HUKUM GANTUNG GAMBAR DALAM RUMAH

Adalah menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menggantung gambar kenangan bersama keluarga, perkahwinan dan sebagainya di dinding-dinding rumah. Selain bertujuan untuk menghiaskan kediaman, ada yang menggantung gambar-gambar ini agar tetamu mahupun sanak-saudara mengenali susur galur mereka.
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan. Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )
Haaaa.. yang ni boleh gantung yeaaa, cuma kena pastikan disangkut elok2.. kang tak pasal2 hempap tuan umah sendiri.. kekeekeee

10 Ulasan

  1. hehehe...so far umah sally byk gmbr bunga ibu laaa dgn ayat al-quran :P

    BalasPadam
  2. Pernah dengar jugak. tapi dalam rumah pun ada banyak juga gambar konvo. gambar konvo kita je x letak lagi hahaha..


    Wallahualam .

    BalasPadam
  3. kadang-kadang orang dah baca tapi tak diambil peduli

    BalasPadam
  4. http://abutaqiyuddin.blogspot.com/2008/11/hukum-menggantung-gambar.html

    BalasPadam
  5. Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."

    http://www.ustaznoramin.com/2010/04/hukum-meletakkan-gambar-bernyawa-di.html

    BalasPadam
  6. Susah nk comment psl gambar foto family ni sebagai kenangan Dan perhiasan semata mata, memang jauh sgt dr sumber permujaan haram.
    Maklumlah skarang ni zaman IT, sana sini gambar. Kepada aku Allah S.W.T Maha Memahami Dan kami hamba Nya xde niat buruk, apatah lg syirik Nauzubillah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama