Ayam Paprik




Ayam Paprik


Bahan-Bahan
2 keping dada ayam - hiris nipis
4 biji cili padi - diketuk
2 sudu makan cili kering kisar
2 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah - dihiris serong
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit kicap manis

Bahan Sayuran
2 biji putik jagung - dihiris
2 tangkai kacang panjang - dihiris pendek
bunga kobis - dipotong kecil
1/2 biji karot - dihiris memanjang

Cara Memasak :
●Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
●Buang sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
●Masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
●Masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
●Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama