100 Online Kids Cooking Games Secara Percuma untuk Kanak-Kanak

Kids cooking online games

100 Online Kids Cooking Games Secara Percuma untuk Kanak-Kanak 

Sebelum ni TB pernah share tentang website yang menghimpunkan lebih dari 150 Games Online Percuma yang menjadi pilihan ramai peminat games Online iaitu website Plays.org
Kali ni TB nak share juga satu website online games yang menarik sangat bagi TB. Website ini menyediakan online games percuma untuk kanak-kanak yang sukakan aktiviti memasak dan dalam masa yang sama mempelajari pelbagai ilmu masakan melalui games yang mereka pilih dan main. 

 
Online Kids Cooking games

Free Online Kids Cooking Games

Website game yang TB nak ceritakan ini ialah website culinaryschools.org/kids-games/  yang menawarkan koleksi lebih 100 permainan dalam talian yang begitu menarik dan memberi keseronokan untuk kanak-kanak ketika bermain dan ia juga turut membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, bertani, memasak, seni kulinari, perniagaan restoran dan kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan.

Apabila bermain permainan online di website ini, pelbagai ilmu tentang dunia yang berkaitan perhotelan tadi dapat diserap pada usia awal kanak-kanak yang cenderung ke arah kerjaya dalam bidang ini. 

Sejujurnya TB merasakan website ini juga sesuai untuk orang dewasa juga kerana permainan game yang disenaraikan agak santai dan tidak memeningkan kepala untuk berfikir cara penyelesaian seperti game online lain yang berat. Jadi, apabila ada masa terluang TB juga turut serta dengan anak-anak bermain online games yang ada di website ini. Ia menjadi salah satu medium juga untuk TB release tension selepas sibuk dengan kerja-kerja harian.

Tiada Iklan Yang Akan Mengganggu Ketika Bermain Online Games

Apa yang menarik dengan website game online ini ialah kita tidak akan berasa rimas atau annoying dengan iklan atau promosi ketika bermain game, kerana tiada satu pun daripada permainan ini mengandungi sebarang iklan atau penjenamaan luar. Jadi, kanak-kanak akan terus bermain dengan lancar tanpa ada gangguan iklan yang pastinya membuatkan kanak-kanak cepat bosan dan marah kerana tidak sabar untuk meneruskan permainannya.

Untuk info semua, semua permainan diterbitkan menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra mobile dan mesra desktop. So, Kanak-Kanak boleh je bermain game online ini di mana-mana peranti yang mereka mahu. tapi kalau guna desktop lagi puas kerana dapat lihat screen yang besar dengan paparan yang menarik dari setiap games.

dan  paling TB suka ialah, jika kanak-kanak tertarik untuk bermain sebuah game dari website tersebut, maka pautan kepada setiap permainan dibuka dalam tab baharu tertumpu secara eksklusif pada permainan yang berkaitan sahaja dan bukannya permainan berada di dalam halaman web lain. Jadi, kanak-kanak lebih mudah bermain tanpa rasa terganggu dengan paparan game lain yang terdapat di website itu.

Website ini juga sangat sesuai untuk guru-guru masakan yang ingin berkongsi tips dan juga info tentang masakan dengan cara interaktif dengan pelajar-pelajar mereka, jadi tak salah kalau share link website ini kepada pleajar-pelajar juga. boleh hilangkan bosan disamping pelajari ilmu melalui games online secara interaktif dan menyeronokkan.

Berikut ialah koleksi permainan yang ditawarkan di website Culinary School Kids Games ini untuk membantu pelajar berseronok sambil belajar dalam persekitaran interaktif:


Cooking and Kitchen Work - track multiple tasks in the kitchen and learn how to follow a basic recipe
Food Education Games - learn about healthy foods versus unhealthy foods
Serving Eaters - make sandwiches or play a waiter
Farming - familiarizes players with farms, farm animals and farming.
Other Fun Food-themed Games - described by category below.
Arcade Classic Games - Fruit Snake, Airport Rush, Food Delivery Rush
Platform Games - Candy Girl Adventure, Fruit Adventure, The Greedy Chef & more
Glass Filling Games - Happy Filled Glass, all 3 Filled Glass games, Fruit Splash, Liquid Orange
Physics Puzzle Games - Candy Pig, Milk for Cat, Cut for Cat, Jelly in Portal, Mortar Watermelon
Slicing Games - Cut Fruit, Fruit Slasher, Fruit Boom & more
Memory Card Games - Fruit Memory, Sweet Memory & more
Mahjong Games - Mahjong Solitaire & Mahjong Connect
Paint by Number Games - simple pixelated nonograms
Logic Puzzle Games - Fruit Tiles & Plumber Soda logic puzzles
Match 3 Games - Candy Fiesta, Donuts, Ice Cream Frenzy & more
Idle Games - Merge Cakes, Pancake Pileup, Spaghetti, Mummy Candies & More


Cooking and Kitchen Work

Didalam game ini, Kanak-kanak perlu jejak dan mempelajari pelbagai tugas di dapur dan pelajari cara memasak mengikut resipi asas. Permainan ini boleh memberi pelajar sedikit pengalaman tentang bagaimana rasanya bekerja di dapur. Game untuk kategori ini sangat menarik,  anak TB, Harraz sukakannya begitu juga TB sendiri.

ingredient measurement conversion

Apa yang bagusnya website ini juga menyediakan pautan yang membantu kita menyukat bahan dengan betul iaitu  ingredient measurement conversion tool yang bagi TB sangat berguna untuk pelajar-pelajar yang selalu ceburi bidang masaakan ini.. Lepas ni, TB dah teak perlu google cari dah, sebab dah ada tersedia di website ini.



Food Education Games

Yang ini juga antara permainan favourite Harraz. Memandangkan sebelum ini dia juga telah mempelajari tentang makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat ketika belajar disekolah, Maka permainan ini menyeronokkan bagi Harraz. Permainan ini membantu pelajar membezakan makanan sihat berbanding makanan tidak sihat.Yang menariknya website ini juga menyediakan gambar / cilp art makanan secara  percuma yang boleh kita gunakan, kalau anda seorang guru, boleh lah gunakan ia untuk pelajar-pelajar di dalam bilik darjah nanti. cantik-cantik clip art yang TB lihat tu. 

weight loss calculator

Ukur BMI dengan kalkulator dalam talian percuma

Manakala bagi guru yang menekankan kepentingan bersenam, mengehadkan lemak badan yang berlebihan dan mengekalkan berat badan yang sihat boleh memanfaatkan kalkulator dalam talian percuma 

tips turunkan berat badan


Serving Eaters

Untuk mereka yang menyukai atau ingin menceburi bidang penyediaan atau melayani pelanggan seperti di hotel atau restoran, boleh cuba permainan ini. Permainan ini membantu pelajar mempelajari cara beri perhatian kepada sesuatu dengan terperinci, proses pengulangan dan mensimulasikan bagaimana cara untuk menyampaikan pesanan keluar dari dapur atau bekerja sebagai pelayan.  




Boleh cuba permainan Open RestaurantPenguin Cafe, Coffee Shop dan banyak lagi, bagi TB ia adalah permainan yang sangat menarik untuk menunjukkan berapa banyak tekanan yang dialami pelayan semasa mereka cuba mengimbangi permintaan pelanggan. Walaupun adakalanya berasa stress dengan keadaan yang seperti terpaksa dan perlu rushing, namun ia game yang menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada si pemain apabila dapat memuaskan hati pelanggan. 



Coffee Shop ialah permainan hebat untuk mengajar tentang keusahawanan dan menjalankan perniagaan, pemain akan belajar cara mengawal harga, formula, pengurusan inventori dan pengurusan aliran tunai. Jadi, game disini bukan sekadar game sahaja ye, games disini semuanya menyalurkan ilmu juga untuk pemain praktikkan dan amalkan.


Farms, Animals & Farming

Games ini bagus untuk membantu kanak-kanak atau pelajar mengenali dan membiasakan mereka dengan pertanian, bercucuk tanam, tumbuh-tumbuhan, perladangan dan juga beri ilmu kepada mereka untuk memahami bagaimana dan dari mana datangnya makanan kita, dan bagaimana proses terhasilnya makanan kita itu. 


Molly of Denali Veggiezilla


Molly of Denali Veggiezilla ialah permainan berkebun di mana pemain membantu Molly menanam sayur-sayuran bagi memenangi anugerah di tamannya. Apa yang perlu dibuat ialah Siram tumbuhan, tambah baja dan sekat pencerobohan pepijat. game ini seronok dimainkan kerana ada perbualan antara Molly dan rakannya yang buat kanak-kanak berasa seperti Molly adalah kawannya.. 

Molly of Denali Veggiezilla

Yang ni first task harraz, tugas harraz bantu Molly tanam kubis dan bantu menjaga kubis hinggalah berjaya membesar dan memuaskan hati Molly ..  seronok juga Harraz bermain game ini, boleh belajar pelbagai jenis tanaman dan nama sayur dan buah-buahan yang ditanam.


Other Fun Food-themed & Hospitality Themed Games

Semua game ini yang berada dalam koleksi ini pula ialah game yang berasaskan makanan seperti yang lain-lain juga tetapi ia lebih menyeronokkan untuk kanak-kanak bermain dengan santai berbanding game-game lain diatas yenag lebih kepada education, learning and practice.

Bagi kanak-kanak seusia 5 tahun seperti Harraz mungkin game ini amat sesuai dengan mereka dan ia juga menarik minat kanak-kanak apabila melihat ilustrasi dan gambar yang menarik bagi game ini.


Arcade Classic Games

Super Spice Dash


Yezzaa.. Ini antara game kesukaan Harraz yang memang expert main game ala-ala Running ball ni.. Bagi Kanak-kanak yang juga sukakan game ini boleh la cuba bermain dengan Super Spice Dash ni. game ini ialah permainan larian tanpa henti / running game di mana kanak-kanak bermain sebagai nugget ayam bergolek. perlu mengelak halangan dan kumpulkan golden crumbs untuk mendapatkan mata. 


Super Spice Dash


Kekunci anak panah digunakan untuk bergerak ke kiri atau kanan dan butang space bar untuk melompat ke atas jurang atau mengumpul cili yang memberi kuasa istimewa. Jom tengok sejauh mana korang boleh bergolek? 



Platform Games


Fruit Adventure

Fruit Adventure

Game Fruit Adventure ini sangat menarik bagi Harraz, dia bermain dengan asyik dan happy. Game ini mudah dan mempunyai background sound yang menarik. ia adalah permainan video seni pixel platforming retro di mana cara bermainnya, hanya perlu gerakkan strawberi dan melompat merentasi halangan yang ada untuk mengumpul bintang dan kunci sambil mengelak dari halangan atau terkena makanan berbahaya yang lain. Bagi Tb game ini menarik sangat, cuma ada level tu macam susah nak lepasi, setelah cubaan berkali-kali dan betul tekniknya barulaj nerjaya melepasi halangan tersebut. Agak mencabar juga bagi TB. 


candy girl adventure


Candy Girl Adventure sama seperti Fruit Adventure diatas tetapi game ini sangat-sangat comel kerana berlatar belakang kan gunung yang berwarna pink serta kartun yang comel juga. Sesuai untuk kanak-kanak perempuan yang sukakan game comel seperti ini.


The Greedy Chef


The Greedy Chef ini juga adalah game yang sesuai untuk kanak-kanak yang seusia Harraz, game yang ala-ala Super Nintendo game Out To Lunch ini adalah game yang simple dan santai dimana anda sebagai chef perlu mengumpul donut tetapi dalam masa yang sama perlu berhati-hati dan mengelak dan meleompat atas Cheese/Keju yang garang itu untuk mematikannya. Chef boleh bergerak ke kiri atau kanan, melompat, atau melompat dua kali / double jump.




Tom & Jerry Chocolate Chase ialah permainan larian tanpa henti ke arah depan di mana pemain membantu Jerry mengumpul biskut coklat sebanyak mungkin sambil mengelak halangan yang melambatkan dia dan membiarkan Tom mengejarnya. Tekan kekunci anak panah atas untuk melompat, kekunci anak panah ke bawah untuk meluncur dan kekunci anak panah kanan untuk berjalan lebih pantas apabila meter pengecas dikuasakan sepenuhnya. Namun permainan ini boleh bikin jantung jadi laju juga ya kalian semua, kerana kita seolah-olah dikejar oleh Tom dan terasa semakin hampir Tom dengan kita, kita semakin ketakutan.. yesss.. i like this game.. 

Selain itu, ada banyak lagi games yang pastinya buat kanak-kanak rasa teruja bermain kerana terdapat pelbagai game yang mempunyai cabarannya sendiri. Disamping sound yang menarik, ilustrasi yang menarik, buat kanak-kanak mahupun pelajar juga orang dewasa akan kembali mengunjungi berkali-kali di website culinaryschool.org ini..


Jom tengok game-game lain yang ada, dibawah ni semua game yang best-best juga tetapi TB tak boleh nak masukkan semua dalam entri TB ini, jadi TB hanya share kan serba sedikit sahaja, untuk selebihnya korang boleh pergi ke link yang TB sertakan diakhir entri ini. Jangan risau.. tak susah nak memlih game di list website ini kerana ia dipaparkan dengan gambar game yang jelas dan korang boleh terus klik sahaj pada gambar itu untuk bermain..

Glass Filling Games


glass filling games
Yang ini untuk mereka sukakan game-game ala-ala puzzle dan menggunakan matematik fikiran untuk solve problem. Harraz pun suka game yang ni, game yang ini bantu kanak-kanak berfikir dan mencari jalan pernyelesaian sendiri.


Physics Puzzle Games

Game ini juga menguji kepintaran dan kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan puzzle. orang dewasa juga boleh cuba bermain game ini kerana ia juga menguji kebolehan otak otak kita mencari jawapan


Slicing Games


slicing games

Game ini sangat enjoy, harraz suka juga, susah nak katakan game yang tak ok disini kerana semuanya ok dan menyeronokkan kanak-kanak bermain dan meluangkan masa mereka.


Memory Card Games


memory card games
Ya.. Pastinya TB akan tekankan harraz untuk bermain game seperti ini kerana ia dapat melatih otak anak kita untuk belajar mengingat sesuatu dan belajar mengingat kedudukan sesuatu objek serta persamaan objek tersebut. Pastinya Harraz expert untuk game ini.. Apa-apa pun ibu bapa boleh cuba beri anak main game ini. 



Mahjong Games


Mahjong Games

Mahjong games adalah permainan kegemaran TB tapi teraksa akur bahawa game Mahjong Solitaire ini agak susah kerana ia bermain dengan warna yang terlalu colourful. ini membuatkan mata kanak-kanak keliru dan sukar untuk menjumpai pair yang sesuai untuk satu-satu mahjong itu.. Apa-apa pun mungkin ini cabaran untuk games ini.. boleh mencuba nasib.. 

Paint by Number Games





Logic Puzzle Games


Match 3 Games


Idle Games




Tom & Jerry Don't Make a Mess

Tom & Jerry Don't Make a Mess is a catching game where Jerry throws foods out of the fridge and you help Tom bounce ingredients across the kitchen to avoid making a mess. Use the arrow keys on your keyboard to move Tom back and forth and bounce the ingredients from the fridge on the left to the counter on the right side of the kitchen.


Mummy Candies


Mummy Candies ialah permainan gaya perlombongan di mana pemain membantu mumia mengumpul gula-gula yang tersembunyi di dalam tanah. Cara bermain, perhatikan pada cangkuk besi mumia tu.. apabila hayunannya menghala kearah sudut yang betul untuk memilih gula-gula, terus klik sambil mengelak daripada mengambil barang lain. Permainan ini ada di set kan masa, jadi pastikan target kita betul, jangan tersasar kerana ia melambatkan kita untuk kumpul gula-gula lain, dan jangan lupa ambil gula-gula yang besar yea.. gula-gula yang lebih besar bernilai lebih banyak mata. Selepas menewaskan setiap peringkat kita boleh membeli gula-gula untuk peringkat akan datang. Jika kita kalah kita akan kembali pada peringkat pertama.

Bagi TB website culinaryschool.org ini sangat menyeronokkan kanak-kanak yang sukakan permainan berkaitan makanan, sayuran dan buah-buahan serta tanaman.. Malah orang dewasa juga akan tertarik untuk bermain permainan yang ada didalam website ini.. Selain games onlinedi website ini juga  terdapat pelbagai info menarik dan panduan untuk membantu kanak-kanak memahami kepentingan memasak dan makan makanan yang sihat.

TB sukakan website ini, dan akan jadikan pilihan favourite website games online kedua selepas Plays.org . berikut adalah informasi lain yang boleh kita dapati di website ini.. 


Kalau nak tahu lebih detail tentang website ini boleh la kunjungi link dibawah ini dan kalau nak terus direct ke 100 games yang ada tu, boleh lah klik link ini ---> 100 Online Kids Cooking Games Secara Percuma 

website :




0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama