Nity

Nuff

06 Mac 2015

GADGET UNTUK ADIK, OYEN & BUTANG

GADGET UNTUK ADIK, OYEN & BUTANG

Wah.. kucen pun ada Gadget gak eh.. hohoho.. jangan tersilap.. Gadget untuk kucen tu bukan canggih mana pun.. inilah dia gadgetnya..

Gadget-Gadget ini dibeli pada bulan Disember 2014 kalau tak silap.. Masa mula-mula beli tu semua pakat jakun.. benda baru le katakan.. tapi.. bila dah lama.. sape pun taknak dok dalam bakul ni.. 

Mujur lah akhirnya Oyen sekor je mau.. kira tak le rasa ralat sangat bila barang yang kami beli tak digunakan, kannn.. 

Oklah.. bakul Merah dan belang-belang coklat tu kami beli kat kedai haiwan (barangan kucen/anjing/hotel kucen) Petology yang terletak di tepi jalan aje.. kat Setapak.. 
 Harga bakul merah ni, RM45 .. tengok tu.. 
Adik sampai kena paksa


 Pastu mula selesa sikit.. 
lepas kami letak Cat Nip tu..


 Ni masa dia tengah suka, sekarang niii... 
huh.. taknak dah..


 Haaa.. Oyen ni baguih.. 
dia suka guna dua-dua bakul


 muat-muat lak tu.. 
walaupun gomokk..


 Butang? haha.. 
Butang pun macam adik gak.. kejap je ..


Ni tengok muka terpaksa.. 
teman yang letak dia dalam tu..


hoo.. lupa lak.. ni lagi satu Gadget si bulus2 teman ni.. 
Kucen Oren ngiau ngiau

Yang ni beli kat IKEA hari tu.. Tikus mondok.. hahahaha...
 tapi tersilap pilih kaler le pulok

Ada ke kaler coklat.. sepatutnya pilihlah kaler kelabu kan.. 
putih ke.,. aiyoo.. patutla depa tak suka

Yang ni gadget yang dibeli hair sebelum gi IKEA tu.. kengkonon nak bawak depa berjalan la kan.. tapi.. bila pakaikan je tali tu, belum sampai beberapa tapak, udah tumbanggg.. depa takmau jalannn.. aishhh... rugi la depa.. teman dah offer nak bawak jengjalan.. depa lak taknak.. rugi.. rugi..

Comey kan cat dan tikus mondok ni..

Adik yang suka main dua-dua gadget ni.. 
yang lain tu kureng sikit.. tengok aje..

ni saja bagi dia main.. 
bukan ikat kuat2 tu yea..

tengok.. adik memang suka 
main tikus mondok ni

huhuhu.. tak rugi beli.. tapi.. 
sekarang ni jadi bantal tido butang lak.. kui2

ish.. bulu berteraboq... 

he2.. nak share dengan korang.. 
Oyen je sampai sekarang pakai menda ni..

suka tengok dia tido dalam tu..

ENTRI BERKAITAN :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


SALAM JUMAAT

Bersyukur itu Nikmat, Sabar Itu Indah.. Semoga Tuhan permudahkan apapun juga yang kita kerjakan... Salam Jumaat.. Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari. dan semulia-mulia hari di sisi Allah.”. Buat Datuk-Datuk, Tan Sri-Tan Sri, Atok-Atok, Bapak-Bapak, Pokcik-Pokcik, Abang-Abang, Adik-Adik, Selamat menunaikan Solat Jumaat yea.. Jalan tu elok-elok.. kalau jatuh, bangun sendiri.. hehehehehehe.. Assalammualaikum.. 


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



05 Mac 2015

BUTANG KENA FLUTD - PART 4 - TERKINI

Ni muka Butang masa kami nak balik hari tu.. Dia buat muka seposen lak sebab kami tak bawak dia balik hari Isnin hari tu.. huhuhuhu.. mula tadi manja giler.. pastu majok lak.. alahai Butangg.. |

Alhamdulillah.. Butang dah semakin sembuh.. Syukur sangat-sangat.. start Butang masuk wad hari Sabtu lepas (28/2/2015), hati rasa risau sangat-sangat.. baru berpisah kejap tak sampai sehari pun dah asyik sebut nama Butang aje kami ni haaa.. masa tu Doktor kata dijangka Isnin baru boleh discaj keluar, So.. bertabahlah kami menahan rindu.. Ahad tu mengelejat nak gi tengok Butang.. 

Sib baik doktor sporting giler.. dia bagi kita melawat kucen kita.. masa tengok Butang hari Ahad tu.. muka Butang macam stim je.. err.. macam mengantuk n layu je.. masa tu risau nape macam tu muka Butang.. rupa-rupanya dokotr terpaksa bagi bius dekat Butang sebab masa nak buka jahitan pada tiub yang bersambung ke kulit keliling anu Butang tu, Butang marah dan mencakar.. So, terpaksa bius..

Kata Doktor, jahitan tu ketat sangat (dijahit oleh MA di Hospital Verterinar Cheras).. kesian Butang masa tu.. Doktor taknak Butang sakit.. terpaksa bagi bius.. selepas jahitan dibuka pun Butang masih marah dan garang.. terlampau sakit sangat la tu.. kesian dia..

So, bila tengok Butang macam perlukan rehat lagi.. kami pun biarkan aje doktor tahan Butang untuk lagi sehari.. untuk bagi sembuh dahulu bahagian tempat jahit yang bengkak tu.. Kami pun pulang dengan hati risau masa tu.. sebab risau Butang takleh kencing normal disebabkan kesan jahitan yang ketat tu..masa tu memang terasa macam menyesal tak bawa ke Muezza awal-awal..

1/3/2015 ( Isnin )kami datang melawat Butang, ingatkan dah boleh bawak balik  tapi masa sampai klinik tu, Butang belum boleh keluar lagi.. sebab doktor nak pantau lagi keadaan kencing Butang.. Masa kami lawat hari Isnin tu, Butang tengah tidur terlentang dalam kotak/besen untuk dia berak, comey sangat-sangat.. nak tergelak pun ada.. bole plak dia tido dalam bekas untuk berak tu.. adeh..

Teman pun panggil nama manja dia.. "Tang" "Tang".. tetiba dengan kelam kabut dia bangun dan mengiau.. hahahahaha.. gelihati teman masa tu.. manja giler lak tu.. adoii.. buat kami tak sabo nak bawak dia balik je tauu...
tengok ni.. manja giler butang masa ni.. mata sampai juling-juling bila di usapa pipinya.. hehehehehehe
 masa ni butang tengah baring sambil tangannya mengurut2 tanda manja.. mata dia jernih aje.. maybe kesan masuk air kot.. sangat2 brighten..
Akhirnyaa.. Butang dah boleh discaj pada hari Selasa (3/5/2015) jam 6 petang..  terpaksa bawak balik guna cage kecik cenonet yang dah buruk kerana tak jaga ni.. 
 Cage nya kecik bebeno.. cian butang.. takleh nak pusing-pusing ye Butang.. huhuhu.. lemasssssss...
 terus pindahkan ke cage Butang yang beso tu.. (beli cage ni pada 26/2/2015 )
 Katak tu pemberian dari anak sedara hubby, Mida dan Pipi.. tQ2..
 Mida dan Pipi kata, bagilah kat Butang Katak ni.. Butang sukaaa..
 berseri-seri muka Butang kan.. opsss.. katak pun nak enterframe
 comey kan Butang.. mata dia sekarang jernih aje..
 hahaha.. Butang pandai.. tak berak pun kat katak ni..
 siap peluk lagi tu...
 ubat butang
banyaknya ubat butang... Masa mula-mula nak bagi Butang makan ubat memang takde masalah.. cuma yang masalah ialah ubat berbentuk kapsul tu.. teman rasa agak payah sebab kalau dah basah, dia melekat.. risau jugak takut tersangkuk dalam tekak butang pulak.. so, teman pi bukaklah kapsul tu.. campur air sikit.. pastu masuk dalam picagari tu.. then pump terus dalam mulut Butang.. adoii.. apalagi.. membuih mulut Butang keluarkan balik ubat tu.. pahit kot... Tapi doktor ada kata.. kalau mulut butang keluar air liur banyak tu sebab "kucen tak suka ubat" atau "kucen berada dalam ketakutan(tidak selamat)" 

Rupanya.. kapsul tu doktor di klinik muezza pun bagi bulat2 camtu je.. takde masalah.. teman je risau sangat.. tengok diorang bagi senang je.. huhuhuhu.. sekarang teman dah tau dah caranya.. hehehehehe

Doktor kata selepas 2 minggu, butang dah bole kembali dilepaskan bermain macam biasa.. Hehehe.. Start keluar wad 3.3.2015(Selasa).. Macam2 perubahan positif kat butang..dah boleh makan,minum.. Dah boleh kencing banyak, dah boleh beyak.. Alhamdulillah..



ENTRI BERKAITAN :


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK
klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page





RESEPI BAKED CHEESE MEATBALLS

RESEPI BAKED CHEESE MEATBALLS |

Bahan-bahan:
1 paket Ramly meatball
*1 tin Campbell mushroom soup
*1/4 tin susu cair
*1/4 tin air (jika perlu, mengikut kepekatan kuah)
*1 tin cendawan butang (dipotong)
*serbuk lada hitam (ikut suka)
*oregano / italian herbs ( pun bole) 
*Mozarella cheese

Cara membuat:
- Panaskan oven.
- Campurkan bahan bertanda * didalam periuk. Kacau rata, jangan berketul.
- Susun meatball dalam loyang, tuangkan mushroom.
- Taburkan mozarella cheese sesedap rasa.
- Bakar lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan cheese nampak kuning keemasan.
# Tak payah letak garam sebab kuah tu dan cheese dan cukup masin.
# dadukan bawang & capsicum.. kalau nak lebih sedap.


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

source : FB

04 Mac 2015

BUTANG KENA FLUTD - PART 3 - TUAN KUCEN BAIK HATI

Keadaan Butang masa mula-mula kena FLUTD |
Gambar kelmarin.. bertarikh 2/3/2015 (Isnin).. Butang semakin sihat dan manja.. Tiub pun dah buka masa ni.. Alhamdulillah.. doktor kata Butang dah boleh kencing sikit.. cuma amik masa 2 minggu jugak untuk Butang kencing banyak macam sebelum ni.. 

Haa.. korang tau.. kami ni kan tak suka kurung kucen.. memang kalau kat rumah, kami lepas je kucen kucen kami.. biar kucen kucen ni bebas aje dalam rumah.. kamai memang tak suka kurung.. hubby pun tak suka tengok kucen terkurung.. tak bebas.. dha le dok dalam apartment.. tak boleh keluar plak tu.. takkan nak letak dalam cage jugak kan? 

So, memang kat rumah kami takde cage lansung untuk kurung kucen.. tiba hari Butang kena FLUTD kami dah taktau macam mana nak bawak Butang nanti.. tiba-tiba terpandang sangkar buruk pink pemberian dari kakak ipar dulu.. asalnya itu sangkar Arnab kakak ipar.. tapi disebabkan Arnab tu dah takda.. kakak ipar kasi sangkar tu kat kami.. kami tak guna pun, just letak kat balkoni.. mula-mula lawa, tapi lama-lama jadi buruk sangkar tu.. 

Tapi bila dah mati kutu fikir nak bawak Butang camne.. terpaksa jugaklah guna sangkar tu.. basuh bersih-bersih.. ikat ketat-ketat bahagian mana-mana yang longgar tu.. pastu bawak butang guna cage kecik tu je.. kesian Butang terperonyok je dalam tu.. cage kecik sangat.. muat-muat saiz badan dia je..

Masa bawak gi Hospital Verterinar kat Cheras tu.. memang orang kata Butang ni besar.. walhal yang sebenarnya bukan Butang yang beso, tapi dia nampak beso sebab duduk dalam cage yang kecik cenonet.. adeh.. kesiaaannn butang..

Pastu masa nak bawak Butang balik.. kan Butang pengsan kena bius, doktor kata kena luruskan badan dia.. jangan bengkok sebab nanti takut pernafasan butang terganggu.. so, kami tengok sangkar tu cenonet sangat.. nak masuk dengan luruk memang tak muat la kann.. pastu decide letak kat sit belakang, baringkan aje Butang..

Tapi ada pulak insan pencinta haiwan (kenalan kami jugak kat Hospital Vet tu), yang sudi offer bagi pinjam cage .. sebab kesian nanti Butang terjatuh ke masa brek ke apa.. kami takna masa mula-mula tu.. sebab taknak le menyusahkan orang lain kan.. last-last ambil juga cage tu.. dan letak butang dalam tu..

tQ Ain dan Fauzi.. korang memang terbaek.. moga Allah beri rezeki melimpah ruah kat korang.. Aamiinn.. Hari Sabtu (28/2/2015) kami jumpa Ain dan Fauzi dekat restoran Zubaidah dekat danau kota tu.. untuk pulangkan Cage diorang.. sebab kami pun dah belikan yang baru untuk Butang.. besar sikit.. selesa sikit Butang nak gerak-gerak.. sementara nak tunggu Butang sembuh aje.. 
Ni ha.. sangkarnya.. kami beli di Patology .. RM95 harganya.. kami mintak kurang.. kalau tak harganya rm100.. 
Haaa.. nampak yang besar sebelah kanan tu? yang tu kami punya.. yang sebelah lagi tu Ain dan fauzi punya.. saie yang besar tu RM100, dan saiz yang kecik tu RM50 .Beli kat Patology kat Setapak tu..sebarais pejabat post Setapak.. kalau korang regular cutomer kat situ, korang leh dapat harga murah sikit kot.. taktau la teman.. pandai-pandai lah kautim.. taukeh dia very friendly orangnya.. =) 

Opss.. lupa lak nak citer.. Ni pulak hadiah dari Anak sedara hubby kat Butang.. ekceli Katak ni mainan anak diorang, tapi tertinggal masa diorang tido umah kami hari tu.. then baru-baru ni diorang datang hantar barang, terus teringat patung katak ni ada kat umah.. Diorang plak kata takpelah.. bagi kat Butang je.. kesian Butang tak sihat.. Wah.. bertuah butang.. 
Comel kan patung Katak ni.. hehehe.. tQ buat Mida dan PiPi (anak sedara hubby dan suaminya) ... Murah rezeki korang.. Buatng tentu suka ni.. buat bantal tido dia.. heheheheh..



ENTRI BERKAITAN :
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



03 Mac 2015

BUTANG KENA FLUTD - PART 2 - ADIK CURI MAKANAN BUTANG

DOAKAN BUTANG CEPAT SEMBUH |
Seperti yang semua tahu, baru-baru ni Butang menghadapi masalah Kencing tak lawas (FLUTD) yang juga ada sangkut paut dengan Batu Karang dalam pundi kencing.. bagi yang mengikuti kisah Butang ni.. teman nak gitau.. semasa melawat semalam (di wad Klinik Veterinar Muezza), Butang nampak sihat.. nampak semakin bolat plak (hepi ramai kawan kat situ kot) nampak semakin selesa je dia tu.. aishh.. aktif dan manja.. adoii.. rindu giler kat dia.. So, doktor kata maybe hari ni dah boleh bawak balik dah.. Alhamdulillah.. InsyaAllah.. jam 6 nanti kami amik Butang.. =)
Masa ni Butang baring sambil tangan dia gaya macam mengurut2.. (manja)
Ni gambar Butang semalam.. 2/3/2015 (Isnin, jam 6 petang)..  Butang nampak ceria.. sihat.. paling nak tergelak bila kami datang tu.. Butang sebenarnya sedang tido terlentang dalam besen/kotak (tempat dia kencing sepatutnya).. tapi dia boleh plak tido dalam tu.. pastu kami pun sebut nama dia.. dengan kelam kabut dia bangun .. sabo jelah.. hahahaha.. kesiann.. mesti dia ingat kami dah nak amik dia semalam.. ala syian dia kann..  manja giler-giler.. 
Masa ni Encik suami tengah usap-usap muka Butang.. memang manja sangat Butang.. dia rindukan kami la tu.. yelah.. mana boleh dipisahkan kami dengan butang ni.. Kucen kesayangan kami .. termasuk Adik n Oyen la kan.. 

Opsss.. yang sebenarnya.. entri ini khas untuk Adik a.k.a Shiro yang buat perangai comel masa Butang mula-mula sakit hari tu.. bukan buat perangai apa.. tapi perangai lucu dia tu yang suka buat kami ketawa.. Ingat nak update kat blog tapi mood takde sebab masa tu Butang masih dalam kondisi yang merisaukan.. 

haa.. tapi sekarang.. memandangkan Butang pun dah semakin pulih dan aktif.. teman baru ada rasa bersemangat sikit nak update blog ni haa.. lagipun ada kawan tertanya-tanya perkembangan Butang.. teman nak citer boleh.. tapi kalau dah sepuloh orang tanya.. then teman nak ulang ceritanya.. memang agak penat sikit.. 

So, teman update je semua kisah Butang ni dekat blog.. senang suruh diorang baca aje.. kalau bercerita lisan takut ada yang tertinggal kan.. so, ini medium paling terbaik untuk mendapat the whole story.. heee.. (tengok.. muka teman sudah ada senyummm.. ) 
Aksi Adik yang pada mulanya takut-takut nak cedok makanan si Butang 
Tengok tu.. dah dapat kaut dah.. dapat makan walaupun seketul seketul..

tengok tu kome.. panjang beno tangan dia kaa.... Makin lama makin reda (kurang) makanan Butang, dan masa tu baru kami tahu.. bukan Butang yang makan.. rupanya Adik yang makan.. adeh.. sabo jelah.. Apa-apa pun.. tak kisah pun perangai dia.. memang menghiburkan dikala kami kerisauan.. 


ENTRI BERKAITAN :
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



02 Mac 2015

Even Then | Video dan Lirik | Lagu Untuk Butang

China Princess and Marshall Mallow | from Legends of Oz Dorothy’s Return
Nak tuju lagu ni kat Butang boleh tak?? hemm.. Actually Start  tengok cerita yang pada mulanya bagi teman kartunnya biasa biasa aje, dan lansung tak best bagi teman.. tapi tiba tang part China Princess dan Marshall Mallow ni, teman tertarik nak tengok sampai habis.. 

Ok, mungkin bagi korang yang dha tengok cerita ni, macam tak best je kan.. tapi bagi teman, apa yang teman suka ialah satu lagu dari filem kartun ini, iaitu "Even Then" yang sangat memikat hati teman, dan boleh pulak berasa pilu bila dengar lagu ini semasa saat jalan ceritanya juga sedih.. 
Dimana China Princess iaitu Puteri yang diperbuat dari seramik/kaca retak dan pecah kerana terhempas semasa dalam perjalananan mereka.. Marshall Mallow yang sememangnya telah jatuh cinta dengan Princess China berasa begitu sedih kerana tidak dapat melindungi Princess China.. dan ketika Marshall Mallow mengumpul serpihan badan Princess China sambil menyanyikan lagu Even Then ini.. tiba-tiba lak rasa nak menangis.. kerana lirik lagu ini lah yang menyentuh hati sangat.. try la tengok video ni.. lagu Even Then ini adalah salah satu lagu favourite from Legends of Oz Dorothy’s Return

"Even Then"
"Even Then" by Lea Michele, Megan Hilty & Hugh Dancy

[Marshall Mallow:]
Never told you,
But I meant to
Before I could begin.
Even then,
I loved you even then.
See my heart is
Scared of places,
That it's never been.
But even then,
I loved you even then.
If my voice should
Start to tremble,
If I am shaking.
I love you now,
Like I loved you even then.

[Dorothy:]
Even if it's uphill now, even when I can't say how.
[Marshall Mallow:]
See my heart is scared of places that it’s never been.

[Dorothy:]
Even when

[Dorothy and Marshall Mallow:]
My heart won't stop pounding.
Even then. [2x]

[Dorothy:]
I'll keep on even then.

[Marshall Mallow:]
I loved you even then.

[Dorothy and Marshall Mallow:]
Even if
It’s uphill now,
Even when, there no words how.
When my heart pounds this loud,
Even then.

[China Princess:]
If I left you,
I never meant to,
And I won't pretend.
Even then,
I loved you even then.

[China Princess and Marshall Mallow:]
If I just knew
How to show you,
Let me try again.
I love you even now,
Like I loved you even then.
Even then. [2x]



Note : I really don't like the animation but i  love the song though!


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2