SEMPRIT SUSU





SEMPRIT SUSU


Bahan2:
●250 gram mentega
●1 cawan susu pekat
●500 gram tepung jagung
●1 sudu teh esen vanilla
●coklat chip, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

1. Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. 2. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.

3. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.

5. Terap dan hias bersama coklat chip.

6. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama