RESEPI SAMBAL TEMPE GORENG
SEDAP DAN MUDAH!

Haaa.. TB memang dah lama nak buat Sambal Tempe Goreng ni tapi tak jumpa resepi yang TB rasa nak buat.. haha.  alasan je tu.. Yang benar nya bab masak ni kalau cukup bahan.. ok je boleh masakkan.. kalau tak cukup bahan yang tak best tu.. terus aura memasak tu hilang.  kan! Tambahan pula encik suami seorang yang pandai memasak dan taste tinggi.. kalau bahan tak cukup pasti kena komen.. huhuhu..

So.. kalau bahan tak cukup TB memang takkan masak menu tu.. sebab nanti membazir je buang kan.. haa.. siapa macam TB.. bahan tak cukup rasa tak syok nak masak.. 

Apa-apa pun resepi yang TB nak try ni bahan-bahannya mudah je.. macam tuan empunya resepi cakap.. Selalu buat time puasa sebab senang, bangun just goreng telur dadar je..






Bahan-Bahan :
Tempe
Kacang tanah
Ikan bilis
Cili kering diblend
Asam jawa 1 sudu
Bawang besar 2 labu (potong bulat)
Bawang putih 2 @ 3 ulas
Garam/gula/gula kerek

Cara-cara:
  • Goreng tempe, kacang tanah dan ikan bilis garing2 dan ketepikan.. 
  • Guna minyak yang sama, goreng bawang besar dan bawang putih sampai layu dan masukkan cili kering yang di blend, 
  • biarkan sampai pecah minyak dan masukkan air asam jawa, gula kerek, perasakan dengan garam dan gula, 
  • biarkan sedikit kering dan last sekali masukkan tempe, kacang dan ikan bilis.. 
  • Gaul sebati dan siapp.. 😉😉
Kredit Resepi :
fieza sofea


7 Ulasan

  1. Sedap suka juga makan. Tapi pernah buat, ikan bilisnya tak rangup pula.. rupanya kena gaul bila sambal tu dah sejuk, baru ikan bilis tu rangup...

    BalasPadam
  2. Mmg sdp.. Tp kita lebih gemar sambal kentang goreng.. Beza bhn je.. Tp melayan tempe ni mmg benda wajib.. Hehe..

    BalasPadam
  3. Kita tak makan tempe tapi bila tengok gambar sambal tempe TB, terus teringin nak rasa.

    BalasPadam
  4. Kalau dapat yg manis manis pedas tuuu...mmg ummph! bestttt~

    BalasPadam
  5. Sedapnya sambal goreng, saya kalau buat ikan bilis tak rangup. Kalau rangup sedap

    BalasPadam
  6. Makan dengan nasi panas panas sedap nih

    BalasPadam

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New