Langkau ke kandungan utama

DOA MOHON DIELAKKAN DARI BANJIR

DOA MOHON DIELAKKAN DARI BANJIR
Bermula pada 3 Disember 2013 hari tu, hujan lebat tak berhenti2, seperti tahun2 yang sudah.. hujung2 tahun begini memang kerap berlaku banjir.. Takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam bencana banjir kali ini dan kepada yang tidak terlibat, panjatkan kesyukuran dan jangan pernah dilupa mereka yang sedang kesusahan ketika ini. Sama-sama kita panjatkan doa kehadrat Illahi agar segala ujianNya ini dipermudahkan. InsyaAllah. buat AinaaRoseberry jangan risau, keadaan akan kembali reda.. berdoa dan tawakal kepadaNya moga semuanya selamat.. teman doakan semuanya akan beransur pulih seperti sediakala..

Perkongsian Gambar2 dari internet.. 
Keadaan banjir sekitar Kuantan, Pahang.semalam.. 
Semoga mangsa-mangsa yang terlibat tabah menghadapi ujian ini.
Suasana sebuah jejantas di Simpang Tiga, Permatang Badak. Sayu hati melihat gambar ini bila anak-anak kecil dan kaum wanita terpaksa menumpang teduh di bawah jejantas untuk sementara waktu. 
Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana.
5 jam yang lalu, jambatan utama di Chukai, 
Kemaman telahpun runtuh sekaligus menyukarkan pergerakan orang awam di sana.
Keadaan banjir di Felda Seberang Tayor, Kemaman. Kami percaya pihak berwajib dan orang ramai sudah sedaya upaya memberikan bantuan. InsyaAllah, segala urusan bantuan dipermudahkan Allah SWT.
 Mangsa banjir menanti giliran untuk diselematkan. 
Jaga diri baik-baik Encik Meow dan Miss Meow ya!! 
kesian, taktau nak buat apa dah kucen2 ni.. 
Bila musim banjir macam ni, haiwan peliharaan dan ternakan juga antara makhluk Allah yang paling kita kasihan. Harap-harap mereka mampu untuk survive bagi terus menjalani kehidupan. Tabahlah Encik Meow. Harap yang mengambil gambar ni selamatkan awak lepas ambil gambar.
Pengantin banjir. Walaupun dilanda bah ia tidak menghalang pasangan pengantin ini mencipta sejarah istimewa dihari penikahan mereka.
Musim banjir boleh mendatang banyak tetamu yang tidak diundang. 
Berhati-hatilah sentiasa mangsa-mangsa banjir. Semoga Allah melindungi kalian

Ulasan

  1. Moga2 keadaan akan cepat pulih itempat2 yg dilanda bnjir..in shaa Allah

    BalasPadam
  2. kesian kat mangsa2 banjir tu kan..
    semoga cepat la banjir tu surut..

    BalasPadam
  3. semoga semuanya selamat dan cpt2 beransur seperti biasa

    BalasPadam
  4. fiza pung tengah risau sebb abag fiza kne outstation kat kemaman tu... kereta abis tenggelam.. kerja pung x pat buat.. now terperangkap x leh kuar ..

    BalasPadam
  5. terima kasih perkongsian doa ini. Semoga banjir cepat redakan.

    BalasPadam
  6. samalah kita berdoa.. moga cepat reda..

    BalasPadam
  7. sama2 kita mendoakan moga Allah permudhkan segala urusan kita,, :)

    BalasPadam
  8. Semoga mangsa yg terlibat tabah hadapi ujian dan dugaan ini...

    BalasPadam
  9. Mudah2an tiada apa yg lebih buruk berlaku.. aamiin..

    BalasPadam
  10. Lipan pun byk gak musim banjir ni..

    BalasPadam
  11. Hari tu naik air kat tandas belakang rumah, kucing saya duk nyorok dalam besen air hahaah kesian

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n