Nity

Nuff

09 Oktober 2012

Ayam Masak Lada Hitam




Ayam Masak Lada Hitam


Bahan-Bahan

400 gram ayam - potong kecil
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
5 tangkai cili kering - potong kasar
1/2 inci halia - mayang halus
2 sudu besar kicap
2 sudu besar minyak
1 sudu besar sos tiram
gula dan garam secukupnya
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - cincang
1 - 2 sudu besar serbuk kunyit - untuk perap ayam
Cara Membuat Ayam Masak Lada Hitam

1. perap ayam selama lebih kurang 5 minit dengan serbuk kunyit dan garam. ketepikan sekejap.

2. sementara itu dalam bekas lain campurkan kicap, lada hitam, sos tiram, gula, dan garam, kemudian bancuh hingga rata.

3. panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng ayam hingga kekuningan, lepas itu masukkan bawang putih bersama halia, dan cili kering. masak selama beberapa minit.

4. akhir sekali, masukkan sos yang sudah dibancuh tadi dan apabila terlalu pekat boleh tambahkan air dan masak selama lebih kurang 2 minit menggunakan api sederhana. angkat dan hidangkan.

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2