Langkau ke kandungan utama

Nicol gagal pertahan juara Terbuka British

Nicol gagal pertahan juara Terbuka British
Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David gagal mempertahankan kejuaraannya di Squash Terbuka British setelah tewas di tangan pemain England, Laura Massaro.

Pada perlawanan peringkat akhir semalam di Pontefract, West Yorkshire, England, pemain negara itu dikejutkan oleh Massaro dengan mata 4-11 dalam set pertama, tetapi berjaya menyamakan kedudukan 1-1 bila Nicol mengatasi dengan mata 11-3 pada set kedua.

Bagaimanapun, Nicol kelihatan hilang momentum dalam dua set berikutnya yang menyaksikan Massaro mengikat perlawanan dengan mata 12-10 dan 11-7 dalam masa 53 minit.

Nicol memenangi Terbuka British sebanyak empat kali pada 2005, 2006, 2008 dan 2012.
Nicol gagal pertahan juara Terbuka British
"Sebenarnya, saya lebih banyak memerhatikan gerak geri beliau (Massaro), dan tidak menumpukan kepada hantaran saya...Memang, beliau bermain lebih baik," katanya.

Kepada satu soalan, "Oh ya, saya akan kembali lagi," Nicol disebut sebagai berkata pada laman web rasmi kejohanan itu www.britishopensquash.net/blog/ .

Ini kekalahannya kali kedua kepada Massaro setakat ini tahun ini.

Kekalahan pertama di separuh akhir Squasy Terbuka CIMB Kuala Lumpur 2013.



info oleh : Bernama

10:48AM Mei 27 2013

Ulasan

  1. xpelah kan. bukan rezeki dia. maybe sbb terlalu penat kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha' a.. ye kot.. lagipun sebelum ni dia dah banyak mengharumkan nama Malaysia kan.. untuk kali ni boleh dimaafkan.. hope akan datang dia kembali semula dengan kejayaan lebih besar..

      Padam
  2. Assalamualaikum awak. takpe, kita doakan yang terbaik buat nicol. insyallah next time boleh menang balik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Sheila.. x semestinya kalah akan kalah seterusnya betul x.. usaha lebih insyaAllah.. bole ulangi kejayaan

      Padam
  3. sayang nyaa, takpa lah bukan rezeki. nanti try lagi dato'nicol. uisehh, hahaha

    BalasPadam
  4. rietta dapat rasa kesedihan dato nicol from the photo....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hemm.. teman pun.. bila tgk dia nangis mmg tau dia sedih dgn kekalahan ni

      Padam
  5. xper lah.ssekali kalah pon xper juga.bagi badan tu rehat dulu.byk sgt dh menang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha a.. byk sgt menang tu.. tp kesian dia sedih kan.. dia rasa kecewa sebab boleh kalah plak kali ni..

      Padam
  6. Kesian juga tapi itulah kena terima hakikat tak selalu boleh cemerlang.
    Tak apa next game tebus balik.
    Dato' Nicol pun dah berusia juga kan...

    BalasPadam
  7. hmmm biasalah tu mesti lawan akan sentiasa berusaha utk kalahkan dia...haha sampai dah 2 kali dia tewaskan nicol mesti dia dah jumpa kelemahan nicol tu....so coach kena cari senjata baru....

    BalasPadam
  8. ha a.. kelemahan nicol dh ditemui.. hemm.. betul jugak kata awk tu timi.. mmg nicol n coach kena cari senjata baru..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n