu!) dengan gaya sekali hubby buat nganga mulut macam Butang (Ye! ini pun lucu!).. 

Hubby yang tengah berbaring, baru perasan Butang kat belakang teman sedang cuba nak terkam ekor Oyen, tapi malangnya hubby tak sempat nak bagi tahu teman agar mengelak atau lari..


Butang terus gigit ekor Oyen dan Oyen terkejut dan lari.. Masa Oyen lari tu lah Butang terus gigit dan cakar tangan teman, mungkin dia nak tangkap ekor Oyen tapi tergigit tangan teman sebab ekor Oyen panjang.. dan masa Oyen lari, ekor oyen tu melibas-libas ke tangan teman.. So, Butang main Ngap je tangan teman yang disangkanya Ekor Oyen.. yea.. teman imagine macam tu je.. sebab teman tahu.. bukan salah Butang.. 

Butang takkan gigit tanpa sebab.. ini kes pertama dengan teman.. dulu dengan hubby dah kena sekali.. masa tu hubby tersalah cara nak leraikan Butang dan Oyen yang  sedang bergaduh.. 

Hubby terpegang Butang, Butang gigit tangan hubby.. mujur lah hubby penyabar orangnya.. kalau tak.. memang teruk Butang dikerjakan.. Sebab hubby kata Kucing mana tahu apa-apa.. kalau kita marah/pukul pun belum tentu dia faham..
Masa kena mula-mula tu.. memang tak rasa apa Butang gigit.. Rasa terkejut dan takut je masa tu.. Teman pun biar je Butang gigit masa tu.. nak tarik tangan memang tak la sebab nanti kesan koyakan lagi besar.. bahaya.. so.. teman biarkan aje.. sambil tu menangis.. (Ye! teman menangis.. bukan sebab sakit, tapi sebab risau sangat Butang bertindak lebih agresif dan risau Butang taknak lepaskan aje.. sebab dia gigit dah macam makan daging.. Nauzubillah minzalik... 

Masa tu hubby dah marah sangat kat Butang.. hubby nak pukul Butang tapi teman larang.. sebab bukan salah Butang.. dia nak terkam Oyen sebenarnya.. Mujurlah hubby faham dan reda .. masa tu memang dia risau tengok tangan teman.. teman cepat-cepat bangun dan pergi cuci tangan dengan sabun..

Gambar diatas tu gambar selepas dah cuci.. darah keluar balik.. teman cuci lagi sampai rasa yakin dah bersih.. Hubby ajak pergi klinik, ambil cucuk ATT ( untuk elak Kancing Gigi/Sawan).. 
Malam tu bengkak pulak .. 
Tapi teman yang PENAKUT JARUM ni bagi alasan nanti dulu.. tengok macam mana.. sapu minyak gamat dulu OK kot.. So, takde lah pergi klinik tu.. tapi lepas tu rasa macam tangan pedih-pedih dan mula bengkak.. hubby paksa gak pergi klinik.. teman pun ada rasa risau gak masa tu.. tu yang ikut je arahan hubby.. kami pergi klinik.. 

Dah sampai depan klinik.. errrrr.. depan pintu klinik dah tu kome wehhh.. teman boleh cakap tak nak masuk.. teman cakap sakit ni still OK lagi.. hubby pun dah bising-bising cakap suruh masuk.. teman kata.. "OK kot ni.. tak pun petang ni tengok macam mana.. kalau bengkak kuat lagi kita pergi klinik ni balik.." Hubby dah ngomel-ngomel "kalau jadi apa-apa jangan salahkan orang, dah bagi tahu kan..." ... 

Kami terus pi kerja macam biasa.. dan balik rumah malam tu.. teman terbaca something dekat komen Group Kucen, sebab petang tu ada post pasal kena gigit kucen ni.. semua suruh pergi klinik.. cucuk Kancing Gigi tu.. dan teman masih OK lagi baca, tapi ada satu komen yang buat teman takottt.. dia kata kena potong tangan kalau kuman dah melarat.. Alamakkkk..

Terus ajak hubby pergi klinik malam tu jugak.. dalam pukul 9.45 .. selalunya klinik tu tutup lewat.. tu yang ajak hubby.. tapi bila sampai sana, semua staff klinik dah bungkus2 barang.. dah nak tutup.. doktor pun takde masa tu.. maka nya.. takdelah cucuk.. (tak pasti perasaan masa ni lega atau risau pasal komen tangan kena potong tu) .. 

Hubby bebel lagi.. #$@#$%&^*()))*(*^%$#@%$%^ (bukan mencarut ye)

Haa.. Pagi esoknya 2.2.2016 (Selasa) .. Setelah di beri AMARAN KERAS dari encik hubby, teman pun dengan berat hati pergi klinik tu sendiri.. Hubby nak tolong hantarkan tak boleh, sebab dia kena pergi kerja.. Kang teman suruh hantarkan jugak, mula la dia pot-pet pot-pet balik.. hahaha.. OK.. baik jangan cari pasal kann.. 

So, dah pi klinik dengan perasaan berdebar.. dan giler-giler dah ready nak beri lengan untuk dicucuk ATT tu.. sekali doktor cakap TAK PERLU kerana tempoh untuk KANCING GIGI adalah dalam 24 jam start dari kena gigit kucing tu.. Tapi disebabkan teman dah melebihi tempoh 24 jam tu, kebarangkalian untuk kena Kancing Gigi dah lepas.. lebih kurang macam tu lah doktor tu sebut.. 

Lepas tu.. Teman frust tak kena cucuk, siap boleh tanya lagi.. "kalau saya nak cucuk jugak boleh ke Doktor?" then doktor jawab "tak perlu.. membazir duit je nanti sebab ia dah tak berfungsi sebab tempoh 24 jam dah lepas" 

Haaaa.. bila dah selesai.. dan puas hati dengan jawapan Doktor.. teman pun lega la.. doktor bagi ubat dan antibiotik yang kena habiskan ikut waktu.. Alhamdulillah.. sekarang 11.2.2016 (Khamis).. tangan pun dah OK .. luka dah semakin kering.. cuma ada parut kenangan je dari Butang.. Udah macam gangster aje teman ni.. tangan berparut.. heeee..

Nasihat dari teman : kalau korang kena gigit atau cakar kucing.. pergi je klinik.. kalau taknak cucuk, mintak doktor bagi ubat.. sekurang-kurangnya korang dapat ubat antibiotik untuk lawan kuman dari merebak.. bahaya sebenarnya cakar kucing ni.. teman hari tu punya takut dengan jarum, boleh pulak taknak pergi klinik.. walhal.. risiko kena jangkitan kuman tu bahaya sangat.. So, korang jangan ikut macam teman yea..

Pengajaran Buat Teman :
Selepas ni kena hati-hati bila nak pegang Oyen, kena pandang sekeliling dulu.. cari mana Butang duduk.. kalau dah line clear baru leh nak usap-usap Oyen ke, nak cuci telinga Oyen ke, nak belai-belai Oyen ke.. Atau pun macam sekarang ni teman akan letakkan Butang dalam bilik dulu.. sementara nak cuci telinga Oyen.. nak belai dan manjakan Oyen pun kena buat cara yang sama.. teman dah FOBIA nak pegang Oyen depan Butang.. Risauuuu... 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page




Related Posts

6 ulasan:

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New