TANDA-TANDA IMAN DITARIK DARI HATI,DITUTUP PINTU HATI


TANDA-TANDA IMAN DITARIK DARI HATI,
DITUTUP PINTU HATI

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."(mafhum riwayah). 

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita.. 
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia. 

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Aamiin." 
ingat mengingati utk diri sendiri dan kawan;-)

21 Ulasan

  1. ya allah time kasih mengingatkan. ;) masi byk bnde perlu dilakukan kerana Dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. ingatan untuk diri sendiri dan perkongsian untuk semua.. =)

      Padam
  2. Insaf.. Jom la kita saling ingat mengingati..

    Tapi N selalu cemburu dengan orang pandai dan sangat kagum dengan mereka.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lea kita N, tapi tak salah kalau cemburu tu buat kita lagi bersemnagat.. betul x?

      Padam
  3. Sangat-sangat membuat kakak berfikir-fikir beribu-ribu kali N3 ini. Bagus dan sangat baik utk dijadikan renungan pada diri kita dlm dunia hari ini. Muhasabah betul. Kakak suka N3 ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea.. sama2 kita memuhasabah diri .. aminn.. syukur..

      Padam
  4. Terima kasih atas peringatan yang baik ini

    BalasPadam
  5. salam jumaat...thanks for sharing dear...

    BalasPadam
  6. perkongsian yang memberi manfaat . thanks friend ...

    BalasPadam
  7. Perkongsian yang menyentuh hati. Betul tu, kita sibok dengan dunia. Kita kena lapangkan masa juga untuk buat bekalan di akhirat yang pasti tiba. Salam Jumaat TB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea.. teman takut kalau diri ni alpa dengan hal dunia jea

      Padam
  8. salam TB ..
    N3 yg menarik ...
    jom ke berhijrah cemburukan org yg beriman ..
    bermula dgn cemburukan org yg solat berjemaah dimasjid ..
    kita harus ikut sama dengan mereka ..
    pelan2 kita cemburukan yg lain ..
    satu yg bagus tu ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx sudi beri pendpaat dan komen yang panjang ni aby.. suka sangat2.. tq yea.. =)

      Padam
  9. Wah peringatan yang bagus ni...pokoknya, jangan leka sangat dengan hal duniawi kan...

    BalasPadam
  10. semua yang komen diatas teman dah bw lik.. tq yea seudi singgah dan komen

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama