Langkau ke kandungan utama

HAPPY SWEET DECEMBER 2013

HAPPY SWEET DECEMBER 2013
Haiii.. Assalammualaikum semua.. heee.. waktu semasa teman menaip ni ialah jam 3.30 am.. ha2.. awat teman tak tidoq2 lagi? he2.. dah tidoq terlelap sebenonya tadi, tapi pastu terjaga lak.. mata xleh nak lelap so teman cadang nak update blog terus.. hubby pun x tidoq lagi ni, sebab merepair CPU yang buat hal lak.. asik terpadam aje.. power supply x cukup katanya.. Wallahualam.. hope cepatlea OK CPU tu.. runsing menaip guna Note dan Laptop.. hu3.. 

Hah! stop melalut.. entri kali ni nak xde nak citer apa2 sebenonya.. just nak tayang gambo yea..Tapi apakan daya, tertaip panjang2 lea pulok.. kome redho jelea membava sampai abes yea!! haruss!! heee.. dah masuk bulan December dah kita yea.. kejap jea masa berlalu kann.. pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru.. lagi sebulan jea lagi kan.. hu3.. lagi sebulan nak meninggalkan 2013, sedey.. sedey sebab apa yang dihajati pada tahun 2013 ni tak tercapai.. hemm.. tau apa dia..?? hemm.. maybe ada sahabat blogger yang tau.. takpelah, teman gitau gak apa hajat teman tu yea.. mungkin lum rezeki.. hope tahun depan rezeki nak dapat baby cerah.. korang doa2 kan yea.. Aminnnn..
Heee... dalam bulan Disember ni, teringat teman pada bulan perkenalan teman dengan hubby, pada bulan ni lah (Disember 2009) kami mula berkenalan, meluahkan kisah sedih masing2, bibit2 cinta mula terbentuk.. dan selepas dari bulan Disember ini.. kami berkawan, mula rapat, bertunang dan seterusnya berkahwin tahun lepas (Mac 2013)... macam2 dugaan sepanjang perhubungan, namun benar ketentuan Allah, kalau dia jodoh kita, halangan macam mana pun dia tetap jodoh kita, tapi sebaliknya kalau dia bukan jodoh kita, usaha macam mana pun takkan bersatu.. semuanya kuasa Allah kan.. dengan orang lain kita berkawan, bercinta jugak tapi tak sampai ke gerbang perkahwinan, tapi bila bertemu dengan jodoh yang sebenar, kejap dan lancar jea perhubungan tu.. terus berjodoh dan berkahwin.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah, syukur dengan ketentuan Allah.. moga hubungan kami berpanjangan hingga Akhir Hayat.. Aminn... hu3.. hope teman ni jadi seorang penyabar dan mudah memahami my hubby miaw2 tu.. heee.. pernah sekali kami selisih faham, tapi dah ok sekarang.. yang penting kena bawak berbincang, jangan pendam2.. hu3.. tapi kami gaduh kecik2 jea sebenonya.. bohonglah dalam rumahtangga xde gaduh2 manja.. Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam ceramahnya pun galakkan kita bergaduh manja, dari situ kita dapat mengetahui apa kekurangan diri masing2, apa salah kita dan apa yang kita tak tahu pasangan kita mahukan selama ni.. dari situ kita perbaiki kekurangan dan kesilapan kita yang kita tak sedar.. heee.. memang gaduh manja tu perlu jugak yea tak.. heeee.. takmau citer panjang2 bab ni.. yang penting teman bersyukur dapat hubby yang penyabar dengan karenah wife dia yang noti ni.. wekk..
Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh
(Lirik lagu Zizan dan Kaka, Bawa Aku Pergi)

haaaaaaaaaaa... lagi satu nak citer.. kami nak fly Sabtu malam Ahad ni, atas urusan bisnes hubby..kalau ada masa nak ajak hubby jengjalan (kalau ada masa lea.. hu3) kalau tak kami jalan2 ke tempat supplier jelea.. heeee.. apa2 pun doakan perjalanan kami selamat dan lancar pergi dan balik yea.. doakan keselamatan kami ketika di negara orang nanti yea.. moga Allah pelihara keselamatan kami disana.. Amin

Ulasan

  1. waaa.. seronok laa.. dah alang2 pergi tu pegi la jln2 skali.. hehe

    BalasPadam
  2. Oh nice, where are you going to?

    BalasPadam
  3. selamat datang DECEMBER. InsyaAllah, tasneem doakan semua selamat. Amiiinn. :)

    BalasPadam
  4. seronoknya ea. hahah semoga disember nie akan lebih bermakna ea :)

    BalasPadam
  5. banyak sweet memory ya bestnya..mudahan selamat fly :)

    BalasPadam
  6. Salam kenal... Amboi nama dia, Tengku Butang ye, hahaha...

    Tulah, sebulan je lagi tinggal nak masuk tahun baru, have a good month!

    Amboi, mengenang bibit2 p'temuan ye, cewah ;p

    BalasPadam
  7. Tb tlg bg mklumat kat msg/wechat atau watapp kt no saya ya..no ada di sblh knan atas blog sya.. :D

    BalasPadam
  8. wah.. Disember yg penuh keindahan... semoga terhibur& sentiasa ceria.. :)

    BalasPadam
  9. semoga apa azam tahun ni semua terlaksana ye. hehe

    BalasPadam
  10. sekejap je masa berlalu..
    dah masuk bulan december...

    BalasPadam
  11. anis doakan awak cepat2 diberi rezeki baby..jomm berusaha sama2!! eheee doakan anis jugak ye awak!!rendu awak..lama x chat2..ehee take care!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n