Nuff

23 September 2013

FOUZIAH GOUS SELAMAT DIIJABKABULKAN


Fouziah Gous yang Cumey n Lawo..

Baca  entri yang lepas--->Fouziah Gous Bertunang

Pelakon dan model Fouziah Gous selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Mohd Yusof dengan sekali lafaz, sekitar 9.43 malam tadi (21 September 2013, 8:09PM) .Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki yang merupakan Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.Majlis pernikahan Fouziah Gous & Zhafran ini yang dihadiri seramai kira kira 200 orang tetamu itu telah dijalankan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.

Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000. Pihak lelaki menerima hantaran berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma. Manakaka pihak perempuan menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat.


Persalinan pengantin pada malam ini direka oleh Ailina Aimi yang berkonsepkan Arab Pakistan dan pengacara majlis pada malam ini ialah Adam Zainal.

menceritakan tentang bagaimana perkenalan mereka bermula, Fouziah Gous mula mengenali Zhafran masih baru lagi..  jom  kita baca.. heeee.. 

Kenal 4 hari , dah ajak kahwin
Siapa tidak terkejut, empat hari berkenalan sudah berani ajak kahwin. Kenyataan itu membuatkan Fouziah Gous, 30, menyangka lelaki yang dipertemukan dengannya atas urusan perniagaan, kurang siuman. "Ketika diperkenalkan, saya simpan nombor Zhafran di telefon yang tidak mungkin saya angkat. Iyalah, apabila dia terus ajak kahwin selepas empat hari kenal, saya jadi kurang selesa. Kalau berhubung pun atas dasar perniagaan. Kebetulan telefon bimbit utama yang memuatkan nombor penting hilang. Tinggal satu lagi telefon yang saya kenal Zhafran saja. Minggu itu memang macam-macam berlaku, termasuk tayar pancit, kereta rosak dan sebagainya.

"Ketika itu, saya nampak Zhafran saja. Dialah penyelamat setiap kali saya dalam kecemasan. Dari situ, saya sedar, dia bukan main-main. Malah Zhafran pernah menyuarakan dia mimpi menikahi saya," katanya selepas majlis pernikahan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, malam kelmarin.


Berwakilkan abang sulungnya, aktres jelita itu sah bergelar isteri pada jam 9.40 malam pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu. 

Menerima mas kahwin RM1,112 dan wang hantaran RM50,000, Fouziah turut menerima tujuh dulang hantaran berupa wangian, barang kemas, telekung dan manisan berbalas sembilan dulang. Walaupun menganggap luahan jejaka yang dikenali sebagai Md Zhafran Md Yusof, 30, sekadar gurauan, jodoh mereka seakan sudah tertulis apabila semakin dijauhi, kelibatnya pula yang sering datang membantu. 

bawah ni lak gambo masa diorang Bertunang hari tu..  

gambo2 extract from google aje..


Related Posts

10 ulasan:

  1. alhamdulillah..akhirnya bersatu jugak..tahniah pada beliau..

    BalasPadam
  2. Alhmdlh... Da selamat depa nikah ;)

    BalasPadam
  3. hensem jugk suami dia,..mcm ada iras2 gitu..

    BalasPadam
  4. suka tgk wajah pengantin . selalunya wajah mrk ada iras ...

    BalasPadam
  5. Tahniah untuk mereka..semoga berbahagia hingga hujung nyawa.

    BalasPadam
  6. Amboi lawanya, cantiknya. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  7. cantik...semoga mereka kekal bahagia..

    BalasPadam
  8. Eh, ingatkan dia dengan iqram dinzly?

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New