Resepi Sos Black Paper  Sedap

Resepi Sos Black Pepper Viral

Ha.. saja TB nak tepek resepi ni kat sini.. sebab pernah buat hari tu guna resepi ni.. wahh.. Not Bad.. sedap sangat..  dan sangat mudah nak buat.. janji rajin.. hehehe.. hari tu kalau tak silap TB tengok anak sedara hubby yang buat masa di Taiping.. Memang sedaplah kan.. guna Prego tu.. haa.. nak tau macam mana nak buat.. jom tengok resepi dan gambar2 di bawah ni.. kredit to Afy Al-Habibi , tuan punya gambar dan resepi.. 

1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap). Tambahkan air suam 1 tin.

3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. (Optional) Kalau ada lagi sedap.

4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. * jangan guna kicap masin*

5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat) Kacau sebati.

6. Tutup api setelah semua rasa sebati.
Siap untuk sos black pepper viral. Yang dah cuba ramai yang syok sendiri. Sebab boleh masak sos yang sedapp sangat.


Resepi Sos Black Pepper

Resepi Sos Black Pepper Sedap

Resepi Sos Black Pepper Sedap

Resepi Sos Black Pepper Sedap

Resepi Sos Black Pepper Sedap


Haaa.. macam mana? senangkan nak buat? bahan-bahan pun mudah dicari.. sedapnya kalau dapat makan dengan Lamb Chop .. fuh.. terangkattt.. dah lama tak buat ni.. nanti boleh la try buat balik.. TB takde oven nak bakar-bakar ni.. just guna pemanggang ajaib je.. tapi tetap sedap tauuu!





2 Ulasan

  1. Ringkas bahannya. Boleh dibuat ni.

    BalasPadam
  2. mudahnya..memang slalu beli sos prego ni sebab inilah sos yg paling laju sekali budak2 ni makan. boleh cuba. tq awak.

    BalasPadam

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New