Cara Guna Krim Pelindung Matahari (Sunscreen)

Cara Guna Krim Pelindung Matahari
Krim pelindung cahaya matahari atau lebih dikenali sebagai sunscreen sangat baik untuk penjagaan kulit daripada pancaran matahari. Salah satu kebaikan pelindung cahaya matahari ialah melindungi kulit daripada pengaruh negatif terik matahari seperti radiasi lembayung ultra ungu (UV) yang boleh menimbulkan masalah kulit. 

Tahukah anda cara yang tepat dapat memberi kesan terhadap pemakaian krim pelindung cahaya matahari? Adakah ia harus dimulai dengan pelembap, krim rawatan wajah, diikuti krim pelindung cahaya matahari atau sebaliknya?

Perkara ini sering membingungkan para wanita. Sebaiknya krim pelindung cahaya matahari menjadi sapuan pertama sebelum diikuti pelembap, krim asas dan solekan. Namun jika sedang melakukan perawatan wajah dan wajib menyapu ubat pada wajah, maka ubatan itu perlu disapukan sebagai lapisan pertama diikuti krim pelindung cahaya matahari.

Ada juga yang tidak selesa untuk mengenakan krim pelindung cahaya matahari apabila melakukan aktiviti lasak, berpeluh atau yang menyebabkan kekotoran. Lantas mereka tidak mengenakannya kerana beranggapan kotoran tubuh yang bercampur dengan krim pelindung cahaya matahari boleh membuat kulit iritasi.

Bagaimanapun krim yang disapukan ke kulit secara langsung akan diserap kulit melalui pori-pori. Lama-kelamaan, seiring dengan aktiviti yang dilakukan, krim pelindung cahaya matahari akan hilang.

Oleh itu jika kulit tidak dibersihkan ketika proses pengaplikasian ulangan, ia tidak memberi masalah. Bukan bererti kotoran pada kulit akan terkumpul di dasar kulit kerana krim pelindung cahaya matahari akan diserap pada kulit, bukan sekadar melapisi kulit. Namun jika anda tetap tidak yakin, anda boleh membersihkan tubuh yang kotor dengan tisu basah sebelum menyapukan krim pelindung cahaya matahari kembali.

13 Ulasan

  1. dah lama tak pakai sunscreen... sbb dh pilih moisturizer yang dilengkapi dgn UV protection... hehehe... tp gud info dear...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. he2.. teman pun dulu jea pakai sunscreen ni.. pastu tuko ke BB pastu lansung x pakai apa dh.. hu3..

      Padam
  2. dah tak rajin nak sapu satu demi satu ...

    BalasPadam
  3. Hye Assalammualaikum saya bw sini :)
    Kalau ada masa jemput siggah blog saya dan tengok giveaway menarik yang dipaparkan :D http://twinkleeestar.blogspot.com/
    Btw, let's join this awesome giveaway !


    Jom rebut peluang menangi duit raya RM 50 !
    - http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/menangi-rm-25000.html


    Jom support saya sebagai blogger baru dengan join giveaway ini :)
    - http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/1st-simple-giveaway-by-mrsluhan-and.html


    Banyak hadiah menarik yang ditawarkan ! Gempak-gempak belakaa :D
    - http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-puteri-nina.html
    - http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/bravo-giveaway-by-ieyra-ghani.html
    - http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/de-juin-octobre-giveaway.html
    - http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/the-longest-giveaway-ever-by-ain.html
    - http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/holiday-giveaway-by-nurin-aireen.html


    Hadiah teddy bear gergasi sebagai tawaran ! Jom join sekarang :D
    - http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/single-giveaway-by-julianaramli.html
    - http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/giveaway-saya-nak-teddy-bear-by-farisha.html


    Nak dress dari Softly Shop secara percuma ? Jom join giveaway ini ! :D
    - http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/softly-shop-dress-giveaway.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. he2.. thanx yunk tag banyak2 ni.. tapi teman lum ada masa free lagi nak join segmen byk2.. hee.. btw thanx tauu

      Padam
  4. thanx kepada yg komen sini.. teman udah kunjungbalas.. =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama