Filem Animasi CGI My Little Pony: A New Generation ditayangkan di Saluran ASTRO Ta-daa! pada 11hb Disember 2021 dan Saluran ASTRO Ceria pada Disember 25, 2021!

my little pony


Filem Animasi CGI My Little Pony: A New Generation  ditayangkan di Saluran ASTRO Ta-daa! pada 11 Disember 2021 dan Saluran ASTRO Ceria pada 25 Disember 2021!

Kalau tengok kartun ni mesti teringat dekat anak saudara bernama Delisya atau panggilan manjanya ica, MasyaAllah, seorang yang comel dan pandai melukis. Seawal umur 9 tahun dah pandai lukis macam-macam dan antara yang TB ingat, dia pernah lukis watak-watak My Little Pony ni.. Wah.. memeng menarik sangat lukisannya.. sangat cantik dan kemas, terkejut dengan hasil lukisannya. Kagum rasa tengok anak saudara pandai melukis. Alhamdulillah.. salah satu kemahiran dan kepandaian ica dah muncul dan moga ada kepandaian lain yang bakal muncul.. Aamiin.. 

Oh ya, hari ini TB nak share tentang Filem animasi CGI My Little Pony : A New Generation yang menjadi kegemaran anak-anak ketika ini. dan TB nak kongsikan satu berita gembira buat anak-anak semua, berdasarkan rangkaian permainan My Little Pony oleh Hasbro, filem animasi CGI My Little Pony: A New Generation akan ditayangkan di Saluran ASTRO Ta-daa! Pada Disember 11, 2021 jam 9PM dan Saluran ASTRO Ceria pada Disember 25, 2021 jam 2PM. Wahhh.. mesti anak-anak seronok dapat menonton filem animasi ni di Astro kan! 

Sedikit info tentang Filem Animasi CGI My Little Pony: A New Generation


Filem ini Diterbitkan oleh Entertainment One dan dianimasikan oleh Boulder Media, filem ini adalah permulaan bagi lima penerbitan francais ini. Filem ini dihasilkan berikutan dengan kejayaan filem My Little Pony: The Movie in 2017 yang telah mencapai tahap blokbuster.

Diarahkan oleh Robert Cullen dan José L. Ucha, filem ini mempertengahkan kepentingan merintangi cabaran dengan kepercayaan dan persahabatan yang jitu, sikap yang baik, serta keazaman . Tema-tema ini selari dengan visi jenama My Little Pony yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk berani menjelajah, teguh menyatakan pendirian mereka dan meraikan sifat-sifat mereka yang membuatkan mereka unik di dalam dunia ini.


my little pony


Sinopsis | Sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku…Equestria telah kehilangan kuasa ajaibnya! Earth Ponies, Unicorns, dan Pegasi tidak lagi bersahabat dan kini tinggal berasingan mengikut spesies masing-masing. Namun, Earth Ponny Sunny yang bersifat idealis nekad untuk mencari jalan bagi membawa masuk semula kuasa ajaib dan perpaduan ke dalam dunia mereka. Bekerjasama dengan Unicorn Izzy yang bersifat terbuka, kedua-dua anak kuda ini menjelajah ke tanah yang jauh di mana mereka berjumpa dengan Pegasi Pipp dan Zip yang penuh dengan sifat berkarisma dan berani serta Earth Pony Hitch yang amat bertanggungjawab. Misi mereka penuh dengan peristiwa malang, tapi setiap daripada rakan baik ini mempunyai kuasa ajaib mereka yang tersendiri dan unik. Mungkin sahaja kuasa ajaib merekalah apa yang dunia anak kuda ini perlukan untuk mengembalikan keajaiban sekaligus membuktikan yang anak kuda yang kecil juga mampu mengubah keadaan.


Toys dan Set Mainan di inspirasikan oleh Filem My Little Pony: A New Generation


Diinspirasikan oleh filem My Little Pony: A New Generation, beberapa barang keluaran akan dilancarkan untuk para peminat membawa pulang secebis memori dari filem tersebut. Barang-barang keluaran ini boleh didapati di Toys ‘R’ Us, Aeon, serta Kedai Rasmi di Lazada dan Shopee. Rangkaian produk baru yang berlesenkan pengguna ini boleh didapati mulai Disember 2021 di Aeon, Parkson, Sogo, Popular dan ToysrUs; dan juga boleh didapati di laman sesawang rasmi Kidstore, Kedai Rasmi Kidstore di Lazada & Shopee.


Set Mainan My Little Pony: A New Generation Lights Shimmer Action


Memperkenalkan Puteri-Puteri Pegasus dari Zephyr Heights: Puteri Petals dan Zipp Storm. Adik-beradik puteri yang unik ini sudah bersedia untuk memberikan persembahan dengan penuh bergaya bersama set mainan Lights Shimmer Action ini. Sayap yang mengembang dari menara tertinggi di istana itu hingga ke pentas persembahan yang boleh menyala, membuatkan semuanya tampak lebih ajaib! 

Diinspirasikan oleh istana Zephyr Heights dalam filem My Little Pony: A New Generation, set mainan istana yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan ini adalah setinggi 22 inci / 56 sentimeter. Termasuk di dalam set ini ialah luncur keluang, 3 aksesori fesyen, dan ruang di dalam istana yang menyeronokkan. Tidak melupakan juga, patung kecil Puteri-Puteri yang bersaiz 3-inci; Petals, anak kuda berwarna merah jambu yang comel bersama rambut ungunya, dan Zipp Storm, anak kuda yang manis berwarna putih serta rambutnya yang berwarna merah jambu. 



My Little Pony: A New Generation

My Little Pony: A New Generation

My Little Pony: A New Generation
set mainan ini berharga : RM199.90



Set Mainan My Little Pony: A New Generation Sunny Starscout Movie Magic


Memperkenalkan Sunny Starscout: seekor Earth Pony dari Maretime Bay! Sunny ialah seekor anak kuda yang penuh dengan sifat ingin tahu, sukakan cabaran, dan tekad untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Berseronoklah dengan Sunny Starscout sementara ia meluncur ke seluruh pekan untuk menghantar smoothie-nya dengan Set Mainan Movie Magic ini. 

my little pony
set ini berharga : RM51.90

Set mainan ini mengandungi Sunny Starscout yang bersaiz 3-inci, figurin anak kuda berwarna jingga dan gaya rambut bertocangnya yang unik serta berwarna merah jambu, disempurnakan dengan tanda tahi bintang Cutie Mark-nya yang comel di badannya. Set mainan ini juga mengandungi 17 aksesori penuh kepelbagaian untuk membantu anda merealisasikan imaginasi anda! Berseronoklah dengan membantu Sunny dengan penghantaran smoothie-nya. Daripada membuka trolinya hingga menyimpan snek dan smoothie serta memasangkan abah-abahnya dan memakaikan kasut roda serta topi keledar pada Sunny. Kini, anda sudah siap sedia untuk pergi ke seluruh pekan untuk mengedarkan smoothie Sunny yang enak. Bagi melengkapi semuanya, set mainan ini mengandungi juga beberapa lukisan berdasarkan filem cerita tersebut untuk anda gunakan sebagai latar belakang dan pelekat yang menceriakan bagi menghidupkan lagi imaginasi anda.

Stationary set My Little Pony A New Generation
Set ini berharga : RM19.90

Set Beg dan Alat Tulis My Little Pony: A New Generation


Kembali ke sekolah dengan penuh gaya yang menyeronokkan! Set Beg dan Alat Tulis My Little pony: A New Generation ini ialah set yang sempurna untuk kanak-kanak! Lengkap dengan buku nota, kotak pensel besi, pemadam, pengasah pensel, pensel dan pembaris; semuanya di dalam satu beg sahaja! Tak perlu gusar, tak perlu risau, semuanya dalam satu!



Jangan lupa saksikan My Little Pony: A New Generation yang akan ditayangkan pada 11 Disember 2021 jam 9 malam di saluran ASTRO Ta-daa dan Saluran ASTRO Ceria pada 25 Disember 2021 jam 2 petang.

Untuk info lebih lanjut, boleh dapatkan di : 


Website and socmed :  My Little Pony:

Instagram: 
@MyLittlePony
@HasbroMalaysia

Facebook: 
@MyLittlePony

Website : mylittlepony.hasbro.com/en-us

#MyLittlePonyANewGeneration

#MyLittlePony

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama