Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

29 Jun 2013

ALMHAMDULILLAH.. IMPIAN TERCAPAI.. HAK2...

hai.. heee.. teman dah draft entri ni awal2 lagi hari tu.. sebab teman tau teman akan bz giler2 lepas ni.. coz bila dah amik stock brg customer (business hubby punya) teman akan semakin bz.. takutlea nak buka blog pun x sempat kot.. nak menulis entri bukan main tulis jea kan.. mesti nak kena susun ayat cantik2, so baru lea ada orang nak baca.. kan janett.. kan.. heh3.. 

ok lah.. teman nak straight forward je ni.. masa agak terhad.. ini just AUTOPUBLISH punya entri tau.. so, kalau ada sape2 yang komen kat sini teman xdapat lea menjawab on da spot yea.. sebab masa tu agaknya teman dah xde kat dalam Malaysia.. so, berkemungkinan x dapat nak update blog lansung.. so, x dapat lea nak terus balas komen2 dan kunjungbalas korang.. heee..

so, apa kata klik kat SINI dulu untuk lebih memahamkan apa yang teman nak citer kan.. heeee..

hehe3.. dah KLIK? dah BACA? he3.. Pemanggang Ajaib.. itulah impian teman.. dah tercapai pun nak memilikinya.. tapi bukan brand IKAN lea tau.. IKAN tu brand dari Syarikat Menang Glassware.. yg ni hubby tersayang beli dekat Langkawi jea.. murah2 tauu.. heee.. lepas dah guna.. memang terbaekk korang... memang teman pun suggest korang beli lea.. memang masak pun jadi sedap.. masak x guna minyak banyak.. pastu kalau goreng ayam, masak sampai ke dalam tau.. sedappp.. xyah risau daging/ayam kurang masak ke apa dah.. he2..  no worry hokeh!
ni bahagian hadapan/atas dia..  
ni bahagian belakang/bawah  
 ni bahagian dalam dia.. 
satu side ada jalur2 camni.. untuk bakr2 daging/ayam.. besttt! 
yg ni lak bahagian rata dia.. nak masak apa2 pun bolee.. hi2 
ada magnet.. magnet ni lea yg buat pemegang tu melekat rapat..  
yg ni dia bagi sekali, spare.. kot lea nanti getah 2 dh haus kan.. 
heee.. kasi zoom apa yg ditulis.. 
inile brand yg teman guna skrg.. hubby cakap ramai giler yg beli menatang ni.. perghh.. kaya ismail group (satu2nya pasaraya di langkawiyg macam2 adaaa.. ) 
brand HiG 
teman pilih yang no. 2 paling beso.. ada lagi beso tapi hubby pilih yang ni sebab dua2 side ada jalur.. hee.. yg paling beso tu licin je side dia.. pandai dia pilih.. he2..
tadaaaaaaa..  ha2.. cer teka.. nak masak apa ni?? heh3.. xtau? nak tau x? kalau nak tau.. tunggu entri yg akan datang yea.. hihihihi.. 



|

28 Jun 2013

HADIAH DARI NARD BLOGGER DAH SAMPAI..



tadaaaa.. he3.. ini keychain feltcraft dari Blogger Nadia Ramlee..
teman menang GA hari tu.. tapi dah x ingat GA apa dah.. banyak sagt join.. hadiah ni baru sampai semalam.. ekceli Nard kata dah post sebelum ni, tapi x sampai.. sib baik yg ni sampai gak akhirnya.. teman nak simpan buat kenang2an semasa berblog.. heee.. mahal kenangan ni.. xkan jumpa kat mana2 kan.. hu2.. thanx buat adik nard.. teman hepi.. =)

iPOD shuffle hadiah kejutan dari yang tersayang!

tadaaaa.. ha2.. hari ni teman udah x nyabo2 nak buat entri ni.. entah ngape.. (kata bz???) ha2.. mana taknya.. hati ni hepi sangat sebab terlalu excited nak share dengan korang kegumbiraan teman ni.. lagipun entri ni untuk menghargai pemberian en hubby ni.. opss.. macam lea dia rajin baca entri dalam blog teman ni.. hu2.. ok lah, meh lea teman citer dari awal babak2 sebelum teman terima iPod shuffle ni yea..
Alkisahnya kelmarin (hari RABU-26/6/2013) en. miaw (gelaran hubby teman) sila muntah hokeh! ha2.. whatever lah.. sambung citer lik.. hubby teman post kat wall FB teman dan tiba2 tanya soklan.. dalam banyak2 apple.. apple apa paling sedap? dia bagi teka teki lea plak.. hu3.. jenuh teman teka.. apple pie lea.. plum apple lea.. apple hijau merah lea.. apple DKNY lea.. apple iPad pun ada masuk (dekat2 dah tuu.. hi3.. tp huruf A tu klu tuko jadi iPod kann.. )
pastu malas teman nak fikir dah.. dia plak ckp sedapnya apple.. hemm.. teman pelik jugak.. hubby teman ni buka suka makan buah-buahan.. so, agak misteri disitu... ha3.. tapi teman tanya lea jugak kat dia.. nak ke teman belikan buah apple untuk dia.. pastu dia cakap, nak air kelapa.. adoii.. pulakk.. ekceli memang dia suka minum air kelapa/air nyiok kat tepi jalan tu.. so, teman pun gi lea beli.. memang tengah dahaga pun dia masa tu.. aish.. cian dia..
dia lik koje jam 5.30, dalam kul 6 dia sampai umah.. dah siap minum semua pastu dia dok sebelah teman dia bagi satu kotak kecik.. dalam hati teman.. apa ni? cincin kah?? ha3.. aishh... tipulah.. teman x pk cincin pun sebab terang2 kotak tu dh tulis siap2 iPod shuffle kan.. hih3.. teman pun senyum panjang n giler2 sukalah.. tapi masih terkejut.. dan asik tanya jea.. untuk teman ke? betul ke ni? hahahaha.. ekceli xmo tanya pun.. memang lea untuk teman kan.. hi3.. pastu ada ayat yg kua dari bibir my hubby.. dia kata kesian kat teman yang kena tolong bisnes dia, kena post barang2 yg customer order selama ni.. hu2.. time tu rasa dihargai sangat2.. hadiah x penting, tapi bila dihargai macam tu, teman rasa hepi sangat2.. teman ingatkan selama ni semua tu nremeh jea bagi dia.. rupanya dalam diam dia perhatikan jugak.. hu2.. thanx my lovely miaw.. (aipp.. muntah lagi!)
heee.. ada rupa kotak cincin tak? ha3.. terang2 nampak iPod kann..  
kecik je.. bestt.. ada penyepit untuk sepit kat baju.. 
 ni set dia.. kable caj dan earphone 
ha2.. resit ni saja teman upload sekali sebab senang nak nengok balik nanti.. 
 
bila dah dapat tu, teman bole lagi tanya.. kaler OREN xde ke? huik3.. 
tapi kaler ni pun teman sukaaa.. sukaaaa... sgt2.. heeee.. 
ho.. lupa lak.. my miaw (muntah lagiii!) beli iPod shuffle ni dekat Lowyat.. hu2.. ekceli memang dia dah plan nak ke Lowyat itu hari.. sebab nak cari Xternal Hard Disk untuk business dia.. tapi x sangka pulak.. teman pun dapat habuan.. hak3.. i likeee.. pandai dia yea.. dia tau teman boring dalam kapal trobang nanti.. so, dia belikan teman iPod ni.. hu2.. teman bajet nak pakai mp3 dia jea nanti.. tapi tengok2 dia belikan pulak untuk teman iPod shuffle ni.. syukur Alhamdulillah.. terima kasih Allah sebab kurniakan hubby yang menghargai dan menyayangiku.. #mood sayu dan terharu.. 
inilah Xternal Hard Disk yang en miaw beli tu.. 
 
ada banyak ciri2 yang bagus yang buat my hubby pilih brand ni.. 
 
dalam bungkus lagi.. teman yg xcited buka.. aishh.. jakun! 
brand Transcend.. permukaan sarung yang grip n x mudah jatuh.. 
3.0 heeeee...  
ciri2 yang disukai ramai.. perlu dititikberatkan kalau nak beli pape.. kena tinguk menda2 ni jugak.. tapi teman main beli jea.. ha3.. pengguna yg kurang bijak yeaaa.. =P

RAMADHAN IS LOADING

~ RAMADHAN IS LOADING ~

Hai.. Assalammualaikum.. Syaaban semakin menjauh, kini ramadhan pulak hampir menjengah.. fuhh.. memang rasa berdebar nak menghampiri bulan Ramadhan ni.. hope dalam bulan Ramadhan ni kita dapat menambah pahala kita dan menjaganya hingga ke akhir ramadhan yea.. makanya, teman nak lea share khutbah pilihan teman ni, teman suka khutbah ni.. tapi ni dah lama, tahun 2010 punya.. teman copy n letak kat FB.. now saja nak share dengan kengkawan semua..  kalau rajin tu, baca lea dua tiga baris.. kalau baca abes pun x ngape.. lagi baguss.. heee.. ilmu tu.. disamping dapat meninsafkan kita di bulan mulia.. (dan bulan2 lain yeaa! )

Khutbah Pilihan Teman bertarikh :
(13 OGOS 2010 / 3 RAMADHAN 1431H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Dalam bulan Ramadhan di mana siang dan malam dipenuhi keberkatanini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menghasilkan ibadat puasa yang memenuhi standard atau kualiti yang ditentukan Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menempatkan kita insan yang dikasihi Allah, membawa kebahagian didunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah:  

"RAMADHAN BULAN PEMUTIHAN AKHLAK".

MusliminYang di Rahmati Allah,
Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Ia menjadi istimewa kerana didalamnya terkumpul hampir semua ibadat khusus seperti solat tarawih, solat witir, tilawah al-Quran, beriktikaf, berzakat, sedekah dan amalan kebajikanyang lain. Setiap ibadah khusus ini pula mempunyai kelebihan pahala tertentu yang menjadi ransangan untuk kita menjadi insan soleh. Selari dengan keberkatan bulan suci  ini, maka Allah SWT menjanjikan rahmat, pengampunan dan jaminan syurga. Berdasarkan ganjaran pahala yang hebat inilah maka Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat baginda.

Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Iman Ahmad  bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.

Persoalan besar timbul ialah puasa bagaimanakah yang mampu meraih ganjaran pahala yang hebat itu?. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183, Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Takwa adalah buah dan hasil yang diharapkan  dari amalan puasa. Buah tersebut akan menjadi bekalan orang beriman dan menjadi perisai agardiri manusia tidak terjebak dalam jurang maksiat dan kejahatan. Bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT, ia akan melaksanakan ajaran Islam secara menyeluruh.Dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara yang diharamkan. Dia hanya melakukan sesuatu yang dituntut dan  diperbolehkan Allah. Dia hanya berada ditempat yang mendatangkan keredhaan Allah dan menjauhi tempat yang mendatangkan kemurkaan Allah.

Abu Umamah berkata Rasulullah SAW  bersabda, " Barang siapa mengambil hak seorang muslim, maka Allah Taala mewajibkannya masuk ke dalam neraka dan mengharamkannya masuk ke dalam syurga. Seorang bertanya, meskipun dari sesuatu yang sangat remeh, wahai Rasulullah? Ya meskipun barang itu hanya sepotong kayu sugi". Demikian sabda Rasulullah bahawa hanya sepotong kayu sugi yang diambil dengan tanpa izin pun masuk neraka.  Dengan demikian menurut hadith ini, kita mesti berwaspada mengenai mengambil hak-hak orang lain atau melanggar amanah yang ditetapkan dan perbuatan yang diharamkan. Di dalam al-Quran disebutkan bahawa mereka yang bertakwa akan dimasukkan ke dalam syurga secara berkumpulan dan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Setiap Jumaat khatib sering memberi peringatan supaya para jemaah dan umat Islam meningkatkan ketakwaan kerana ia mempengaruhi kehidupan kita. Takwa yang menjadi tujuanutama kita berpuasa bukanlah perkara mudah yang hendak dicapai. Bahkan para sahabatpun melahirkan kerisauan membentuk sebenar-benar takwa sehingga turun ayat al-Quran dalam surah at- Taghaabun ayat 16, maksudnya: "Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu;dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (dijalan kebaikan)adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.".

Seorang muslim itu adalah orang yang taat kepada Tuhan dan tidak mengikut perintah hawa nafsu.  Pertembungan kepentingan antara takwa dan kehendak gelojak hawa nafsu manusia sentiasa menimbulkan konflik dalam diri manusia. Pertembungan ini akan menentukan halatuju dan status fitrah kehidupan kita. Tetapi untuk mencapai kecemerlangan takwa ini, maka seseorang itu memerlukan penglibatan diri dalam perjuangan, kesabaran dan jihad melawan nafsu. Jika gagal maka kita akan mengikut telunjuk hawa nafsu.

Salahsatu  perjuangan hebat yang perlu diamalkan oleh kita ialah puasa wajib Ramadhan. Puasa adalah ibadat yang sukar dan menjadi perjuangan secara senyap melawan hawa nafsu. Perjuangan ini juga adalah rahsia antara seseorang hamba dengan Tuhannya kerana gerak geri amalan puasa tidak dapat dinilai oleh orang lain. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum tetapi seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah hendaklah turut berpuasa.

Kita juga dituntutmemperbanyakkan amal ibadah yang lain dengan mengisi ruang-ruang  yang ada seperti bersolat tarawih,bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dansebagainya.  Amalan wajib dan sunat yangpadat dalam bulan Ramadhan ini memberi tumpuan latih tubi pembersihan hati,pembersihan dalaman, mendisiplinkan anggota badan, mengukuhkan akhlak mulia danmencegah penyakit.

Oleh sebab itu terdapat dua penanda aras atau pengukuran menilai prestasi puasa iaitu apakah puasa Ramadhan kita semata-mata menahan lapar atau kita berpuasa dan dalam waktu yang sama mengambil berat juga aspek pembersihan hati dan akhlak kita. Rasulullah SAWbersabda :
Bermaksud:"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkanganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu".(RiwayatBukhari)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Selari dengan prinsip keluarga bertakwa dan soleh yang bermula di rumah, maka mimbar menyeru, marilah para jemaah, ibubapa serta umat Islam hiasilah, bentuklah ahli keluarga kita menjadi insan bertakwa dengan amalan latih tubi puasa wajib dan digilappula dengan amalan–amalan sunat siang dan malam serta dengan memilih makanandan premis yang halal di sepanjang Ramadhan. Walaupun bulan impian ini kelihatan memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi.

Mengakhiri khutbahpada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahlayat 97: Maksudnya:"Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguhKami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kamiakan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan".


27 Jun 2013

Review: Ayam Penyet Idaman

Review : Ayam Penyet Idaman
Alohaaaa.. pekabo semua rakan2 blogger yg kiut miut ensem bergaya?? sihat dok? heee.. teman kat sini sihat2 aje.. ni teman nak citer.. teman sebenonya dah menggelupor nak menaip entri tau x.. walhal teman ni bukan ada byk masa pun.. byk sgt hal nak di settel kan.. ahad ni udah nak terghobang (terbang dgn Air Asia menemani hubby amik stock barang bisnes dia) .. tapi disebabkan nak lepaskan rasa rindu kat blog ni, teman pun hupdate lea sebijik entri, hope korang tak kisah kan.. pasal bw tu.. dont worry.. teman akan tunaikan janji untuk bw korang lik.. heee.. tungguu.. ke nak bw hari nak gak yea..hee.. insyaAllah..

Ni tengah excited sangat nak nengok blog teman ni.. rasa macam xtau nak kata bila tak buka blog ni.. he2.. tak keruan teman tauu.. untuk inikalilah teman nak buat review lak.. hu2..ekceli entri ni dah lama teman nak buat tapi asik tertangguh aje coz cari gambo ayam penyet yg teman snap sendiri dekat pc ni laptop x jumpa2.. adess.. nak jugak share gambo sendiri yang mabeles n menyelerakan tuh.. cari punya cari punya cari punyalah cari.. last2 akhirnya jumpa gak.. dalam henpon teman rupanya.. ha3.. ingatkan dah upload kat FB ke.. rupanya belum.. heee.. maka bila dah jumpa gambonya.. teman pun dengan sukahati nak publish entri ni.. heh3..  wlu apa2 pun.. teman nak kena juga bagi tau yang tak semua gambo2 ni teman snap sendiri.. ada yang diambil dari sumber yang lain.. (baca link paling bawah sekali yea.. =)..  

Macam2 menu masakan Indonesia yang sedap2 ada kat sini..
Warung yang teman excited sangat nak review ni ialah warung makanan Indonesia di Plaza Idaman, sape2 yang dok Gombak ni tau lea kot Plaza Idaman kan.. landmark dia Pasar Ong Tai Kim.. kalau dari pasar Ong Tai Kim, gi ke arah bank dan masuk ke Plaza Idaman Ground Floor. Kalau tak jumpa warung ni, tanya jea dekat orang2 kat situ.. gerenti diorang tau punya mana letaknya #Warung Ayam Penyet Idaman. 
Ni pulak gambo order kami hari tu, Ayam Penyet dan Lele Penyet.. 
kabur lea plak gambonya.. hu3..
Lele Penyet tu ikan keli tau, Ayam Penyet tu ayam lea kan.. hee..
ops.. nampak tu.. manggo blend tu teman punya.. nyum2..
Selain tu menu2 lain yang terdapat disini antaranya ialah Ikan Kembung Penyet, 
Tempe Penyet, gado-gado, dan macam2 lagi tau.. 
Kelebihan warung ni berbanding ialah menu yang kita order semua sampai panas2 kat kita, pastu rangup weh.. dan rasanya sedap sangattt..  hari tu teman makan ayam penyet kat sini, teman memang kekenyangan sampai malam.. pergh.. lepas mam jea terus balik umah mata ngantok jea.. ate, udah kenyang kan.. ha2.. terus tertidur kami hari tu.. So, kalau nak makan Ayam Penyet yang beri kepuasan sepenuhnya.. datanglah ke Warung Ayam Penyet Idaman.. walaupun hanya warung kecik (ada 6 meja panjang jea..), tapi ayam penyet dia terbaek.. kalah restoran ayam penyet lain tauuu.. heee.. teman kasi 5 bintang.. sure korang nak datang lagi punya.. macam teman jugak lea.. ha3.. 
Tengokk.. teman sampai mintak kad business sebab nanti mana tau nanti nak order siap2 takut abes.. heee.. tapi lum pernah call lagi.. selalunya makan situ aje.. tp kena mai awai la yea!
Opss.. lupa yea nak ingatkan.. korang kalau nak datang sini kena cepat2, kalau lambat.. melepas lea korang.. sebab ayam penyetnya cepat abes.. pastu, klu korang datang sini.. kena sabo.. disebabkan warungnya kecik jea.. maka org yg datang terpaksa lea ikut turn.. kira kena menunggu lea sampai org lain abes makan.. bila meja dah kosong baru leh korang dok dan order.. apa yang pasti penantian korang sangat2lah berbaloi! he2..

gambar : credit to :

26 Jun 2013

2 ALL BLOGGERS... SORRYYYYY... HUK2..

NAK UCAP SORRY SEBAB RIGHT NOW TAK DAPAT  NAK :-
Hai.. salam Rabu buat teman2 blogger sekalian.. hari ni teman nak bagi tahu yang teman mungkin tak dapat nak update entri blog teman ni dalam seminggu lebih..bz sgt2..So, nak blogwalking ke blog teman2 blogger yang lain pun terpaksa ditangguhkan dulu.. namun.. dont worry yea.. bila dah selesai semua nanti dan teman pun betul2 free teman akan singgahbalas blog korang semua.. (tapi..if tiba2 ada masa terluang, teman akan space kan masa tu sikit untuk bw selow2 yea..kalau ada lea yeaa.. hu2.. ^_^ )

Maka dengan itu, teman nak menyusun sepuluh jari mohon maaf kepada teman2 blogger yang singgah sini yang masih teman tak kunjungbalas lagi.. sabar ye sayang2ku semua.. teman pasti akan bw korang lik punya.. heee.. sekarang x bole lagi sebab teman lately agak bz sikit kerana sibuk membuat persiapan untuk bisnes en. hubby teman tu.. nak berblog pun rasanya mood kelaut coz, bila dah depan pc dan sedang mula menaip entri terbaru.. teman rasa macam hilang punca.. bagai ada yg x kena.. mana  x nya.. sedang menaip, fikiran teman terfikir nak post barang customer & nak check stock.. itu memang koje teman pun sebelum ni.. cuma dalam minggu ni agak rushing sedikit sebab kami nak kena settle kan semua pre-order customer sebelum tiba hari nak ambil stock baru.. hope Allah permudahkan segalanya.. Aminnnnn..
So, sebagai menghargai teman2 yang singgah n komen sini, teman share dengan korang picture2 SORRY yang cumey ni.. hihihi.. opsss.. google kat tenet jea tau.. bukan buat sniri.. nak copy silakan.. heee..
 
 
  
 
 
 
 

Hope picture2 cumey ni dapatlea buat hati korang cool sikit yea.. he2.. sekali lagi teman ulangi, dont worry.. buat korang yg sudi luang masa singgah n komen di blog teman, teman akan singgahbalas balik nanti.. jangan risau yea.. heeeeeee.. opsss.. tertinggal lagi satu picture SORRY.. nah.. amik ni.. senyum sikittt.. heee..

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers