Langkau ke kandungan utama

Diseksa depan anak, isteri

Teluk Intan: “Saya tidak dapat bayangkan detik ngeri apabila arwah suami diseksa dan dicekik sekuat hati oleh perompak hingga mati di depan mata saya dan anak,” ujar isteri mangsa pembunuhan kejam, Mohd Suhaili Abd Salim, 27, Masitah Zamri, 26.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, mangsa seorang petani dibunuh ketika cuba melawan empat penjenayah yang menceroboh rumahnya di Kampung Sungai Badak, Ulu Dedap, Mukim Kota Setia, di sini. Masitah berkata, beberapa jam sebelum kejadian, suaminya sempat menghadiahkan ciuman tanda sayang sebelum dia dan anak perempuannya, Nor Farah Izzati Mohd Suhaili, 7, tidur.
“Kejadian berlaku ketika kami semua sedang nyenyak tidur di dalam bilik sebelum terkejut apabila pintu bilik ditendang hingga pecah.
“Empat lelaki bersenjata parang dan bertopeng muncul sebelum mengacukan senjata ke arah kami. Suhaili cuba melawan, namun dipukul sebelum tangannya diikat,” katanya.
Dia mendakwa tangannya diikat penjenayah bersama anak perempuannya itu.
“Penjenayah kemudian memukul semula suami bertubi-tubi dengan batang paip dan seterika hingga tidak bermaya. Malah, penjenayah turut menyumbat seluar ke dalam mulut arwah suami saya.
“Mereka turut memukul suami saya sekali lagi sebelum mencekik lehernya tanpa belas kasihan. Suami saya hanya dilepaskan selepas dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Masitah berkata, dia merayu supaya suaminya dilepaskan dan meminta penjenayah mengambil semua barang kemas dipakainya, namun tidak diendahkan.
“Penjenayah kemudian merampas semua barang kemas yang saya pakai termasuk rantai, subang, rantai kaki, cincin dan dua telefon bimbit sebelum melarikan diri menaiki kereta Proton Waja milik kami.
“Saya kemudian membuka ikatan sebelum meminta bantuan bapa mentua. Bagaimanapun, suami disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Nor Farah yang juga murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Renggam, Ulu Dedap, di sini, hanya mampu menangis ketika mengingati tindakan zalim penjenayah ke atas bapanya.
“Saya melihat sendiri penjenayah itu memukul bapa dengan batang paip selain menjerut lehernya dengan tali pinggang sehingga pengsan. Saya harap penjenayah terbabit mendapat hukuman setimpal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek memasuki rumah mangsa pada jam 3.30 pagi dengan menendang pintu sebelum mengikat mangsa dengan tali serta memukulnya dengan batang besi dan seterika.
“Sejurus ambulans tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah tidak bernyawa sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya.
Katanya, siasatan mendapati, rumah mangsa terletak agak terpencil di dalam ladang kelapa sawit.
Mohd Shukri berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu termasuk memburu keempat-empat suspek.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

Ulasan

  1. Assalamualaikum, menakutkannya . masyallah kejamnya penjenayah ni. harus disabitkan! Semoga mangsa dan keluarga tabah menghadapi dugaan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n