RESEPI AISKRIM DRUMSTICK CIKGU ANI

Aiskrim Drumstick homemade

RESEPI AISKRIM DRUMSTICK CIKGU ANI


Mak aiii.. terliur kot teman tengok.. kagum pun ada bila tengok hasil macam ni dari homemade icecream tuu.. bukan beli tau.. buat sendiri.. Eh! bukan teman la yang buat.. Tapi ni Cikgu Ani punya Resepi.. Cikgu Ani memang terror la!! salute! Respect kat beliau bila dapat buat aiskrim drumstick macam ni.. huhuhu.. 

Teman nak buat jugaklah nanti.. MESTI buat punya!!! hari tu teman kata nak buat Aiskrim SUMI dan Aiskrim Choki-Choki pun dah terlaksana.. siap buat jual lagi tu.. hahahaha.. Ni nak try Resepi yang ni pulak.. Nyum-Nyum.. Tepek Resepi siap-siap kat sini.. takut terlupa.. hahaha.. geram kot tengok gambar meliurkan.. 

Nak tahu bahan-bahan dia apa dan macam mana caranya?? boleh tengok kat bawah ni yea.. pastu kalau nak resepi aiskrim lain, atau resepi lain.. jom singgah blog Cikgu Ani.. banyak yang Resepi yang sedap-sedap untuk dicuba.. 

Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tidak mahu manis
1 sudu besar ovellete
1 biji telur
1 sudu teh serbuk vanila/ esen vanila

Cara-caranya:

Aiskrim Drumstick homemade
Balutkan kon ais krim dengan kertas bungkus nasi lemak yang dipotong 4 bahagian. (bahagian yang licin diletak sebelah dalam ye..)
Aiskrim Drumstick homemade
Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
Aiskrim Drumstick homemade
Pukul guna speed maksimum selama 20 minit. Ha... sekarang adunan sudah berbuih..
Aiskrim Drumstick homemade
Di minit yang ke 20, adunan akan jadi seperti ais krim yang cair macam ni... Gebu kan?
Aiskrim Drumstick homemade
Tuangkan ais krim ke dalam kon yang sudah dibalut tadi. Tuang adunan tu hingga hampir penuh kelonsong tu. Tinggalkan sedikit ruang untuk coklat ganache nanti.
Masukkan ke dalam peti ais hingga ais krim beku.
Aiskrim Drumstick homemade
Bila ais krim dah beku, kita buat coklat ganache nya.

Cairkan coklat masakan + sedikit susu UHT / UHT whipping cream/ susu cair secara double boiling ( didihkan sedikit air kemudian masukkan coklat masakan dan susu dalam bekas tahan panas lain, letak atas periuk berisi air mendidih tadi, supaya coklat cair. Kacau hingga coklat cair sekata.) Alihkan dari api, masukkan sesudu mentega cair dan kacau sebati. Sejukkan sebentar.
Aiskrim Drumstick homemade

Tuang coklat ganache tadi ke atas ais krim yang sudah beku dan bolehlah dihias dgn taburan kacang tanah atau kacang badam yang telah disangai ataupun coklat rice....

Masukkan ke dalam peti ais hingga coklat beku.


Gambar dan Resepi Kredit to :






0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama