29 Mei 2013

WORDLESS WEDNESDAY : MY CATS -- BUTANG & OYEN

OYEN & BUTANG

hai.. salam.. pekabo semua.. hemm.. 1st sekali teman nak minta maaf dekat rakan2 blogger yg komen n singgah sini.. sorry sebab x sempat nak bw lik blog korang.. tapi jangan risau.. teman akan kunjungbalas blog korang walau selewat mana pun.. insyaAllah.. korang jangan risau yea.. teman hargai masa yg korang luangkan ke blog teman ni.. maka teman pun akan cuba luangkan masa bw blog korang gak.. he2.. hari ni Wordless Wednesday kan? teman just nak share gambo2 kucen2 teman ni.. (he2.. kucen pun dua ekor je pun..) saja leak dalam blog ni.. klu boring leh nengok muka budak2 ni kat sini.. kan.... =)

BUTANG NAK FISH / IKAN

WATCHING TV

SLEEPY

TIDUR.. Zzzzzzzz

SLEEP AGAIN?? AIYOO..

CUTE TAK? HEEEE..

ON9 ..

KROH.. KROH.. KROH..

AGAIN?? ZZZzzzzz

zzZZZZZZZZZ..

SLEEP SLEEP SLEEP

LOVE EACH OTHER.. HAK2..

BUTANG STARING AT ME? HUH..

BUTANG MARAH DUDUK KERUSI DIA NI.. =p

BUTANG TIDO LAGIII.. AISHHH..

I LOVE THIS PHOTO!

MUKA OYEN BARU BANGUN TIDO

MERINDUI SOMEONE.. HE2..

SLEEPY ..

OYEN MANJA GILER..

AIYOO.. X ,MO CAKAPP.. BUTANG TIDOO..
 
Terima Kasih kerana sudi singgah/visit here.. love u all semua.. =) kalau rajin, tinggal2 kan lea komen satu dua bijik.. heee.. thanx sgt2.. nanti teman bw lik yea.. =)

CUPCAKE SPECIAL DARI SIL N BIL .. HEEEE.. SEDAP!

cumey kan kotak dia.. sukaaa sgtt.. 

hu2.. aish.. bulan Jun ni memang bulan rezeki kami kot.. macam2 kami dapat.. rasa macam bertuah sangat.. syukur ke hadrat Allah sebab murahkan rezeki kami.. aminnn... kali ni pada 27/6/2013 (khamis) teman n hubby dapat special cupcake from kakak ipar n abg ipar kami.. diorang saja2 nak bagi katanya coz kami selalu jea masak apa2 anto kat diorang.. sekali diorang plak bagi special cupcake ni.. alahai.. nape lea diorang susah2.. kami pulak yang segan ni.. kami masak ritu bukan minta balasan.. just sebab teringat kat diorang jea.. ikhlas pun kami buat.. diorang memang baik sangat dengan kami.. so, xde mendalah nak berkira dengan diorang.. hu2.. wlupepun.. kami hargai dengan pemberian cupcake ni.. memang sedap dengan kotak yang cantik lak tu.. heee.. thanx k.ina n abg ma.. i lap u all.. sedap kek nya.. heee... 
x sabo nak bukak.. he2.. 
olololoh.. cumeynyee kotak ni.. err.. biasalea.. teman kan suka katonn.. 
tadaaaaa.. dalam nya cupcake nyum2! 
nasib baik teman x hayun masa bawak ritu.. kalau tau dah tergolek2 kot cupcake ni.. hu2 
heee.. yg coklat ni sedap.. tapi my hubby yg cop dulu.. hi3.. xpeee.. ada byk lagi yg sedapp..nyum2 
yg coffee ni pun sedappp.. 
hi3.. warna dia menarik, 2 pasai kena sambar cepat.. hik3

28 Mei 2013

BIKERS KENTAL!! SAPE DAH TENGOKK???

Alohaaaa.. korang.. korangggg. korang dah tengok ke citer ni?? Best tak?? teman nak nengok tapi xtau bilanya entah.. asyik bz jea kan.. hu2.. teman minat sangat nak nengok Zizan dalam citer ni.. 
sebab zizan bawak motor beso, Aprilia RSV4 kot.. yeke? err.. teman x reti sgt pasal moto ni.. sorry klu tersalah teka.. =P.. 

Smart kan Zizan bawak moto beso tu.. hari tu bawak KTM Duke (moto oren teman.. pui..perasan.. hu2..) masa tu Zizan buat videoklip Bawa Daku Pergi bersama Kaka) minat sgt bunyi enjin KTM Duke tu masa bunyi enjin di start.. hu2.. nice! I LIKE!!

Huuu.. sape yg lom tengok boleh lea gi panggung tengok citer ni.. kalau lum tau Filem tu citer pasal apa, meh baca Sinopsisnya kat bawah ni.. ada gambo sekali kalau nak tengok.. heee..

Sinopsis Dan Jalan Cerita Bikers Kental | Bikers Kental merupakan filem arahan Helmi Yusof terbitan Tayangan Unggul dan ianya melibatkan sebanyak sembilan pelakon utama iaitu Zizan razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Amerul Affandi, Sufian Mohamed serta dua pelakon wanita Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem.
Bikers Kental mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa (Zizan), mempunyai minat yang mendalam dengan motor berkuasa tinggi. Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar itu dari Kuala Lumpur sehingga ke Thailand.
Walaupun merupakan seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi ramai, dan telah ditawarkan untuk berkonvoi bersama–sama dengan kumpulan motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. Untuk tahu kesudahannya kita kenalah tonton Bikers Kental nanti yer. Tarikh tayangan filem pada 23 Mei hari tu.. huk2.. teman x dapat tengok agi.. bila nk gi tengok niih.. =(
Gambar diatas adalah antara pelakon yang hadir ke Majlis Pelancaran Filem Bikers Kental hari tu. Pelakon hebat-hebat belaka dan filem ini tentunya bakal meletup di pawagam nanti. nak tengokkkk! jom tengok jommmmm... he2..
heeee.... 
teringat lak konvoi ramai2 tahun lepas.. bestt..
antara scene2 filem ni..
Zizan kelakar..
 ada awie, lagi lea teman nak nengok.. hu2
Perghhh.. semart betui moto tuuu..
Opsss.. hee. yg ni selingan jea.. teman nak bagi tahu.. teman nak sangat zizan tawen dgn Juliana Evan ni.. sepadan kan diorang ni.. sweettttt jea.. suka teman tauuu.. heee..


Nicol gagal pertahan juara Terbuka British

Nicol gagal pertahan juara Terbuka British
Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David gagal mempertahankan kejuaraannya di Squash Terbuka British setelah tewas di tangan pemain England, Laura Massaro.

Pada perlawanan peringkat akhir semalam di Pontefract, West Yorkshire, England, pemain negara itu dikejutkan oleh Massaro dengan mata 4-11 dalam set pertama, tetapi berjaya menyamakan kedudukan 1-1 bila Nicol mengatasi dengan mata 11-3 pada set kedua.

Bagaimanapun, Nicol kelihatan hilang momentum dalam dua set berikutnya yang menyaksikan Massaro mengikat perlawanan dengan mata 12-10 dan 11-7 dalam masa 53 minit.

Nicol memenangi Terbuka British sebanyak empat kali pada 2005, 2006, 2008 dan 2012.
Nicol gagal pertahan juara Terbuka British
"Sebenarnya, saya lebih banyak memerhatikan gerak geri beliau (Massaro), dan tidak menumpukan kepada hantaran saya...Memang, beliau bermain lebih baik," katanya.

Kepada satu soalan, "Oh ya, saya akan kembali lagi," Nicol disebut sebagai berkata pada laman web rasmi kejohanan itu www.britishopensquash.net/blog/ .

Ini kekalahannya kali kedua kepada Massaro setakat ini tahun ini.

Kekalahan pertama di separuh akhir Squasy Terbuka CIMB Kuala Lumpur 2013.



info oleh : Bernama

10:48AM Mei 27 2013

27 Mei 2013

AMALAN MURAH REZEKI


Salam Isnin buat semua ikhlas dari Butang n Oyen.. amboihh.. sejak Oyen dah ada kat umah ni.. Butang dah x mengaumm.. kui3.. mana taknya.. syonok sgt dpt kawann.. aishhh.. Memandangkan Butang pun dh x main "Seksofon" dah.. so, umah ni xde lea gangguan pencemaran bunyik macam selalu tuu.. ha2.. nak kawan upenya kucen teman nih.. hope masalah dah selesai.. (err.. dh selesai kah? arghh.. nanti2 lah teman pk lain.. )

haaa.. ok lah.. tinggalkan citer pasai kucen2 teman tuh.. jom baca entri teman ni lak.. kali ni teman nak kongsikan artikel Amalan Murah Rezeki lak dgn korang semua..meh kita baca ramei2..Moga dapat manfaat bersama.. dh abes baca komen sikit yea..=P

Murah Rezeki
Hadis Nabi S.A.W~mencari rezeki halal dan mengelak daripada meminta sedekah

Rasulullah s.a.w bersabda:"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."Riwayat At-Tabrani 





1) Setiap pagi sebelum kita mulakan sesuatu kerja kita Solat dhuha 2 rakaat (sekurang-kurangnya) yang terbaik 8 rakaat sebaik-baiknya dilakukan 2 rakaat 1 salam.

Kelebihan : Kebanyakkan orang tidak sempat nak lakukan solat ini, kerana kurang pendedahan tentang kelebihannya...bayangkan di waktu pagi yang tenang ada seorang hamba Allah tengah bersolat sedangkan waktu itu ramai orang sedang sibuk dengan urusan masing-masing...solat dhuha ini mampu membuka pintu rezeki yang luas dan di rahmati OlehNya..klu boleh lakukan walaupun 2 rakaat.
2) Setiap pagi pasang CD mengaji Al-Quran selama 30 minit sehingga 1 jam. sebab apa? dengan memasang bacaan Al-Quran dapat membuka pintu rezeki perniagaan kita.
A'ah tengok Mydin setiap pagi mesti pasang Bacaan Al-Quran selepas 1 jam barulah depa tuko yang lain.kenapa kita tidak praktikan @ tiru cara Mydin buat.
3) Baca Surah Al-Waqiah setiap malam-dirinya tidak akan ditimpa kefakiran (Tiap2 malam lepas maghrib teman x pernah tinggal lagi baca ni.. kecuali time uzur jgn citer lea kan.. =P )

4) Setiap pagi amalkan ini sepanjang perjalanan ke kerja atau memulakan sesuatu pekerjaan di awal pagi :-
*Hadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah,
*Hadiahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa,
*Hadiahkan Al-Fatihah kepada diri sendiri dan 
perjalanan hari tersebut.