TIPS BAWA WARGA TUA MELANCONG..


Usia bukan peng­halang bercuti di destinasi 
yang diidamkan selama ini.
Warga tua samaada ibu bapa, nenek atau datuk juga teringin mengunjungi destinasi percutian bersama anak-anak serta cucu. Justeru, bagi meluang­kan masa berkualiti de­ngan melancong bersama mereka, ia pasti memberikan kegembiraan yang tidak akan dilupakan. 
Namun, disebabkan faktor usia dan kesihatan, ramai anak jarang membawa warga tua melancong bersama terutamanya jika tempat yang dikunjungi jauh atau de­ngan menaiki kapal terbang.Faktor usia dan kesihatan bukan menjadi masalah untuk warga tua melancong asal ada perancangan awal terutama kesihatan mereka.Tip melancong kali ini mungkin berguna bagi anda yang mahu bercuti bersama warga tua ke destinasi pilihan. 
Pemeriksaan kesihatan 
Sebelum memulakan perjalanan, lebih baik anda membawa ibu bapa, nenek atau datuk untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terutama jika mempunyai penyakit serius. 
Dengan melakukan pemeriksaan kesihatan itu, anda bukan saja boleh me­ngetahui tahap kesihatan mereka, tetapi mendapat tip berguna daripada doktor sepanjang bercuti. 
Bawa bekalan ubatan 
Dengan usia yang semakin meningkat, ketahanan badan sudah tidak sekuat dulu. Justeru, ketika pergi melancong, membawa bekalan ubat-ubatan adalah sangat penting dan satu keutamaan. 
Ia bukan sekadar membawa ubat, tetapi keperluan itu perlu mencukupi sepanjang tempoh bercuti bagi mengatasi masalah kesihatan. Ada kalanya, ubat yang digunakan ibu bapa, nenek atau datuk tidak sama dengan yang ada di tempat yang dilawati. jadi, persiapan awal amat penting. Ubatan yang dibawa juga biarlah lengkap dengan label bagi mengelak kekeliruan terutama apabila diserang sakit. 
Pakaian khas dan sesuai 
Ke mana pun destinasi percutian yang dikunjungi, pakaian adalah satu lagi perkara penting. 
Bawa pakaian khas yang selesa untuk persediaan terutama apabila berlakunya pertukaran cuaca di lokasi percutian. 
Ia bagi mengelak daripada terkena penyakit termasuk selesema kerana cuaca sejuk. 
Rehat secukupnya 
Apa pun yang dilakukan, warga tua memang mudah untuk merasa letih. 
Justeru, pastikan mereka mendapatkan rehat yang cukup di setiap perhentian. 
Warga tua memang memerlukan lebih banyak rehat berbanding individu lain. 
Ia amat penting supaya mereka segar semula dan mempunyai tenaga untuk ke 
lokasi-lokasi menarik seterusnya. 
Minum air secukupnya 
Dengan cuaca yang tidak menentu, pengambilan air secukupnya adalah penting. Warga tua juga 
perlu kerap minum air bagi mengelak berlaku penyahhidratan (dehydra­tion) apabila cuaca panas. 
Elak perut kosong Cuba pastikan perut tidak kosong sepanjang bercuti dan makan mengikut masa.
 Ia bagi mengelak perut masuk angin dan mengganggu kesihatan. 
Barang keperluan diri 
Jangan lupa untuk membawa barang keperluan diri yang sering digunakan mereka. Warga tua juga 
punya penjagaan diri mereka untuk kelihatan lebih segak dan bergaya selain menjaga keterampilan diri.
Krim pelembap juga adalah barangan yang harus dibawa supaya kulit tidak kering atau terutama 
kepada mereka yang mempunyai alahan kulit. 
Kurangkan pengambilan minuman beralkohol 
Sesetengah warga tua masih mengambil minuman beralkohol. Tetapi, ketika bercuti, kurangkan 
atau jangan mengambil terus minuman beralkohol bagi mengelak diserang penyakit yang tidak diduga.



Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

11 Ulasan

  1. wah tips berguna ni, maklum la kdg terlepas pndang, hehe lg pn sesuai utk mak kite :D

    BalasPadam
  2. thanks for sharing dear...done follow..

    BalasPadam
  3. nice sharing..yg penting kesihatan diorang kannnn

    BalasPadam
  4. Tips yg amat2 berguna...yela bukan kite je nak hepi time bercutikan...yg berusia pun nak selesa n seronok.....

    BalasPadam
  5. nice tips..sy follow cini jugak^^

    BalasPadam
  6. Salam...yg terharu nya tu kan..tgok Si opah kat pic tu....siap opah ckp nk ikut tu...hehehe

    BalasPadam
  7. tq share...waa bagus tip ni...

    BalasPadam
  8. salam singgah, yup kita perlu fikirkan keperluan mereka. Melancong dapat mengeratkan silaturahim. Nice sharing. studioous.blogspot.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama